Perasaan rindu adakalanya membuatkan kita kalah kepada pendirian yang kita pegang dan genggam.Satu perasaan yang sama kuat dengan perasaan cinta.Tiada cinta tiada rindu umpama irama dan lagu yang sukar sekali mahu dipisahkan.
Rindu kepada mereka yang tiada didepan mata seolah kita memang mencintainya.Hakikatnya memang kita mencintainya kerana kalau tiada cinta mana mungkin kita rindu betul tak?
Rindu aku ketika ini ketika saat-saat mahu tiba lebaran ini ialah kebahagian.Satu benda yang pernah aku miliki satu waktu dahulu dan semua itu kini tinggal sejarah.Tidak aku tahu bagaimana boleh aku lukiskan perasaan waktu itu dan perasaan di kala ini.Cuma segelintir kecil dari kita disini yang akan memahami apa yang cuba aku sampaikan.Ianya memang agak kompleks untuk aku terangkan jika kita belum pernah merasainya...
Kepada siapa yang pernah mengalaminya akan cepat faham dengan apa yang aku tulis ini.Sekiranya tidak engkau lansung tidak akan faham apa yang aku tulis sekarang.Keliru dan tidak terus terang dan memang itu gaya penulisan aku sering berkias sampai adakalanya aku sendiri tidak faham akhirnya...hehe!
Mana mungkin aku tidak faham dengan apa yang aku tulis....itu gila namanya!
Perasaan rindu dengan seseorang yang dicintai perasaan rindu dengan suasana yang meriah perasaan rindu dengan mereka yang tiada lagi semuanya agak hampir sama rasanya.Kita seperti terdesak dan rimas taktala perasaan ini mendatangi kita.Apa sahaja yang kita lakukan serba tidak kena ...serba serbi salah dan ada sahaja perkara yang begitu mudah sebenarnya menjadi begitu rumit pada waktu itu.
Rindu kepada yang tercinta kita menjadi tidak keruan... rindu kepada saat-saat gembira buat kita sangat teruja dan tidak sabar-sabar dan rindu kepada yang tiada kita jadi resah gelisah berdiam diri menitiskan air mata sendirian!
Aku pada saat ini menerima semua saat-saat itu sekaligus!
Tiada siapa yang mahu semua itu berlaku tetapi percayalah setiap dari kita akan mengalaminya di suatu hari nanti seperti mana yang aku alami kini.Jangan dicari atau jangan cuba mengelak kerana ianya tetap akan hadir kepada setiap orang cuma yang bezanya ialah masa...!
Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua rakan maya aku!
chow!
nah, satu perkaitan yang elok antara `rindu' dengan `aidilfitri'.
ReplyDeleterindu aidilfitri yer....heehee
Deleterindu nak anyam ketupat. kalau bikin hari biasa orang kata tebiat pulak!
Deletehaha...setuju2!
Deleterindu nak tunjuk baju raya tahun lepas. haha
Deleteselamat hari raya
ReplyDeletesama to u gak...
Deletenah doa : Ya Allah sampaikan rinduku padanya sehingga aku menjadi kerinduannya.
ReplyDeleteSelamat hari raya beb! jom main mercun! yeahhh
apa barang mercun...meriam lah!
Deleterindu pada dahulu yang kini tiada.
ReplyDeletebenar...
DeleteRindu itu akan lama2 menghilang, bila kita berhenti bercerita tentang'nya'. take ur time utk sembuh..
ReplyDeletebukan mudah...
Deleterindu nk dpt duit raya..!
ReplyDeletegapo yor la mu tulih nih.. berbelit palo otok aku nok pehey. Haha
ReplyDeletep/s: rindu pada alunan merdu Al-Quran. rindu pada diri yang dulu.
Sobssssss...