Pages - Menu

29 Oct 2012

Tanpa Kamu


Lelaki memang sukar untuk terus bersendiri tanpa ditemani sigadis yang dia minati dan cintai.Jika ada lelaki yang senang bersendirian tanpa ada rasa bosan tanpa gadis disisi maka lelaki itu ada masalah dalaman yang amat kronik.Lelaki itu mungkin berminat dengan kaum sejenisnya atau mungkin dia sedang gerhana dan karam dengan kebencian yang teramat terhadap para gadis.Kecewa kerana cinta itu kemungkinan yang sangat ketara.

Bagaimana lelaki boleh berlagak biasa tanpa ada seorang gadis bersamanya.Bagi aku itu amat pelik sekali.Seronok ke jika tidak mempunyai atau memiliki seorang gadis yang kita senangi dan cintai...

Sememangnya kaum wanita itu sangat unik.Adakalanya ianya amat membahagiakan dan ketikanya ianya amat menyakitkan.Itu sudah pasti tidak dapat dinafikan dan juga dielakkan.Mahu atau tidak terpaksa juga dihadapinya.

Benci dengan mereka mungkin sementara sahaja tetapi bila bersendirian dan rasa sunyi maka terpaksa juga mencari mereka.Kejam sungguh dirasakan pula.Ianya tercipta untuk menemani si lelaki.Bergembira dan berduka bersama dan jika ada rezekinya mungkin sekali sehidup semati...

Indah sekali jika ianya berakhir begitu...

Bohong jika ada yang berkata tiada mereka aku masih mampu hidup dan berdiri sendiri.Itu mulut yang berkata-kata tetapi didalam hati menjerit bagai mahu gila.Tiada guna menipu diri sendiri untuk memuaskan nafsu jahat kita.Benci ada hadnya dan ada sebabnya untuk diketepikan bila sudah sampai waktu dan ketikannya.Jangan ghairah sangat untuk berdabik dada kononnya dunia ini akan lebih meriah tanpa mereka bersama kita.

Benar racun dan madu seiringan bersama mereka...
Semuanya telah terencana bersebab dan tidak dapat untuk dielakkannya...berikan sedikit masa untuk mencari langkah yang baru demi satu permulaan ...yang mungkin akan memabawa kita ke jalan yang kita cari selama ini.

Begitu juga aku yang pernah terluka dengan cinta seorang gadis yang sangat aku cintai di satu ketika dahulu.Hingga sanggup melabel semua perempuan adalah sama iaitu penipu dan pelakon yang hebat.Mulut manis berkata menabur janji yang sanggup sehidup semati tetapi akhirnya curang dengan lagak tanpa ada sedikit pun rasa bersalah.Ianya bukan berlaku sekali tetapi tanpa aku sedari ianya telah berlaku berkali-kali...disebabkan sayang yang teramat mata menjadi buta dan akal mati untuk berfikir yang mana satu benar dan palsu!

Namun bila aku melihat kembali ke belakang semula dan mencari jawapan kepada semua persoalan ini maka akhirnya aku temui juga iaitu sengaja kita di uji sebegitu rupa supaya kita sedar bahawa apa yang kita ada dan miliki belum tentu pasti akan menjadi hak milik sejati.Semua itu memang sengaja diada-adakan agar di satu hari nanti kita akan dipertemukan dengan seseorang yang lebih baik dan lebih berbaloi untuk kita cintai dan kasehi.

Itu dulu beberapa tahun yang lepas tetapi sakitnya masih lagi terasa sehingga sekarang sehinggakan aku takut dan tidak berani mendekati mana-mana gadis sekalipun.Bukan benci tetapi tahu betapa bisa bila termakan madu yang beracun.Walaupun nampak sihat diluaran tetapi pedihnya seperti barah yang tiada tahu akan berhenti meratah hati kita.Tak terkata sakitnya cuma mereka yang pernah melauinya tahu betapa azabnya menahan sakit yang tiada siapa yang dapat menolong dan membantu.




Benar kita ada yang maha kuasa tetapi kenapa kita yang menjadi pilihannya untuk merasai derita ini?

Aku tidak mahu memberikan jawapannya biar kamu yang memberikan jawapanya kepada aku kerana aku mahu melihat dan menilai adakah sama seperti jawapan yang aku ada sendiri.Jika jawapan kita sama maka di antara kita memang pernah alami atau mungkin pernah mendengarnya dari seseorang yang kita kenali.

Hari ini apa perlukah aku takut dan menjauhi mereka?

Oh! please no!

Kalau aku terus belayar dengan kapal yang tiada hala tujunya tentu pasti di suatu masa nanti kapal ini akan karam terlanggar batu karang atau juga karam dilanda ribut ganas di lautan lepas.Jika berterusan begini aku percaya sangat yang kita ini akan menjadi seperti zombie yang mempunyai nyawa tapi busuk bak bangkai.Orang lain makan kita juga makan tetapi apa yang kita makan tidak serupa seperti orang lain makan.Mereka makan dengan penuh kenikmatan tetapi kita makan penuh dengan seribu satu macam keseksaan.

Andaikata aku tekad tanpa kamu wahai perempuan yang bernama gadis mampukah aku hidup didunia ini dengan aman.Bolehkah aku tersenyum gembira tertawa ceria tiada masam berduka?

Serius ...die!


chow!



26 Oct 2012

Cinta Semula




Sekian lama aku menghilang membawa diri jauh dari keriuhan kota mencari ketenangan jiwa nun jauh di pantai timur negara tercinta.Bersendiri belajar untuk mengerti akan kehidupan ini.Bukan semua yang aku mahu dan ingini kini bukan menjadi sesuatu yang wajip aku miliki.Biarkan semuanya datang dan pergi dengan sendiri...

Sekarang baru aku fahami apa itu dunia dan realiti.

Tidak mudah melupakan semua dengan segera aku kerana aku faham aku perlu masa untuk melupakannya.Tiada guna memaksa diri dan tiada guna lagi memujuk diri...ya biarkan sahaja semua berlaku dan berlalu.

Hari ini aku bebas terbang dan kembali menjadi kuat setelah patah sayap ku dahulu.Malahan semakin teguh dan matang menilai segala kejadian yang telah aku terima dahulu.

Aku cuba menulis sebaik mungkin tetapi ianya seperti di paksa-paksa! 

Cuma satu perkara yang jelas aku sudah mulai merasai nikmat apa itu yang dikatakan kebebasan yang tidak bebas.Terpenjara namun amat gembira.Pelik tetapi benar.Hikmah yang tiada siapa mampu perkatakan jika bukan diri sendiri yang merasainya.

Bulan dan bintang dan juga laut kini begitu dekat dengan aku.

Tenang di hembus angin laut tersenyum melihat ombak memecah pantai ...malam yang gelap ditemani bunyi cengkerik dan cicak tokek...ya cicak yang begitu popular satu ketika dahulu yang kononnya mampu mengubati penyakit AIDS!

Ikan dilaut dan ikan dipantai sama cantik dan indah...ahhh! mata aku mulai keliru membezakan yang mana satu haiwan dan manusia...hehe!

Kini jelas aku amat gembira dengan kehidupan yang baru...tenang dan bebas.

Aku ingin bercinta lagi...!


=====================================


Tulisan di atas ini adalah tulisan terakhir aku di blog yang lama dahulu.Lebih dari 3 minggu berkelana di pulau perhentian mencari ketenangan di hati.Namun aku terpaksa kembali ke kay el apabila rakan boatman aku telah pergi buat selamanya mengadap ilahi.Insiden yang tidak terduga berlaku bila arwah tiba-tiba di serang strok ketika berada di dalam air laut! al-fatiha buat beliau!


===================================



Lihat ayat terakhir aku itu..." aku ingin bercinta lagi..." adakah mungkin ianya bakal aku temui sekarang? Satu persoalan yang sangat ingin aku ketahui di ketika ini.

Entry yang lepas adalah satu percubaan aku yang agak berani mati untuk cuba memikat hati seorang gadis yang aku kira agak menarik untuk didekati.Cuma aku tertanya-tanya adakah segalanya berkemungkinan sekarang.Sudah menjadi sikap aku setiap kali mahu melakukan acara memikat gadis iaitu tiada dolak dalik hanya terus ke sasaran.Ala-ala kamikaze begitu...hehe!

Jika tiada penolakan aku akan teruskan pula ke peringkat kedua iaitu merapati dia dengan lebih rapat lagi cuma persoalannya adakah ini satu kemungkinan yang bakal menjadi satu realiti.Setiap dari tulisan kita yang kita tulis akan menyerlahkan siapa kita tanpa kita sedari.Dari ayat-ayat yang kita tulis ianya bakal menjentik satu emosi yang pelbagai.Sekiranya itu satu kejujuran maka ianya pasti akan menjadi satu fenomena yang tidak dijangkakan.

Sesuatu yang luar biasa pasti akan menjelma nanti.

Bahagian yang paling best ialah bagaimana harus aku lakukan di dunia maya ini?Sekarang dia sudah kenali rupa paras aku yang sebenar.Dia suka atau tidak aku belum tahu lagi akan jawapannya tetapi nampak gaya dia macam ok sahaja.Itu satu petanda yang agak baik kepada seorang pemikat seperti aku ini.

Seandainya ini satu cinta didalam dunia maya sahaja dan bukanya di dunia realiti aku tetap gembira dan suka  apa yang penting ialah aku dapat bercinta walaupun di dunia mana sekalipun.

Namun jika ini adalah satu permulaan yang sebenar aku juga akan gembira dan suka kerana tiada salahnya mencuba.Kalau tidak di cuba bagaimana mahu tahu akan keputusannya.Sekiranya cubaan ini bukan hanya bertepuk di sebelah tangan maka tentu sekali ada jalan cerita yang panjang bakal terjadi di dunia maya ini!


Ketika ini hati aku sangat berdebar-debar adakah aku cuma bermain dengan ilusi aku sahaja...hehe!



chow!


25 Oct 2012

Cinta Maya


Mungkinkah aku akan terjatuh kedalam alam maya ini kerana cinta?

Sejak kembali solo sejak dapat berdiri kembali dan sejak membunuh semua rasa hati terhadap bekas kekasih hati diri ini semakin miang menjadi-jadi!

Salah siapa pun aku sendiri tidak tahu untuk diberikan jawapan.Semuanya berlaku dengan begitu semulajadi tiada panduan juga perancangan.Tiada yang mustahil didalam dunia ini lebih-lebih lagi di dunia cinta segalanya berkemungkinan terjadi dan menjadi realiti.

Cuma aku tak pasti adakah ianya mampu berlaku disini di dunia maya ini!

Jika berlaku sekalipun bagaimana harus di mulakan dahulu.Bagaimana untuk merealisasikan impian jadi kenyataan.Umpama menarik keluar bayang yang hitam kelam dari dasarnya ke atas bumi yang nyata.Susah tu kannn!

Diam-diam aku terpikat dengan seseorang didunia blog in...hahahaha! Siapa erk?

Ini mungkin cuma perasaan aku sahaja tetapi aku suka dengan perasaan begini ianya membuatkan aku jadi ceria gembira.Kembali menjadi muda remaja kembali merasa saat-saat hati suka kepada seseorang walaupun hakikatnya tiada apa-apa lagi yang berlaku.Pelik sungguh tetapi aku memang girang macam jahanam sekarang ...hahaha!

Persetankan dengan segala macam persoalan yang penting sekali aku seronok dan happy.

Mungkin ada gaya dan lagak poyo sikit tetapi apakah perlu aku ambil peduli.Yang rasa itu adalah hati aku perasaan aku atau lebih jelik lagi aku terperasan sendiri...syok sendiri uuu! Biarlah asalkan aku bahagia.Ini sekian kali aku merepek ikut naluri hati aku bak kata Once Mekel...suka sangat aku dengan lagu itu!

Eh! tajuk lagu dia Hilang Naluri...ahhh! Lantak lah!

Entry ini aku rasa aku paling sempoi menulis.Tersenyum tersengeh bak kerang busuk ntah apa-apa ntah yang bermain didalam fikiran aku.Serius aku menulis dengan begitu selesa dan bersahaja.Semuanya datang sekaligus tiada tersekat-sekat seperti selalu yang harus berhenti sejenak dan berfikir dan sambung semula menulis kali ini tidak.... aku menulis sekali jalan begitu!

Berbunga-bunga bak ada taman dalam hati aku kini.Namun siapa bunga itu masih menjadi persoalan kerana ianya datang dari dunia maya ini.Cuma tulisan-tulisan sahaja yang semakin nakal dan semakin gatal bersenda gurau...hehehe!

Aku rasa ada seseorang sudah mulai terperasan...eh! macam aku jer tu...eh! memang u laaaa! hehehe!

Entry ini memang di tulis khas buat u!

Jangan malu ok jarang kita jumpa post yang sebegini di dunia maya ini.Ini memang sesuatu yang agak istimewa kerana aku sendiri belum pernah terjumpa tulisan yang macam ini tulisan mengurat gadis!

wewiiiiit!

Siapa pernah jumpa? Tulisan yang ditujukan khas kepada seseorang didalam dunia maya ini dengan niat ingin lagi tahu dan mengenali dirinya.Rupa dia aku tahu tetapi rupa aku dia tak tahu...tak adil bukan maka aku rasa aku perlu berlaku adil untuk memperlihatkan siapa diri aku sebenar dan biar dia sendiri menghakimi aku...biar mulut dia terbuka luas tergangga....

"....laaaa mamat ni poyo yer...."


Namun jika aku ini taste dia...cewahhh! Adalah peluang untuk aku berkenal mesra dengan dia dan siapa tahu untung sabut timbul untung batu tenggelam...konfiden gila ni namanya...huhu!

Buat u yang membaca tulisan ini.Ini tulisan iklas dari sanubari i buat u.Jangan terperanjat tetapi meloncatlah kegirangan atau keseraman bagai di rasuk hantu syaitan.Ini tulisan sehala yang tiada tentu lagi jawapannya.Bak kata orang putih...small try baby!


Kita lihat siapa yang kena dan terkena dan lihat juga bagaimana dia mengawal situasi ini...hehe!



Chow!

Kata hati



Benar kata orang-orang tua kalau ikutkan kata hati nanti mati tetapi kita pedulikan kata-kata mereka malahan kita turutkan sahaja kata hati kita dan akhirnya kita yang mendapat celakanya.

Persoalan hati ini memang agak memeningkan kepala kita.Lebih-lebih lagi kalau berkaitan rapat dengan cerita cinta.Masalah hati kita menjadi satu masalah besar kepada kita kerana kita selalu sangat megakui akan kata hati kita itu adalah betul.Kita dengar dengan membuta tuli tanpa meminta rujukan dari pihak akal kita.Selalunya kita akan nafikan apa juga amaran dan nasihat yang diberikan oleh pihak akal kepada kita walaupun kita sedar ada kebenarannya.

Kata hati kita kepada kita.... pedulikan sahaja dengan pihak akal.Pihak akal mana tahu akan rasa hati kita dia cuma tahu apa yang betul dan apa yang tidak sahaja.Pihak akal mana ada persaan seperti hati kita!

Itu yang sering kali kita lakukan iaitu menafikan kebenaran yang cuba pihak akal berikan kepada kita.Rasa hati kita yang begitu yakin bahawa apa yang sedang kita lakukan adalah betul dan tepat.Tidak kepada pihak akal yang nampak jelas akan kepincangan cara hati kita berfikir.Hati kita memang tiada akal untuk berfikir itu yang membuat kita selalu buat perkara-perkara yang diluar kemampuan dan jangkaan kita.Degil kita ego kita kerana terlalu yakin dengan hati menyebabkan kita tersimpang jauh dari apa yang patut dan betul kita lakukan.Kita pasti akan bertindak membabi buta bila terlalu taksub dengan kata hati kita.Malahan banyak perkara yang kita lakukan tanpa rujukan dari pihak akal akan membawa kita ke lembah yang penuh duri dan kelukaan!

Akhirnya kita marah dengan hati kerana terlalu mengikut kata hati kita.Salahkan hati salahkan semua!

Sekali lagi persoalan timbul kenapa kita terlalu taksub atau mungkin terdesak untuk mendengar dan mengikut sahaja kata hati kita.Kita sebenarnya tahu apa akibatnya jika terlalu menurut kata hati kita.Namun kita nafikan nasihat dan teguran yang cuba disampaikan oleh pihak akal kepada kita.

Kita fikir dan yakin dengan kata hati kita ini adalah benar-benar betul.Kita marahkan dengan pihak akal kita.Kita persendakan semua teguran yang diberikan kepada hati kita.Jarang sekali mahu buat rujukan kepada pihak akal setiap kali bila mahu melakukan sesuatu atau bertindak.Hati kita kata apa sahaja kita tunduk ikut dan tidak mambantah sepatah kata pun.Kita puaskan hati kita ,kita berikan semua yang di minta oleh hati kita.Tanpa ada rasa sekelumit ragu pun kita turuti semuanya.

Begitulah gahnya kata hati kita bila bertindak dan mengarah kita.Bodoh-bodoh kita akur dan menurut segala perintah tetapi akhirnya kita makan hati kita sendiri!

Tiada guna lagi sesalan tiada guna lagi jika mahu di perbetulkan segala keterlajakkan bila terlalu mengikut kata hati kita.Kata hati kita pedulikah dengan hati kita yang sakit terluka parah kerana mengikut sangat arahan kata hati kita?

Kerana kata hati...hati kita juga yang merana sakit tidak terperi!





Ketika itu baru kita tersedar selama ini apa yang pihak akal war-warkan adalah benar belaka.Cuma waktu itu kita telah mabuk dengan kata-kata manis dari kata hati kita.Kita alpa juga lalai waktu membuat pilihan diantara kata hati dan kata akal kita.

Watak kata hati yang selalu terburu dan jarang melihat ke depan yang lebih jauh telah membuatkan hati kita luluh hancur dek termakan pujukan kata hati kita.

Bukan semua yang datang dari kata hati adalah buruk dan busuk tetapi majoritinya tidak berpihak kepada hati kita sebaliknya lebih kepada nafsu serakah kata hati kita semata-mata.Mula terasa dangkal dengan segala tindakan yang kita turuti demi kemahuan kata hati kita.Pasrah dan redha seperti telah tersedia buat hati kita.Sedih pilu bercampur nyilu terasa di dasar hati kita.Terasa hirisan tajam dari mata pisau seperti mencantas sekeping demi sekeping hati kita !

Kata hati selalu membuatkan kita keliru memilih jalan yang mana harus di lalui.Mata nampak jelas jalan yang lurus dan luas namun kata hati kata pilih jalan yang berliku itu kerana ianya lebih hebat dan mencabar.Maka hati kita pun ikuti apa kata hati kita dengan rasa berat hati yang juga berbelah-bahagi.Bila sudah tersedar yang pilihan kata hati kita salah masa itu tiada apa lagi yang dapat dilakukan...terlajak perahu bisa diundur terlajak kata hati siapa yang tersungkur?

Hati kita!

chow!

24 Oct 2012

Orang Asing



Orang kita kalau bab bercakap dan buat komplain memang hebat dan bertenaga.Segala macam mereka boleh perkatakan dan mereka juga boleh perlekeh ikut sedap mulut bila bercakap.Lantaklah apa orang lain mahu kata atau tuduh yang penting mereka bebas berkata apa sahaja walaupun ianya nampak bodoh dan dungu!

Mahu tidak mahu terpaksalah kita akui itu memang sudah menjadi budaya orang kita sekarang iaitu pandai cakap tapi tak tahu buat.

Pandai buat cadangan dan pandai bercakap tetapi apabila di minta memberikan kerjasama mulalah gelabah dan mulai mencari helah untuk melarikan diri.Jika ada yang berani kedepan menyahut cabaran dan mengambil bahagian lain pula yang terjadi.Bila bercakap lain bila diberikan tugas atau kerja lain pula yang berlaku.Orang Cina cakap...

"....cakap tak serupa bikin..."

Itulah dia perangai orang kita yang petah bercakap dan tidak suka pula dibetah cakap-cakapnya!

 Orang kita bukan bodoh tetapi sangat bijak tetapi memiliki sifat malas yang sangat terkenal.Bukan semua tetapi sebahagian darinya.Maksud sebahagian bukan kecil tetapi sebahagian besar bersifat begitu.Tidak setuju atau tidak boleh terima hakikat?

Lihat orang asing yang datang ke negara kita untuk mencari sesuap nasi buat orang yang mereka tinggalkan di kampung halaman.Sanggup meredah launtan dan daratan yang panjang.Sanggup bergadai nyawa hanya semata-mata mahu keluar dari kepompong kesusahan dan kemiskinan.

Orang kita sanggup?

Bukan mahu diperlekehkan bangsa sendiri tapi kenyataannya yang benar ini amat pahit untuk ditelan.Lihat bagaimana orang acheh,indonesia dan bangladesh juga myanmar yang tanpa segan silu merebut peluang yang ada didepan mata.Mereka bukan merampas tetapi mereka merebut peluang yang dibiarkan sahaja oleh orang kita!

Jika kita rajin berjalan pasti terjumpa akan mereka-mereka ini yang begitu komited untuk memajukan diri.Tiada keluh kesah dan rasa lelah juga letih.Sentiasa sahaja begitu bertenaga dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja.Tidak kiralah pekerjaan itu mudah atau susah.

Kerana apa?

Mereka terpaksa satu hal tetapi yang pasti mereka tahu apa yang bakal mereka dapat dan miliki jika rajin dan tekun dengan apa juga benda yang mereka lakukan di negara ini.Di negara mereka sendiri mereka tiada berpeluang kerana rakyat mereka terlalu ramai dan sukar ada peluang seperti di negara kita ini.Mari kita sama-sama bayangkan jika tiada seorang pun orang asing di negara kita ini?

Apa yang bakal terjadi?

Benar ada masalah sosial bila terlalu ramai orang asing di negara kita ini tetapi boleh sangat dikira dengan jari berapa kerat daripada mereka ini membuat onar di negara kita.Kalau di buat kiraan dari 10 maka 2 sahaja yang dimiliki oleh orang asing ini.Lebihnya siapa yang punya?

Jangan kita terlalu jengkel sangat dengan orang asing ini jika mereka lebih pandai dan berjaya dari kita.Jangan ada kebencian juga rasa cemburu yang melulu.Fikir dahulu kenapa kita tersadai tetapi mereka berdiri megah berjaya.Salah kita atau salah mereka?

Begitu juga jika anak gadis kita terlalu taksub dengan permainan cinta yang mereka mainkan.Mana mungkin berbunyi jika tidak ada dua tapak tangan berlaga.Itu juga namanya mengambil peluang yang tersedia ada di depan mata.Bukan semua tetapi bukan sedikit jumlahnya.Itu belum kira lagi orang kita yang tersangkut dengan orang asing ini...hehe!

Jangan berkecil hati jika kita dibiarkan oleh orang kita yang bertukar selera kepada orang asing ini.Cinta tidak mengenal rupa.Rambut sama hitam tetapi hati dan selera lain-lain mana ada serupa.Mungkin layanan kita agak terlalu kuno dan purba.Terlalu berkira-kira atau mungkin juga kedekut.Susah mahu melafazkan puji-pujian.Sukar sekali memujuk dan membelai manja.Selalu suka mengambil kesempatan dan pelbagai lagi acaranya...hehe!

Marah bila melihat anak dara kita berkepit dengan mat bangla.Sakit hati tengok sepupu kita bernikah dengan gadis indon pelayan restoran.Sinis bila terpandang pakcik belakang rumah jalan berdua-duaan dengan isteri baru yang muda dari kemboja.Malahan meluat dan nak termuntah bila ternampak apek tua berkaroke dengan amoi cantik sexy dari china dan vietnam!

Marah?

Tidak perlu itu semua.Tepuk dada tanya selera jika suka buat jika tidak tutup mata pekakkan teliga.Mereka bukan budak-budak hingusan yang boleh kita tarik teliganya.Semuanya sudah akil baligh tahu yang mana satu itu putih dan yang mana satu itu hitam.Pilihan hidup adalah hak kepada setiap daripada kita.Tiada paksaan didalam dunia ini untuk kita membuat pilihan dan cara hidup kita.

Dosa juga pahala dan syurga juga neraka adalah pilihan dan juga hak setiap umat manusia didalam dunia ini untuk mereka membuat pilihan!

Cuma yang pasti orang asing atau orang kita ...kita tetap sama dan serupa.Kita manusia dari kejadian yang sama sifatnya.Semua yang ada dinegara kita yang tercinta ini akan habis dan hilang jika orang kita terlalu manja dan lalai dengan segala kemudahan dan kesenangan yang disediakan.Orang kita mudah lupa diri tetapi marah jika haknya diambil dan dirampas.

Bukan dirampas tetapi kita sendiri yang tidak tahu bagaimana mahu menghargainya!

Senang cakap...Tidak tahu bersyukur!

chow!

18 Oct 2012

Wasiat Jumaat # 3



4:16. Dan apabila dua orang antara kamu (lelaki) lakukannya (kesumbangan), maka hukumlah keduanya; tetapi jika mereka bertaubat, dan membetulkan, maka berpalinglah daripada keduanya; Sesungguhnya Allah adalah Yang Menerima Taubat, Pengasih.

16 Oct 2012

Gadis Tudung



Hari ini tudung ada bermacam fesyen dan gaya.Buat aku sangat teruja melihatnya tidak seperti waktu-waktu dahulu yang agak membosankan dan jemu dipandang.

Ini pendapat aku tentang perkembangan tudung pada hari ini.Semua orang pasti tahu pendirian aku pasal tudung dan sesiapa yang tidak bersetuju itu kamu punya hak untuk berkata tidak.Malas mahu berdebat benda yang sudah aku kira lapuk.Banyak lagi perkara lain yang patut diambil berat lagi.

Ok berbalik semula tentang tudung.Sekarang kalau rasa muka kita tidak berapa jelita dan cantik aku syorkan kamu bertudung.Tudung yang ada dipasaran sekarang ini sangat-sangat stylo milo kepada aku.Cantik dan bervariasi.Warna yang bermacam dan ada juga yang simple.

Kalau ada yang berfikiran kolot dan kuno kononya harus pakai tudung gaya ini dan warna jenis ini aku rasa baik kau buat bodoh sahaja.Kalau agak berani kau ucapkan sahaja ayat-ayat yang manis bak madu ini...

"...terimakseh banyak2...apa kata kau suruh jer buah hati kau atau kekasih kau sahaja yang dengar dan turuti kehendak dan kemahuan kau ok!..."


Janji bertudung dan menutup aurat seperti yang disyorkan.Pedulikan la dengan sesetengah lelaki yang berlagak hipokrit tu.Faham sangat perangai orang lelaki yang tidak cukup umur dan pramatang ini.Mulut cakap lain tetapi mata dan hati tetap pandang yang lain-lain.Kalau masih ada lagi yang menafikan kamu memang jenis orang yang aku katakan tadi...hipokrit!


Cuma kalau boleh selarikan cara berpakain ketika bertudung.Biar nampak anggun dan cantik bukannya nampak terseksa jiwa dan batin para lelaki.Bertudung tetapi segalanya ketat itu yang salahnya.Kalau mahu berbaju dan berseluar ketat usah pakai tudung buat bertambah dosa orang yang melihat dan siap mengutuk dan mengata!

Buka tudung dan pakailah sesexy yang kamu mahu dan janganlah dicacatkan fesyen bertudung ini.Nanti bila sudah ada ke iklasan dan tiada rasa menyesal atau ragu-ragu untuk bertudung dan waktu itu bertudunglah dengan seiklasnya dan jangan terlalu memaksa diri .Tiada untungnya jika terlalu mengikut kata orang tetapi hati dan diri tidak ikut bertudung sekali.Cuma yang bertudung hanya kepala sahaja.Tiada salah jika mahu berfesyen ketika bertudung.Asalkan sesuai dengan penampilan ketika bertudung.

Apa yang aku lihat pada hari ini fenomena bertudung sebenarnya banyak kebaikannya terutama sekali kepada gadis-gadis yang tidak jelita bila berambut lepas.Bila bertudung semua mata tertumpu cuma pada kawasan wajah sahaja dan tidak teralih kepada keseluruhan kawasan kepala.Jika rambutnya agak huru hara tetapi memiliki iras wajah yang jelita pasti tambah jelita jika dapat dipakaikan tudung yang stylo sekarang ini.Selalu sangat aku berjumpa dengan gadis yang mempunyai wajah yang jelita tetapi sayang punyai rambut yang macam hutan bakau rupanya...hehe!

Kerap kali aku berimiginasi dengan gadis-gadis yang punya wajah jelita tetapi miliki rambut yang hodoh.Kalaulah mereka sedar jika bertudung mereka lagi tampak hebat dan ohsem sudah pasti mereka akan bertudung .Namun sayangnya tiada siapa yang dapat memberikan gambaran yang sebenar kepada mereka.Kalau ada pun cara yang digunakan agak kasar dan kurang bertamadun.Guna hati bila bercakap bukan guna akal bila berkata-kata.Siapalah yang mahu ikut kata kamu!


Kita mahu gadis tercinta bertudung tetapi guna cara pendekatan yang salah.Kita marah atau mungkin paksa dia dan mungkin cakap ...

"...kau nak masuk neraka eh!..."


Orang perempuan ni luaran yer memang nampak lemah lembut tetapi sebenarnya mereka ini punyai hati sekeras batu tahu.Cuma mereka tidak mahu menunjuk-nunjuk di ketika ini tunggu sahaja di satu masa nanti dan waktu itu kamu para lelaki akan tahu tinggi atau rendah langit yang kita
junjungi...hehe!

Apa salahnya dipujuk dan diberi puji-pujian pasti cair batu yang keras tadi.Ini tidak sikit-sikit ugut dengan bermacam fatwa.Mereka bukanya tidak tahu tapi mereka perlu masa untuk jujur tiada salahnya daripada say no terus!

Orang lelaki kalau bab-bab cari salah orang perempuan memang hebat tetapi salah diri sendiri kalau boleh mahu dipijak-pijak jangan bagi nampak.Diam buat bodoh sahaja berlagak seperti semua dia yang tahu...ah! faham sangat aku...hehe!

Aku kalau terjumpalah wajah macam Naima Mora dan bertudung gaya ala-ala Hana Tajima pasti aku guna bomoh atau dukun siam untuk aku pikat dan mendapatkannya...hehehe!




Naima Mora sebelah kiri...kanan tu ntah sapa ntah...hehe!


chow!

11 Oct 2012

Cinta Gadis



Ramai gadis hari ini seperti celaru mencari kekasih hati.Kalau memilih sangat nanti lansung tiada siapa yang sudi .Jika tidak membuat pilihan takut kemudian hari menyesal pulak.Ialah mahu hidup bersama dan susah senang bersama selamanya .Bukan untuk sehari dua tetapi sehingga berpisah nyawa dari tubuh kita.

Setiap pilihan kita hari ini adalah penetuan di akan datang jika pilihan kita betul dan tepat maka kita menjalani kehidupan kita dengan penuh kebahagian yang menggembirakan.Jika sebaliknya pula kita pasti merana  dan sengsara dengan pilihan yang kita telah pilih.

Bila pilihan sudah di tetapkan maka kita terpaksa pula berhadapan dengan seribu satu macam ujian dan dugaan.Biasalah kehidupan waktu bercinta bukan semua indah sahaja.Jikalau semua indah tiadalah  masalah tercipta sesama kita.

Bukan mudah untuk kita mencari seperti yang kita impikan, Umpama macam mimpi yang tidak pasti pula.Lagi kita duduk memikirkannya lagi bertambah buntu fikiran kita.

Sehari demi sehari usia kita semakin meningkat tapi kita masih sendiri.Sampai bila hendak begini.Belajar tetap belajar tapi kalau tiada cinta yang kita jumpa hendak cari bila pula.Selepas habis belajar?

Boleh jumpa ke?Kalau tidak terjumpa ...bagaimana pula?

Bila kita pandang kanan kita nampak kawan kita dengan buah hati dia.Pandang pula sebelah kiri gadis tu dengan tunang dia.Kita masih duduk tengah-tengah macam kera sumbang.Semua serba tidak kena.

Perlu sangat ke kekasih ketika belajar ? Perlu sangat ke lelaki dalam hidup kita ini?

Bila masa yang sesuai untuk mempunyai si buah hati.Kalau orang lelaki mudah sahaja cari mana yang di suka di hati dan kita buru sampai dapat.Jika gagal kita cari pula yang lain selagi tiada dalam genggaman selagi itu misi pemburuan tidak akan berhenti.Kalau kita gadis masakan kita boleh ikut rentak orang lelaki.Nanti macam-macam gelaran dan label di terima.

Bila sudah bertemu yang berkenan di hati lain pula hal yang akan kita tempuhi.Cakap-cakap dari mulut orang sekeliling kita bukan mudah untuk di tutup ada sahaja "itu dan ini" yang mereka bicarakan.Semuanya boleh jadi kalut dan kusut.Ada pun susah tiada pun sama juga.

Nanti di tuduh sebagai pembiak maksiat dan penternak dosa.

Dimana-mana ada maksiat.Cuma sama ada kita ini teringat untuk gunakan akal fikiran atau tidak semasa berkasih.Semua manusia ada kelemahannya.Kalau kita terus di belenggu dengan cerita-cerita kawan kita ...pasti semua tidak menjadi.Kita jadilah tunggul kayu seorang-seorang di situ.

Nafsu?

Siapa yang tidak bernafsu.Haiwan pun bernafsu.Sampai bila boleh simpan dan kawal nafsu? Nanti satu hari di duga oleh nafsu dapatkah kita mengelakkannya? Padahal kita tiada pengalaman.Kalau ada sekelumit pengalaman dapatlah kita berfikir sambil bertindak tidaklah kita seperti dungu sahaja.

Kalau tiada kekasih ok ke? Boleh tahan? Sampai bila? Boleh jujur dengan diri? Boleh tipu hati?

Semua persoalan ini pasti bermain-main didalam kotak fikiran kita.Orang bercinta kita juga mahu ikut bercinta.Tetapi bila terdengar mereka yang putus cinta dan akibat-akibatnya kita jadi cuak dan tidak berani pula.Mulut kata mahu hati kata tunggu dahulu.Jadi yang mana satu harus diikuti dan turuti.

Benar zaman bercinta ialah zaman yang cukup indah untuk dirasai dan sukar untuk di gambarkan dengan kata-kata.Semuanya manis dan mood kehidupan hari-hari juga ikut serta bergembira.Tiada rasa susah hati atau murung.Semua hanya yang happy-happy belaka.

Kita cakaplah apa sahaja atau berikan nasihat supaya dia berpada-pada ketika menjalani kehidupan bercinta.Haram mahu dia dengar atau ambil pot! Alih-alih kita pula yang akan di sekolahkan.Bukan apa takut nanti kalau kena tinggal baru kau tahu langit itu tinggi atau rendah!

Namun bila semua nasihat yang cuba kita berikan dia nafikan kita pasti tidak dapat hendak memberikan apa-apa bantuan dan pertolongan lagi bila masa dia di tinggalkan atau sudah tiada lagi  semua kegembiraan dan keseronokkan dalam hubungan berdua dalam bercinta.

Biasalah kalau tidak merasa bagaimana pula harus dikatakan.Tiada kesilapan di mana akan kita dapat pengalaman.Tiada kesakitan tiada kesukaran tiada juga kehidupan yang normal.Kalau semua kehidupan berjalan dengan jaya dan berjaya itu adalah sesuatu yang tidak normal .

Orang sakit jiwa atau sakit mental mereka mungkin orang yang bahagia.Itupun bila sudah tidak terdaya lagi menerima segala macam tekanan-tekanan kehidupan.Itu tidak di kira normal tapi sudah tidak normal lansung!

Mahu atau tidak kita terpaksa juga hadapinya.Kita terpaksa mencari cinta walaubagaimana sekalipun.Tiada alasan dan tiada pilihan .Mungkin tidak hari ini tetapi esok hari sudah pasti.Tiada siapa pun di dalam dunia yang mampu hidup tanpa cinta.

Cinta ialah satu anugerah yang Maha Agung kepada hambanya.

Kalau itu juga kita nafikan itu bermakna kita ada sedikit masalah.Jika tidak pun kita mungkin sudah hilang normal.Kita sudah bahagia...hehe!!!

Siapa yang belum atau tidak pernah bercinta anda memang belum merasai kehidupan sebenar di dalam dunia.Jangan cerita akan kewajipan kita bercinta dengan yang maha berkuasa .Itu semua wajip dan selama-lamanya.Jangan cerita bercinta dengan Ibu bapa kerana itu tanggungjawap juga selama-lamanya!

Jangan beri alasan yang begitu-begitu semua orang tahu.Cinta yang aku maksudkan ialah cinta sesama manusia .Ini juga sebenarnya wajip.Cuma ramai diantara kita melihatnya dari sudut pandangan yang negatif.Dimana positif mereka telah ke tepikan.

Cinta dan bercinta tiada apa yang salah.Cuma yang mengamalkannya yang selalu buat kesilapan.Kesilapan yang tidak di sengajakan dan kesilapan yang memang telah dirancangkan.

Aku tidak tahu kamu pengamal yang bagaimana.Dirancang,merancang atau terancang!

Pandai-pandailah mahu hidup.Sendiri rasa sendiri tanggung!

Peace...I LOVE U!


chow!

9 Oct 2012

Dunia


Dunia maya dan dunia realiti ada perbezaan atau tidak?

Ini pandangan aku.Tiada perbezaannya malahan ianya lebih kurang sama saja cuma cara kematian kita didunia realiti dengan didunia maya memang sangat berbeza.

Di dalam dunia maya sebenarnya kita melakukan perkara yang sama seperti mana kita berada di dalam dunia realiti.Jika kita buat baik dengan blogger yang mana-mana kita kenal maka dia turut sama melakukan perkara yang sama seperti kita.Sama juga di luar jika orang itu buat atau bercakap baik dengan kita maka kita juga akan membalasnya dengan cara yang baik juga.

Jika kita saling berkunjung kerumah rakan-rakan kita maka mereka juga akan membalas balik kunjungan kita.Begitu juga disini malah didunia maya ini kita lebih mesra walaupun kita tidak pernah berjumpa muka tetapi cara kita mengalahkan macam pernah duduk serumah mesranya!

Kalau di luar seandainya kita didalam kesedihan atau didalam kemurungan sudah pasti ada kawan yang paling kita kenal dan rapat yang akan sudi mendengar dan memberikan kita nasihat juga sokongan.Disini ianya agak sedikit berlainan bukan seorang tetapi mungkin berpuluh yang datang memberikan kita kata-kata peransang agar kita lebih kuat dan tabah walaupun kita tidak kenal dia dan begitu juga dia.

Ianya semakin bermakna bila ayat-ayat yang kita terima bukan dari mulut tetapi dari tulisan kawan-kawan blogger kita.Ayat yang tidak mungkin cepat terpadam seperti mana kita terima dengan cara mendengar.Bila kita mendengar kata-kata nasihat juga sokongan adakalanya ianya akan cepat hilang dari ingatan kita tetapi jika kita terima dari tulisan ianya tidak akan secepat itu kerana kita boleh berkali-kali membacanya dan melihat semula apa yang rakan blogger kita tuliskan!

Secara tidak lansung kita mendapat kekuatan dengan hanya membaca bukan mendengar...hebat bukan!

Sebenarnya banyak kebaikan yang kita boleh perolehi didalam dunia maya ini jika kita mahu.Disini kita susah untuk berjumpa dengan kawan yang makan kawan.Talam dua muka depan kita baik belakang kita dia tikam semula.Susah dan amat sukar untuk kita temui yang post mereka menghentam kita dari belakang didalam dunia maya ini.Kalau ada pun cuma teguran yang bersifat iklas.Tiada yang berbahasa kasar atau kesat dan paling kuat pun jika dia menyampah dia tidak akan datang lagi ke blog kamu...itu jer!

Kalau didunia luar mungkin kita akan bermasam muka atau bergaduh seperti mana yang biasa kita lihat di youtube!

Apa yang tidak baik didunia maya ini ialah kita dengan mudah dapat melihat perempuan bogel dengan hanya sekali klik sahaja.Diluar kalau kita boleh buat macam itu maka kita adalah tuhan...hehe!

Kita masih boleh melihat perempuan bogel di dunia luar tetapi bukan dengan sekali klik tetapi dengan beberapa helai kertas yang ada simbol kepala harimau.Lagi banyak harimau lagi banyak perempuan yang kita boleh lihat dan miliki!

OK! Sekarang aku sendiri sudah keliru dengan apa yang aku tulis dipermulaan tadi.Tiada perbezaan di antara dunia maya dan dunia realiti!


"....Pening kepala aku...macam mana tiba-tiba boleh jadi tidak sama niiiii....!"


Jap biar aku berfikir semula....



chow!

7 Oct 2012

Panduan



Kali ini aku mahu menulis tentang panduan menulis blog.Mula-mula sediakan pensil dan kertas dan juga secawan nescafe gold yang panas.Jika tidak keberatan sediakan juga 2 dulang garam kasar,semangkuk gula melaka yang sudah dimasak cair,7 jenis bunga hari raya yang berlainan warna dan 3 ekor ayam jantan yang masih belum tumbuh tajinya.Bila semuanya sudah siap bungkus ke semuanya didalam satu guni dan sangkutkan dileher kamu dan lakukan larian anak di sekeliling kawasan perumahan anda!

Itu terpulang kepada hati masing-masing kalau mahu buat dan ikut ...buatlah...tapi kalau rasa macam semacam jer dan rasa macam orang gila dinasihatkan tidak perlu...hehe!

Ini contoh tulisan yang tiada kena mengena dengan apa yang aku mahu tulis tetapi untuk melancarkan otak agar datang ideanya aku mulakan dengan tulisan yang mengarut dan merepek-repek.Perkara ini sering berlaku kepada aku setiap kali aku mahu buat satu entry.Sememangnya tidak masuk akal lansung tetapi dari situ aku akan mula dapat mood untuk menulis...ini cara aku.

Kalau suka ikutlah...hehe!

Semua orang termasuk aku juga pada permulaan dahulu ketika awal-awalnya membuka akaun blog sentiasa sahaja hilang arah dan tidak tahu apa yang mahu ditulis dan diperkatakan.Buka dan tutup silih berganti adakalanya termenung lama didepan laptop melihat skrin yang putih kosong sambil-sambil mendongak ke siling tengok kipas berpusing.Begitulah selalunya dan akhirnya tiada apa yang ditulis.

Ini perkara biasa kepada blogger yang baru mahu berjinak-jinak menjadi pemilik blog.

Jika ikut cara aku dahulu bagaimana mengatasi masalah ini ialah aku akan rajin merayap ke seberapa banyak blog yang ada di laman maya ini.Tidak kira yang baru atau lama.Popular atau tidak popular semua aku terjah dan tujuannya cuma satu iaitu mahu melihat dan mencuri idea-idea mereka.Jangan amalkan kaedah copypaste itu tidak akan membantu kita dalam penulisan kita nanti.Itu palsu dan meniru!

Kita cuma curi bagaimana cara mereka menulis dan mempersembahkan kepada kita.

Aku sangat percaya bila kita rajin membaca tulisan-tulisan dari blog orang lain dengan tidak secara lansung pasti kita akan mendapat idea dan cerita mengikut apa yang kita fikirkan dan imaginasikan.Aku pasti ada tulisan-tulisan itu kita suka dan tidak suka maka dari situ kita boleh buat satu entry mengikut cara dan gaya tulisan kita dan luahkan apa yang kita fikirkan.Tidak perlu kita perlecehkan mereka tetapi buat ikut suka dan kepala kita.

Jangan cari musuh tetapi cari kawan.

Pada permulaannya memang agak canggung kerana kita menulis berdasarkan tulisan orang lain tetapi percayalah lama kelamaan kita akan jumpa akan sentuhan dari buah fikiran kita sendiri.Kena tahan sikitlah kalau ada yang komen bukan-bukan.Itu juga biasa kalau tiada kesilapan bagaimana kita mahu jadi yang terbaik.Kalau bukan untuk orang lain untuk diri sendiri pun sudah cukup memadai.Bukan mudah sebenarnya jika mahu menulis didalam alam maya yang bernama blog ini.

Ini kerana setiap tulisan yang kita tulis akan ada yang berikan komen kecuali kalau kita tiadakan kotak komen itu maka kita selamat dari anasir-anasir sakit hati.Itu yang dinamakan syok sendiri!


"....ahh! mampos la ini kan blog aku ...kau ada! Ada aku kesah!..."


Lantak kau la labu!


Ingin aku perkenalkan beberapa blog yang aku suka baca dan gaya penulisan mereka.Jangan salah sangka bukan semua blog yang aku baca adalah blog-blog yang sangat lama atau otai tetapi ada juga blog-blog yang baru sebulan dua wujud tetapi tulisan mereka sangat cantik-cantik.Namun aku percaya mereka bukan blogger yang baru tetapi membuka akaun blog yang baru...hehe!

Blogger ini RasaHati aku cukup tergoda dengan cara beliau menulis.Begitu simple dan sempoi.Tulisan beliau cukup teliti dan berhati-hati malahan cukup berisi dan tidak dibuat secara membuta tuli.Semuanya secukup rasa kita yang membacanya pun dapat merasakan apa yang cuba beliau cuba sampaikan.Kalau kita baca satu persatu post-post beliau yang lepas-lepas kita faham beliau sangat berilmu orangnya.Bukan budak hingusan!

Ini blog pula aku baru temui baru-baru ini BlogSampah.Tulisan beliau tiada had dan tiada peduli kiri kanan.Beliau menulis ikut apa yang dia rasakan.Blog seiklas hati kepada aku.Aku belum banyak baca lagi post beliau yang lepas-lepas tetapi aku tertarik cara dia menulis.Telus dan terus terang tiada belok kiri atau kanan.Lihat bagaimana beliau menulis walaupun benda itu simple sangat tetapi kita faham dan layan tulisan beliau.

Itu tulisan yang panjang-panjang dan biasa.Tulisan yang luar biasa siapa dan bagaimana contohnya.Ok disini aku bagi 5 orang blogger dengan cara dan tulisan yang berlainan.

Pertama dari blog  Ghostwriter 
tulisan-tulisan beliau kalau kita ikuti memerlukan sedikit kepayahan kerana tulisan beliau agak berat dan bukan mudah untuk difahami jika sekali baca.Beliau boleh dikatan sangat otai dilaman maya ini.

Kedua dari blog Adam
tulisan yang sangat sempoi dan aku paling santai baca kerana tahap imaginasi beliau agak keterlaluan.Spesis jenis ini sangat jarang kita boleh temui sekarang dan aku berharap kau jangan malas sangat nak update entry ok!

Ketiga dari blog syazwan@Pilot 
tulisan beliau mengenai diri beliau dan kerjaya yang sedang beliau kejar sekarang.Insyaallah dia pasti berjaya di satu hari nanti.Seoarang yang sangat galak menulis.Blogger yang aku rasa sangat rajin merayap dan paling rajin sekali bagi komen.Kalau kita lihat setiap komen yang dia berikan sentiasa sahaja panjang-panjang dan banyak baris...hehe!

Keempat ini pula TheMalayMale
tulisan beliau pendek-pendek sahaja tetapi sangat rajin juga merayap seperti si pilot itu.Rajin juga buat post.Blogger yang aku rasakan agak lama juga di alam maya ini.

Kelima ini BoniKacak
ini salah satu contoh blog yang serius didalam berblog.Jika beliau teruskan aku rasa beliau mampu pergi jauh dan mampu juga dapat income yang agak berbaloi dari blog beliau.


Semuanya lelaki.Dua blog terawal yang aku perkatakan tulisan mereka memang panjang-panjang tetapi kita tidak akan berhenti membaca separuh jalan sebab bila nanti kita mahu berikan komen kita pasti takut berikan komen jika kita tidak baca habis dan fahamkan apa yang beliau bebelkan.Biasakan jumpa cerita lain tapi komen lain.Itu maknanya kita baca separuh jalan atau komen ikut tukang komen yang lain...


"....malas yer nak baca panjang-panjang ni...ikut shortcut sudah...hehe!..."



Biasa buat atau selalu buat?


Kalau blog dari blogger perempuan pula aku rasa ada banyak dan aku tak tahu yang mana satu harus aku letak linknya disini tetapi aku bagikan beberapa blog yang sesuai untuk kita jadikan panduan bila mahu menulis atau buat blog kita jadi menarik kepada blogger yang datang berkunjung.Blog perempuanlah paling mudah dan cepat jadi popular kalau kita mahu popular.Tetapi kalau tak mahupun ianya akan automatik akan jadi popular bila tulisan dan blog kita memang menarik dan berbaloi untuk dilawati dan ikuti.

Blog dari FatinLiyana
ok semua orang dari dunia blog amat mengenali beliau.Lihat bagaimana beliau selarikan tulisan dan kecantikan beliau didalam blog beliau.Bila tulisan kita cantik dan berisi dan ada pula rupa tidak secara lansung beliau cepat dikenali dan popular.Aku tertarik cara dia menulis.

Blog dari Nameeroslan
mula-mula dahulu aku minat dengan blog beliau kerana tulisan beliau yang sangat best untuk dibaca.Tulisan dia merangkumi pelbagai cerita dan topik.Cuma baru sekarang dia rajin tampilkan rupawajah beliau kerana sedikit masa dahulu ada cerita mengatakan beliau ini adalah lelaki...hehe!

Blog dari DuniaSebelahZara
tulisan-tulisan beliau memang superb.Maklumlah penulis dari blog Terfaktab!

Blog ini juga bukanpenggoda pun aku suka baca.Jarang-jarang aku komen sebab segan dgn owner blog ini...hehe! Maklumlah dari Terfaktab juga!

Dan aku tambah satu lagi iaitu blog ini Selendangkuning tulisan-tulisan beliau aku agak keberatan untuk berikan komen sebab ianya seperti sebuah lukisan abstrak yang mempunyai pelbagai maksud mengikut apa yang kita faham.Selalunya aku baca tulisannya dan juga komen-komen yang sedia ada baru aku berikan komen.Bukannya apa takut tersalah komen...hehe!

Kalau diikutkan ada banyak lagi blog-blog yang bagus-bagus dan baik untuk kita jadikan panduan.Cuma aku tak larat nak letakkan kesemuanya.Mana-mana yang tak aku tulis atau link janganlah terasa hati ok! Apa yang aku buat disini ialah untuk menunjukan bagaimana cara kita boleh memantapkan lagi tulisan kita dan dari blog mana dan tulisan yang bagaimana dan blog yang bagaimana yang kita inginkan.

Semoga sama-sama kita berkongsi idea jika ada lagi idea dan panduan yang baik.


chow!



3 Oct 2012

Harta



Berita INI membuat aku berfikir siapa yang harus dipersalahkan?

Anak atau bapanya?

Tuntutan si anak kepada bapanya seperti dia anak derhaka.Namun jika dibaca secara teliti kenapa dia menyaman bapanya adalah kerana demi hakmilik ibunya.Aku sendiri kurang faham apa yang mereka rebut dan pertahankan!

Perkara begini sebenarnya bukan baru dan bukan asing sebenarnya kepada orang kita.Hal-hal perebutan harta dan hal-hal tidak bertegur sapa diantara anak dan bapa dan juga adik beradik sering terjadi gara-gara berebutkan harta peninggalan orang tua kita.

Kalau kita baca sekali imbas nampak sangat si anak ini seperti gilakan harta benda dan wang ringgit.Pelabagai lagi tuduhan yang mungkin kita akan lemparkan kepada si anak.Ialah kita buat begitu berdasarkan berita yang kita baca didada akbar dan selebih dari itu mana kita tahu...betul tak!

Namun aku percaya ada sebab lain yang memungkinkan si anak bertindak demikian.Cuba kita tempatkan diri kita ditempat dia dan hanya sebab tertentu dan sangat kuat sahaja yang mampu menolak si anak bertindak demikian.

Budaya orang kita yang suka ambil mudah kepada banyak perkara adakalanya menyusahkan mereka yang ditinggalkan.Contoh harta dan wang ringgit kalau ada banyak mungkin berbaloi sekali untuk direbutkan dan memecah belahkan keturunan mereka.Itu jika mereka memiliki harta yang banyak tetapi jika hartanya cuma sekankang kera bagaimana?

Sikap orang tua yang degil serta ego dan tidak mahu mendengar kata orang yang menasihatkannya akan membuatkan kemusnahan kepada keturunannya selepas kematiannya.

Cukup aku tidak faham dengan sesetengah orang tua kita yang begitu sukar dan sulit sekali untk dibawa berbincang tentang harta yang dia miliki.Dia fikir kita ini hendak melahap hartanya! Bukan itu sahaja malah mulalah bertindak seperti budak-budak bila menuduh anak-anak cuba merampas hartanya dan mulai bertindak melampaui batas...


"...ini harta aku bukan harta dan hak kau dan tak perlu kau nak ajar aku bagaimana untuk menguruskannya..."


Ayat yang biasa kita akan dengar bila orang tua ini sudah hilang kesabarannya.Maka mahu tidak mahu anak-anak pun berlalu pergi dengan seribu satu macam perasaan.Benci dan kasihan pasti tidak terlepas dari ingatan sianak.Tidak semua anak berniat jahat dan tidak semua juga ada berniat baik tetapi sebagai orang tua yang sudah cukup matang seharusnya tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah begini.Jika tidak pasti belum sempat dia menutupkan matanya lagi dia dapat melihat keruntuhan keluarga yang dia bina selama ini di depan matanya sendiri!


Hari ini perkara begitulah yang selalu kita lihat dan dengar.


Anak-anak yang ada akal dan fikiran tidak akan terniat sedikit pun dihatinya untuk merampas semua harta yang dimiliki oleh orang tuanya dan bakal pula ditinggalkan kepada mereka.Untuk apa? Tiada faedahnya dan malahan ada juga anak-anak yang malas hendak ambil tahu dan buat bodoh sahaja tentang wang dan harta yang dimiliki oleh orang tua mereka dengan begitu sahaja.

Kerana apa?

Buang masa dan buat dosa sahaja kalau bertekak dengan orang tua kita sendiri.Kalau yang jenis faham dan mudah dibawa berbincang itu tidak mengapa tetapi yang jenis kepala batu dan jenis macam tidak pernah pergi sekolah semuanya dia tidakkan...ishhh! 

Silap-silap sekejap sahaja jadi anak derhaka yang tidak disengajakan gara-gara bertekak pasal harta yang tidak seberapa!

Cuma diharapkan kita ini bila tua nanti dan jika mempunyai harta walau tidak banyak sekalipun tolong agih-agihkan lah dengan adil dan saksama ketika kita masih bernyawa dan bernafas lagi.Jangan kerana kebodohan kita yang selalu berlengah dan tidak berfikiran jauh maka genarasi atau anak-anak kita nanti akan berpecah belah dan tidak mengaku adik-beradik gara-gara kelalaian kita yang siang-siang tidak membuat surat wasiat!

Susah sangat ke atau leceh sangat ke awal-awal dibuat surat wasiat ini?


Kalau esok lusa kita mati pasti mudah orang yang kita tinggalkan dan sayangi menerima bahagian masing-masing dengan hati yang redha dan gembira.Tidaklah nanti ada yang sampai ke tanah kubur minta dan bertanya kenapa ketika bernyawa tidak diserahkan semua urusan pembahagian harta kepada pihak yang tahu menguruskannya!


Masa itu agak-agaknya tidur lena atau tidak kita di dalam tu?


"...hidup pun susah mati pun susah....hehe!..."



Kalau wang berjuta dan harta bertimbun ..lantaklah kannnn...pandai-pandailah nak rebut!Biar putus saudara yang penting aku kaya raya!


Itu sudah tentu bukan aku tetapi mungkin pasti itu kamu!

chow!


1 Oct 2012

Plan


Dari aku budak sehingga aku meningkat dewasa aku selalu mengamalkan formula ini.Plan A dan Plan B.Ini juga kerap kali membantu aku ketika aku dalam kekusutan dan dalam keadaan  terdesak.Ini formula yang aku sering gunakan dalam kehidupan hari-hari aku.Ianya jelas sekali terbukti cukup berjaya dengan begitu sukses sekali.

Alhamdullilah selama ini formula ini amat berkesan buat aku.

Cuma bila berkait dengan dunia percintaan aku tidak lansung mengguna pakai akan kaedah formula ini.Tidak sekali akan aku cuba.Ini bukan cara aku dan dengan apa yang aku percayai mengenai cinta.Ini mungkin akibatnya kepada mereka-mereka yang terlalu angkuh memegang kuat kepada amalan kesetiaan dalam bercinta!

Ini mungkin kelemahan aku yang paling ketara didalam dunia percintaan iaitu terlalu setia kepada kekasih yang tercinta.Bercinta hanya dengan satu perempuan dalam satu-satu masa.Tiada 'sparetyre" atau plan B.Sama ada aku tidak mahu atau tidak suka aku sendiri kurang memahaminya.Apa yang jelas aku memang begitu sikapnya bila jatuh cinta.Tidak pandai bermuka-muka dan berpura.Aku suka akan engkau dan tidak aku khianati akan engkau.Itu style aku dari cinta yang pertama sehingga kini.

Dan yang paling bestnya ialah aku selalu tertarik dengan gadis-gadis yang bernaung di bawah bintang "aries" dan aku tiada jawapan untuk soalan kenapa.Jangan ditanya aku mengapa itu yang aku selalu cari.Aku tidak tahu kenapa dan mengapa.Aku sendiri kebinggungan bila memikirkannya.Adakah aku yang bernaung dibawah bintang "capricorn" memang itu pasangannya dan lawannya?

Entah! Aku sama sekali tidak tahu!

Kembali semula kepada plan A dan plan B.Aku memang tidak suka mengamalkan formula plan B didalam dunia percintaan.Kepada aku itu tidak elok dan tidak bagus dan amat menyusahkan diri sendiri di kemudian hari.Maksud aku dengan plan B ini ialah kita punya 'kekasih 1' dan 'kekasih 2'.Diwaktu yang sama kita punyai 2 orang kekasih.Nombor 1 kita anggap adalah Cinta kita yang paling utama dan yang nombor 2 adalah Cinta kita didalam simpanan dan persediaan jika yang nombor 1 buat hal.

Maka kita tidak akan terlalu sakit sangat jika terputus cinta.Kita sudah awal-awal lagi membuat persediaan.Persediaan untuk menghadapi bahana dan bencana dari derita putus cinta.Aku memang tidah mampu melakukan itu.Susah untuk aku cuba melakukan perkara yang aku sendiri tidak tahu dan tidak suka.

Aku jenis yang setia kepada yang satu .Baik atau buruk aku terima seadanya.Namun dari segi rupa paras memang aku agak memilih sangat-sangat.Tidak cantik atau bergaya aku memang siang-siang tolak tepi.Ini juga jangan tanya aku sebab soalan itu aku tidak tahu akan jawapannya.Orang cakap lagi cantik dan sexy pasangan kekasih kita nanti hati dan jiwa kita akan terseksa merana!

Itu bukan masalah besar buat aku.Jika kita beli baju atau beli kereta atau mahu membeli rumah ...kita pilih yang mana satu...yang cantik atau buruk? Beli benda yang mati dan tiada bernyawa pun kita pilih yang cantik-cantik sahaja inikan pula 'barang' yang bakal sehidup semati dengan kita suatu hari nanti!

Mungkin bukan setahun bersama tetapi jika ada jodoh mungkin sepanjang hayat kita.Sanggupkah kita menipu diri kita sendiri di satu hari nanti!


 
"...kenapa aku tidak memilih yang cantik-cantik dahulu yer..."

 
Pernah jumpa orang yang sudah beristeri dan punya anak 5 ke 10 orang tetapi masih lagi menggatal tidak 
sudah-sudah.Bila ditanya kenapa dan jawapannya...

 
"...dulu tidak punya keyakinan untuk pikat yang cantik-cantik ini..."

 
Tiada salahnya dan juga tiada dosanya kalau kita memilih cuma yang cantik-cantik sahaja.Ingat lagi dengan 4 perkara yang harus kita selediki untuk memilih bakal isteri kita.Cantik ialah salah satu daripadanya.Itu dari sudut pandangan agama.

Tidak puas hati lagi.Ikut suka hati engkaulah siapa juga yang engkau pilih aku tetap dengan gaya dan lagak aku...hehe!

Aku tidak serik dan jemu untuk mencari atau mencuba lagi.Kehidupan seharian kita harus diteruskan juga.Sakit memang sakit tetapi ada batas-batasnya dan hadnya.Ada waktu dan ketikanya kita harus bersedih dan bermurung dan harus tahu juga akan masa untuk menamatkannya.

Kali ketiga patah hati dalam percintaan.Sedih dan kecewa.Penat dan letih.Apakan daya lagi sudah itu ketentuan yang aku terpaksa terima dan redha.Tidak mengapalah mungkin ini bukan jodoh aku dengan 'dia'.Mungkin juga ini satu ujian buat aku untuk diketemukan dengan yang mungkin lebih lagi cantik dan lebih baik lagi.Siapa tahu !


Chow!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...