Hari ini tudung ada bermacam fesyen dan gaya.Buat aku sangat teruja melihatnya tidak seperti waktu-waktu dahulu yang agak membosankan dan jemu dipandang.
Ini pendapat aku tentang perkembangan tudung pada hari ini.Semua orang pasti tahu pendirian aku pasal tudung dan sesiapa yang tidak bersetuju itu kamu punya hak untuk berkata tidak.Malas mahu berdebat benda yang sudah aku kira lapuk.Banyak lagi perkara lain yang patut diambil berat lagi.
Ok berbalik semula tentang tudung.Sekarang kalau rasa muka kita tidak berapa jelita dan cantik aku syorkan kamu bertudung.Tudung yang ada dipasaran sekarang ini sangat-sangat stylo milo kepada aku.Cantik dan bervariasi.Warna yang bermacam dan ada juga yang simple.
Kalau ada yang berfikiran kolot dan kuno kononya harus pakai tudung gaya ini dan warna jenis ini aku rasa baik kau buat bodoh sahaja.Kalau agak berani kau ucapkan sahaja ayat-ayat yang manis bak madu ini...
"...terimakseh
banyak2...apa kata kau suruh jer buah hati kau atau kekasih kau sahaja
yang dengar dan turuti kehendak dan kemahuan kau ok!..."
Janji
bertudung dan menutup aurat seperti yang disyorkan.Pedulikan la dengan
sesetengah lelaki yang berlagak hipokrit tu.Faham sangat perangai orang
lelaki yang tidak cukup umur dan pramatang ini.Mulut cakap lain tetapi
mata dan hati tetap pandang yang lain-lain.Kalau masih ada lagi yang
menafikan kamu memang jenis orang yang aku katakan tadi...hipokrit!
Cuma
kalau boleh selarikan cara berpakain ketika bertudung.Biar nampak
anggun dan cantik bukannya nampak terseksa jiwa dan batin para
lelaki.Bertudung tetapi segalanya ketat itu yang salahnya.Kalau mahu
berbaju dan berseluar ketat usah pakai tudung buat bertambah dosa orang
yang melihat dan siap mengutuk dan mengata!
Buka
tudung dan pakailah sesexy yang kamu mahu dan janganlah dicacatkan
fesyen bertudung ini.Nanti bila sudah ada ke iklasan dan tiada rasa
menyesal atau ragu-ragu untuk bertudung dan waktu itu bertudunglah
dengan seiklasnya dan jangan terlalu memaksa diri .Tiada untungnya jika
terlalu mengikut kata orang tetapi hati dan diri tidak ikut bertudung
sekali.Cuma yang bertudung hanya kepala sahaja.Tiada salah jika mahu
berfesyen ketika bertudung.Asalkan sesuai dengan penampilan ketika
bertudung.
Apa
yang aku lihat pada hari ini fenomena bertudung sebenarnya banyak
kebaikannya terutama sekali kepada gadis-gadis yang tidak jelita bila
berambut lepas.Bila bertudung semua mata tertumpu cuma pada kawasan
wajah sahaja dan tidak teralih kepada keseluruhan kawasan kepala.Jika
rambutnya agak huru hara tetapi memiliki iras wajah yang jelita pasti
tambah jelita jika dapat dipakaikan tudung yang stylo sekarang
ini.Selalu sangat aku berjumpa dengan gadis yang mempunyai wajah yang
jelita tetapi sayang punyai rambut yang macam hutan bakau
rupanya...hehe!
Kerap
kali aku berimiginasi dengan gadis-gadis yang punya wajah jelita tetapi
miliki rambut yang hodoh.Kalaulah mereka sedar jika bertudung mereka
lagi tampak hebat dan ohsem sudah pasti mereka akan bertudung .Namun
sayangnya tiada siapa yang dapat memberikan gambaran yang sebenar kepada
mereka.Kalau ada pun cara yang digunakan agak kasar dan kurang
bertamadun.Guna hati bila bercakap bukan guna akal bila
berkata-kata.Siapalah yang mahu ikut kata kamu!
Kita
mahu gadis tercinta bertudung tetapi guna cara pendekatan yang
salah.Kita marah atau mungkin paksa dia dan mungkin cakap ...
"...kau nak masuk neraka eh!..."
Orang
perempuan ni luaran yer memang nampak lemah lembut tetapi sebenarnya
mereka ini punyai hati sekeras batu tahu.Cuma mereka tidak mahu
menunjuk-nunjuk di ketika ini tunggu sahaja di satu masa nanti dan waktu
itu kamu para lelaki akan tahu tinggi atau rendah langit yang kita
junjungi...hehe!
Apa
salahnya dipujuk dan diberi puji-pujian pasti cair batu yang keras
tadi.Ini tidak sikit-sikit ugut dengan bermacam fatwa.Mereka bukanya
tidak tahu tapi mereka perlu masa untuk jujur tiada salahnya daripada
say no terus!
Orang
lelaki kalau bab-bab cari salah orang perempuan memang hebat tetapi
salah diri sendiri kalau boleh mahu dipijak-pijak jangan bagi
nampak.Diam buat bodoh sahaja berlagak seperti semua dia yang tahu...ah!
faham sangat aku...hehe!
Tudung + fesyen.
ReplyDeleteDari tak pakai langsung baik pakai. Lantak sudah orang nak porak-perandakan niat nak pakai tudung tu. Fesyen atau trend persetankan semuanya.
Tak salah untuk mula pakai tudung. Tapi sememangnya salah untuk demotivate orang lain nak pakai tudung.
Cuma kalau dah bertudung tu, mohon selimutkan mana yang ketat sendat. Kami lelaki ni sampai nak tersembul mata. Tudung litup cantik tapi sekali aset lain macam nak terjojol keluar dari kepompong baju ketat.
haha....harap maklum gadis2 semua...!
Deletehahaha~ isu sensitif nih...:D
ReplyDeletesensitif yang sengaja diada2kan...
Deleteya,dgn 1 situasi mcm2 isu boleh ditimbulkan,haha~
Deleteini kira isu hangat ke,isu hangit?harapnya bukan isu basi..:D
Yg dianjurkan dlm Islam senang je guideline dia, Longgar, Labuh, Menutup Semua bahagian kecuali muka dan tapak tangan, serta tak menarik perhatian. (blin-bling ouhh forget it!)okbai
ReplyDeletemmg mudah tetapi jgn sangka mudah kepada semua oleh itu sengaja diadakan pahala dan dosa dan syurga juga neraka...faham x apa yang cuba digambarkan!
DeleteX susah pun untuk menjadi muslimah :)
ReplyDeletex susah?
Deletekalau sudah rela kalau x rela lagi itu yang susah...;)
Menutup aurat itu sama seperti jatuh cinta. Bila dah suka kamu akan susah untuk tinggalkannya. Jauh sekali untuk membencinya. Kerna ia datang dari hati :)
DeletePaling tak boleh blah ada orang bagi alasan tak nak pakai tudung sebab loya tekak. Aiyakkk pelik.
ReplyDeleteitu parah namanya....jalan2 nak ke ....ah malas nak bilang!
Deletehehehe..aku setuju bro... jika nak bertudung tu, biarlah bersungguh2.. janganlah bertudung tapi yang lain terjojol keluar..seksa mata aku memandangkan..tak nak pandang, rasa rugi pulak.hakhakhak
ReplyDeleterugi sangat...hehe!
Deletefree show xkan xnak tengok, tak gitu boni? kahkahkah
Deleteyes tudong dah jadi fesyen yang pelbagai rupa,
ReplyDeleteterasa macam kita dah evolve dari segi fesyen,
sampai tudung yang 10 tahun lalu simple jer simple,
sekarang ni macham macham...
macam tu pun tak nak bertudung lagi?
tak feshionista lagi?
err.... pocket adalah lelaki yang
tak kisah pakai baju tebalik gi shopping mall,
so pocket tak leh komen pasal pesen:D
part pujuk instead of ugut tu pocket setuju.
apa kata kita wat kempen,
(Memandangkan ramai sangat lelaki yang
lantang sangat menyalak diluar sana nu)
sebulan sekali spend RM50 utk memujuk orang
bertudung... (Peh RM50? banyak tu.. )
beli tudung yang cantik lagi berkualiti,
gi kat staff shopping complex yang rasa menarik
kalau bertudung, dan bagi tudung tu wat hadiah.
what say u? bagi kat kawan sekuliah pun ok...
bagi kat random wanita disebelah dalam bas pun ok.
sanggup?
mahu 1000 daya kalau x 1000 dalih...simple jer!
Deleteyeah...setuju juga
ReplyDeletetapi kan mcm tak percaya harga tudung skrg (yg ikut pesyen2 ni la) mahal nak mampus...
mahal sebab kualiti kainnya bang...:)
Deletebagi aku dari tak pakai langsung, baik pakai, dari tak tutup banyak baik sikit. kalau tutp tapi masih ketat itu namanya ketandusan ilmu. mungkin ilmu ada tapi tidak dipraktikalnya.
ReplyDeleteperlahan2 lama2 habis juga semua tertutup...;)
Deletemoga2.. sama macam model2 ko disini..sexy hot semuanya bila lah nk bertobat..haih..kahkah
Deletesadd yg malas login.
bertudung itu sedap mata memandang
ReplyDeletesedap...heehee!
Deleteyg kanan tu tyra banks..
ReplyDeletebertudung..tp pakai legging, huduh jdnya.. tudung yg ikut trend skang mahal.. RM190++.. pastu pendek.. yg pakai pun kemain ketat baju dia.. hurmm, xleh komen lelebih..
tahu tyra banks....:)
Deletebab itu yg tak berapa nak faham...bertudung dan berlegging!
Tina bila nk berblog semula?
DeleteJna...sy dh buka semula blog sy.. but still xde entry.. kehkehkeh.. do visit my blog k.. chewahhh
Deleteyg aku perasan,
ReplyDeletebila seseorang tu ikhlas menutup aurat,
secara tak langsung dari pakai yg kecik2, perlahan2 jadi pakai yg besor2..
niat dia kerana Allah, bukan sebab utk sesape..
kita sebagai manusia spesis yg melihat (maleh nk tegur), berdoa agar dia diberi petunjuk...
*faham tak? erghhh! tak pandai aku nk karang ayat.. pikiaq sendiri.
keiklasan mahu ada....
DeleteHarga tudung pun dah makin mahal sekarang ni. Mungkin sebab dah Byk permintaan kot. Cuma harapnya klu nak tutup, biar tutup terus. Dan klu nak bukak, biar bukak terus... Ehh
ReplyDeletejangan persendakan ...
DeleteEhhh terbukak pulak hehe ;)
Deleteialah daripada pakai tetapi macam tak pakai lebih baik buka sahaja ....terpelihara imej islam itu sendiri!
Deletejika pakai tetapi masih sendat ketat ...imej tudung dan juga islam bagaimana?
mereka yg bukan islam pasti tersenyum sinis!
hot issue ni ;)) apa pun bg sy yg x style ke style ke kalau da pakai tudung tu mmg nampak cantik manis dan sgt jelita. tapi sy tatw laa bila nk terbuka hati nk bertudung
ReplyDelete*awak doa utk sy okay semoga cepat bertudung ;)
x perlu memaksa diri bila sampai masa semuanya mudah dan senang dan seronok ....!
Deletedon worry u!
Mekaceh you!
DeleteNk makan esk?hehe
nak2....pizza boleh?
Deletesesuatu yg wajib tu kdg selalu terpaksa sifatnya..insyaallah..keikhlasan tu dtg tnpa kita sedar nanti..:)
ReplyDeleteyup setuju!
DeleteStuju jugak dhia :) ni laa nme nye org yg x menghukum tp menasihati dgn cara baik.
Deletesemoga Jna akan terbukak hati one day ;> hihi
DeleteAmin....
Deletejna...tunggu u boring nak bela rambut jalan senang ialah bertudung ...ramai yang gunakan kaedah ini...mudah dan cepat!
Deleteadik azab kubur tiada tercatit dalam al-quran yer harap maklum!
ReplyDeletemmg cantik jika faham dan tahu...:)
agaknya tahun akan datang apa pula style tudung baru ?
ReplyDeletesetiap thn ada style baru .
tu pun klu kau perasan lah . haha
stylenya x berapa nak berubah sangat paling kuat bertukar kaler atau pun kualiti kain yer sahaja!
Deleteena skrg pakai tudung bawal je, dlu sentuh juga shawl pasmina apa semua ni.. btw, nak bertudung/ nak menutup aurat tak perlu kena tunggu hati terbuka atau terima wahyu apa semua sebb kita memang dah terima benda semua tu dah lama dah... yg kita kena hapuskan, sifat ego dan mindcept "pakai tudung tak nampak cantik dan merimaskan".. so nak hapuskan, kenalah paksa diri...
ReplyDeletedalam islam tiada paksaan cuma ada kefahaman dalam kelembutan...itu pasal sengaja diadakan pilihan iaitu...
Deletedosa pahala....syurga neraka!
pilihan ditangan hamba2nya!
singgah tgk hana tajima jap..haha..aku tak peduli org yg tak ikut fesyen tudung..aku tetap suka fesyen2 tudung yang ada sekarang..haha..bini aku je degil aku suh pakai shawl atau tudung bawal..tudung indon gak dia pilih..grr..
ReplyDeletetudung indon style apa....berkerawang lip lap bagai...hehe!
Deletekanan tu tyra banks! kakakaka
ReplyDeletei tahu u....sengaja buat x tahu...hehe!
Deletehai..pertama kali singgah ;)
ReplyDeleteteringat arwah pakcik pernah jawab bila saya tanya
'dalam gambar kelas saya ni,pakcik rasa yg mana paling lawa?'
pakcik menjawab
'kalau semua pakai tudung mcm ni..semuanya nampak lawa'
smpi skrg saya teringat kata2 pakcik
oh.saya pernah lalui alam 'free hair'mmg ada hari stres bila mengalami bad hair day
mata org tua dengan mata org muda mana ada sama....hehe!
Deletemata kata lain hati kata lain....nafsu org lelaki walaupun isterinya ratu dunia sekalipun jika ada gadis lain melintas di depan mata mereka tetap juga melihat dan melirik matanya!
yg tu aku kenal!
ReplyDeletetyra banks. hahaha
haha.
Delete