Pages - Menu

27 Aug 2013

Umur Yang Sesuai Berumahtangga



Berapa umur yang sesuai untuk kita berkahwin?

20tahun,25tahun dan 30 tahun.

Kalau orang lelaki rasanya umur bukan satu masalah sangat.Jika cukup segala yang perlu untuk satu majlis perkahwinan rasanya umur tak cukup mereka gasak juga.Segala bahan telah disponsor oleh orang tua maka memang patut belasah jer nak buat apa tunggu lagi kan.Orang muda hati muda power pun muda mahu bergoyang rumah orang tua kita setiap malam di kerjakan...haha!

Orang lelaki sebenarnya kurang sangat berkira tentang umur untuk berkahwin tetapi lebih kepada mampu atau tidak untuk berkahwin.Mampu atau tidak untuk menjadi seorang suami yang bertanggung jawap.Mampu atau tidak bagi makan dan pakai kepada isteri kita.Mampu atau tidak menangung segala macam dugaan dan cubaan dalam alam berumahtangga.Mampu redha dan tawakkal.

Masalah utama bagi orang lelaki untuk berkahwin ialah Duit.Lain2 mungkin tidak berapa di hiraukan sangat.Bila ada duit semua bukan masalah besar.Tidak pernah kenal dan tidak pernah jumpa dengan bakal isteri pun sanggup dinikahi juga.Nasib la kan.Kalau ada jodoh adalah kalau tiada kahwin lain.Orang berduit macam itu lah gayanya.Itu juga amalan orang kaya pada hari ini.Bila berkenan sahaja dengan gadis yang disukai maka diumpankan dengan niat utk dinikahi padahal mahu diratah tubuh sigadis secara halal tetapi kejam.Bila sudah dapat kasi tendang keluar!

Ini yang aku lihat pada hari ini.Senario orang kaya bila mahu memiliki gadis jelita.

Kalau kepada sigadis umur mungkin satu igauan yang tidak disenangi.Jika umur sigadis 35 tahun tapi masih nampak muda masih bergetah masih sexy masih cantik rasanya ianya tidak menggangu sangat.Ini mungkin jenis terlampau memilih tahap gaban.Mahu yang kacak atau juga mahu yang kaya raya maka ditunggu sehingga umur terlebih lajak.Orang cantik mesti mahu yang berbaloi pasangannya.Buang karen je la kalau rupa cantik tapi dapat kahwin dengan mamat kerja ofis atau pemandu kereta boss.

Jika umur sigadis sekitar 20 ke 30 tahun rasanya ramai yang rembat terus kahwin kalau di offer oleh kekasih2 mereka yang mereka yakini dan cintai.Cukup syarat2 cukup sempurna tiada cacat cela dan tiada berpenyakit kronik seperti kusta,gila atau Hiv!

Janji mereka ada gaji tetap atau mampu sara hidup sigadis.

Kalau kurang dari 20 tahun dan mereka telah dikahwinkan maka kemungkinan besar ini atas desakan keluarga.Takut nanti anak gadis mereka terlanjur dan terlajak perahu.Takut tak laku pun iya juga.Takut tak sempat menimang cucu serta takut tak sempat melihat menantu.Tidak terlepas juga dan berpontensi besar ialah mereka telah berkahwin sebelum sempat dinikahkan.Tok kadi mati eksiden rasanya.Ini aku punya idea dan renunganlah kalau kau orang aku tak tahu.

Cerita panjang2 pun tak guna kerana akhirnya kembali kepada yang satu.Itu rahsianya kita sebagai hamba mana mungkin dapat melihat dan menilai apa yang bakal kita terima kelak.

Cuma yang jelas disini umur bukan satu halangan yang besar untuk kita berumahtangga.Jika itu sudah jodoh kita mahu atau tidak kita terpaksa rempuh juga.Rancanglah segala bagai buatlah rencana seindah mana sekalipun kalau sudah sampai masa dan waktu tetap dinikahkan juga.Ini suratan dan takdir yang tiada siapa mampu elak dan lari.Orang tua2 kata ...kalau sudah jodoh tak akan kemana2 pun... tak lari gunung di kejar... kannn!

Ini yang terakhir sekali.Kalau kita ini kurang umur dan kurang berkemampuan tetapi tetap juga mahu berkahwin rasanya kerana apa?

Cinta yang teramat sangat dengan pasangan kita dan takut2 pasangan kita di kebas orang maka jalan yang paling selamat ialah kita paksa orang tua kita masuk meminang atau di pinang.Ialah dari bernikah di danok atau hatyai baik kita berterus terang sahaja.Kalau nasib kita baik maka termakbul segala niat dan mimpi kita.Kalau tiada nasib maka terpaksalah kita melupakan semuanya.Tertonggeng tergolek seorang2lah dalam bilik tu.

Atau mungkin engkau itu gila seks tak boleh lah tengok anak dara tu melintas...mahu dilibas je terus!

Nasib baik aku ini jenis berhemah dan berhati murni.Bukan macam engkau yang sedang membaca tulisan aku ini.Sama je la baik yang lelaki atau perempuan kalau dah gatal apa pun di redah jugak! Ish ....apa la punya manusia macam gini! Tak malu ke...kahkahkah!


chow!








64 comments:

  1. -Termasuk dalam golongan umur yg dah boleh kahwin-

    ReplyDelete
  2. Bila bila masa kalau dah tertahan dan mampu...

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Ada yang makan selipar kang,kahkahkah, skali lgi, ko cuba menonjolkan kehebatan sndiri,ciss!

    Bab lelaki paling risaukn duit betul la..kawan2 laki yg ak kenal, kepala diorg ingat duit je. Dari semester satu,lum apa2 lgi, duit duit duit..perghh.

    Kt kampung ak, ada andartu..kahwin juga akhirny pda usia 60thn, psgnnya tua setahun dua. Yg bestnya,psgnnya tu, duda..bekas kekasih dia pda usia muda.
    Yg tragisnya, seminggu lepastu andartu tu meninggal dunia..sebab dia ada penyakit apa tah..msa kahwin itupun, mmg nmpk tak sihat..

    Ak tahu ni kt kmpg..cuma aku btul2 seronok msa dtg majlis kahwin depa. Org kmpg dtg ramai,meriah gilaaa..cerita depa, memg satu kmpg tahu.. mcm drama kan?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.


      terperanjat kot...hehe.

      Delete
    2. kahwin dengan bekas kekasih, owh sweetnya. at least tercapai juga hasrat bersatu dengan adam nya.

      Delete
  4. kalau nak kahwin, duit kena lebih dari cukup. kerjaya kena lebih dari stabil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ajaran agama mana ajar duit kena lebih dari cukup. kerja kena lebih dari stabil?. agama najib?

      Delete
  5. Jodoh tu rahsia DIA...
    kalau dah sampai masa,
    esok pun boleh jadi nikah..

    ada juga yg dah mampu..
    tapi xde calon..
    haaaa..mcm2kan..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mampu tapi x der calon...itu bunyi macam mengdha pun ye juga tu kannnn!

      Delete
  6. ya, lelaki masalahnya duit. nak kahwin tu seronok tapi kena fikir tanggungjawab lepas kahwin. banyak benda kena bersedia. lambat ke cepat tak jadi masalah.

    masalahnya bila orang lain yang jadikan benda tu masalah. kahwin awal dikatanya ada buat benda tak elok, kahwin lewat dikatanya tak laku. macam2.

    ReplyDelete
  7. Bagi aku umur yang sesuai untuk lelaki dalam 26++ perempuan maybe 24++ .
    Lebih matang kot and mungkin bertanggungjawab plus.Tapi kalau dah jodoh awal semua boleh berubah huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. org kata kahwin lewat ...anak kita lagi bijak2.

      Delete
    2. anak-anak mungkin bijak, tapi risiko perempuan mengandung lewat tinggi. it could cost the mum's and child's life.

      Delete
  8. kah8 nak kahwin bukan pada faktor umur. Tapi aku sebagai perempuan ade gak rasa miang tengok orang lain kahwin, rasa nak kahwin gak. Tak nak kalah! tapi bila fikir apa akan berlaku lepas kahwin nanti, terus terbantut dan menyebabkan biar lah lambat asal betul2 sedia. Nak kahwin ni bukan takat sehari dua jer, makan masa sampai akhir hayat. sooooo~ fikir2 lah. renungkan. EwahhhH~

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar....rancangan kita mmg teliti mmg no 1 tapi kalau dah rancangannya bakal lain apa yang mampu kita lakukan?

      nak fikir2 pun x mampu nak renung pun x terenung bhai...hehe.

      Delete
  9. masalah utama untuk dua dua kaum yang dah bersedia sehidup semati ialah duit.
    Malaysia ni negara adat versus agama.
    Benda Wajib versus ckap cakap belakang makcik joyah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah duit iye, dan masalah mendengar cakap orang lain pun iye juga. Kalau buat kenduri besar, orang kata, kalau buat kenduri kecil, orang kata, kalau tak buat kenduri pun orang kata juga.

      Delete
    2. buat yang wajip la kan senang tapi hidup bermasyarakat mmg boleh bikin pening kepala kita.

      Delete
  10. kahwin la supaya dpt meramaikan umat Nabi

    *kawin dilewat usia xelok..berisiko nak dapat anak istimewa

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa yang tak nak kawen kan? lumrah manusia, nak sayang orang. nak orang sayang kita. but marriage is complicated, not as easy as saying kahwin la. so many things should be brought into consideration.

      Delete
    2. ialah...nak rancang yang terbaik tapi siapa kita mahu merencana kepada apa yang bukan rencana kita.

      Delete
  11. Lelaki zaman sekarang nak perempuan kaya..Tak kira lah hati gadis busuk dan gigi jongang sekalipun

    lelaki mahukan gadis jelita adalah konspirasi semata-mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...pasal komen ini aku dapat idea utk post yang seterusnya.


      tenkiu.

      Delete
  12. nanti kalau encik lelaki mahu kahwin , jemput tahu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala kalau jemput datang sangat ke u ni...hehe.

      Delete
    2. insyaallah aii datang je uu kalau dijemput . kehkeh

      Delete
  13. kalau dah berkemampuan boleh lah kawen. kesian org lelaki, kena bkerja keras utk masa dpn rumah tangga. sebab lelaki tu pemimpin. mohon bertabah. rasanye khidupan lepas kawen tu yg lebih penting. err ..lari pulak dari tajuk asal tentan umur hahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya. bila sudah dapat kasi tendang keluar! ini kejam TT__TT

      Delete
    2. hidup para lelaki!


      x suka cari atau tambah lagi...hehe.


      jangan tendang2 ok.

      Delete
  14. Bab pompuan cantik nak pilih yg kaya berduit tu rasanya tak jugak kot. Pompuan cantik ni ada 2 jenis. Pertama yg dia lahir2 memang cantik, takyah pakai apa2 produk pon mmg cantik tapi tak pandai bergaya. Yang kedua cantik sebab dia bergaya, suka bergaya rajin bergaya. Dari 2 kategori ni, biasanya yg cantik semulajadi akan pilih lelaki biasa2 je, keja biasa, muka pon biasa2 je. Tp yg jenis bergaya vogue gedevas tu yg biasanya kena pilih lelaki kaya sebab nak sara keperluan maintenance dia. Tapi stillllll.... tak semua... Peace.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ini berdasar kan fakta yang mana satu?


      boleh dipercayai ke ...janggal je rasanya nak percaya.


      hehe.

      Delete
    2. Setuju!.
      Perempuan yg semulajadi cantik la orang lelaki suka..
      Hat yang over dress nk cantik tu banyak gedik2

      Delete
    3. Betul2.. setuju dgn pendapat saudari.

      Delete
  15. ERKK . DA 23 . SO DA LEH KAWIN . HEHEHE :p

    ReplyDelete
  16. saya kerja sudah mantap... gaji boleh bersaing... keje govment, terjamin masa depan... insya allah... emm.. umur dah menghampiri 30.. tahun depan.. tapi.. masih belum jumpa... memilih ke??? entah la... mungkin... "Cerita panjang2 pun tak guna kerana akhirnya kembali kepada yang satu.Itu rahsianya kita sebagai hamba mana mungkin dapat melihat dan menilai apa yang bakal kita terima kelak."

    ReplyDelete
  17. btol tuh. belah lelaki, dia tgk mampu x mampu je. kang x mampu tp pandai2 nak kawen, nak sara bini dengan apa kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nk tunggu cukup, sampai bila2 pun takkan pernah cukup. Kan..

      Delete
  18. Kalau saya sih umur berapa saja nggak masalah untuk menikah, yang penting tidak lebih dari umur 30 tahun hehehe :D

    ReplyDelete
  19. Firstly nak mintak maaf kat admin utk komen ni.. tapi since admin dah buat tajuk ni, rasa nk komen apa yg saya fikir tentang kahwin dan umur ni.
    Secara jujurnya banyak yg sy kesalkan tentang bab kahwi ni. Jgn salah faham, saya tak pernah kahwin dan rasanya tak kahwin pun xpe kot. Bukan nk melanggar fitrah, tapi entahlah.. mungkin dah memasuki umur begini, xpe xpe mak abah boleh jaga. Hehehe, (agak2 umurku 26 tu dah cukup tua tak?)
    Haaa, Alasan lelaki, duit tak cukup.. kalau nk cakap pasal cukup sampai bila2 pun takkan pernah cukup. Kalau nk tunggu jadi matang, sampai bila2 pun takkan pernah matang kalau masih di takut yg sama. Maksud saya zaman bujang dan alam rumah tangga lain, betul tak. Nak tunggu jadi baik dulu baru nk kawin. Heh? Kalau camtu smpai bila2 pun takkan rasa nak jadi baik. Dah rasa senang dan selesa dgn keadaan sekarang. Sebab status tu tetap single, dan tak rasa bebanan utk pikul tanggungjawab terhadap org lain walaupun umur tu dah masuk 3series.
    Admin, nak tanya dan mohon pencerahan. Apa pandangan admin terhadap lelaki yg letak kayu pengukur tinggi sangat dan letakkan syarat utk mengahwini seorg pempuan. Maksudnya, dia suka dan sayang pempuan tu tapi ada satu dua perkara yg dia tak suka berkenaan pempuan ni. Dan bg syarat utk si wanita ni ubah dulu baru dia nak kawin. Wehh, gile apa laki tu kan. Lebih lebih pulak. Kan kan kan..

    Kalau umur nak masuk 30an ni, masih ada harapan ke kalau aku berangan nk 7 org anak??? Kekekeke, agak-agak... eh salah, tak teragak-agak ko

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau laki. umur 65 pun kalau kau pancut boleh jadi anak. itu pun tak leh fikir ke?

      Delete
  20. sy daa bersedia nak kahwin ..sbb sy da ada segala2nya .. perkerjaan tetap gaji bole tahan . keta ada . rumah ada . apa lg yg takade tu je lah calon yg istemewa kot .. jodoh takade lg nak wat camna ..umur sy dah 27 thn ..

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. Tak jadi nk kawin bile dpt tahu encik tunang gay.
    Erghhh

    ReplyDelete
  23. Eh, pulak, tetibe eh gay???
    Apekah???😨

    ReplyDelete
  24. Saya pun single lagi..��

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...