Pages - Menu

28 Aug 2013

Bila Gerak Hati Berkata



Entah tidak tahu kenapa hati ini tidak seperti dahulu lagi terhadapnya.Bertemu buat kali terakhir di hari ramadan yang terakhir sehingga ke hari ini aku seperti tidak mahu lagi bertemu dengannya.Tidak aku ketahui apa sebabnya dan apakah yang aku fikirkan.Ianya seperti tiada cinta lagi dari diri aku kepadanya.Sesuatu yang tidak mampu aku lukiskan atau tuliskan.

Aku seperti tawar hati.

Sejak dari dahulu lagi aku selalu menggunakan gerak hati sebagai panduan.Alhamdullilah selalunya adalah yang terbaik buat aku.Gerak hati yang aku percayai datangnya dari yang satu.Jika tiada apa2 pasti tiada tergerak kata hati aku.Kali ini kata hati aku bergerak kembali.Katanya lupakan sahaja dan cari yang lain sebagai ganti dia.Itu kata gerak hati aku kini.

Sungguh aku merindui dia tetapi tidak hati aku.

Pernah beberapa kali aku telah melanggar apa yang tergerak dihati aku dan akhirnya aku sendiri menyesalinya.Kata minda bertelagah dengan kata hati seringkali kata hati aku yang benar dan betul.Kenapa apa yang aku fikir tidak selalu sama seperti apa yang aku teka.Kenapa teka teki lebih tepat dari apa yang aku andaikan.Hebat sungguh kuasa hati dari minda.

Kini aku mulai belajar menjauhkan diri darinya...mungkin buat selamanya.

Semua kenangan manis antara aku dan dia tidak mungkin padam dan luput.Pasti kekal terpatri dalam hati aku ini.Biar aku lepaskan dia pergi selamanya jika itu sudah suratan takdir aku.Rela dan redha itu yang aku mampu genggami.Biar cinta kita bersemadi dalam damai tanpa kita perlu ada benci dan khianati.Coretan ini jika engkau terbaca jangan engkau tangisi.

Semua ini bukan milik kita,semua ini bukan rencana kita...ini milik dia selamanya.




chow!

26 comments:

  1. lagu tu...bestt...

    cinta tak harus memilikikan..

    selalunya, bila kita ikut gerak hati apap yg kita rasa, insyaAllah semuanya baik2..

    walaupun ada kalanya tidak baik untuk kita, tp untuk org lain mgkin...

    ReplyDelete
  2. PERGHH . LAGU . SODAP . SLOW SAYU JE ..

    INSYA ALLAH . APE YG D RENCANAKAN TUK KITE . ADE HIKMAHNYE :)

    ReplyDelete
  3. Hati kita pun kita tak berdaya nak fahami..
    Apakan lagi hati orang lain..


    #kalau pergi.. pergi la dgn cara baik .. usah biar dia berendam air mata. Ingat karma itu ada.

    ReplyDelete
  4. Entri yang cool.. Pandai bermain dengan perkataan.. :)

    ReplyDelete
  5. People keep on saying that you should always follow your heart . But when your heart is broken in so many pieces , tell me . . which piece you should follow ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Follow the piece that have a "fix me" sign on it.all you need is a handyplus now.

      Delete
  6. Ye setuju. Cinta kan seseorang tak semestinya hidup serumah dengan dia. Tak semestinya berkahwin dengan dia.

    Aku dah lama belajar ikut gerak hati. Bila kita go against ia, memang bala dan kesulitan la yang kita terima.

    ReplyDelete
  7. emak aku selalu ckp klu xtahu nk buat keputusan..hati kamu berat mahukn yg mana? so ikutlah kata hati. tapi ade org ckp ikut hati mati. entah.

    ReplyDelete
  8. hanya kata hati je yang tahu apa yg terbaik utk diri.

    ReplyDelete
  9. kalau aku, aku prefer ikot gerak hati.
    "instinct" kot kata omputih ? hehe

    ReplyDelete
  10. segala yg berlaku ada hikmahnya.. bersabar jela.. emm

    ReplyDelete
  11. Cinta memang indah. Bisa membuat hati kita galau, sedih, bahagia, dan juga bisa buat kita menangis :)

    ReplyDelete
  12. segerlah berlalu... tinggalkan masa lalu... pergi dan move on..

    ReplyDelete
  13. aku guna gerak hati

    -kantoi dia ada perempuan lain
    -kantoi dia tipu aku berkali-kali

    banyaklahhhhh

    hmmm mungkin sebab dah sayang so hati pun tergerak2

    sekarang pun aku dapat rasa dia

    rasa sangat

    *nangis*

    ReplyDelete
  14. kadang2 gerak hati itu lebih tepat.

    ReplyDelete
  15. kadang2 gerak hati kita betul pada waktu yang tepat :)

    ReplyDelete
  16. nak komen apa ye? haha. go on. move on. mungkin dia bukanlah orangnya. tapi cakap macam ni, mesti ko rasa smakin tak mau ikut gerak hati ko pula kan.

    ReplyDelete
  17. Kau je tahu apa yg kau nak dlm hidup kau.

    Kau pergi tidur, bangun..dan kalau masih sama niat yg asal.

    Teruskan

    ReplyDelete
  18. aku rasa zmn skng ni couple ngan A, brtunang ngan B, kawen ngan C..kalo ade jodoh ade la tu.

    ReplyDelete
  19. Tenkiu semua...berikan kata2 semangat yang keramat.

    ReplyDelete
  20. saya pernah macam tu! diri merindui dia tapi tidak hati.

    erkkk macam tu la kot.

    ReplyDelete
  21. Kadang kala terfikir perlu ke kita nak meratapi sesuatu yg mmg bukan milik kita. Perlu ke kita nk perjuangkan sesuatu yg mmg bukan hak kita.. betul, kelembutan lidah selalunya tak seiring dengan kekerasan hati.
    Cuma kalau yakin itu yang mmg benar dimahukan hati, yang mana result nya akan membahagiakan diri dan org lain mohon pertahankan apa yg dah dilakukan.

    ReplyDelete
  22. kadang2 gerak hati itu seperti memberikan sesuatu petanda.. jodoh siapa yg tahu hanya dia yg menetukannya. sabar ye bro. masih byk lg bunga diluar sana

    ReplyDelete
  23. I feel the same way, aku baca blog ko supaya dapat kekuatan hati...sabarlah..aku pun tengah menguatkan diri untuk tabah dan sabar..sebab cinta itu menyakitkan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...