Pages - Menu

13 Aug 2013

Ombak Rindu di Rumah Orang





Orang beraya kita pun mahu beraya.Ialah mana tahan duk kat rumah jer.Nasib baikla aku ada kawan yang lambat sikit balik kampung maka kerumah beliau la aku selalu jadikan sasaran bila terasa perut mulai kelaparan.Rumah dia rumah aku.Nasib la kan.

Lupa malam raya ke berapa ntah di tv 2 ke tv 3 ada menayangkan filem Ombak Rindu.Permulaan tu malas la nak melayan filem ni.Orang perempuan kata filem ni memang filem air mata.Aku pulak bukan reti sangat dengan filem2 melayu ni.Bukan mahu kondem filem tempatan tetapi aku memang jarang atau mungkin malas nak menonton filem tempatan.Cerita yang selalu aku tahu macam mana jalan penamatnya.

Malam itu hati aku terbuka untuk filem tempatan.

Pertama sebab percuma dan keduanya aku tak mampu nak berjalan lagi kerana perut penuh berisi lemang dan rendang daging lembu.Melantak tahap gaban tak hengat.

Part yang paling best ialah cuma aku seorang je lelaki yang tinggal waktu itu.Kawan aku senyap2 telah cabut ntah kemana.Malas nak kalut sangat aku layan je melepak dengan adik beradik perempuannya dan mak2 saudaranya.Ramai dan meriah dengan usikan2 manja dari gadis dan mak gadis sekali.Selamba je aku landingkan badan aku depan tv yang melekat kat dinding rumah mereka.

Ombak Rindu start.

Layan dan layan.Slow2 ada tangan mungil menghulurkan tissu sekotak.Tangan aku dengan perlahan menarik keluar sehelai dua tissu yang maha lembut itu.Lalu di letakkan di atas hidung aku ntah dari mana ada pulak air mengalir lesu turun kebawah.Di kesatkan sedikit agar tak de mata yang perasaan.


"...abang nangis yer....kahkahkahkah!..."


Sergahan yang kuat dari suara anak gadis yang menghulurkan tissu tadi.Jahanam!


chow!


36 comments:

  1. Ok, air mata jugak.Dari awal aku tengok cerita nie, aku tak paham kenapa nak kene nangis. Sampai sekarang aku tak paham. hahaha

    ReplyDelete
  2. errr..nangis ke..?
    Tumpang gelak jugaklah..
    hahaha.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. mane ade nangis ...mata masuk nyamuk la.

      Delete
  3. kenapa hana xmenangis tengok ceta ni.. huhu
    xda perasaan kot..

    ReplyDelete
  4. Aku layan semua movie..pernah tgk movie ni.tp xbest mcm istanbul aku dtg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. istanbul pun ko hadap tgk...caya la.

      Delete
    2. Lisa ajak sbb yusri xnk teman.sbg seorang lelaki yg biadap, aku g temn bini org tgk wyg.hahahahak.

      Delete
  5. hikhikhik...

    aku tengok tak nanges cerita ni.

    mgkin sebab ceritanya lari dr novel banyak sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik x baca novel yer kalau x spoil je mood kitew.

      Delete
  6. Wahh ini baru lelaki. haha

    ReplyDelete
  7. "Hati kau memang rapuh, zack..." kata ketua kumpulan gagak hitam. Hahahaaa, konon la keras sangat!

    ReplyDelete
  8. Tak pernah sempat nak tengok filem tu...sedih sangat eh... Salam syawal ;)

    ReplyDelete
  9. sy yg membaca ni menahan remang bulu tengkuk mengenangkan suspennya saudara nak mengaku menangis tu... hahahha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu bukan menangis cuma tumpahan air mata saje.

      Delete
  10. errr aku plak tak penah nengok langsung Ongbak Ghindu nih =P


    *konfem la lu lelaki romantik sbnrnye sbb nengok ombak rindu smpai leleh air mata kehkehkeh

    ReplyDelete
  11. haha

    aku selalu tgk ombak rindu dalam tv tapi x pernah tengok sampai habis

    ReplyDelete
  12. err... selalu tengok ombak rindu part last...

    ReplyDelete
  13. ha3..menangis betol2 kah????? ambe igt kesar hingus ke ape

    ReplyDelete
  14. hahaha..keluar air mata ke?
    dh byk kali tgk ombak rindu..

    ReplyDelete
  15. Hahaaha.. sedih sungguh kita dengar dan baca cerita ongbak rinduuu ni. Keekekeke tak sangka ada jugak yg sudi tumpah airmata tu kerana izzah :)
    Kalau baca novel dia lagi la sarat airmata tu tau..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...