"....air aaron aziz bang...air aaron aziz kak....sedap berzat terbaru di pasaran abang kakak....siap resit siap ada tandatangan aaron aziz lagi niiiii.... abang akak!...."
"....mai beli akak abang air aaron aziz ni..."
Aku tersenyum sambil ketawa kecil dan menjeling manja dengan gadis yang berada dihadapan aku.Sesak2 begini dan dalam kehangatan malam terasa dingin pula bila senyuman kita di balas manja oleh sigadis.Sapaan si peniaga buat ramai pengunjung tak kering gusi dengan lagak dan gaya selamba mereka.
"...aahhhh mari abang akak ...4 helai baju kurung rm100 jer...cepat2 sebelom tokeh kita orang datang! Tokeh kami balik tido jap ...cepat2 beli kalau tokeh dah bangun kita tak jual 4 helai rm100 nanti gaji kami kena potong!
" Cepat2 abang akak...Tokeh kami jual 2 helai baju kurung rm100 ...Tokeh tak der kita jual 4 helai rm100! Cepat2!..."
Ini senario yang aku alami malam tadi bila ke Jalan Tunku Abdul Rahman yang terkenal dengan bazaar aidilfitri mereka.Orang memang ramai dan sesak gila.Mahu parking kereta pun hampir 1 jam masa di ambil.Aku pergi dengan seorang teman lama yang sebelum ini adalah kekasih aku.Macam mana tu? Entah aku sendiri dalam keadaan konpius.
Gara2 sms ringkas ucapan Selamat Hari Raya aku dan dia duduk berbuka puasa.
Cuma ketika ini aku belum berminat untuk bercerita panjang tentang pertemuan kami semalam dan apa yang mahu aku ceritakan di sini ialah tentang kerenah para peniaga di sana.Segala macam barang ada terjual disana.Mudah cakap apa sahaja yang kita mahu semua ada.Cuma mahal atau murah sahaja yang perlu kita buat pilihan.
Baju kurung dan baju melayu memang yang terhebat banyaknya.Diselangi pula dengan baju2 made in Thailand,Indonesia dan juga dari Timur Tengah.
Ramainya orang sampai ada ketika aku dan dia tak bergerak2 lansung dari kedudukan yang sama hampir 15 minit.Bau ada macam2.Bau badan campur bau mulut diikuti bau asap makanan memang cukup sempurna sekali.Nyesal pun ada juga bila berada didalam keadaan begitu.Nasib baik ada sigadis yang tersekat bersama2 maka kurang sedikit rasa stress dihati dan kepala.
Terbabasnya aku dan dia kesana adalah kerana ajakan sigadis yang mahu melihat dan membeli baju kurung.Sesuatu yang agak aku curigai kerana tempat begini adalah bukan tempat yang selalu dia sukai entah tak tahu apa angin tetiba mahu kesana pula.
Dihadapan rumah keluarganya aku kembalikan dia semula.Tiada baju kurung yang dibeli cuma yang di bawa balik ialah setonkol jagung bakar dan sekilo rambutan!
"...U last ramadan kita berbuka lagi yer..."
"...ok.."
tetiba aku cakap ok...pening aku!
chow!
selalunya saya ke sana untuk cari jersi murah jekk :-)
ReplyDeletelaju ke ok yea..hehehe
ReplyDeleteehemmm....!
adakah cinta lama kembali berputik..?
ntah la.
Deletebaju kurung? alasan je tu bro... lama jugak aku tak masuk jalan TAR ni sejak kawan dah tak berniaga pasar malam sana.
ReplyDeleteagaknya kot alasan.
Deleteopps.. alhamdullilah.. ;)
ReplyDeleteughhh kenyang.
DeleteKalau dah suka tu ke mana saja pun ok jea kalau nak g..kannnn
ReplyDeletepening den.
Deleteanda seorang yang baik hati.
ReplyDeleteok.
hehehe...
hehe.
DeleteMacam2 ragam orang berniaga ni..
ReplyDeleteLast ramadhan berbuka sama2 lagi ye....
ntah laa.
Deletepelik ni....tetibe ok tu dh nape???ad something goes wrong somewhere ea?hahahaha :p klu time dkat raya ni tak payah la nk pegi pukul 10...kompem dh penuh kat jln TAR tu...
ReplyDeletentah ler.
Deletewahh.. aku tak shopping raya lgi.. huuu
ReplyDeletesama la kita.
Deletehahaha..adeh, dah ajak kn..ok jelh :D cinta lama kmbali ni..bkan sng tu..
ReplyDeletentah ler.
DeleteTindakan luar kawal tu bila kau kata OK.
ReplyDeleteHarap ada susulan untuk Ramadhan akhir tu ya?
ntah laa.
Deletedating ke? hehehe...
ReplyDeletentahhh.
Deletei wish i'm in jalan TAR now. boleh shopping. huhu.
ReplyDeleteshopping mmg best.
Deletebau mulut yang tak menahan tu.. boleh bikin ana fengsan lah.. hahaha
ReplyDeletetempat mcm tu sekali sekala best juga pergi..
ReplyDeletetapi sesaknya.. ampun!!
tahu x per sesak tahap gaban .
Deletemoment-moment yg akan menjadi terasa lebih manis di masa akan datang.. ya. begitulah selalunya.
ReplyDeleteNico Robin
dh lama x kesana
ReplyDeletetapi diorang mmg kreatif utk laku kan barang dagangan ;)
aku suka tgk penjual tudung lelaki yg pakai tudung sebab nak tarik customer