12 Aug 2013
Cinta Bersemi Kembali
Lama juga aku tidak menulis tentang kisah cinta aku.Jika sesiapa yang pernah membaca tulisan dari blog lama aku hingga ke sini pasti serba sedikit mengetahui bagaimana keaadaan aku sebenarnya.Juga pasti perasan yang aku mulai kurang menulis tentang kisah cinta.Bukan cerita cinta aku sahaja begitu juga cerita cinta lain.
Hampir 5 tahun bersendirian tanpa cinta kini cinta mulai berputik semula.Ketika awal2 putus cinta dahulu aku ada meminta pendapat dari pembaca blog aku yang lama dahulu.Ramai juga yang memberikan nasihat agar aku mencari cinta yang lain setelah dia bertemu cinta yang baru.Aku cuba juga beberapa kali namun tidak berkesudahan dengan baik.Ini mungkin tiada kesesuaian di antara kami.
Kali ini cinta berputik semula dengan bekas kekasih hati aku yang lama itu.Tidak tahu mengapa dan bagaimana ianya terjadi.Jujur aku sudah membuangnya jauh dari ingatan aku.Rela melepaskan dia pergi dengan pilihan hidupnya.Malas mahu bertelingkah dan bersakit hati kerana bagi aku tiada faedah dan hanya membuang masa sahaja.Segala2nya sudah dilakukan untuk melupakan di antara satu sama lain.
Jika ada yang bertanya bagaimana rasa benci aku terhadapnya...jawapan aku ialah sehingga habis benci aku terhadap dia.Sesiapa pun bila baru putus cinta akan pasti menjadi seorang manusia yang kurang waras akal dan juga tindakannya.
Ramadan yang terakhir telah hampir melenturkan warna hati aku yang pekat dan keras.Permulaannya memang ada riak ego seorang lelaki cuba berpura keras.Cuma senyuman manis dia yang sekian lama aku rindui telah mencalar dan meleraikan sedikit sinaran halus dari dalam peti kotak kaca hati aku.Suka atau benci aku sendiri mulai keliru.Sengaja aku berpaling ke arah lain setiap kali dia cuba melihat jauh kedalam anak mata aku.Dia tahu di mana kelemahan aku.
Dari mata jatuh ke hati.
Ketika azan kedengaran secara lembut suaranya berdoa sambil matanya mengeyit ke arah aku.Lalu dihulurkan sebiji kurma yang memang telah tersedia dia atas meja.Tangan aku...ye tangan aku secara spontan menyambut balik dengan baik dari jari jemarinya.Sentuhan itu telah memberikan aku satu renjatan eletrik yang amat kuat sekali.Bukan secara zahir tetapi batin.
Terdiam dan tidak terkata.
"...eh ...makan la yang U tercegat macam kena sampuk hantu kenapa?..."
Lalu aku makan sambil kepala tertunduk.Bukan aku malu dengan dia tetapi aku sedang berfikir.Hati aku berkata2...
"...adoi ....apahal dgn aku ni..."
bersambung....lalalalala!
chow!
Labels:
Story Cinta Dia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
moga2 kali ini berkekalan
ReplyDeleteAku doakan yg terbaik untuk kau. :)
ReplyDeletetenkiu.
Deletesemoga semuanya berakhir dgn berita gembira. LS, jgn tunggu lama-lama tahu?
ReplyDeleteawak pn jgn tunggu lama2 tahu? hehe
Deletejangan tunggu lama2 nanti dia dikebas orang....lalalala.
DeleteAsalnya kau duduk kan? Apsal boleh berdiri pulak? Sebab renjatan api tu ke? Wah. Maha dasyat.
ReplyDeletetau x per...haha.
Deletebagi tips macamana boleh survive 5 tahun sendirian..
ReplyDeleteaku baru nak masuk tahun ketiga..luar nampak rilek..hati dah macam ada kanser..
T.T
alah luaran mmg nampak happy dalam hati macam lava gunung berapi woooo.
Deletepehh!!
ReplyDeletehuhuhu.
DeleteRasanya kamu dari dalam selama ini belum pernah berhenti mencintai dia... Dia ada di dalam hati kamu dan tidak ke mana2...
ReplyDeleteSemua org layak berpeluang yang kedua.. Mengapa tidak untuk dia....? Berilah peluang.... Kali ni, sambar terus.. Masuk je meminang...
P/s: menasihat org bukan main lagi.. Kita ni lebih kurang je ceritanya...
oooo ye ker...kesian yer kita ni kan.
Deletekalau dah jodoh, larilah sekuat mata..ianya tetap bercantum...
ReplyDeletebtul tu.
Deletekasih bertaut semula...hati-hati jangan sampai terluka lagi ya..
ReplyDeleteterserah la.
Deleteemmm...
ReplyDeletecun habes ke berbaju raya?
baju raye mmg le cun.
Deletepehhh siap smbungan lagi 2.. =) best gak bca kisah cinta bro neh..2 mknanya dlam hati ada taman..bnci mn pn..kalau dh syg..tpp dpat lwan benci 2..
ReplyDeletetu la kan.
DeleteSaya dah tak nak bercinta... sblm kawin.
ReplyDeleteSbb kita tak tahu mana akhirnya.
semoga pengakhiran yg baik utk awak berdua