Pages - Menu

7 Aug 2013

Salam Aidilfitri Kepada Semua!


Cuma tinggal lagi sehari sahaja kita berpuasa dan tinggal lagi sehari kita akan meraikan hari kejayaan iaitu Hari Raya Aidilfitri.Baik di bulan ramadan atau di bulan syawal kita sebagai umat islam seharusnya meraikannya dengan penuh meriah.Cuma kemeriahan ini sekarang sudah semakin di lupakan dan tinggalkan.

Kita kembali semula ke zaman yang silam dahulu.

Dahulu kira-kira 30 ke 40 tahun yang lepas setiap kali datang bulan ramadan juga bulan syawal kemeriahan yang kita lihat amat sangat terserlah sekali.Keriuhan dan kegawatan untuk menyambut kedatangan kedua2 bulan ini memang cukup terserlah kemeriahannnya.Namun hari ini semuanya seperti sudah tiada lagi.Jika ditanya dengan mereka yang lebih berusia sedikit kita pasti akan terdengar keluhan dari orang2 tua kita yang berpangkat atok dan nenek.

Katanya kehangatan menyambut ramadan dan syawal pada hari ini begitu hambar sekali.Tiada lansung terasa akan kedatangan bulan2 tersebut.

Dahulu jika bersahur kita dibangunkan dengan cara yang cukup menyentap jantung.Nyayian dan paluan gendang juga kompang memecah kesunyian subuh hening.Lagi membantu apabila semua rumah didalam kawasan tersebut dibina dengan bahan2 kayu tiada yang batu.Kalau berdinding batu pasti kita dapat terus nyeyak tidor dengan lena sekali.Rumah papan beratap daun atau zink mana mungkin dapat menahan bunyi dari masuk kerumah.Bukan macam sekarang semuanya rumah batu dan jika buat bising di pagi subuh nanti kita silap2 kena tahan dengan polis sebab terima aduan dari jiran yang tidak seagama dan sebangsa kita.

Bising dan menggangu ketenteraman awam!

Itu untuk bersahur dan bila masuk waktu untuk berbuka semua masjid di daerah kita akan mengetuk gendang dan se geng dengannya.Aku terlupa apa nama benda tu yang dibuat dari kayu juga kulit lembu atau kerbau.Lagi mahu show ada pulak meriam buluh...pehg! satu kampung bergegar!

Bila mahu dekat aidilfitri kita menyambut malam 7 lekor.Semua rumah pasang pelita dan siap ada pertandingan lagi.Diselangi pula dengan bunga api dan mercun.Rindu sangat dengan semua itu.

Hari ini terlalu banyak yang dibidaahkan.Ini tak boleh buat ini bukan budaya kita ini budaya hindu.Ini jangan main nanti putus jari dan bla bla bla.! Benar tidak dinafikan itu semua.Benar ada keburukan dan benar juga di satu hari nanti kita tiada rasa apa2 lagi apabila kedua2 bulan ini datang.

Lihat sahaja budaya kunjung mengunjung di hari raya semakin di ketepikan oleh geberasi muda kita.Semua melekap dirumah dan tidak mahu keluar beraya.Alasan ada bermacam2...tak mahu keluar sebab ada program tv yang best/tak mahu keluar kerana panas/tak mahu keluar kerana malu/tak mahu keluar kerana tak kenal sangat dengan orang2 tua tersebut/tak mahu keluar sebab malas...takde internet takde wifi !

Lama kelamaan bulan syawal tiada terasa lansung kewujudannya.Kalau bulan ramadan tu mungkin terasa juga kerana harus berlapar dan dahaga.Lagi best ada pasar ramadan la pula.

Cuma mungkin meriah bulan syawal ini ialah apabila kita harus berbelanja sedikit menukar segala yang lama kepada yang baru.Segalanya2 kalau di tukar lagi meriah di bulan sayawal ini.Rumah tukar/kereta tukar/isteri tukar/sofa tukar/tv tukar plasma/kasut/jam/cincin berlian...eh memang gila raya sakan!

Namun jelas sekali kemeriahan itu sudah berkurangan.Orang kata meriah berhari raya hanya untuk budak2 sahaja dan mana2 yang sudah tua memang tak berapa rasa sangat suasana meriah di hari raya.Nasib baiklah aku masih terasa lagi meriah!

hehe!


chow!







13 comments:

  1. Selamat hari raya.

    Aku setuju dengan perenggan yg last tu.. huu

    ReplyDelete
  2. setuju . meriah raya dahulu berbeza sangat dengan sekarang . hehe . selamat hari raya juga :)

    ReplyDelete
  3. malam raya akan terasa meriah dengan bunyi mercunnya dan majlis takbir dari rumah ke rumah.
    hari raya pertama pun akan rasa meriah sebab pagi2 pergi masjid dan balik rumah dapat makan ketupat n lemang :-)

    raya kedua dah macam biasa ...macam hari hari yang lain.

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya LS.
    Esok plan buka dgn 'u' kat mana..? ;p
    semoga semuanya baik2 saja..wink wink

    ReplyDelete
  5. sangat setuju ... sangat berbeza raya kali ni dan tak macam dulu .

    selamat hari raya .... :3

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya
    maaf zahir batin

    ReplyDelete
  7. Sy di johor rasa bersyukur sangat coz masih akar budayanya kuat... Di kampung sy, tua muda masih menggembeling tenaga mengekalkan budaya berkunjung d hari raya ni... Ada marhaban, tukar2 juadah tu jgn ceruta la.... Cuma bab kemeriahan raya tu sungguh ade rase kurang... Bermula dgn zaman2 mercun x boleh main, jadi sekarang ni nk dpt bekalan mercun pun pikir dua kali la... Dengan harganya yg mahal tu, satu lagi ttg hilangnya budaya berutus kad raya... Semua main laman sosial.. Main sms, we chat dll lagi.. Hmmm.. Risau juga.. Pelahan2, kalau kita sendiri yg tak usaha hidupkan amalan dulu2, silap2 hilang mcm tu je...

    ReplyDelete
  8. salam aidilfitri buat lelaki semalam, hari ini dan selamanya lelaki hehe.

    ReplyDelete
  9. Rasanya benda yg dibuat dari kulit lembu tu..org panggil beduk..yeke?

    ReplyDelete
  10. Bila baca entry ni..mmg xdinafikan...
    Raya dulu2 best....mmg terasa kemeriahannya...
    Pakai inai malam raya dah macam satu kewajipan..
    Sekarang ni dah tak terasa sangat..
    Terasa pun sebab nak balik kampung...itu je..

    ReplyDelete
  11. Slmt hari raya
    raya saya biasa2 je. Maklumlah dah terawal sambut raya, kahkahkah..
    bila dah umur mcamni kemeriahan tu taklah ketara sgt. Mungkin dah masanya saya meriahkan raya utk anak2 pulak. Harap2 thn depan dr sengsorang ni boleh la berdua, pastu ber3,4,5,6 plk.. hehhehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...