Pages - Menu

24 Aug 2013

Lelaki Kita Tidak Matang.



Satu benda yang suka aku lakukan apabila bersendirian ialah menggatal.Itu bahasa kasar yang senang untuk difahami.Jika kita guna bahasa yang agak berlapik kita katakan ianya adalah nakal.Lelaki kalau tiada sifat gatal dan nakal kompom lelaki ini ada masalah teknikal yang agak berat.Jika kita tidak ubati dan biarkan sahaja ianya akan melarat menjadi penyakit jiwa yang serius.

Kalau tak jadi Gay pasti jadi penghuni di Tanjung.

Secara sukarela aku agak taksub sedikit dengan sifat ini.Jika tiada sifat ini pada aku, aku rasa aku bukan seorang manusia yang relax dan kool seperti sekarang.Kemungkinan besar aku adalah salah seorang manusia yang pemarah, pendiam dan membosankan yang pernah orang kenali.Sesiapa yang pernah mengenali aku pasti tahu sifat dan sikap aku yang kadang kalanya adalah di luar batasan peelnya.

Gila2 yang tidak gila.

Sejak aku di zaman remaja lagi aku memang seorang yang suka melihat dan memandang perempuan.Benar hanya memandang tidak mengacau.Tiada siulan2 nakal sepertimana selalu dilakukan oleh budak2 lelaki yang sebaya aku ketika itu.Tidak pernah aku mengacau gadis dengan cara begitu.Kepada aku cara itu kurang berhemah dan kurang kacak.Jika aku bersua dengan gadis yang aku rasa aku minat dan suka aku akan melihat dan merenung dia dari jauh sahaja.Tunggu dan lihat.Tunggu apa?

Tunggu bila mata bertentang mata dan si gadis tersenyum manja!

Semua gadis yang pernah aku pikat dan kenali sehingga ke hari ini sama ada yang terus menjadi kekasih atau hanya sebagai seorang  kawan cara aku mendekati mereka adalah sama.Pandang dan tunggu dan apabila sigadis tersenyum aku akan datang terus kepada gadis tersebut dan memperkenalkan diri.Jika nasib aku baik aku akan diterima dan dipelawa duduk bersama dan mulai berkenalan dan berbual kosong.

Secara jujur mereka jarang menolak sebaliknya menerima dengan senang hati.

Bila kita dekati seseorang gadis dengan cara begini ada 2 kemungkinan yang bakal kita hadapi.Pertama mungkin dia malu2 tetapi tidak ragu2.Keduanya pula sigadis akan lebih bersedia dan tahu memang kita sedang cuba mendekati beliau maka kemungkinan besar si gadis tidak akan terperanjat beruk jika merapatinya.Malahan kita mungkin tidak sangka yang kita sebenarnya sedang dinantikan oleh sigadis untuk datang kepadanya!

Kalau ditanya kepada gadis adakah mereka suka didekati dengan cara berhemah begitu pasti ramai yang kata ya dan suka.Cuma kadangkala orang lelaki bangsa melayu hidup di Malaysia dan di rantau Asia ini agak lurus bendul dan malu2.Pemalu satu hal banggang pun satu hal.Kalau boleh mereka mahu sigadis yang datang dekat dan memikat.Boleh macam itu?

Jangan jadi Lelaki lah!

Hari ini aku tidak berminat sangat dengan cara lelaki Melayu memikat gadis.Kurang gentle dan kurang ajar.Cara mereka datang kepada sigadis satu hal.Cara mereka bercakap dan bergaul juga satu hal.Entah tidak tahu apa silapnya mereka berkelakuan begitu kalau mahu dibandingkan dengan cara mamat bangla memikat lagi steady.Lagi macho!

Sebenarnya aku nak tulis tentang peel aku ...last2 lain la pulak jadinya.Stop kat sini dulu lah ok.

chow!




46 comments:

  1. kalau aku nak ngorat kau, apa kau 'Jangan jadi Lelaki lah!' ? hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ko ngorat aku ....rela aku x jadi lelaki.


      heh.


      hehe.

      Delete
    2. sampai hati *kesat air mata .

      aku potong tangan kalau aku ngorat kau :p
      herrrrr selamat ber-blogging petang2 gni

      Delete
  2. Replies
    1. haha...abaikan jer.


      aku dgn kawan2 mmg ada ayat2 yg suka2 ....contoh.


      bila kau bercakap apa2 pun...nanti aku tanya ...bile?

      bila dia jawap....nanti aku tanya...lepas tue?

      bila kau jawap lagi ....nanti aku tanya...betul?

      dan bla...hehe.

      Delete
  3. ada persamaan nampak nyer daripada segi kita ber"nakal". hehehe...

    ReplyDelete
  4. Very the stereotype lelaki melayulah lah Blogisasm ni..(applicable lagi ke nama ni) ..he..he

    ReplyDelete
  5. saya dulu tak suka lelaki nakal cam tue hihihi

    ReplyDelete
  6. saya tak selesa dipandang macam tu. huhu

    ReplyDelete
  7. eh semua lelaki mcm tu rasanya .hahaha jangan tunggu lama lama weh .

    ReplyDelete
  8. adik maneeess.... kata sorang mamat bangla kerja kedai perabot, wajah persis salman khan.

    satu lagi, aku langsung tak boleh blah tengok remaja lelaki kita yang penampilannya agak feminin. aduhai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu zaman sebelum merdeka..sekarang awek lagi suka pada bad boy quality...

      Delete
  9. Ayah aku pesan..kalau suka pada seseorang..pandang dia..senyum kepada dia..kalau dia balas seikhlas senyuman kita.datang kepadanya..beri salam..seterusnya serah pada tuhan.

    ReplyDelete
  10. huhu.. patutlah, begitu rupanya. aku pulak jadi stres bila org lelaki ni dari jauh dok pandang-pandang, pastu mendekat senyum, aku pun mestilah kena senyum jugak, dah dekat lagi mula lah nak mulakan ayat dgn 'nak tanya sikit boleh' dan soalan tu memang aku kena jawab sbb dah namanya aku ni advisor. pastu bila dia rasa dah selesa untuk bersoal jawab mulalah sibuk nak bertanya 'aima org mana?'
    owhhh.. ni rupanya taktik orang lelaki yg gentleman eh?? okey, faham dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg itu caranya....mana ada weweeeet sangat.

      Delete
  11. setakat ni cara tu berjaya ke bro dalam mencari calon yang benar benar sesuai jadi isteri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cara itu yg terbaik tapi belum bertemu jodoh.

      Delete
  12. Oooooo gitu rupanya style kau mengorat. Daa faham *angguk kepala*

    ReplyDelete
  13. aku lagi suka lelaki berkasar dgn aku. sebab aku pun kasar jugak. jenis tak reti manja macam ni lah

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya.

    ReplyDelete
  15. anda adalah macho man...

    -NP-

    ReplyDelete
  16. Kebanyakkan lelaki skrang mmg nak tggu prempuan mula dulukan...

    Mmg betullah..xpayah jadi lelaki..heheheh

    ReplyDelete
  17. Salam.

    LOL..ak rsa entry ni mcm cerita kehebatan ko pun ada jugak,hahaha

    ReplyDelete
  18. Sy biasanya rasa seram kalau lelaki pandang gitu :S Tapii, memang gitu ke cara org lelaki nak berkenalan? Haha. Okay. Mengerti. Lah sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. x semua la...cuma yg steady je buat macam tu.

      Delete
  19. aku tak suka lelaki yang baru kenal sehari dah ajak couple. bagi aku lelaki macam tu dah beribu-ribu perempuan yg dia ajak couple. ugh.

    ReplyDelete
  20. kalo cara pandang too macam gatal jew memang rasa annoying jgk tp kalo cara lelaki tu pndang nmpak mcm jujur o ikhlas kew boleh diterima laa. . XD

    ReplyDelete
  21. memang betul pon lelaki skrg nie kurang matang.. pastu macam good good jer hahha!!

    ReplyDelete
  22. ha'ah mmg pun! pemalu ya amat.... okey, aku leh la consider lelaki pemalu ni. so bila aku minat someone tu, slalunya aku approach la dulu. just nak kwn je.. tp klu laki tu layan x layan je, baik aku blah.. x yah nak menggedik, nanti dicop gedik..

    dh tu lelaki2 kat sekeliling aku pemalu la wei!! stres aku -.-

    aku x jumpa lg lelaki gatal mcm kau tp aku suka cara kau tp x ketemu lg T_T

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...