Pages - Menu

Showing posts with label Story Siapa. Show all posts
Showing posts with label Story Siapa. Show all posts

19 Apr 2015

Syukur Alhamdullilah.


Hari ini entah kenapa aku terasa mahu menulis sesuatu tapi aku malas nak menaip kalau boleh biar aku bercakap dan benda alah ni menaip sendiri.Malas udah tahap dewa la ni.

Cuma ada ketika aku rasa aku macam sudah lost sesuatu.Sebaliknya aku rasa aku sangat terhibur dengan kehidupan aku sekarang.Semua sudah aku lalui cuma berharap tamatnya aku nanti biar aku didalam yang sangat2 gembira.Bila aku nak tamatkan?

Semua yang aku mimpikan telah aku hampir2 hampiri.

Baru aku terperasan yang sekarang ini di ketika ini sudah pukul 1.20 pagi.Sambil menaip sambil mendengar dan melihat curi2 Top 10 Britains Got Talent Aunditions 2015 best of the best.Ntah kenapa aku taip penuh semua sekali...haha...gila gak aku ni!

Cukup berahsia aku SIAPA itu aku.Bukan tidak mahu tunjukkan muka tetapi aku rasa biar aku jadi AKU dan tiada siapa yang tahu.Lama rasanya aku begini dekat2 10 tahun jugaklah aku didalam dunia BLOG ini.Silih berganti blog aku bertukar2 nama TAPI tulisan aku memang senang untuk dihidu itu memang AKU.

SIAPA itu AKU.

AKU kini cukup dewasa dan semakin matang.Matang yang semakin sedia untuk menerima segala macam redha.Istimewa jika kita redha dengan segala macam cubaan dugaan yang memang telah sekian kalinya terencana untuk kita.Ingat selalu akan ia.

Setiap tulisan yang aku tulis apabila aku baca semula aku sedikit pun tidak rasa seperti tidak berguna sebaliknya aku rasa aku sangat bertuah dapat menulis semua yang aku rasa disini dan hari ini aku dapat membacanya semula.

Jangan berhenti menulis.

12 Jan 2014

Cinta Tahun 2014


Cinta aku untuk tahun ini tahun 2014 bagaimana?

Oleh kerana isu ini kerap ditanya oleh sidia INI maka perlu juga aku perjelaskan serba sedikit akan perkembangan terkini.Lama juga aku berdiam diri dari memberikan jawapan di atas persoalan yang dia timbulkan.Bukan marah atau apa2 pun cuma masih lagi terkial2 mahu memberikan jawapan.

Dipermudahkan cerita kedua2nya telah aku reject kerana tidak begitu sesuai dengan karenah aku yang sedikit cerewet.Mereka okay yang tidak okay adalah aku.Oleh kerana aku ini jenis yang terlalu memilih dan ada masa2nya membuatkan aku sedikit rimas tetapi apa akan daya sudah itu aku.Rela hati aku terima sahaja diri aku seadanya.

Itu mungkin alasan yang aku cuba aku ada2kan.

Cerita sebenarnya bukan itu tetapi berkait rapat dengan kehilangan aku selama sebulan tempoh hari.Perjalanan sempoi dan santai aku itu sebenarnya cuba mencari jawapan kepada apa yang aku perlukan dan mahukan dalam hidup aku di akan datang.Ini bukan cara orang lain tapi ini cara yang aku pilih.Tidak semua orang sama caranya apabila mencari jawapan kepada persoalan sendiri.

Kalau cara yang selalu kita dengar ialah kembali kepada yang satu itu aku sangat fahami.Semua orang pasti akan lakukan apabila sudah tidak bertemu jawapan.Aku faham itu tidak perlu kita perbincangkan lagi.Seorang hamba tetap hamba dan tidak mungkin lebih dari dia.


Bila kita semakin hampir dengan apa yang kita ingini pasti sekali akan hadir satu pilihan yang lain.Maka pilihan itu pula bukan calang2 pilihan.Ianya seperti di telan mati emak di luah mati bapak.Itu pasal aku perlukan angin dari luar agar aku dapat membuat pilihan dengan keputusan yang kosong.Tiada siapa yang mendorong aku kepada apa yang aku mahu .Cuma aku dan diri aku sahaja.

Pilihan itu....bagaimana harus aku mulakan?

chow!



24 Aug 2013

Lelaki Kita Tidak Matang.



Satu benda yang suka aku lakukan apabila bersendirian ialah menggatal.Itu bahasa kasar yang senang untuk difahami.Jika kita guna bahasa yang agak berlapik kita katakan ianya adalah nakal.Lelaki kalau tiada sifat gatal dan nakal kompom lelaki ini ada masalah teknikal yang agak berat.Jika kita tidak ubati dan biarkan sahaja ianya akan melarat menjadi penyakit jiwa yang serius.

Kalau tak jadi Gay pasti jadi penghuni di Tanjung.

Secara sukarela aku agak taksub sedikit dengan sifat ini.Jika tiada sifat ini pada aku, aku rasa aku bukan seorang manusia yang relax dan kool seperti sekarang.Kemungkinan besar aku adalah salah seorang manusia yang pemarah, pendiam dan membosankan yang pernah orang kenali.Sesiapa yang pernah mengenali aku pasti tahu sifat dan sikap aku yang kadang kalanya adalah di luar batasan peelnya.

Gila2 yang tidak gila.

Sejak aku di zaman remaja lagi aku memang seorang yang suka melihat dan memandang perempuan.Benar hanya memandang tidak mengacau.Tiada siulan2 nakal sepertimana selalu dilakukan oleh budak2 lelaki yang sebaya aku ketika itu.Tidak pernah aku mengacau gadis dengan cara begitu.Kepada aku cara itu kurang berhemah dan kurang kacak.Jika aku bersua dengan gadis yang aku rasa aku minat dan suka aku akan melihat dan merenung dia dari jauh sahaja.Tunggu dan lihat.Tunggu apa?

Tunggu bila mata bertentang mata dan si gadis tersenyum manja!

Semua gadis yang pernah aku pikat dan kenali sehingga ke hari ini sama ada yang terus menjadi kekasih atau hanya sebagai seorang  kawan cara aku mendekati mereka adalah sama.Pandang dan tunggu dan apabila sigadis tersenyum aku akan datang terus kepada gadis tersebut dan memperkenalkan diri.Jika nasib aku baik aku akan diterima dan dipelawa duduk bersama dan mulai berkenalan dan berbual kosong.

Secara jujur mereka jarang menolak sebaliknya menerima dengan senang hati.

Bila kita dekati seseorang gadis dengan cara begini ada 2 kemungkinan yang bakal kita hadapi.Pertama mungkin dia malu2 tetapi tidak ragu2.Keduanya pula sigadis akan lebih bersedia dan tahu memang kita sedang cuba mendekati beliau maka kemungkinan besar si gadis tidak akan terperanjat beruk jika merapatinya.Malahan kita mungkin tidak sangka yang kita sebenarnya sedang dinantikan oleh sigadis untuk datang kepadanya!

Kalau ditanya kepada gadis adakah mereka suka didekati dengan cara berhemah begitu pasti ramai yang kata ya dan suka.Cuma kadangkala orang lelaki bangsa melayu hidup di Malaysia dan di rantau Asia ini agak lurus bendul dan malu2.Pemalu satu hal banggang pun satu hal.Kalau boleh mereka mahu sigadis yang datang dekat dan memikat.Boleh macam itu?

Jangan jadi Lelaki lah!

Hari ini aku tidak berminat sangat dengan cara lelaki Melayu memikat gadis.Kurang gentle dan kurang ajar.Cara mereka datang kepada sigadis satu hal.Cara mereka bercakap dan bergaul juga satu hal.Entah tidak tahu apa silapnya mereka berkelakuan begitu kalau mahu dibandingkan dengan cara mamat bangla memikat lagi steady.Lagi macho!

Sebenarnya aku nak tulis tentang peel aku ...last2 lain la pulak jadinya.Stop kat sini dulu lah ok.

chow!




6 Jan 2013

Bahasa Dalam




Aku bagai air mencari jenisnya walaupun usia aku semakin ranum berusia .Semua ini membuatkan aku terus hidup dengan penuh bersemangat sekali .Biarkan apa juga orang hendak katakan tetapi bagi aku ini satu kepuasan yang maksima.

Yang dimakan rasa dan yang dilihat rupa dan didengar bunyi itu yang aku cari.Tidak aku kisah walaupun berapa lama harus aku terus gigih menempuhinya.Hidup di dunia ini harus ada rasa .Harus punya hasrat.Harus terus tekad tanpa jemu.

Mutiara tidak dimuntahkan oleh laut maka dengan itu aku seharusnya aku kebal dari segala halangan juga rintangan.Semolek-moleknya aku tiada rasa ingin berhenti .Semuanya bukan datang secara hembalang.Susah diri namanya kalau berharap begitu.

Aku takut jika satu hari nanti aku berada di bawah kuasa matriarki.Biarkan aku susah hari ini tidak mengapa asalkan aku tidak menyesal di kemudian hari.Pasti malu kalau itu yang berlaku kepada aku.Aku tidak sangup.

Bila aku petiakan dengan betul pada hari ini.Ianya bukan sesuatu yang mudah malahan sukar jika aku terus sahaja leka terlena.Aku tidak mahu hidup aku ditaburi dengan tais yang amat celaka.Lagi aku tidak sanggup.

Namun aku sedar walauapapun yang bakal aku hadapi di masa hadapan aku pasti tidak akan mencari yang bingung makanan yang cerdik yang tidur makanan di jaga itu sudah pasti sekali.

chow!


14 Dec 2012

Cinta Itu Buta


Kenapa yer cinta itu selalunya tak pernah adil pd pemberi dan penerimanya? Boleh LS ulaskan tak selain dari mengatakan "cinta itu buta". Jawapan yg cliche!

maaf bertanya soalan yg mentah ini krn saya baru berusia 17thn.

@ ************************************************************************** @

Di atas ini adalah satu komen yang aku ambil dari entry yang lepas.Satu persoalan yang sangat baik dan bukan senang untuk diulas.Lama juga aku berfikir kenapa yer begitu.Kenapa tidak adil?

Bukan kerana ianya datang dari seorang gadis yang berumur 17 tahun tetapi persoalan itu berlaku kepada semua pengamal cinta.Siapa yang pernah melalui alam percintaan dan diakhiri dengan kekecewaan pasti sekali akan terpancul persoalan yang begini....kenapa tidak adil?

Cinta itu buta adalah satu kenyataan yang paling mudah untuk diberikan sebagai satu jawapan tetapi ianya adalah jelas satu jawapan yang tidak terjawap! Tergantung begitu sahaja tanpa diberikan penjelasan yang sebenar kenapa cinta itu buta dan kenapa cinta itu tidak adil kepada pemberi dan penerimanya.

Kenapa cinta itu buta?

Jika ikut apa yang aku rasa dan fikirkan cinta itu buta kerana ianya tidak bermata satu hal.Cinta itu buta kerana ianya tidak memilih apa dan siapa.Cinta sesama manusia selalunya memang dimulai dengan hati dan perasaan.Bukan dengan mata.Namun dari mata juga segalanya bermula dengan satu percintaan.

Sejak akhir-akhir ini aku mula rasakan cinta itu seperti tiada mulianya.Mungkin kepada mereka yang pernah terkecewa kerana cinta pasti akan rasa menyesal mengenali cinta.Ingatkan hanya bahagia sahaja yang yang dinikmati tetapi derita juga harus dikecapi.Jika cinta itu tidak buta bagaimana pula rasanya yer?

Bagaimana pula dengan pandangan kamu dalam ertikata tidak adil kepada pemberi dan penerima cinta?

Susah betul nak jawap ni....

Cuba klik DiSini ini juga salah satu contoh bagaimana butanya cinta!


chow!

18 Aug 2012

Saat Rindu Menjelma

Perasaan rindu adakalanya membuatkan kita kalah kepada pendirian yang kita pegang dan genggam.Satu perasaan yang sama kuat dengan perasaan cinta.Tiada cinta tiada rindu umpama irama dan lagu yang sukar sekali mahu dipisahkan.

Rindu kepada mereka yang tiada didepan mata seolah kita memang mencintainya.Hakikatnya memang kita mencintainya kerana kalau tiada cinta mana mungkin kita rindu betul tak?

Rindu aku ketika ini ketika saat-saat mahu tiba lebaran ini ialah kebahagian.Satu benda yang pernah aku miliki satu waktu dahulu dan semua itu kini tinggal sejarah.Tidak aku tahu bagaimana boleh aku lukiskan perasaan waktu itu dan perasaan di kala ini.Cuma segelintir kecil dari kita disini yang akan memahami apa yang cuba aku sampaikan.Ianya memang agak kompleks untuk aku terangkan jika kita belum pernah merasainya...

Kepada siapa yang pernah mengalaminya akan cepat faham dengan apa yang aku tulis ini.Sekiranya tidak engkau lansung tidak akan faham apa yang aku tulis sekarang.Keliru dan tidak terus terang dan memang itu gaya penulisan aku sering berkias sampai adakalanya aku sendiri tidak faham akhirnya...hehe!

Mana mungkin aku tidak faham dengan apa yang aku tulis....itu gila namanya!

Perasaan rindu dengan seseorang yang dicintai perasaan rindu dengan suasana yang meriah perasaan rindu dengan mereka yang tiada lagi semuanya agak hampir sama rasanya.Kita seperti terdesak dan rimas taktala perasaan ini mendatangi kita.Apa sahaja yang kita lakukan serba tidak kena ...serba serbi salah dan ada sahaja perkara yang begitu mudah sebenarnya menjadi begitu rumit pada waktu itu.

Rindu kepada yang tercinta kita menjadi tidak keruan... rindu kepada saat-saat gembira buat kita sangat teruja dan tidak sabar-sabar dan rindu kepada yang tiada kita jadi resah gelisah berdiam diri menitiskan air mata sendirian!

Aku pada saat ini menerima semua saat-saat itu sekaligus!

Tiada siapa yang mahu semua itu berlaku tetapi percayalah setiap dari kita akan mengalaminya di suatu hari nanti seperti mana yang aku alami kini.Jangan dicari atau jangan cuba mengelak kerana ianya tetap akan hadir kepada setiap orang cuma yang bezanya ialah masa...!

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua rakan maya aku!

chow!

15 Aug 2012

Seluar Dalam Perempuan

Aku memnag ada banyak pengalaman bila mengikuti kaum hawa mencari seluar yang harus diletakkan didalam seluar atau kain yang lain.Bunyi seperti sangat mudah sahaja iaitu pilih dan beli lalu pergi.

Ketelitian mereka didalam memilih adalah tahap dewa.Kalau tiada kesabaran maka kaum adam boleh jadi garuda berteriak sakan bagai mahu diruntuhkan gunung kalimanjaro...huhu!

Orang perempuannya sebenarnya memang sensitif dengan apa benda sekalipun.Jika seluar dalam pun jadi isu untuk dibuat pilihan apa lagi benda-benda yang lain yang lagi serius dan besar.Mereka sebenarnya dilahirkan bukan sahaja untuk dicintai dan disayangi tetapi bukan untuk difahami...harap faham!

Kalau tidak faham baca dan ulangi sekali lagi dengan kadar perlahan ok!

Kita kaum adam jangan sangat mahu fahami mereka kita cuma perlu sayangi mereka dam mencintai mereka selain dari itu buat-buat tidak tahu atau bodoh sahaja.Kalau degil juga kita pasti perlu cari panadol dalam 5 biji untuk ditelan sekaligus!

Pengalaman aku yang lalu banyak mengajar aku siapa itu kaum hawa.Mereka ini sememangnya tidak harus difahami.Hanya perlu sangat disanyangi.Ada perkara-perkara tertentu mereka tidak guna pakai akal tetapi hati dan kepada kita pula perkara itu perlu guna akal bukan hati!

Kembali semula kepada cerita seluar dalam perempuan.Kadang-kadang aku pelik juga kenapa begitu sangat ambil kira dengan benda yang harus dipakai didalam dan tidak nampak dipandangan mata? Pilih lebih kurang sudahlah pilih yang selesa dipakai sudah... itukan lebih praktikal dan logik.Ini tidak...mahu yang berenda-renda dan mahu yang ada corak-corak yang entah apa ke bendanya!

Pening kepala aku ...kalau aku mudah jer hendak pilih yang mana satu...hmmm aku ambik G-string!

Faham bukan aku tidak faham adakalanya seluar dalam ini ada kegunaannya.Kalau kaum hawa di jemput oleh ABC (ada barang cair)...hehe! Maka itulah masa yang paling praktikal sekali kegunaannya ialah kalau tidak boleh berterabur jatuh ketika berjalan bagai gerak model.Itu masalah hanya berlaku kepada mereka yang masih gadis yang masih perawan dan masih belum dinikahi lagi.Kalau yang sudah dibocori mungkin mereka tiada masalah sangat... guna G-string pun masih ok tidak berterabur...mereka guna kaedah sumbat bukan tampal...hahahaha!!

Jangan mare haaa...nanti potong markah tahu!!!

chow!



14 Aug 2012

Cubaan serta dugaan


Tidak semua diatara kita bisa tabah berhadapan dengan cubaan juga dugaan.Ianya bukan perkara mudah untuk kita hadapi dan harunginya.Adakalanya kita seperti mahu lari jauh-jauh dari terus menerima juga menahannya.

Namanya manusia punyai perasaan yang selalu berputar di persekitaran kita.Tidak mungkin dapat lari dan menyembunyikan diri dari cubaan juga dugaan yang sering suka datang tanpa ada rasa jemu dan penat.Mustahil kita mampu mengelakkannya mahu pun menentang....

Hari-hari ada sahaja dugaan yang datang dan disulami dengan pelbagai cubaan.Dugaan yang datang adakalanya benar-benar mencabar sifat kemanusiaan kita.Kalau mempunyai ubat yang bernama sabar mungkin kita sembuh dengan kadar yang agak pantas dan segera.Sekiranya tidak kita mungkin akan terbelenggu selama-lamanya!

Ah! memang malang dan sial nasib kita jika dugaan dan cubaan tidak berhenti-henti datang menguji kita!

Mana mungkin kita mampu bertahan jika datangnya bersilih ganti.Hari ini begini dan esok pula begitu.Kita jadi keliru dan mula mahu memaki hamun sesiapa sahaja yang muncul dihadapan kita.Lagi teruk bila kita hilang pertimbangan dan mula mempersoalkan kepada yang menciptakan kita!

"....kenapa dan apa salah aku yang buat kau marah sangat dengan aku ?..."

Jika betul dan benar sekalipun aku mempunyai kesalahan dan membuat kesilapan tiada kemaafan dan tolenrasikah?

Cuma sesetengah dari kita mampu tersenyum setiap kali dugaan dan cabaran yang datang.Bernasib baiklah kamu kerana faham dan mengerti akan tujuaan setiap dugaan dan cubaan ini.Itu kepada mereka yang mempunyai kematangan dalam soal berfikiran.Jika tiada kebijaksanaan bagaimana pula?

Pasti bagunan dan jambatan menjadi jawapan yang mutlak!

Aku sentiasa cuba bersangka baik dengan apa jua cubaan dan dugaan.Tabah dan sabar seringkali aku guna pakai sebagai bekalan dan juga senjata.Namun memang mudah berkata dari melakukannya.Adakalanya aku juga tergelincir dari landasannya kerana tidak tertahan dengan cubaan juga dugaan yang mendatang.

Rasanya aku tidak berseorangan dalam menangani hal-hal begini.

Apakah benar datangnya dua perkara ini kepada kita sekadar ujian kehidupan semata? Mungkin juga mencabar kepercayaan kita terhadapnya? Sekiranya benar apakah rahsia disebaliknya?

Engkau ada jawapan untuk aku?

chow!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...