Pages - Menu

14 Dec 2012

Cinta Itu Buta


Kenapa yer cinta itu selalunya tak pernah adil pd pemberi dan penerimanya? Boleh LS ulaskan tak selain dari mengatakan "cinta itu buta". Jawapan yg cliche!

maaf bertanya soalan yg mentah ini krn saya baru berusia 17thn.

@ ************************************************************************** @

Di atas ini adalah satu komen yang aku ambil dari entry yang lepas.Satu persoalan yang sangat baik dan bukan senang untuk diulas.Lama juga aku berfikir kenapa yer begitu.Kenapa tidak adil?

Bukan kerana ianya datang dari seorang gadis yang berumur 17 tahun tetapi persoalan itu berlaku kepada semua pengamal cinta.Siapa yang pernah melalui alam percintaan dan diakhiri dengan kekecewaan pasti sekali akan terpancul persoalan yang begini....kenapa tidak adil?

Cinta itu buta adalah satu kenyataan yang paling mudah untuk diberikan sebagai satu jawapan tetapi ianya adalah jelas satu jawapan yang tidak terjawap! Tergantung begitu sahaja tanpa diberikan penjelasan yang sebenar kenapa cinta itu buta dan kenapa cinta itu tidak adil kepada pemberi dan penerimanya.

Kenapa cinta itu buta?

Jika ikut apa yang aku rasa dan fikirkan cinta itu buta kerana ianya tidak bermata satu hal.Cinta itu buta kerana ianya tidak memilih apa dan siapa.Cinta sesama manusia selalunya memang dimulai dengan hati dan perasaan.Bukan dengan mata.Namun dari mata juga segalanya bermula dengan satu percintaan.

Sejak akhir-akhir ini aku mula rasakan cinta itu seperti tiada mulianya.Mungkin kepada mereka yang pernah terkecewa kerana cinta pasti akan rasa menyesal mengenali cinta.Ingatkan hanya bahagia sahaja yang yang dinikmati tetapi derita juga harus dikecapi.Jika cinta itu tidak buta bagaimana pula rasanya yer?

Bagaimana pula dengan pandangan kamu dalam ertikata tidak adil kepada pemberi dan penerima cinta?

Susah betul nak jawap ni....

Cuba klik DiSini ini juga salah satu contoh bagaimana butanya cinta!


chow!

46 comments:

  1. Saya lebih suka guna istilah jatuh hati, terasa lebih berseni, halus, tulus dan ikhlas..berbanding cinta...pada saya ia berbaur nafsu dan sedikit mudah dipermainkan...mungkin sebab usia saya dan sisi pandangan saya agak klasik terhadap persoalan kasih sayang yang wujud antara dua insan di muka bumi ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cinta tanpa nafsu juga satu lagi persoalan.....jika jatuh hati tapi tiada bernafsu pun susah juga .....


      benar tulus,halus dan iklas.


      usia kamu telah menghadamkan apa itu cinta yang sebenarnya.

      Delete
  2. cinta itu abstrak.
    terkadang yang cantik manis cintakan lelaki tidak rupawan
    terkadang yang tomboi cintakan lelaki lembut
    terkadang yang alim cintakan lelaki yang playboy
    terkadang yang kaya sukakan lelaki miskin

    nampak seperti tidak adil
    tapi itu lengkap melengkapi sebenarnya
    mungkin kita rasa tidak adil tapi Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kita.
    kalaupun kita sering kecewa, jangan pernah kita menyalahkan cinta yang suci.
    :)

    ReplyDelete
  3. cinta itu tak buta, manusia y membutakan cinta.
    cinta itu tak gila, manusia y menggilakan cinta.
    tapi..
    cinta itu pelik..datang tanpa diundang, pergi sesuka hati..

    ReplyDelete
  4. cinta ada byk, kalau memberi kepada bukan yang sepatutnya menerima.... Maka tidak adillah, maka kena pandai pilih siapa yg patut menerima cinta kita tu :-)

    ReplyDelete
  5. aku setuju dengan LW. jatuh hati lagi tepat. Mungkin cinta juga sesuai. Tapi di sini aku rasa cinta yg dimksdudkan pengomen itu adalah jatuh hati. Yaaa... kecewa. Bagi aku jatuh cinta atau jatuh hati itu memang mengecewakan. Benar.. cinta tu buta. Ia menuding ke arah sesiapa sahaja tanpa dijangka walau pemilik hati itu tidak mahu. Degil bukan perasaan cinta itu?

    Bagi aku cinta tu adil bila ia kena pada org yg sesuai. Aku tak rasa cinta tu tidak adil. Cuma waktu jatuh cinta itu salah. dan orang yang dicintai itu adalah orang yg salah. Mungkin. =)

    #Aih.. tak tahu apa aku komen ni. Haha. Mohn faham. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin perlu kesilapan baru muncul kebenaran..

      Delete
  6. aku juga sering terfikir bro. kenap dan apa yang menyebabkan cinta buta. sedangkan manusia yang membutakan cinta. berbbeza dngn kudis buta. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. persoalan yang sudah berkurun dipersolakan oleh para pengamalnya...

      Delete
  7. cinta buta kerana dia hanya memberi tanpa meminta apa-apa...kecuali cinta balas

    ReplyDelete
  8. hai tuan umah.

    smlm, my FB fren ngadu kat aku. gagal dlm brcinta. frust. dia rasa cinta tak adil.

    aku jawab; cinta tak semstinya memiliki.

    dia tnya; kalau xmemiliki apa ertinya cinta?

    aku diam. lama aku fikir. then aku reply;

    semua dlm dunia hanya pinjaman. termasuk perasaan cinta, juga dipinjamkan. sbb tu, cinta tidak semstinya memiliki. sbb kita bukan pemilik sebenar. kalau pun kita dpt memiliki, ia tetap akan pergi suatu hari nanti. yg paling penting, kita perlu tahu bahawa perasaan untuk ingin mencintai itu berbeza dengan perasaan ingin memiliki. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. adakalanya kita terlupa semua yang diberikan hanya untuk seketika cuma tetapi kita menafikan ...

      Delete
  9. cinta memang buta sebab kadang kadang kita tak thu kenapa kita jatuh cinta pada orang tu. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling simple jika jatuh hati untuk difahami...

      Delete
  10. "When the love is for the sake of Allah, it doesn't die"

    :)

    ReplyDelete
  11. cinta tu mmg kuasa yg mampu menutup segalanya termasuk mata...haha~

    ReplyDelete
  12. aku kira aku juga tidak mampu jawab pertanyaan itu...




    -Nico Robin-

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. cinta itu nikmat dari ciptaan yang maha kuasa...

      Delete
  14. cinta itu satu rasa
    tapi yg menjadi tidak adil bila kita tak letakkan cinta itu pada tempat yang sebenar-benar cinta


    kena kembali pada Pemilik Cinta dulu baru tahu erti cinta sebenar..itu pada TH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. org kata ada udang di sebalik batu tiada keiklasan...

      Delete
  15. cinta x buta, tapi manusia yang akan menjadi buta krn cinta. ehhh? hihi

    ReplyDelete
  16. kita yg buta dalam menilai cinta ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini juga satu jawapan yang pendek tapi sangat mendalam maksudnya...

      Delete
  17. yes..manusia buta kerana cinta...hihi..memang susah nak explain kan..

    ReplyDelete
  18. cinta buta..buta cinta..bila bab perasaan mmg semua jd masalah..tp aku rasa mmg dlm cinta mesti ada ketidakalidan..tak byk cikit...lumrah..berbalik dengan fitrah manusia..tak pernah sempurna..

    ReplyDelete
  19. blog anda tersenarai dlm blog best 2012. jom terjah :)

    http://coretanharapan.blogspot.com/2012/12/blog-best-2012.html

    ReplyDelete
  20. cinta buta sebab manusia yang buat ianya buta :P

    ReplyDelete
  21. Konsep jatuh cinta org zaman sekarang ni dah banyak tersasar LS. [LS juga adalah singkatan utk nick name saya, LydSunshine.]. Org sekarang bercinta itu bercinta kosong. Cinta kerana elemen2 tambahan sedangkan elemen utama org tak pandang iaitu bercinta kerana Allah. Benar2 cinta kerana ingin mencari keredhaan Allah. Komen ini pun mungkin akan nampak cliche seperti komen cinta itu buta. Tapi cinta kerana Allah dijamin akan kekal selagi Allah dan Rasul itu diletakkan paling tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagaimana kita dapat memberikan kefahaman ini kepada yang sangat parah keperitan setelah patah hati?

      Delete
  22. aku tak ada jawapan kepada soalan tu....hehehehe.. memang agak mencabar minda juga soalan tu

    ReplyDelete
  23. Tidak dipinta malah ia datang dengan rasa. itulah cinta. Hamboi. Haha heh payah sebenornya.

    p/s: kita takboleh sign in gugel tssk T.T -nitnot.

    ReplyDelete
  24. erk..cinta seperti itu.. aku sebenarnya..

    geli!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...