Pages - Menu

13 Dec 2012

Hujan


Hujan adakalanya kita memang suka dan ada masanya kita benci dan menyampah.Suka jika turunnya hujan pada malam hari dan hari cuti.Ianya menambahkan nikmat kepada kita pada waktu itu.Tidur kita semakin lena bagai di ulit mimpi indah.Hari cuti kita bagaikan cukup sempurna sekali.

Benci bila hujan turun pada pagi hari yang kita terpaksa bangun awal untuk pergi bekerja atau pergi belajar.Bila kita sudah berjanji bagai dan membuat perancangan itu dan ini yang melibatkan aktiviti luar.Plan yang sudah dirancangkan sekian lama dengan penuh teliti dan cermat tiba-tiba bila sampai masa dan waktunya maka hujan pun turun dengan sangat gembira sekali.

Lagi jahanam bila semua itu melibatkan perancangan bersama sibuah hati yang kita nanti-nantikan.Semua jadi hancur lebur bila diserang hujan yang lebat dari pagi sampai kemalam.Kita mulai jadi umat yang derhaka kepada maha penciptanya.Semuanya mahu dimarah dan di maki....hehe!

Kadang kala aku bersifat begitu.Ialah aku bukannya sempurna sangat adalah lebih baik kita mengaku dan jujur daripada bermuka-muka.

Benci tu benci juga lah ...ialah kalau hari-hari hujan sakit hati juga kan.Bukan tak mahu faham sekarang ini memang sudah musim dia iaitu musim hujan.Namun sudah peel manusia yang selalu sahaja banyak komplain dan adu dombanya.Salah satu contoh aku lah.

Hujan ini memang masalah besar buat aku.Pantanglah terkena sikit mahu aku duduk rumah 2 ke 3 hari melayan selsema dan panas badan.Bila dah baik sikit aku mulalah melompat keluar tapi aku ni memang jenis degil dah tahu badan tu memang alergi dengan hujan tapi diredah juga hujan ...walaupun geremis maka akan bersambunglah lagi demam aku ke beberapa hari!

Untuk sekalian kalinya dalam 2 minggu ini aku demam 3 kali berturut-turut!

Antibody kurang power kata rakan-rakan yang x berapa aku suka kawan.Semua kawan-kawan aku memang jahat lagi pendajal.Bila tahu aku tersekat dan tersepit di rumah maka kawan-kawan aku ini akan rajin datang rumah buat parti makan-makan.Parti buah durianlah...parti buah rambutanlah...eh! memang cari pasal jer!

Macam biasalah...aku terpaksa join juga dan akhirnya makin bertambah sakit dan semakin bertambah teruk jadinya.


Kalau ada isterikan best!


chow!

33 comments:

  1. hoihh2 ..saya suka hujan. boleh main hujan.

    demam itu kafarah.gugur dosa2.beruntungnya!

    syakafallah!encek lelaki semalam, get well soon. :)

    *bila hujan doakanlah moga ditemukan jodoh.

    waktu mustajab doa tu.

    Insya allah khair. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka komen ini...rasa sejuk jer jiwa raga ini!

      Delete
  2. saya tiada rasa apa bila hujan...kosong....

    ReplyDelete
  3. saat paling best bila hujan adalah bila kita stay dlm kereta, kereta tu kita parking kat tengah-tengah padang, atau tempat yang lapang, sambil pasang lagu. hujan pulak memang lebat y amat. ouh. syahdu nya.

    kalau nak lagi syahdu, pasang zikir atau ayat quran. confirm menangis-nangis. i've try it. sangat berkesan dan menyentuh jiwa. try la, awak akan rasa sangat tenang.

    ReplyDelete
  4. owhh demam ya? semoga cempat sembuh...
    aku suka hujan...berangan best ooo!


    Ladywindsor

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa hujan berangan?



      macam mana tu...hehe!

      Delete
  5. ehem... kawin la cepat2 ye..

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. rasa dah terbabas ni....hehe!

      Delete
    2. aku hanya suka rangkap paling akhir... hahaha... kah kah kah... lom babas lagi tak? huhu...

      ps: sakit tu nikmat;penghapus dosa. petanda DIA sayangkan kau bro.

      Delete
  7. sy suke hujan!!! suke main hujan!!!

    cepat sembuh k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama gak suka main hujan tapi tu la ....tak tahan asik2 demam jer!

      Delete
  8. hope muncullah isteri 1 hari nanti...amin... ;)

    ReplyDelete
  9. kna tambah antibodi ni.tk pn kna cek..sbb sllu dmm ja kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah....tapi mmg begitu kurang anti body....

      Delete
  10. dah kawin... hujan paling dinantikan

    ReplyDelete
  11. Bila hujan turun, maka ia terus menyuburkan semua tanaman di muka bumi.

    Amboi. Lemah betul antibodi hang. Haha cecepat cari calon nanti demam ada orang jaga. Ahaks

    ReplyDelete
  12. Saje bakar darah kawan2 awk tu. Derang ingat kalo dtg makan time awk demam boleh jimat skit buah buahan tu. Tapi mereka silap.

    Dan... menurut suami saya... ada isteri mmg best. Heheh. *pun saje nak bakar darah jugak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...