Entah mengapa aku kini mulai malu-malu dengan kaum bukan sejenisku.Dahulu aku pantang kalau terlihat jenis yang aku minati pasti sekali aku kejar sampai dapat.
Sekarang...garang aku sudah mulai semakin jinak.
Faktor umur mungkin tepat untuk aku jadikan alasan.Jika dahulu waktu aku masih panas dan masih merah tiada apa yang dapat menghalang aku dari melakukan tarian singa mahu pun naga.Istilah takut juga gerun lansung tiada wujud dalam kamus minda aku ketika itu.
Akulah panglima akulah pahlawan!
Hari ini aku seperti kucing yang takut kepada makanan lazatnya iaitu tikus.Suara mengiyau aku semakin sebu dan sengau.Jika dahulu aku kucing yang bersaudarakan harimau pasti tidak akan berganjak malah tidak akan sekali-kali mengundur setapak ke belakang.Tidak akan terlepas sitikus yang aku hendap dan tangkap dari cengkaman.
Itu semua permainan aku ...itu semua makanan aku!
Bunyi sangat riak malahan sedikit takbur terpancar dari tulisan ini.Tersenyum sendiri aku kini.Dahulu itu adalah dahulu dan bukan lagi hari ini.Jangan cuba diungkit lagi sejarah yang semakin tinggal sejarah.Tiada siapa mahu mendengarkannya lagi mungkin sudah menjadi antik.
Kenapakah kini aku begitu malu?
Hilang sudahkah semua semangat yang selama ini aku bela dan semai.Kitaran kehidupan yang tiada siapa dapat mempertahankan atau dijadikan bahan untuk menegakkan benang yang basah.Sialan sungguh pula terasa sekarang.
Hahahaha!
Mungkin ada baiknya jika aku mulai malu-malu sekarang.Tahun baru pun bakal menjelang tiba rasanya tiada salah aku bertukar kulit atau rupa.Jika dahulu aku kucing berupa harimau apa kata kali ini aku bertukar menjadi kayu yang terapung tenang di sungai yang luas lagi lebar.
Hmmm...mungkin kayu ini akan menjanjikan sesuatu yang baru dan segar.
Siapa tahu kannnnn!
chow!
amboiii...
ReplyDeletehihi..
err, manusia berubah kan?
:)
yer....hihi
Deletemaybe sebab dah boring kot nak flirt2. bak kata someone, "lambat laun awak akan jumpa seseorang yang buat awak hilang mood nak flirt2 bagai. Buka sebab awak kena kongkong, tapi mungkin sebab dia orangnya yang akan melihat awak menjadi tua.."
ReplyDelete:D
mungkin juga...
Deletebiasalah orang tua memang macam tu. perubahan hormon katakan.
ReplyDeletehaha
XD
kahkahkah!
Deleteuih malu nape plak
ReplyDeleteisk isk
tu malu-malu tucen je tu
muahaha...
all the best dear
malu la..
Deletemalu sebab apa ye..fikir jap :)
ReplyDeletemalu nak memikat ...
Deleteusia mematangkan kita..
ReplyDeleteusia yg lanjut tapi masih terkinja2 itu namanya loser..hehe
haha!
DeletePeople change, mungkin dulu dulu darah muda masih nak rasa semua cabaran. Sekarang kita ( tak termasuk aku) dah tua sikit. Jadi fikiran pun lain.
ReplyDeletehehe...x ghaku pulak!
DeleteYup... Faktor umur barangkali
ReplyDeleteslow sikit la ni...:)
DeleteHaha.Faktor umur lah tu.dah matured muahehehe
ReplyDeleteeeeeeee....
DeleteBiasalah manusia pun berubah.. tapi aku aku samapai sekarang pun still malu dengan kaum berlawanan jenis terutama dengan yg baru kenal.. ehehehe.
ReplyDeletegadis biasa tu...
Deletewah...dah matang.sobsss. haha
ReplyDeleteheeeeee....
Deleteaicececece . hahaha . makin meningkat dewasalah tuh gamaknya . :)
ReplyDelete