Pages - Menu

2 Dec 2012

Nasib Diri



" Kamu ini saya konklusikan selalu mengeluh ttg nasib diri. Redha itu perlu keihlasan. Jika org yg disayang itu kelihatan gembira, relakan dia pergi. Jika dia kembali, dia akan jadi milikmu selamanya..ika tidak, kamu perlu redha.

Jna itu sangat manis dan sesuai dgn kamu. Mulakan satu langkah ke depan dan seterusnya...saya yakin kamu akan bahagia kembali."

~Rela~

Mungkin ada benarnya komen yang diberikan diatas melalui post yang lepas.Entah kenapa aku baru menyedarinya kini.Mungkinkah aku terlalu mengikut sangat perasaan.Mungkin juga ....

Biasalah kalau orang baru putus cinta tetapi kalau sudah lebih 2 tahun bagaimana pula dan apakah sebabnya?

Bukan semua orang punyai nasib yang sama.Ada orang dapat mengatasi sakit putus cinta hanya dalam masa semalaman tetapi ada yang terpaksa menangungnya selama hayat dia hidup.Benarkan...kalau tidak mana mungkin kita pernah terbaca artikel-artikel didalam suratkhabar atau novel atau juga di dalam drama di tv malah mungkin di filem!

Adakah semua itu palsu atau benar?

Dahulu aku ada terjumpa dengan lelaki dan perempuan yang terlajak umur dan tidak mahu berkhawin.Dulu...aku tak terfikir yang cinta ini boleh buat manusia itu jadi sejuk beku dengan manusia yang bukan sejenisnya.Pelik dan aneh bila kita bertanya kenapa tak kahwin-kahwin lagi katanya tiada jodoh lagi!

Namun bila kita selediki dan mula menyibuk tanya sana sini kenapa mereka tak kahwin-kahwin lagi barulah kita terjumpa dengan jawapan yang kita sendiri mungkin tidak jangkakan.Tidak mahu berkahwin kerana putus cinta dan juga putus tunang!

Dulu ...dulu la...aku cebikkan sahaja bibir aku bila alasan yang diberikan kenapa tidak berkahwin ialah kerana putus cinta.Ehhh!....berapa ratus juta manusia yang berlainan jenis bersepah diluar sana maka keluar dan pilih sahaja yang mana satu kamu suka ....itu perkara mudah apa!

Senangnya aku bercakap....yer tak!

Tapi bila sudah terkena batang hidung sendiri lansung tak terkata apa.Cakap memang mudah kalau tak kena lagi tapi jika sudah terkena nanti cakap pun tak mampu tahu.Tak percaya sudah!

Habis cakap...kembali lah pada tuhan dan bla...bla...bla!

Faham ....semua orang faham itu pun jika kau berada di tempat yang sama seperti mana mereka berada.Jika belum jangan banyak cakap kerana kamu tak rasa kamu tak faham.Bila sudah terkena batang hidung sendiri nanti barulah kamu tahu.

Cuma mungkin kamu bernasib baik sekarang kerana nasib kamu masih terpelihara lagi tapi percaya lah nasib kamu akan tiba di penghujungnya bila masa kamu terleka dan terlalai seketika ...bukan lama pun tapi seketika....mungkin sekarang mungkin esok !

Sungguh bernasib baik kamu jika allah tiada turunkan ujian yang berat lagi membebankan tetapi jika berat ujian yang diberikan itu bermakna allah sangat sayang kepada kamu...kerana allah sedang merancang sesuatu untuk diberikan balasan diatas kesetiaan menerima semua ujian dan dugaan dengan iklas lagi redha!

chow!

20 comments:

  1. aku rasa,secara tak lansungnya, dah 3 kali aku putus cinta, dikecewakan, tapi tak pernah mengecewakan..hehe.

    pada awalnya, memanglah sangat perit.
    aku banyak berdiam diri sebab aku jenis yang suka pendam..lama kelamaan, aku kembali kuat, dan ternyata, ada hikmah dan pengajaran disebaliknya..dan aku sentiasa berdoa,supaya aku dapat jumpa dengan "jodoh"..tapi jodoh tu rahsia Allah.

    sekarang ni, aku tak sure, adakah perempuan ni "jodoh" aku?..

    kami senang dan selesa bersama.
    tak leh nak kata apa, sebab jodoh itu rahsia Allah..

    tapi seriusly, aku taknak kecewa lagi.

    lama tak singgah sini bro.
    busy je aku ni.
    apa khabar?

    ReplyDelete
  2. Betul kata teman yang lain.

    Berhenti mengeluh.

    Buka pintu hati.

    Terima pilihan Ilahi. Bahagia pasti menanti.

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sokong evagurl.. betul. kenapa mcm susah sgt nk mulanya lelakisemalam..? rsnya mcm dah 2-3entry tanyakan jna. jna pun bg respon yg baikkan..

      Delete
  3. Pendekkan cerita, jodoh utk bro tak sampai lagi.


    Saya dulu pernah berkali kali jugak putus cinta dan saya rasa macam dunia ni dah takde apa2 lagi utk saya. Down gile sampai tak nak pikir hal kawen2 ni. Rasa mcm hidup single lagi best.

    Tapi di akhirnya saya kawen juga :-) suatu masa nanti pasti bro akan jumpa juga gadis yg mampu buka semula hati bro utk bercinta lagi :-)

    ReplyDelete
  4. In Shaa Allah bro.. segalanya sudah tertulis. mungkin sekarang masanya belum tiba lagi.. tapi aku percaya pada qada dan qadar. pasti bro akan menjumpai seorang gadis yang bakal menjadi permaisuri hati bro..hehehehe.hanya masa yang akan menentukannya...

    ReplyDelete
  5. takkan nak jadi macam ammar dalm dejavu dikinabalu kot. tidak melepaskan cinta walau sudah bertahun-tahun. cinta ni perlu dicari. kalau sudah berkenan, mulakan saja. kalau gundah, buat istikharah. In Shaa Allah, Allah beri jalan.

    ReplyDelete
  6. cuba baca ni .. http://ohgadisitu.blogspot.com/2012/09/hate-this-part-right-here.html

    ReplyDelete
  7. bukan mudah...

    love your writing, always :)

    ReplyDelete
  8. misteri jodoh.. cuba renung kembali doa kita pasal jodoh kita.. sebab Allah lebih mengetahui sebab ini kan rahsia kita.. rahsia luh mahfuz..

    ReplyDelete
  9. Dari apa yang aku amati tentang kau, kau ni sebenarnya punya jiwa yang sensitif.
    Juga punya pegangan sendiri yang kebanyakannya tak salah.
    Tanpa sedar, kau punya ego kau sendiri :)

    Gill tak kenal kau dan Jna personally.
    Tapi apa yang Gill boleh katakan - kau sebagai lelaki, punya 9 akal, Gill yakin kau bijak membuat perhitungan sendiri.
    Jangan biar diri terluka lagi.
    Pengalaman lalu harusnya buat kau makin bijak membuat percaturan hidup baik dari segi cinta mahupun apa-apapun.

    Dan ya, kita sebagai manusia tak lari dari tersilap buat percaturan tambah-tambah soal perasaan - namun antara bijak ataupun tidak.
    Itu bezanya.

    Maaf jika ada tersalah kata.

    ReplyDelete
  10. lom ada jodoh....ayt mudah..ayt pjg2x fikir sendirik..hahaha :D

    ReplyDelete
  11. aku beb.
    semalaman lupa kan setelah 5thn bersama.tp mcm kau ckp.
    hmm....


    dan,aku harap...hm.takpe lah.
    jodoh tu pasti akan dtg dgn org benar yg da ditetapkan

    ReplyDelete
  12. Pernah dikecewakan, terjumpa sidia dengan kekasih baru di depan mata. Tak sangka. Perit memang perit, tapi lama lama aku rasa bodohnya aku asyik fikir tentang orang yang sedang berbahagia meratapi nasib diri buat apa. Baik cari kebahagiaan sendiri. Kau kena kuat, jangan ikutkan sangat perasaan. InsyaAllah

    ReplyDelete
  13. Lelaki Semalam,

    Terima kasih kerana menghargai pandangan saya. Sejujurnya, saya nampak `chemistry' yg baik antara kamu dan Jna. Mulakan hari yg baru...

    Percayalah..kamu dan cinta lama punya memori yg takkan hilang selamanya dari hati masing2 krn ia melibatkan perasaan yg istimewa sekali. Tapi.. hidup perlu diteruskan, jgn mengalah.

    ~Rela lagi~

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku terasa sangsi siapakah kamu?


      kerana tulisan kamu seperti dapat membaca apa yang sedang aku alami...



      tenkiu...aku hargai!

      Delete
  14. xlama lagi sampailah seru tu

    ReplyDelete
  15. yaaa.. aku setuju. Org lain yg tk pernah alami mungkin kan cakap,, alaaa.. benda kecik je padahal bagi yg alamiu benda besar.. tak semua org faham kita. =(

    ReplyDelete
  16. Penah alami. Tapi semua itu akan menjadi kenangan dan pedoman hidup bila satu hari nnt awk dah jumpa the right person.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...