Pages - Menu

28 Aug 2013

Bila Gerak Hati Berkata



Entah tidak tahu kenapa hati ini tidak seperti dahulu lagi terhadapnya.Bertemu buat kali terakhir di hari ramadan yang terakhir sehingga ke hari ini aku seperti tidak mahu lagi bertemu dengannya.Tidak aku ketahui apa sebabnya dan apakah yang aku fikirkan.Ianya seperti tiada cinta lagi dari diri aku kepadanya.Sesuatu yang tidak mampu aku lukiskan atau tuliskan.

Aku seperti tawar hati.

Sejak dari dahulu lagi aku selalu menggunakan gerak hati sebagai panduan.Alhamdullilah selalunya adalah yang terbaik buat aku.Gerak hati yang aku percayai datangnya dari yang satu.Jika tiada apa2 pasti tiada tergerak kata hati aku.Kali ini kata hati aku bergerak kembali.Katanya lupakan sahaja dan cari yang lain sebagai ganti dia.Itu kata gerak hati aku kini.

Sungguh aku merindui dia tetapi tidak hati aku.

Pernah beberapa kali aku telah melanggar apa yang tergerak dihati aku dan akhirnya aku sendiri menyesalinya.Kata minda bertelagah dengan kata hati seringkali kata hati aku yang benar dan betul.Kenapa apa yang aku fikir tidak selalu sama seperti apa yang aku teka.Kenapa teka teki lebih tepat dari apa yang aku andaikan.Hebat sungguh kuasa hati dari minda.

Kini aku mulai belajar menjauhkan diri darinya...mungkin buat selamanya.

Semua kenangan manis antara aku dan dia tidak mungkin padam dan luput.Pasti kekal terpatri dalam hati aku ini.Biar aku lepaskan dia pergi selamanya jika itu sudah suratan takdir aku.Rela dan redha itu yang aku mampu genggami.Biar cinta kita bersemadi dalam damai tanpa kita perlu ada benci dan khianati.Coretan ini jika engkau terbaca jangan engkau tangisi.

Semua ini bukan milik kita,semua ini bukan rencana kita...ini milik dia selamanya.




chow!

Konspirasi Apa Ini?






"...Lelaki zaman sekarang nak perempuan kaya..Tak kira lah hati gadis busuk dan gigi jongang sekalipun...lelaki mahukan gadis jelita adalah konspirasi semata-mata..." -Anisa Hang Tuah


Benar atau tidak kenyataan ini aku kurang pasti lagi.Apa kata kita bincangkan dan huraikan.Benarkah lelaki zaman sekarang ini begitu terdesak sangat sampai sanggup terima gadis yang dia tahu berhati busuk dan mungkin buruk paras rupa seperti gigi berjonggang dan hidung penyek macam haiwan bernama babi.Ialah kalau hati sudah busuk maka tarafnya hampir seperti haiwan ini.Tambah sikit lagi tahap keburukannya mungkin gadis ini pendek dan berkulit gelap bagai arang yang dipanggang hangus.Sengaja aku tambah2 supaya gambaran gadis buruk itu nampak sangat buruk tetapi memiliki duit dan berharta.Orang kaya atau anak orang kaya untuk lebih mudah difahami.

Siapa sanggup dan rela buat semata2 kerana duit dan harta kekayaan?

Bab ini aku rasa baik lelaki juga perempuan mereka sama2 sanggup lakukan.Cuma untuk aku melihat lelaki yang bertindak begitu rasanya bukan mudah.Kalau kita lihat lelaki yang jenis kacak dan bergaya sahaja yang berpeluang dan mampu lakukan acara ini.Buruk dan busuk macam bangkai sekalipun rupa gadis ini tetapi citarasa mereka masih tahap puteri kayangan ok.Perempuan kaya ada banyak duit mesti mahu yang terbaik dari ladang.Mereka tidak akan main sapu semacam sahaja tanpa dahulu melihat dari hujung kaki sampai hujung rambut.Markah harus melebihi 9/10!

Mereka sanggup ke terima lelaki yang rupa parasnya macam tembok kena langgar lori.Muka pecah macam sampan buruk tepi pantai.Rendah macam spesis toyol.Gemok macam belon udara.Tambah sikit lagi umur kalau muda tak pe lah ini usia dan nak cecah batu nisan ...cam ner? Sanggup ke perempuan gigi jonggang dan hati busuk ini terima mereka? Mati hidup semula pun mereka tidak akan sanggup buat dan terima!

Kalau orang perempuan pula bagaimana?

Ini aku rasa tidak perlu cerita panjang lebar kerana satu dunia tahu dan dari zaman purbakala lagi sudah dijadikan amalan dan ikutan.Jika engkau cantik jelita pasti yang datang mengejar adalah mereka2 yang berkuasa dan berharta.Semua lelaki didalam dunia ini kalau boleh mahukan perempuan yang cantik dan jelita sebagai pasangan hidup masing2.Oleh itu kenyataan bahawa ...lelaki mahukan gadis jelita adalah konspirasi semata2....adalah salah dan tidak benar!

Cuba bertanya dan lihat dengan lelaki yang kurang sempurna yang mungkin ada kekurangan dari segi mental dan fizikal.Kalau melintaslah gadis jelita didepan mereka bagaimana reaksinya? Diam je ke atau tersengeh2 macam kerang busuk tak cukup garam?

Jika yang cacat dan kurang waras pun masih memilih yang cantik jelita inikan pula yang mantap dan cukup sifatnya.Lelaki mana yang tidak mahu yang cantik jelita dibuat sebagai bahan kenikmatan.Lelaki mana yang buta dan tuli hatinya dengan godaan dan kemanjaan gadis jelita ini?

Aku hidup sudah lama sebagai lelaki tetapi belum pernah lagi aku dengar ada lelaki yang tidak suka dan menolak gadis jelita.Kalau yang takut dan benci memang ramai.Ini kerana bukan mudah untuk lelaki2 ini memiliki gadis2 yang jelita paras rupanya.Lagi cantik lagi mahal kosnya.Lagi jelita lagi tinggi permintaannya.Lagi sexy lagi hebat godaan dan cubaan dari kaum sejenis lelaki ini yang cuba untuk merampas dan memilikinya.

Dalam dunia ini terlalu banyak cerita bagaimana dan akibatnya merebutkan gadis jelita.Cerita semuanya pelik2.Segala permintaan sijelita para lelaki ini seboleh2nya akan ditunaikan.Bina jambatan dari hati nyamuk pun sanggup diadakankan.Negara hancur binasa berperang berebut siperempuan jelita yang bergelar ratu dan permaisuri sudah sangat banyak di ceritakan.

Ianya tidak mudah untuk dikonspirasikan.


chow!



27 Aug 2013

Umur Yang Sesuai Berumahtangga



Berapa umur yang sesuai untuk kita berkahwin?

20tahun,25tahun dan 30 tahun.

Kalau orang lelaki rasanya umur bukan satu masalah sangat.Jika cukup segala yang perlu untuk satu majlis perkahwinan rasanya umur tak cukup mereka gasak juga.Segala bahan telah disponsor oleh orang tua maka memang patut belasah jer nak buat apa tunggu lagi kan.Orang muda hati muda power pun muda mahu bergoyang rumah orang tua kita setiap malam di kerjakan...haha!

Orang lelaki sebenarnya kurang sangat berkira tentang umur untuk berkahwin tetapi lebih kepada mampu atau tidak untuk berkahwin.Mampu atau tidak untuk menjadi seorang suami yang bertanggung jawap.Mampu atau tidak bagi makan dan pakai kepada isteri kita.Mampu atau tidak menangung segala macam dugaan dan cubaan dalam alam berumahtangga.Mampu redha dan tawakkal.

Masalah utama bagi orang lelaki untuk berkahwin ialah Duit.Lain2 mungkin tidak berapa di hiraukan sangat.Bila ada duit semua bukan masalah besar.Tidak pernah kenal dan tidak pernah jumpa dengan bakal isteri pun sanggup dinikahi juga.Nasib la kan.Kalau ada jodoh adalah kalau tiada kahwin lain.Orang berduit macam itu lah gayanya.Itu juga amalan orang kaya pada hari ini.Bila berkenan sahaja dengan gadis yang disukai maka diumpankan dengan niat utk dinikahi padahal mahu diratah tubuh sigadis secara halal tetapi kejam.Bila sudah dapat kasi tendang keluar!

Ini yang aku lihat pada hari ini.Senario orang kaya bila mahu memiliki gadis jelita.

Kalau kepada sigadis umur mungkin satu igauan yang tidak disenangi.Jika umur sigadis 35 tahun tapi masih nampak muda masih bergetah masih sexy masih cantik rasanya ianya tidak menggangu sangat.Ini mungkin jenis terlampau memilih tahap gaban.Mahu yang kacak atau juga mahu yang kaya raya maka ditunggu sehingga umur terlebih lajak.Orang cantik mesti mahu yang berbaloi pasangannya.Buang karen je la kalau rupa cantik tapi dapat kahwin dengan mamat kerja ofis atau pemandu kereta boss.

Jika umur sigadis sekitar 20 ke 30 tahun rasanya ramai yang rembat terus kahwin kalau di offer oleh kekasih2 mereka yang mereka yakini dan cintai.Cukup syarat2 cukup sempurna tiada cacat cela dan tiada berpenyakit kronik seperti kusta,gila atau Hiv!

Janji mereka ada gaji tetap atau mampu sara hidup sigadis.

Kalau kurang dari 20 tahun dan mereka telah dikahwinkan maka kemungkinan besar ini atas desakan keluarga.Takut nanti anak gadis mereka terlanjur dan terlajak perahu.Takut tak laku pun iya juga.Takut tak sempat menimang cucu serta takut tak sempat melihat menantu.Tidak terlepas juga dan berpontensi besar ialah mereka telah berkahwin sebelum sempat dinikahkan.Tok kadi mati eksiden rasanya.Ini aku punya idea dan renunganlah kalau kau orang aku tak tahu.

Cerita panjang2 pun tak guna kerana akhirnya kembali kepada yang satu.Itu rahsianya kita sebagai hamba mana mungkin dapat melihat dan menilai apa yang bakal kita terima kelak.

Cuma yang jelas disini umur bukan satu halangan yang besar untuk kita berumahtangga.Jika itu sudah jodoh kita mahu atau tidak kita terpaksa rempuh juga.Rancanglah segala bagai buatlah rencana seindah mana sekalipun kalau sudah sampai masa dan waktu tetap dinikahkan juga.Ini suratan dan takdir yang tiada siapa mampu elak dan lari.Orang tua2 kata ...kalau sudah jodoh tak akan kemana2 pun... tak lari gunung di kejar... kannn!

Ini yang terakhir sekali.Kalau kita ini kurang umur dan kurang berkemampuan tetapi tetap juga mahu berkahwin rasanya kerana apa?

Cinta yang teramat sangat dengan pasangan kita dan takut2 pasangan kita di kebas orang maka jalan yang paling selamat ialah kita paksa orang tua kita masuk meminang atau di pinang.Ialah dari bernikah di danok atau hatyai baik kita berterus terang sahaja.Kalau nasib kita baik maka termakbul segala niat dan mimpi kita.Kalau tiada nasib maka terpaksalah kita melupakan semuanya.Tertonggeng tergolek seorang2lah dalam bilik tu.

Atau mungkin engkau itu gila seks tak boleh lah tengok anak dara tu melintas...mahu dilibas je terus!

Nasib baik aku ini jenis berhemah dan berhati murni.Bukan macam engkau yang sedang membaca tulisan aku ini.Sama je la baik yang lelaki atau perempuan kalau dah gatal apa pun di redah jugak! Ish ....apa la punya manusia macam gini! Tak malu ke...kahkahkah!


chow!








25 Aug 2013

Bercinta Dan Berkahwin


Dahulu tradisi cinta selepas berkahwin memang tiada apa yang harus di hairankan.Cerita dari mulut orang2 tua dahulu sehingga sekarang seperti satu cerita sejarah yang tiada tolok bandingnya.Hebat cerita ini seperti tiada ada cacat celanya.Tiada cerita yang tidak elok yang kita dengar dari mulut mereka.Diakhiri pula dengan jumlah anak yang ramai dan juga disulami pula kejayaan anak2 mereka setelah dewasa.Titik akhir mereka ialah apabila mereka berjaya bersemadi dengan aman dan bahagia.Tamat.

Ini kepada aku ialah satu cerita motavasi untuk kita bercinta selepas berkahwin.

Salah satu cara orang tua kita mengajak kita agar mengikuti apa yang mereka percaya dan yakini.Cerita ini seperti cuba memberitahu kita bahawa cinta selepas berkahwin ini lebih selamat dan bahagia.Cerita ini pula semakin kuat untuk diceritakan apabila ianya berlaku kepada orang tua kita.Contoh dan bukti yang nyata dan tidak dapat untuk kita pertikaikan sekarang.Kalau masih mahu cuba melakukan perbalahan maka kemungkinan besar kita dan mereka akan berkecil hati.

Jangan berkata tidak kerana itu tidak bijak.Maka diam itu lebih selamat demi jiwa mereka.

Hari ini masih ramai yang percaya bahawa bercinta selepas berkahwin adalah yang terbaik.Percaya tetapi tidak mempercayainya apabila kena kepada tuan punya badan sendiri.Aku cuma tersenyum apabila ada segelintir dari kita yang begitu yakin bahawa bercinta selepas berkahwin adalah jaminan kepada kebahagian seperti mana yang berlaku kepada orang2 tua kita yang terdahulu.Aku juga tidak menafikan bahawa banyak perkahwinan yang sebegitu ketika zaman2 orang tua kita dahulu berjaya dengan sukses.Itu mungkin 50 ke 60 tahun dahulu.Zaman sebelum merdeka.Cerita benar tetapi mungkin juga sedikit penambahan untuk memberikan impak yang lebih cantik kepada jalan cerita.Aku mungkin ada sedikit bersangka buruk.

Namun aku juga percaya tradisi bercinta selepas berkahwin berlaku kepada orang2 tua kita yang berstatus nenek atau atok sekarang berjaya kerana kurangnya gangguan dan kekacauan jiwa dari luar.Gangguan yang bagaimana?

Dahulu zaman atok nenek kita mana ada serupa seperti sekarang.Dahulu mana ada bandar moden yang besar.Dahulu mana ada shopping kompleks yang besar dan pelik.Kereta dan kenderaan awam pun kurang.Jalan mahu ke bandar agak kecil dan tidak cantik malahan perlu ambil masa yang lama untuk sampai kesana.Tiada kenderaan sendiri.Pusat2 hiburan juga sukar untuk ditemui tidak seperti sekarang bersepah seperti cendawan tumbuh.Pandang depan ada Disko dan Kelab karoeke bila pandang belakang ada pusat rehat yang dinamakan Spa.Comel2 je gadis dari beberapa buah negara yang pernah bikin hati orang2 tua kita dahulu sakit hati...hehe.

Itu gangguan jiwa yang biasa2 sahaja.Tidak hebat dan tidak begitu mengancam sangat2!

Ini yang paling hebat dan paling terpantas untuk gangguan jiwa minda kita.Laman sosial yang paling sial iaitu Facebook!

Cuba kita sama2 bayangkan jika facebook ini ada ketika dizaman atok nenek kita.Percaya atau tidak bahawa tidak akan wujud cerita bahawa bercinta selepas berkahwin adalah yang terbaik dan terjamin kualitinya.Ini adalah salah satu sebab kenapa kaedah bercinta selepas berkahwin pada zaman dahulu sangat berjaya dan diakui.Rasanya ramai yang tahu bagaimana laman sosial ini telah berjaya meramaikan mereka2 yang  putus cinta,putus tunang,bercerai berai,bertambah laki dan bini yang tidak sah hubungannya.Itu ok lagi.Ini siap pula laman untuk kita buat tempahan online dan boleh muncul sigenit betul2 didepan pintu rumah kita.

Boleh kita yakin bahawa bercinta selepas berkahwin sangat relevan sekarang?

Jika ada yang masih yakin aku ucapkan syabas.Jangan pula menolak apabila orang tua kita membuat rencana untuk menjodohkan kita dengan sipolan yang mereka suka pula nanti.Jangan pula memberikan alasan konon belum sampai seru belum cukup dewasa dan belum cukup bersedia.Masih belajar lagi dan belum cukup matang atau belum puas enjoy!!!

Hari ini jangan yakin sangat dengan cerita bercinta selepas berkahwin.Berapa kerat sangat yang berjaya melaluinya.Cuba lihat sekeliling kita dan kira dan bandingkan dengan mereka yang bercinta selepas berkahwin dengan mereka yang bercinta sebelum berkahwin siapa yang lebih ramai.Jika jumlahnya perbezaannya agak besar cuba cari sebab kenapa itu yang mereka pilih dan buat.Kalau susah sangat cari jawapan dari kawan2 kita yang telah berkahwin dan tanya ...apa jawapan mereka.

"....Gila ko nak kawin dgn org yg kite tak kenal ...dulu boleh la sekarang mana boleh lagi! Sekarang nie orang jahat muka mereka baik2 je dan orang baik pulak muka mereka macam penyamun....hehehe!..."

Namun siapa boleh jangka dengan jodoh ianya bukan hal kita.Kalau dah tiada jodoh bercinta bagai nak rak pun bercerai juga.Juga tiada jaminan bahawa bercinta selepas berkahwin akan kekal hingga akhir hayat pada masa kini.Cuma yang jelas ketara sekarang tiada siapa yang berani ambil risiko untuk bercinta selepas berkahwin.Balik belajar dari bandar tahu2 kat rumah dan tersedia bakal suami atau isteri kita.Entah dari mana asal usulnya kita tidak tahu.Cuma senyuman girang dari kedua orang tua kita buat hati kita gelabah.


"...DAH KENA PUKAU KE ORANG TUA AKU NI..."


Aku percaya cakap2 bercinta selepas berkahwin cuma tinggal cakap sahaja.Ini cakap main lepas cakap tiada niat seperti apa yang di cakapkan.Boleh percaya ke sekarang ini ada gadis yang mahu dinikahkan dengan bakal suami yang tidak dia kenali.Jangan tidak tahu ramai yang terpedaya dengan lelaki2 yang bijak dan warak tetapi sudah beranak pinak dan beristeri.Ini realiti hari ini.Siapa yang sanggup mengadai semua yang mereka miliki kepada apa yang mereka kurang yakini tetapi percaya...bahawa bercinta selepas berkahwin adalah solusinya.

Kalau aku pula aku sokong dengan bercinta sebelum berkahwin.Aku lelaki pasti aku suka.Jika serasi dan ok dan ada jodoh kira alhamdullilah.Jika lain jadinya dan lain macam je peelnya.Kita ceraikan dan lepas itu cari lain dan kahwin lagi.50 kali pusing2 macam itu pun tak pe kannnnn!

Orang lelaki!

Apa pula rasanya kepada gadis yang diceraikan buta2 begitu? Salah akan percaya bercinta selepas berkahwin atau redha untuk menerima bahawa itu sudah kejadian jodoh kita?Mampu begitu? Sanggup?


chow!



24 Aug 2013

Lelaki Kita Tidak Matang.



Satu benda yang suka aku lakukan apabila bersendirian ialah menggatal.Itu bahasa kasar yang senang untuk difahami.Jika kita guna bahasa yang agak berlapik kita katakan ianya adalah nakal.Lelaki kalau tiada sifat gatal dan nakal kompom lelaki ini ada masalah teknikal yang agak berat.Jika kita tidak ubati dan biarkan sahaja ianya akan melarat menjadi penyakit jiwa yang serius.

Kalau tak jadi Gay pasti jadi penghuni di Tanjung.

Secara sukarela aku agak taksub sedikit dengan sifat ini.Jika tiada sifat ini pada aku, aku rasa aku bukan seorang manusia yang relax dan kool seperti sekarang.Kemungkinan besar aku adalah salah seorang manusia yang pemarah, pendiam dan membosankan yang pernah orang kenali.Sesiapa yang pernah mengenali aku pasti tahu sifat dan sikap aku yang kadang kalanya adalah di luar batasan peelnya.

Gila2 yang tidak gila.

Sejak aku di zaman remaja lagi aku memang seorang yang suka melihat dan memandang perempuan.Benar hanya memandang tidak mengacau.Tiada siulan2 nakal sepertimana selalu dilakukan oleh budak2 lelaki yang sebaya aku ketika itu.Tidak pernah aku mengacau gadis dengan cara begitu.Kepada aku cara itu kurang berhemah dan kurang kacak.Jika aku bersua dengan gadis yang aku rasa aku minat dan suka aku akan melihat dan merenung dia dari jauh sahaja.Tunggu dan lihat.Tunggu apa?

Tunggu bila mata bertentang mata dan si gadis tersenyum manja!

Semua gadis yang pernah aku pikat dan kenali sehingga ke hari ini sama ada yang terus menjadi kekasih atau hanya sebagai seorang  kawan cara aku mendekati mereka adalah sama.Pandang dan tunggu dan apabila sigadis tersenyum aku akan datang terus kepada gadis tersebut dan memperkenalkan diri.Jika nasib aku baik aku akan diterima dan dipelawa duduk bersama dan mulai berkenalan dan berbual kosong.

Secara jujur mereka jarang menolak sebaliknya menerima dengan senang hati.

Bila kita dekati seseorang gadis dengan cara begini ada 2 kemungkinan yang bakal kita hadapi.Pertama mungkin dia malu2 tetapi tidak ragu2.Keduanya pula sigadis akan lebih bersedia dan tahu memang kita sedang cuba mendekati beliau maka kemungkinan besar si gadis tidak akan terperanjat beruk jika merapatinya.Malahan kita mungkin tidak sangka yang kita sebenarnya sedang dinantikan oleh sigadis untuk datang kepadanya!

Kalau ditanya kepada gadis adakah mereka suka didekati dengan cara berhemah begitu pasti ramai yang kata ya dan suka.Cuma kadangkala orang lelaki bangsa melayu hidup di Malaysia dan di rantau Asia ini agak lurus bendul dan malu2.Pemalu satu hal banggang pun satu hal.Kalau boleh mereka mahu sigadis yang datang dekat dan memikat.Boleh macam itu?

Jangan jadi Lelaki lah!

Hari ini aku tidak berminat sangat dengan cara lelaki Melayu memikat gadis.Kurang gentle dan kurang ajar.Cara mereka datang kepada sigadis satu hal.Cara mereka bercakap dan bergaul juga satu hal.Entah tidak tahu apa silapnya mereka berkelakuan begitu kalau mahu dibandingkan dengan cara mamat bangla memikat lagi steady.Lagi macho!

Sebenarnya aku nak tulis tentang peel aku ...last2 lain la pulak jadinya.Stop kat sini dulu lah ok.

chow!




22 Aug 2013

Siapa Benci Cinta?



Cinta memang sukar untuk kita fahami sebenarnya.Walaupun ramai yang pernah bercinta dan seperti akan faham tetapi hakikatnya kita sendiri kurang yakin akan kefahaman kita terhadap cinta.Kadangkala kita amat memerlukan cinta dan di masa yang lain pula kita seperti tidak memerlukannya lansung.Kita binggung dan benci kepada cinta.

Tiada cinta kita mencari bila sudah memiliki cinta kita cuba hindari.

Tidak perlu bertanya dengan sesiapa pun kita cuma perlu tanya kepada diri kita sendiri.Kita mahu cinta atau tidak?

Jika jawapannya ialah tidak adakah kita benar pasti yang kita tidak perlukan cinta.Jika sebaliknya apakah yang kita cari darinya.Persoalan yang rumit untuk kita huraikan dan berikan jawapan.Ini semua berlaku kepada mereka yang pernah bercinta dan telah merasai sakitnya putusnya cinta.Sekiranya kita baru pertama kali bercinta dan belum lagi mengalami pengalaman putus cinta kita tidak akan dapat merasai situasi seperti ini.Malahan kita mungkin tidak faham dan bertanya mengapa ada sesetengah dari kita sangat berkira2 untuk memiliki cinta lagi.

Apa yang ditakutkan dan apa yang diragui?

Jawapan ini hanya akan kita jumpai apabila kita mengalami saat putus cinta.Disitu akan muncul semua jawapan yang kita mahu dari persoalan yang kita ajukan dahulu.Saat itu kita akan mulai faham mengapa dan kenapa ada diantara teman2 kita terlalu fobia bila memperkatakan tentang cinta.Kita juga mulai merasai perasaan yang sama seperti mereka.Kita juga mulai mempersoalkan cinta yang kita kagumi dan sayangi dahulu.

Mulai tertanya2 mengapa tiada seorang pun yang memberikan kita kata2 nasihat tentang al kisah cinta ini.

Tersenyum dan kita ketawa kecil.Kita terlupa sebenarnya dan cuba menafikan.Ramai yang memberikan kita kata2 nasihat tetapi kita buat2 tidak dengar.Bila sudah terkena batang hidung sendiri baru kita tersedar.Ketika ini semua yang kita angankan dan impikan seperti sudah musnah belaka.Kita kecewa dan tidak mahu lagi terlibat dengan apa jua perkara yang berkenaan cinta.Kita benci dengan setiap perkara yang bersangkut paut dengan cinta.Cinta kepada yang satu pun kita mulai lupai.

Putus cinta memanglah sakit.

Persoalannya sekarang apabila rasa sakit dan perit cinta itu hilang? Mungkinkah kita akan bercinta semula?

Ini yang akan membuat kita menjadi ragu2.Kata benci akan cinta.Kata sudah takut dan fobia kepada perasaan cinta.Kata sudah serik dan berjanji tidak akan terlibat dengan cinta.Kata akan cuba melupakan segala2nya tentang cinta dan cuba beralih kepada benda2 yang lain.Kata cinta itu kejam dan tiada berhati perut.Kata cinta itu cuma satu penyakit jiwa yang bakal merosakkan.

Bila tiba2 cinta datang lagi kenapa kita terima semula?

Lupakah kita kepada semua kata2 kita terhadap cinta.Siapakah yang khianati siapa sekarang!

Pening kepala aku!

chow!

20 Aug 2013

Imaginasi dan Imaginasi





Manis sekali bila melihat anak gadis yang bertudung.Lagi manis kalau yang bertudung itu mempunyai tingkah laku yang lemah lembut.Itu imaginasi sesetengah lelaki yang melihat atau berkhayal tentang gadis yang mereka mahu dan bakal mereka jadikan sebagai teman hidup.

Lelaki2 ini percaya bahawa semua gadis yang bertudung itu baik dan mulia.Bersangka yang baik2 sahaja.Namun harus diakui bukan semua yang kita sangka baik itu baik.Harus kita akur ada sesetengah benda kita tidak dapat meneka dengan betul dan tepat.Cuma imaginasi kita sahaja yang bakal meletak sesuatu perkara itu di bahagian mana.Jika salah maka salahlah dan jika benar maka benarlah.

Kadangkala apabila kita terlalu yakin dengan apa yang kita yakini tetapi sebaliknya yang terjadi maka persoalannya adakah kita akan tetap berpegang kepada apa yang kita telah yakini tadi.

Itu yang selalu kita dengar apabila tiba2 seseorang itu berubah sikap dan perangainya.Mereka percaya ini adalah kebenaran tetapi apabila mereka ketahui perkara yang sebenar mereka jadi kecewa dan tawar hati.Mereka fikir jika seorang gadis yang bertudung itu maka dia adalah dari golongan yang baik2 dan terlindung dari segala kemaksiatan.Mereka juga yakin bahawa mereka yang tertutup auratnya ini tidak pernah berlaku sumbang didalam kehidupannya.Mereka terlalu tinggi imaginasinya sehingga terlupa bahawa semua ini bukan rancangan yang di rancang.

Ini semua kebenaran yang mereka tidak mahu terima.

Semua orang pernah lalui zaman yang gelap dan tiada hujungnya.Terlupa siapa diri dan terlupa siapa yang miliki.Hilang hakiki yang ada dan mulai terlanjur jauh dari landasan yang selari dengan kehendak yang satu.Bukan itu yang dia mahu tetapi itulah yang berlaku.Sengaja atau tidak itu bukan lagi perkara yang sangat penting untuk dibincangkan.Semuanya telah berlaku maka tidak mungkin dapat dikembalikan semula masa yang telah habis itu.

Sungguh tidak adil bila lelaki2 ini ketahui perkara yang sebenar.

Pada awalnya begitu bersungguh tetapi akhirnya dihina pula.Ingatlah semua orang ada masa silamnya.Maka jika kita ini iklas dan merendah diri dan mungkin juga memiliki sedikit ilmu seharusnya kita terima semua ini sebagai satu ujian dan ketentuan yang kita sendiri tidak tahu mengapa dan tidak mahu pertikaikannya.

Setiap perkara yang berlaku pasti ada sebabnya.Jika itu perkara yang berlaku terhadap kita maka terpaksa kita terima dengan hati yang terbuka.Bukan salah mereka dan bukan niat mereka berbuat begitu.Niat mereka mulia dan mereka mahu berubah.Seharusnya setiap perubahan yang mereka cuba lakukan kita terima dengan hati yang terbuka dan redha.Kita juga manusia bukan lebih tinggi dari darjat itu.

Biarkanlah imaginasi kita bebas berimaginasi.

Itu lebih baik dan mulia.Jika tidak kita mungkin akan terbabas jauh dari apa yang kita mahu dan miliki.Semua bukan apa yang kita pilih dan rancang.Rencana yang tiada siapa tahu akan permulaan dan penamatnya.Benar sangat berat apabila kebenaran kita ketahui.Tiada perlu kesal dan rasa terhina kerana ini semua bukan hak kita sebenarnya.

Mereka mahu kembali kepada jalan yang benar seharusnya kita sokong dan bimbing bukan pula melorong mereka semula kejalan yang mereka pernah tersasar dan terlencong.Pernah tersesat tidak bermakna tidak boleh kembali ke pangkal jalan.Pernah jahat tidak bererti tidak boleh menjadi baik semula.

Imaginasi kita yang mungkin terlalu imaginasi.


chow.

17 Aug 2013

Rendah Diri Kita


Satu sikap yang cukup susah dibuang ialah bila kita terasa yang kita ini terbaik dan terhebat.Aku juga terkadang tidak terlepas dari bersikap demikian namun aku cepat bertindak untuk mengelak dari terus terikut2 rentak yang dimilki oleh sahabat kita yang bertanduk dua itu.Mereka memang suka kalau kita berganding dan seiring jalan bersama-sama.

Rakan2 kita yang memiliki dua tanduk ini memang cukup mahir untuk mempengaruhi dan menakluk kita demi janji yang telah dipersetujui bersama penciptanya.Mereka ini memang sangat berdedikasi dan berdisplin tinggi.Mereka bukan sebarang kejadian tetapi mereka adalah yang terhebat sebelum kita.Aku juga dapat melihat dengan terang dan jelas bagaimana kita yang sangat tinggi ilmunya ,begitu alpa dan bermimpi seakan "Dunia Ini Ana Yang Punya".Kau jangan usik apa yang aku pegang dan juga jangan cuba ubah-ubah apa yang aku pandang..."Nahas kau aku kerjakan!"

Itu sebenarnya yang aku cuba terokai dan selami tapi memang benar kata-kata itu..."kau fikir mudahkah memecahkan peti hati mereka"!

Pedang yang terhunus sahaja harus di rejamkan ketengah lautan kekerasan yang penuh dengan butir-butir pasir yang sekian lama telah terbenam dalam di dasarnya itu.

Tidak mungkin semudah itu.Dulu dia yang terakhir,lebih besar dan terbentang luas lagi merempuh segala kepayahan sebelum sampai yang terhujung sekali.

Siapa aku manusia yang tiada terlindung dari panahan sang durjana.Setiap dari kita harus mampu menahan gelora jiwa yang tersalut dengan seribu macam kepingan kerlipan cahaya bintang.Semoga aku terpelihara hendaknya dari segala pancaran sinaran keegoan dan kemusnahan.Harus aku jatuh melutut menunduk muka demi mu dan seandainya aku terlupa arah ,berikan aku sentapan dari cahaya kegelapan.

Aku adalah aku.

Jika aku hiba kerana minta direndahkan kata-kata ,aku akur .Namun aku tidak akan semudah itu untuk tunduk.Aku punya hati aku sendiri,kerana siapa mereka harus aku akur...keras hati keras lagi aku.

Cuma yang terpelihara sahaja yang aku akur dan taati dan ikuti.Mereka juga aku, tiada sebab untuk di turuti dan di takuti,tak perlu sungguh.Malah juga boleh di bantah dan di persoalkan.Itu aku amat yakin dan percaya,kerana itu aku sudi berdepan walaupun harus berdepan dengan aku yang menongkah arus.Ada aku peduli,tidak sama sekali kerana jalan yang aku lalui ,aku amat yakini.

Begitu juga kamu-kamu,harus percaya diri dan yakin juga fahami setiap apa yang dipijak, kita sudah tahu keras,lembut dan sakitnya.Begitu juga aku yang tiada setitik takut dengan apa yang akan timbul dari amarah hati mereka.

Kerana aku tahu jalan yang aku tujui dan aku idamkan.Namun tidak sesekali aku meludah tinggi ke langit dan menadah dada untuk dimiliki semula .TIDAK.

Tapi yang pasti aku akan tetap menolak diri aku serendah separas bumi.Biar aku rugi disini ,biar aku luka berdiri tapi jangan aku terlepas lepas melalui pintu yang lagi satu itu.JIKA tidak aku pasti terpaku melekat hingga hujung tradisi yang terdahulu.Dulu yang kekal sebelum ada kita.Sebelum ada semua.


chow!

14 Aug 2013

Sayangi Dan Lindungi Mereka





Hubungan diantara lelaki dan perempuan memang sesuatu yang mahu di miliki oleh semua insan didalam dunia ini.Hubungan yang berteraskan kasih sayang dan cinta.Indahnya hubungan diantara dua jantina ini tiada siapa dapat menafikan dan juga mengelakkannya.Dua perkara didalam dunia ini yang dinamakan nikmat ialah perempuan dan wang.

Kalau tiada dua perkara ini dunia seperti tiada bulan dan matahari.

Berkasih sayang dan bermanja diantara dua jantina ini akan melahirkan rasa cinta juga rindu sesama mereka.Hidup didunia terasa indah dan lengkap jika semua yang kita impikan terjadi dengan senang dan tiada banyak menempuh halangan dan dugaan.Pasti aman dan damai semua mahluk yang hidup diatas muka bumi ini jika kasih sayang yang ada dimiliki dan disyukuri.

Namun bukan semua manusia tahu untuk menjaga dan menghargai semua keindahan ini.Perempuan adalah kenikmatan kepada lelaki.Tiada perempuan hidup lelaki pasti bosan dan menghampakan.Nabi Adam pun bosan dahulu maka allah ciptakan seorang teman buat beliau.Seorang teman yang bernama Hawa seorang perempuan.Hebat sekali mahluk yang kedua ini allah ciptakan.Hanya dia yang mampu melahirkan semula seorang manusia.Lelaki boleh kau boleh?

Boleh blah!

Oleh itu kepada semua lelaki yang ujud didalam dunia ini tolonglah hargai dan lindungi kaum hawa ini dengan penuh tanggungjawap dan kaseh sayang.Orang perempuan tanpa lelaki mereka juga terasa kesunyian.Bagi mereka kita para lelaki adalah tempat untuk mereka melepaskan semua bebanan didalam jiwa.Minta di belai dan dimanja.Berikan cinta juga kasih sayang.Jangan sangat untuk memahami mereka kerana mereka juga keliru.Kita lelaki hanya perlu lindungi dan sayangi mereka.

Namun aku sebagai seorang lelaki pada ketika ini agak kecewa juga dengan kaum sejenis aku.Mereka melayan kaum hawa ini penuh dengan kebiadapan.Tiada lansung ada rasa belas kasihan.Seringkali gunakan kekerasan demi sesuatu perkara yang boleh di perbincangkan.Tangan dan kaki sebagai ganti kepada mulut ketika berkata2.Kekuatan yang dimiliki oleh lelaki dan tidak mungkin dapat ditandingi oleh perempuan telah digunakan sewenang2nya terhadap mereka.Di provok dengan kata2 yang kasar dan bengis.Di pukul ,dilempang,ditumbuk,ditendang,diterajang dan di aniya dengan sesuka hati.

Kejam dan sadis apabila hak mereka dinafikan.

Kaum lelaki ingat dan sedarlah bahawa kita ini adalah dari kaum adam.Nabi Adam bersusah payah berdoa dan bermohon kepada Allah agar dia diberikan teman di atas muka bumi ini.Bila permintaanya ditunaikan oleh yang maha berkuasa betapa gembiranya lagi hati Nabi kita itu.Seharusnya kita juga begitu bukannya bersikap dan berperangai seperti binatang.Binatang yang tiada akal.Kita manusia diberikan akal dan fikiran tetapi kenapa perangai binatang yang kita ikuti?

Sedih apabila melihat ramai sangat wanita pada hari ini tidak dihargai.

chow!


13 Aug 2013

Ombak Rindu di Rumah Orang





Orang beraya kita pun mahu beraya.Ialah mana tahan duk kat rumah jer.Nasib baikla aku ada kawan yang lambat sikit balik kampung maka kerumah beliau la aku selalu jadikan sasaran bila terasa perut mulai kelaparan.Rumah dia rumah aku.Nasib la kan.

Lupa malam raya ke berapa ntah di tv 2 ke tv 3 ada menayangkan filem Ombak Rindu.Permulaan tu malas la nak melayan filem ni.Orang perempuan kata filem ni memang filem air mata.Aku pulak bukan reti sangat dengan filem2 melayu ni.Bukan mahu kondem filem tempatan tetapi aku memang jarang atau mungkin malas nak menonton filem tempatan.Cerita yang selalu aku tahu macam mana jalan penamatnya.

Malam itu hati aku terbuka untuk filem tempatan.

Pertama sebab percuma dan keduanya aku tak mampu nak berjalan lagi kerana perut penuh berisi lemang dan rendang daging lembu.Melantak tahap gaban tak hengat.

Part yang paling best ialah cuma aku seorang je lelaki yang tinggal waktu itu.Kawan aku senyap2 telah cabut ntah kemana.Malas nak kalut sangat aku layan je melepak dengan adik beradik perempuannya dan mak2 saudaranya.Ramai dan meriah dengan usikan2 manja dari gadis dan mak gadis sekali.Selamba je aku landingkan badan aku depan tv yang melekat kat dinding rumah mereka.

Ombak Rindu start.

Layan dan layan.Slow2 ada tangan mungil menghulurkan tissu sekotak.Tangan aku dengan perlahan menarik keluar sehelai dua tissu yang maha lembut itu.Lalu di letakkan di atas hidung aku ntah dari mana ada pulak air mengalir lesu turun kebawah.Di kesatkan sedikit agar tak de mata yang perasaan.


"...abang nangis yer....kahkahkahkah!..."


Sergahan yang kuat dari suara anak gadis yang menghulurkan tissu tadi.Jahanam!


chow!


12 Aug 2013

Cinta Bersemi Kembali



Lama juga aku tidak menulis tentang kisah cinta aku.Jika sesiapa yang pernah membaca tulisan dari blog lama aku hingga ke sini pasti serba sedikit mengetahui bagaimana keaadaan aku sebenarnya.Juga pasti perasan yang aku mulai kurang menulis tentang kisah cinta.Bukan cerita cinta aku sahaja begitu juga cerita cinta lain.

Hampir 5 tahun bersendirian tanpa cinta kini cinta mulai berputik semula.Ketika awal2 putus cinta dahulu aku ada meminta pendapat dari pembaca blog aku yang lama dahulu.Ramai juga yang memberikan nasihat agar aku mencari cinta yang lain setelah dia bertemu cinta yang baru.Aku cuba juga beberapa kali namun tidak berkesudahan dengan baik.Ini mungkin tiada kesesuaian di antara kami.

Kali ini cinta berputik semula dengan bekas kekasih hati aku yang lama itu.Tidak tahu mengapa dan bagaimana ianya terjadi.Jujur aku sudah membuangnya jauh dari ingatan aku.Rela melepaskan dia pergi dengan pilihan hidupnya.Malas mahu bertelingkah dan bersakit hati kerana bagi aku tiada faedah dan hanya membuang masa sahaja.Segala2nya sudah dilakukan untuk melupakan di antara satu sama lain.

Jika ada yang bertanya bagaimana rasa benci aku terhadapnya...jawapan aku ialah sehingga habis benci aku terhadap dia.Sesiapa pun bila baru putus cinta akan pasti menjadi seorang manusia yang kurang waras akal dan juga tindakannya.

Ramadan yang terakhir telah hampir melenturkan warna hati aku yang pekat dan keras.Permulaannya memang ada riak ego seorang lelaki cuba berpura keras.Cuma senyuman manis dia yang sekian lama aku rindui telah mencalar dan meleraikan sedikit sinaran halus dari dalam peti kotak kaca hati aku.Suka atau benci aku sendiri mulai keliru.Sengaja aku berpaling ke arah lain setiap kali dia cuba melihat jauh kedalam anak mata aku.Dia tahu di mana kelemahan aku.

Dari mata jatuh ke hati.

Ketika azan kedengaran secara lembut suaranya berdoa sambil matanya mengeyit ke arah aku.Lalu dihulurkan sebiji kurma yang memang telah tersedia dia atas meja.Tangan aku...ye tangan aku secara spontan menyambut balik dengan baik dari jari jemarinya.Sentuhan itu telah memberikan aku satu renjatan eletrik yang amat kuat sekali.Bukan secara zahir tetapi batin.

Terdiam dan tidak terkata.

"...eh ...makan la yang U tercegat macam kena sampuk hantu kenapa?..."

Lalu aku makan sambil kepala tertunduk.Bukan aku malu dengan dia tetapi aku sedang berfikir.Hati aku berkata2...

"...adoi ....apahal dgn aku ni..."


bersambung....lalalalala!


chow!

10 Aug 2013

Kesunyian Di Aidilfitri


Tahun ini aku sambut Aidilfitri dengan rasa yang kesunyian sangat.Sunyi kerana sidia jauh pergi.Sunyi kerana teman2 juga jauh pergi.Saudara mara juga begitu jauh pergi.

Kesunyian terlalu kerana semua berjauhan pergi dari ku.

Tinggal aku sendiri dirumah umpama guard jaga kilang.Entah di mana silapnya kereta aku meragam gearbox pecah di malam raya.Sidia merajuk.Mama aku menjeling manja pada aku.Adik beradik aku senyum kambing kearah aku.

"...tahun ini abang jaga rumah yer...hehehe..."

Usikan nakal dari adik bongsu aku.Ingin menumpang sekali balik keselatan tetapi tiada rezeki kerana semua kenderaan sudah ditempah awal2.Aku pula yang sememangnya mempunyai sifat berlagak terkulai sendiri di atas sofa melayan karenah kucing2 mama aku.Kalau ikut degil aku boleh sangat aku mencelah masuk tetapi ialah ego seorang  abang dan ego seorang lelaki.

Hari ini mahu layan filem Conjuring....kawan aku cakap filem ini seram dan hebat!


chow!

7 Aug 2013

Salam Aidilfitri Kepada Semua!


Cuma tinggal lagi sehari sahaja kita berpuasa dan tinggal lagi sehari kita akan meraikan hari kejayaan iaitu Hari Raya Aidilfitri.Baik di bulan ramadan atau di bulan syawal kita sebagai umat islam seharusnya meraikannya dengan penuh meriah.Cuma kemeriahan ini sekarang sudah semakin di lupakan dan tinggalkan.

Kita kembali semula ke zaman yang silam dahulu.

Dahulu kira-kira 30 ke 40 tahun yang lepas setiap kali datang bulan ramadan juga bulan syawal kemeriahan yang kita lihat amat sangat terserlah sekali.Keriuhan dan kegawatan untuk menyambut kedatangan kedua2 bulan ini memang cukup terserlah kemeriahannnya.Namun hari ini semuanya seperti sudah tiada lagi.Jika ditanya dengan mereka yang lebih berusia sedikit kita pasti akan terdengar keluhan dari orang2 tua kita yang berpangkat atok dan nenek.

Katanya kehangatan menyambut ramadan dan syawal pada hari ini begitu hambar sekali.Tiada lansung terasa akan kedatangan bulan2 tersebut.

Dahulu jika bersahur kita dibangunkan dengan cara yang cukup menyentap jantung.Nyayian dan paluan gendang juga kompang memecah kesunyian subuh hening.Lagi membantu apabila semua rumah didalam kawasan tersebut dibina dengan bahan2 kayu tiada yang batu.Kalau berdinding batu pasti kita dapat terus nyeyak tidor dengan lena sekali.Rumah papan beratap daun atau zink mana mungkin dapat menahan bunyi dari masuk kerumah.Bukan macam sekarang semuanya rumah batu dan jika buat bising di pagi subuh nanti kita silap2 kena tahan dengan polis sebab terima aduan dari jiran yang tidak seagama dan sebangsa kita.

Bising dan menggangu ketenteraman awam!

Itu untuk bersahur dan bila masuk waktu untuk berbuka semua masjid di daerah kita akan mengetuk gendang dan se geng dengannya.Aku terlupa apa nama benda tu yang dibuat dari kayu juga kulit lembu atau kerbau.Lagi mahu show ada pulak meriam buluh...pehg! satu kampung bergegar!

Bila mahu dekat aidilfitri kita menyambut malam 7 lekor.Semua rumah pasang pelita dan siap ada pertandingan lagi.Diselangi pula dengan bunga api dan mercun.Rindu sangat dengan semua itu.

Hari ini terlalu banyak yang dibidaahkan.Ini tak boleh buat ini bukan budaya kita ini budaya hindu.Ini jangan main nanti putus jari dan bla bla bla.! Benar tidak dinafikan itu semua.Benar ada keburukan dan benar juga di satu hari nanti kita tiada rasa apa2 lagi apabila kedua2 bulan ini datang.

Lihat sahaja budaya kunjung mengunjung di hari raya semakin di ketepikan oleh geberasi muda kita.Semua melekap dirumah dan tidak mahu keluar beraya.Alasan ada bermacam2...tak mahu keluar sebab ada program tv yang best/tak mahu keluar kerana panas/tak mahu keluar kerana malu/tak mahu keluar kerana tak kenal sangat dengan orang2 tua tersebut/tak mahu keluar sebab malas...takde internet takde wifi !

Lama kelamaan bulan syawal tiada terasa lansung kewujudannya.Kalau bulan ramadan tu mungkin terasa juga kerana harus berlapar dan dahaga.Lagi best ada pasar ramadan la pula.

Cuma mungkin meriah bulan syawal ini ialah apabila kita harus berbelanja sedikit menukar segala yang lama kepada yang baru.Segalanya2 kalau di tukar lagi meriah di bulan sayawal ini.Rumah tukar/kereta tukar/isteri tukar/sofa tukar/tv tukar plasma/kasut/jam/cincin berlian...eh memang gila raya sakan!

Namun jelas sekali kemeriahan itu sudah berkurangan.Orang kata meriah berhari raya hanya untuk budak2 sahaja dan mana2 yang sudah tua memang tak berapa rasa sangat suasana meriah di hari raya.Nasib baiklah aku masih terasa lagi meriah!

hehe!


chow!







5 Aug 2013

Semalam Di Jalan Tunku Abdul Rahman



"....air aaron aziz bang...air aaron aziz kak....sedap berzat terbaru di pasaran abang kakak....siap resit siap ada tandatangan aaron aziz lagi niiiii.... abang akak!...."

"....mai beli akak abang air aaron aziz ni..."


Aku tersenyum sambil ketawa kecil dan menjeling manja dengan gadis yang berada dihadapan aku.Sesak2 begini dan dalam kehangatan malam terasa dingin pula bila senyuman kita di balas manja oleh sigadis.Sapaan si peniaga buat ramai pengunjung tak kering gusi dengan lagak dan gaya selamba mereka.


"...aahhhh mari abang akak ...4 helai baju kurung rm100 jer...cepat2 sebelom tokeh kita orang datang! Tokeh kami balik tido jap ...cepat2 beli kalau tokeh dah bangun kita tak jual 4 helai  rm100 nanti gaji kami kena potong!

" Cepat2 abang akak...Tokeh kami jual 2 helai baju kurung rm100 ...Tokeh tak der kita jual 4 helai rm100! Cepat2!..."

Ini senario yang aku alami malam tadi bila ke Jalan Tunku Abdul Rahman yang terkenal dengan bazaar aidilfitri mereka.Orang memang ramai dan sesak gila.Mahu parking kereta pun hampir 1 jam masa di ambil.Aku pergi dengan seorang teman lama yang sebelum ini adalah kekasih aku.Macam mana tu? Entah aku sendiri dalam keadaan konpius.

Gara2 sms ringkas ucapan Selamat Hari Raya aku dan dia duduk berbuka puasa.

Cuma ketika ini aku belum berminat untuk bercerita panjang tentang pertemuan kami semalam dan apa yang mahu aku ceritakan di sini ialah tentang kerenah para peniaga di sana.Segala macam barang ada terjual disana.Mudah cakap apa sahaja yang kita mahu semua ada.Cuma mahal atau murah sahaja yang perlu kita buat pilihan.

Baju kurung dan baju melayu memang yang terhebat banyaknya.Diselangi pula dengan baju2 made in Thailand,Indonesia dan juga dari Timur Tengah.

Ramainya orang sampai ada ketika aku dan dia tak bergerak2 lansung dari kedudukan yang sama hampir 15 minit.Bau ada macam2.Bau badan campur bau mulut diikuti bau asap makanan memang cukup sempurna sekali.Nyesal pun ada juga bila berada didalam keadaan begitu.Nasib baik ada sigadis yang tersekat bersama2 maka kurang sedikit rasa stress dihati dan kepala.

Terbabasnya aku dan dia kesana adalah kerana ajakan sigadis yang mahu melihat dan membeli baju kurung.Sesuatu yang agak aku curigai kerana tempat begini adalah bukan tempat yang selalu dia sukai entah tak tahu apa angin tetiba mahu kesana pula.

Dihadapan rumah keluarganya aku kembalikan dia semula.Tiada baju kurung yang dibeli cuma yang di bawa balik ialah setonkol jagung bakar dan sekilo rambutan!

"...U last ramadan kita berbuka lagi yer..." 

"...ok.."

tetiba aku cakap ok...pening aku!

chow!


2 Aug 2013

Transformasi Dunia


Kita sebagai umat islam adalah di larang sama sekali melakukan pembedahan untuk merubah kejadian semulajadi kita kecuali jika terpaksa atas sebab2 kesihatan demi menyelamatkan nyawa.Hukumnya haram di sisi agama islam.Jika kerana anda tidak berpuas hati dengan anugerah yang diberikan oleh tuhan dan kemudian berniat juga bercita2 untuk merubahnya maka anda telah melakukan pengkhianatan yang besar terhadap tuhan kamu.

Akibatnya neraka jahanam adalah tempat yang anda telah pilih.

Oleh itu dinasihatkan hindari diri anda dari transformasi di dunia ini.Budaya ini sedikit sebanyak telah berjaya mempengahruhi segelintir kecil bangsa melayu yang beragama islam di negara kita.Ianya bukan sahaja berlaku terhadap kaum perempuan malahan kaum lelaki juga turut serta terlibat.Lagi menyedihkan apabila hukuman telah mereka terima di dunia terlebih dahulu.Transformasi yang mereka lakukan dengan budget yang rendah untuk merubah bentuk wajah mereka telah mengakibatkan kesan yang teruk dan dasyat.

Bila kita membayar dengan harga yang murah untuk satu2 pembendahan yang mahal maka keputusan yang kita terima pasti mengejutkan kita.Perkara ini berlaku bila kita berjumpa dengan pakar yang tiada bertauliah dan juga di negara yang pakar bedah mereka tidak bagus dan hebat contoh seperti di Thailand.

Pakar bedah kecantikan yang terhebat pada masa ini dan agak mahal ialah di Korea Selatan.

Ini aku dengar dari mulut seorang amoi yang baru sahaja melakukan pembedahan hidung dan mata.Cantik sekali perubahan yang dia lakukan tapi agak mahal kosnya.Lansung tak nampak kesan dari pembedahan itu.Amoi itu juga mengakuinya dan dia sangat2 berpuashati.Bila ditanya kenapa pilih Korea dan bukan negara Thailand.Jawapnya biar mahal sedikit tetapi berbaloi.Kalau kita melihat gambar di atas itu perubahan yang dilakukan amat berjaya sekali dan menggagumkan.Ini baru real dari hodoh kepada cantik jelita.

Ini kalau balik beraya kompom orang kampung tak kenal kita.Tahun lepas rupa macam tin biskut lemak tahun ni dah tukar rupa macam TV Plasma 42 inci..hebat2!

Syabas K-pop!

Tidak dinafikan bila bercerita tentang kecantikan ada ramai wanita di luar sana sanggup melakukan apa sahaja asalkan kecantikan dapat mereka miliki.Kalau ada yang cuba menafikan mungkin cuma sedikit sahaja itu pun kerana mereka tidak mampu.Jika mereka mampu aku tidak rasa iman mereka kuat untuk diam dan berpeluk tubuh sahaja.Lihat sahaja artis2 kita pada hari ini.Kita dapat melihat dengan jelas siapa yang buat dan siapa yang tidak buat.

Kalau tanya Makcik Sharifah Aini dia akan jawap kerana makan ubat tahan sakit...ialah tu kan!

Dinasihatkan mana2 gadis yang tidak berapa cantik yang ada di Malaysia ini janganlah cuba2 buat transformasi yang sebegini.Kalau hasilnya cantik tidak mengapalah dan nasiblah pintu mana yang akan kekal kamu pilih nanti.Itu hak dan dosa kamu.Andainya jadi lain jadi lagi teruk bagaimana?

Itu naya dunia akhirat namanya.Tepuk dada tanya selera!

chow!


Golongan Hebat



Faham kalau yang buat itu datangnya dari kaum yahudi.Tidak marah sangat kerana mereka tidak akan berhenti melakukannya sehingga hari kiamat.Kaum yang sangat bijak dan sangat kejam didunia.Tercatit sudah sifat dan sikap mereka didalam kitab yang satu.

Cuma bila ianya dilakukan oleh orang yang sebangsa dan seagama kita dan wanita pula aku jadi hairan dan pelik.Apa tujuan dia melakukan begitu.Entah apa sebenarnya yang cuba dia lakukan dan buktikan.Kata kaum keluarganya beliau adalah seorang yang degil dan suka melakukan perkara2 yang di luar jangkaan.

Kalau perkara2 yang diluar jangkaan yang tiada kena mengena dengan agama islam tidak mengapalah itu kau punya hak dan suka.

Namun apabila kau memperlekeh2kan agama yang kau anuti sendiri itu agak luarbiasa situasinya.Motifnya apa dan apakah tujuannya melakukan perkara yang sebegitu?

Bila terjadinya hal2 yang sebegini rupa siapakah yang patut kita tundingkan jari? Keluarga mereka atau si pelakunya? Kalaulah keluarga mereka yang kita persalahkan mungkin adil jika si pelaku berada di bawah umur.Ialah orang baru kenal dunia pasti ada yang dilanggar tanpa di sedari.Ini tidak sipelaku sudah cukup umur dan dewasa malahan tahap pemikirannya adalah hampir di tahap normal.Sila maklum hampir di tahap normal.

Kalau normal aku rasa dia tidak tergamak melakukan perkara2 yang dilarang agama yang beliau anuti.Cuma mereka2 yang mempunyai jiwa yang kacau dan bercelaru sahaja yang akan melakukan perkara2 yang kurang waras ini.Cara minta perhatian yang dibuat agak aneh bagi aku.

Sengaja buat isu dan sengaja mahu popular.

Kadang2 kita sendiri sukar untuk melihat apa yang mereka lihat.Aku rasa bukan kadang2 malahan tidak lansung memahaminya.Ini adalah sejenis penyakit jiwa yang sedikit kronik.Sukar ditaksirkan apa yang dia mahu.

Cuma aku tak faham kenapa orang islam dan agama islam seringkali jadi bahan dengki.Kalau kita sering di ganggu dan di kacau kemungkinan besar kita telah dicemburui.Itu bermakna kita orang islam dan agama islam ialah dari golongan dan dari satu perkara yang hebat!

Maka tidak perlu lagi kita fahami mengapa kita menjadi bahan gurauan yang terlalu menjengkelkan kita.Orang yang hebat memang selalu ada musuh yang hebat!


syukur alhamdullillah aku dilahirkan di dalam golongan orang yang hebat.


chow.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...