Pages - Menu

14 Aug 2013

Sayangi Dan Lindungi Mereka





Hubungan diantara lelaki dan perempuan memang sesuatu yang mahu di miliki oleh semua insan didalam dunia ini.Hubungan yang berteraskan kasih sayang dan cinta.Indahnya hubungan diantara dua jantina ini tiada siapa dapat menafikan dan juga mengelakkannya.Dua perkara didalam dunia ini yang dinamakan nikmat ialah perempuan dan wang.

Kalau tiada dua perkara ini dunia seperti tiada bulan dan matahari.

Berkasih sayang dan bermanja diantara dua jantina ini akan melahirkan rasa cinta juga rindu sesama mereka.Hidup didunia terasa indah dan lengkap jika semua yang kita impikan terjadi dengan senang dan tiada banyak menempuh halangan dan dugaan.Pasti aman dan damai semua mahluk yang hidup diatas muka bumi ini jika kasih sayang yang ada dimiliki dan disyukuri.

Namun bukan semua manusia tahu untuk menjaga dan menghargai semua keindahan ini.Perempuan adalah kenikmatan kepada lelaki.Tiada perempuan hidup lelaki pasti bosan dan menghampakan.Nabi Adam pun bosan dahulu maka allah ciptakan seorang teman buat beliau.Seorang teman yang bernama Hawa seorang perempuan.Hebat sekali mahluk yang kedua ini allah ciptakan.Hanya dia yang mampu melahirkan semula seorang manusia.Lelaki boleh kau boleh?

Boleh blah!

Oleh itu kepada semua lelaki yang ujud didalam dunia ini tolonglah hargai dan lindungi kaum hawa ini dengan penuh tanggungjawap dan kaseh sayang.Orang perempuan tanpa lelaki mereka juga terasa kesunyian.Bagi mereka kita para lelaki adalah tempat untuk mereka melepaskan semua bebanan didalam jiwa.Minta di belai dan dimanja.Berikan cinta juga kasih sayang.Jangan sangat untuk memahami mereka kerana mereka juga keliru.Kita lelaki hanya perlu lindungi dan sayangi mereka.

Namun aku sebagai seorang lelaki pada ketika ini agak kecewa juga dengan kaum sejenis aku.Mereka melayan kaum hawa ini penuh dengan kebiadapan.Tiada lansung ada rasa belas kasihan.Seringkali gunakan kekerasan demi sesuatu perkara yang boleh di perbincangkan.Tangan dan kaki sebagai ganti kepada mulut ketika berkata2.Kekuatan yang dimiliki oleh lelaki dan tidak mungkin dapat ditandingi oleh perempuan telah digunakan sewenang2nya terhadap mereka.Di provok dengan kata2 yang kasar dan bengis.Di pukul ,dilempang,ditumbuk,ditendang,diterajang dan di aniya dengan sesuka hati.

Kejam dan sadis apabila hak mereka dinafikan.

Kaum lelaki ingat dan sedarlah bahawa kita ini adalah dari kaum adam.Nabi Adam bersusah payah berdoa dan bermohon kepada Allah agar dia diberikan teman di atas muka bumi ini.Bila permintaanya ditunaikan oleh yang maha berkuasa betapa gembiranya lagi hati Nabi kita itu.Seharusnya kita juga begitu bukannya bersikap dan berperangai seperti binatang.Binatang yang tiada akal.Kita manusia diberikan akal dan fikiran tetapi kenapa perangai binatang yang kita ikuti?

Sedih apabila melihat ramai sangat wanita pada hari ini tidak dihargai.

chow!


40 comments:

  1. Hmmm... kekadang lelaki suka beri kasih sayang pada wanita sebab niat nak permainkan perasaan wanita itu. :3

    ReplyDelete
  2. ini kes habis madu sepah dibuang.

    ReplyDelete
  3. Mesti dah tgk kes sepak terajang isteri tu kan.
    mmg melampau laa..kesian betul..

    bila tgk video tu rasa sracy gila..
    dan mula rasa..masih ada lagikah lelaki yg sygkan perempuan zaman skrang ni,

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih ada. jangan risau. :)

      Delete
    2. memang masih ada. tapi bilangan nya sedikit, dan kemungkinan ianya hak orang sudah.

      kongsi, boleh kah?

      Delete
    3. ada lagi ...mungkin ramai tetapi banyak dah kena cekup...yg saki baki tu mmg payah nak jumpa.

      Delete
  4. jangan rogol kaum kaum hawa ! tsk tsk

    ReplyDelete
  5. baca entry ni terus teringat insiden kena pukul dalam lift. pukul macam perempuan tu lawan dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg entry ini berdasarkan insiden tersebut.

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. selalu manusia lupa......

    hanya memilih untuk mengikut sunnah para nabi pada sesetengah perkara saja....

    ReplyDelete
  8. lelaki yang baik untuk perempuan yang baik....

    ReplyDelete
  9. Maka itu jangan hairan la bila ramai perempuan masih sendiri walaupun umur sudah meningkat dewasa.

    ReplyDelete
  10. hermmm kalau ada yg pandai jaga hati/belai/bg kasih syg pon takot yg tu hak org plak.. sbbnye slalunye jadi gak kes gitu --- LELAKI > pandai serba serbi > baik budi > pndai jaga hati = last2 kantoi rupanya hasben org.. pfttt ~

    Scary gila tgk lelaki pukul pompuan mcm la pmpuan tu setaraf lwn dgn dia T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn terlalu berharap kepada yg sempurna...baik sdah ckup memadai.

      Delete
  11. http://hamanilla.blogspot.com/2013/08/how-do-i-look_15.html , Jum komen post blog saya ^^

    ReplyDelete
  12. tadi baru je tgk kes pukul dlm lif tu., sedihnye. macam xde hati perut pada perempuan yg lemah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari ni dah serah diri...buat malu kaum aku je.

      Delete
  13. aku pun sedih tengok wanita ramai dikhianati .hehe.
    hal rumah tangga ni kunci nya hanya satu.solat kena jaga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar...tapi itu juga bukan halangan kepada musuh kita utk meracau kita.

      Delete
  14. insyaallah.


    blog dia cantik dan bermutu.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum.

    Part dia tendang masa nak last2 tu..Allah..aku kesiankan kat anak2nya..ko tgk kan mcmna budak perempuan tu merayu, lari ke maknya..

    ReplyDelete
  16. sekarang neh..jahiliah dh dtg blik..bab dera prmpuan 2 jgn ckp la..hrap yg ngatif 2 buang la jauh2..kita nk hdup berpsangan smpai syurga..

    ReplyDelete
  17. ni hasil cetusan idea kes penderaan skrg ni ker?hihihi..same2x la ubah sikap utk jd lb positif..bkn hny atahu nak mengamuk tak tentu hala..

    ReplyDelete
  18. Teringat kata2 abg pedas dlm buku my precious iris. Wanita@isteri adalah kejadian terindah utk seorang lelaki yg bergelar suami. Letaknya dekat dgn hati utk disayangi, bukan dikaki utk jadikan alas utk sepak dan terajang.
    Saya mudah sayang kpd mereka yg menyayangi dan berbuat baik kpd saya walau sebenarnya mungkin sayang mereka itu bukanlah yg sebenarnya.. agak2 saya bodoh ke??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...