Pages - Menu

31 Jan 2013

Kita Siapa?






Lama juga aku perhatikan kenapa mereka ini orang perempuan suka sangat dengan laman sosial yang bernama Facebook.

Setiap 10 minit akan ada sahaja status dan gambar baru yang dimuat turun.Gambar yang cantik dan sexy itu jika dia sexy.Jika yang tidak suka terdedah dan sexy maka gambar yang berhijab cantik pula yang terpapar.

Hari-hari dan setiap saat ada sahaja yang perlu diberitahu kepada semua.Jika suka maka semua yang best-best akan diceritakan.Begitu juga yang tidak best pun turut sama juga gayanya.Itu lah ini lah ada sahaja yang idea yang mahu dikongsikan dengan rakan-rakan laman sosial tersebut.

Itu yang kalau single dan belum berteman lagi.

Kalau yang sudah bercouple atau berkahwin maka lain pula al kisahnya.Gambar bersama memang wajib untuk diperlihatkan sebagai bukti betapa cinta mereka itu tulus murni dan sejati.Biar satu dunia tahu bahawa mereka sangat sayang menyayangi di antara satu sama lain.Jika yang sudah bernikah itu maka boleh lah kita faham dan maafkan.Ialah orang sudah ada sijil rasanya tiada salah kot buat begitu.Ini yang belum ....alahai bukan main melaram sakan macam dunia ini aku yang punya dan tidak mungkin akan mereka terpisah selama-lamanya!

Bila terjadinya perpisahan dan pergaduhan ...satu dunia juga tahu!

Cuma persoalan aku ialah apa sebenarnya matlamat berlaman sosial ini?Apa yang aku lihat ialah mereka orang perempuan seperti berlumba-lumba membuka pekung didada dengan penuh kebanggaan.Tiada lagi segan silu dan ada rasa malu.Semua perkara kalau boleh mahu dihebahkan.

Apa tujuannya?

Maaf cakap sebahagian besar daripada mereka memang riak.Bangga dan menujuk-nunjuk sesama mereka.Aku ada kau ada ke?

Jika dikatakan itu memang sifat semulajadi kaum yang bernama hawa ini mungkin ada benarnya.Tiada kesangsian lagi yang dapat disangkal.Namun jika ada juga yang membantah dan menafikan cuba pergi buka akaun laman sosial kamu siapa yang paling rajin dan paling sibuk sekali dengan akaun Facebooknya?

Aku rasa orang yahudi memang hebat....ops! Bukan aku rasa tetapi mereka memang terbukti sangat hebat!

Lain zaman lain pula cara pendekatannya.Kita tetap dan masih lagi terjajah oleh mereka.Mahu dipersalahkan tidak boleh juga kerana setiap kemajuan yang berlaku didalam dunia ini mereka yang selalu mendahuluinya.Cuma kita ini jadi bahan ujikaji mereka pada setiap zaman lah nampaknya.

Ini kerana laman sosial ini sebenarnya telah membawa kita ke alam lain.Kita umpama tidak berpijak di bumi yang nyata.Kita seperti hilang didalam alam yang realiti.Kita terpasung dan terantai di alam fantasi yang kita bina sendiri dengan secara tidak sengaja.Kadang kala kita rasa kita ini artis pujaan ramai.Kita lalai dan alpa dengan segala macam pujian dan hinaan.Jika sesaat tidak melihat atau membuka laman sosial ini hati kita macam tidak sedap dan lemah lesu.Kita mulai ketagih.

Perlu dadah ke untuk kita ketagih?

Hebat bukan ciptaan mereka.Apa sahaja yang mereka cipta kita mudah ketagihan.Kalau dadah mungkin tidak hairan sangatlah semua orang tahu apa akibatnya.Percaya atau tidak ramai di antara kita mulai lalai dengan tanggung jawap kita sebagai seorang manusia yang bernama insan.

Kita semakin jauh tersesat...

Kita itu orang perempuan atau lelaki?

chow!

25 Jan 2013

Bodoh Poyo






Mungkin kalau kita bersikap bodoh sahaja tanpa memperdulikan dengan apa yang orang lain katakan kepada kita berkemungkinan besar kita akan dituduh sebagai pengecut.Semakin lagi teruk bila kita tetap membisu diam membatu dan terus memperdulikan apa jua yang dia perkatakan tentang kita.

Tujuan kita mungkin pelbagai.Pertama mungkin kita tidak mahu mencari pasal dan bergaduh dengan orang yang menuduh kita bodoh.Kedua kita mungkin malas mahu melayan perkara yang mungkin bodoh kepada kita tetapi penting kepada dia.Ketiga mungkin kita tidak mahu ikut bodoh dengan sikap atau laku dia.

Bersikap bodoh jika kena pada tempatnya akan banyak membantu kita dari melakukan perkara-perkara yang bodoh.Bodoh sifatnya seperti sabar itu kalau ikut pandangan aku.

Jika kita bersikap bodoh tidak secara lansung kita seolah-olah berdiam dalam sabar.Seandainya kita tiada sifat sabar dan bodoh-bodoh ada kemungkinan besar kita akan berkata sesuatu yang bodoh dan juga bertindak bodoh?

Percaya atau tidak bodoh itu sangat mulia dan murni sifatnya jika niat kita serta tujuannya ialah mengelak dari berkelakuan juga bersikap bodoh.

Namun bukan semua sifat bodoh ini dapat membantu kita dalam semua perkara.

Adakalanya jika kita terlalu bersifat bodoh sangat orang akan melihat kita ini memang orang bodoh.Lebih baik poyo dari di tuduh bodoh.Bila orang menuduh kita bodoh ada ketikanya sifat sabar kita tercabar.Lalu apakah yang harus kita lakukan dari merasa tercabar dan marah?

Kita buat poyo jer boleh tak?

Ialah sifat poyo ini selalu berada di pihak orang yang bijak akal fikirannya.Poyo bukan kerana bodoh atau tidak tahu tetapi sebaliknya cuma lagaknya sahaja tetapi dasarnya dia bijak.Kita mungkin selalu menuduh orang ini poyo tidak tentu hala.Jangan salah sangka adakalanya kepoyoan mereka memang disengajakan dan diada-adakan untuk mencari kelemahan juga kebodohan kita.

Begitu juga sifat poyo ini sama juga dengan sifat bodoh.

Kalau selalu sangat bodoh dan selalu sangat poyo memang sah mereka ini bodoh dan poyo.Bila bercakap semua benda dia tahu.Semua cerita tidak kira cerita apa pun yang kita sembang dia lebih tahu dan terlalu serba serbi tahu.Cakap apa pun dia sahaja yang betul.Kita sahaja yang nampak kurang bijak dan bodoh dari dia.Kalau kita berjumpa orang macam ini apakah yang selalu kita lakukan?

Buat bodoh dan poyo jer la...malas melayannya kerana kita tahu kita lebih bijak dari dia!


chow!




19 Jan 2013

Kitew 0ke apew!







Gadis - wei....naa dngo ctew sal eja? Dye ue mmg siak dox

Aku   - creta ar....

Gadis -Aitu aq pnjam r tiub dye,aq tnye dye, Ko naa Pkai x...Dye kte x...Pas ue es0x nyew syuk tp0n pkwe aq suw0h at umah ...Time ue aq tngh keje...

Aku   -Lps tue dye ckp ape?

Gadis -Dye ckp ar naa ppkai mlm ue jgax ...Tpy sbl0m aq pnjam an, dye ckp x naa pkai...Pas ue an, blkang k0 dye ckp yg k0 ssuai pkai 125,bkn ape dye jelez jex ue....

Aku   -0ooo cam tue biar ar mmg die jlez kt aq....

Gadis -L0w mcm k0 pkai bju bru an,dye tngox jex...Time kte g mlake ue...Um,dye dpan jex nmpak baik...Tpy,blkang kte an....Dye,mak dye kt0k2 kte...mmg taw sngt!

Aku  -Aq pn nyampah gk tpe nk buat cam ner dh kwan....xpr ar ktew buat bdoh jer oke....

Gadis -Dye bnyk r cte psal k0...Dye ckp r k0 naa apew sume dpt....Sbb k0 adek bradek dew 2 ...L0w dye,kne r kejew sndry ...Aq lyan an dye jex...Kte jex yer...Tpy Myanpah ...Taw!

Aku   -ak tau tue...

Gadis - Aq pnas jex tng0x dye ue anak branak....Um, m0t0w k0 cam new jex?

Aku   -Aq pn pnas gk tpy mls la nk cri hal bng msa jex...aah new nape? k0 jlex erk?

Gadis -Daa dpt kew? Aq es0x dpt laa...T aq naa ajax jln2 dpn umah eja,gedix n farahin....

Aku   - nK buat ape?

Gadis -Bak0 drah ...Ee,mmg myrap drah aq ngox dye blgak ngn m0t0w 125 syuk ue....

Aku   -Ape kta ktew bko jex m0t0w dye nk...hehe!

Gadis -Bko?

Aku   -Aah ler kt skit hti tdye....hehe!

Selang beberapa minit kemudian....


Gadis - errmmm spew niey wei?

Aku   -ktew ar?

Gadis -ehhh? almax slh org la...napew x bru thu awal2 tdi?

Aku   -ntah x tau awk yg msg kitew ...kitew lyn jex lar....hehe!

Gadis -...eeee mency la....tp sowey kay!


Selang beberapa minit kemudian dia cal aku dengan tergelak-gelak sambil minta maaf...aku ok jer!


Sms sesat yang masuk di awal pagi ke handphone aku buat aku tergelak besar semalam.Part yang paling best ialah aku terkejut gila bila terima sms yang pertama sekali masuk sebab ayat yang dia gunakan amat sungguh luarbiasa dan hampir aku tidak fahami lansung.

Lelaki seperti aku yang tenang dan macho dengan selamba terus melayan si gadis ini dan menulis msg mengikut cara dan rentak si gadis.

Cuma aku tersilap sedikit kerana terlalu banyak perkataan " hehe" yang mungkin bukan satu kebiasaan perkataan yang digunakan bila diantara dua gadis berbalas-balas sms.Cuma lelaki sahaja yang suka guna " hehe" di setiap sms mereka.Jika aku berhati-hati mungkin lebih banyak rahsia yang mungkin berjaya aku singkap dari gadis ini.

Namun yang pasti orang perempuan memang kuat mengata dan mengumpat belakang-belakang...yer dak!

Itu jer la cerita girang kitew di pg jmaat nie!

Chow!


11 Jan 2013

Air Mata


Serius aku beritahu yang aku ini bukan seorang yang senang mahu keluarkan airmata.Secara jujur ketika orang tua aku pergi aku masih mampu tersenyum bukan menangis.Hingga ada yang memandang aku dengan pandangan yang begitu menjengkelkan.Bukan aku tidak sedih seperti orang lain termasuk adik beradik dan saudara mara aku tetapi memang aku tak mampu nak paksa airmata aku mengalir.

Ketika itu aku punyai perasaan sendiri iaitu gembira kerana arwah orang tua aku pergi.Gembira kerana dia tidak perlu terlalu lama menanggung sakit kanser hatinya.Aku tidak sanggup melihat dia setiap malam menekan dekat dengan hatinya dan menahan sakit.Adalah lebih baik dia pergi daripada terus menanggung derita.Itu akulah orang lain aku tak tahu.

Semasa putus cinta dahulu pun aku tak mampu nak berlakon untuk menumpahkan air mata seperti kawan aku buat.Dia mampu menangis bagai nak rak depan girlfren dia semata-mata minta jangan diputuskan hubungan.Kalaulah aku mampu buat macam dia pasti ex aku tak blah....hehe!

Sebenarnya aku mahu cerita bagaimana mudahnya airmata aku tertumpah.Seingat aku 2 kali lah yang paling real buat aku sendiri rasa tersipu malu.Dua-dua kejadian berlaku didalam panggung wayang!

Pertama filem Ombak Rindu (....boleh!...) dan kedua malam tadi filem Korea The Tower!

Alahai....hilang rasa jantan aku malam tadi lah! Filem ini pada awalnya macam ok jer tiada apa pun yang sedih tetapi bila sampai bab-bab akhirnya mulailah tercetusnya perasaan hiba dan sebak di dada.Tinggal lagi 2 minit terakhir airmata aku menitis setitis dua.Demi mengelak rasa malu aku terpaksa melakukan sesuatu.

Seminit sebelum habis wayang suasana didalam panggung cukup sunyi sepi masing-masing melayang perasaan sedih dan aku dengan lagak selamba mengeluarkan bunyi tangisan yang agak menghada-ghada siap dengan saputangan di mata.Agak-agak apa yang berlaku?

Semua orang didalam panggung berpaling tepat ke arah aku dan aku masih terus steady beraksi tanpa ada rasa malu dan bersalah.Ini menyebabkan semua orang didalam panggung termasuk kawan aku yang duduk disebelah aku tersenyum tersengeh-sengeh dan ada juga yang ketawa terkekeh-kekeh dengan aksi sedih terlampau aku...hehe!

Lepas tu panggung jadi terang ....semua orang masih lagi melihat dan mencari-cari siapalah punya angkara yang menangis sakan tadi.Mungkin aku ini ada gila sikit....aku buat lagi aksi menangis menghada tadi....tiba-tiba ada seorang gadis bersama rakan-rakanya menegur...

"...u ke yang buat tadi..."

....aah kenapa?....

"...kiut lah..."

Dan kami sama-sama ketawa berdekah-dekah dan terbawa-bawa sampai ke cafe dan ...bla bla bla...!


chow!

10 Jan 2013

Harapan Azam




Tahun ini harapan biarlah menjadi kenyataan yang nyata bukan seperti tahun-tahun yang sudah lepas tak sudah-sudah berazam tapi sampai hujung tahun tetap benda yang sama dan rupa yang sama tak ubah-ubah juga.

Setiap kali menjelang tahun baru maka azam dan semangat berkobar-kobar macam tak pernah jumpa tahun baru sebelum ini.Segala macam benda dirancang dan bermain didalam kepala tetapi macam biasalah bila sampai ketika dan penamat tahun itu semua tetap begitu dan serupa sedikit pun tidak berganjak!

Maka tahun ini sekali lagi aku berazam seperti tahun-tahun yang sudah tetapi dengan sedikit kelainan iaitu tidak mahu lagi berazam.Cuma mahu menambah baik azam tahun lepas yang aku rasa tidak perlu lagi dibaiki atau ditokok tambah dengan azam baru yang tidak tahu bila tahun akan tercapai pula.

Bab berazam memang mudah tapi bab mahu merealisasikan azam itu yang agak perit untuk di laksanakan.Kalau difikirkan semula semua kata-kata azam kita ini yang kita lakukan bila tiba setiap tahun baru seperti hangat-hangat taik ayam.

3hb lepas adalah tarikh lahir aku dan aku sedaya upaya cuba menyembunyikan dari rakan-rakan baru aku.Ini kerana cara sambutan mereka agak begitu meyeramkan aku.Tempoh hari habis satu papan telor mereka kerjakan untuk rakan baru aku itu.Mereka ini aku baru kenali dan rasanya sesuai buat aku yang masih lagi solo.Masalahnya majoriti adalah lelaki sahaja mana pergi gadis-gadis?

Entah mengapa perangai lama aku kembali semula kepada aku iaitu rajin bertukar tempalate blog.Baru beberapa hari lepas aku tukar dan hari ini aku tukar lagi.Ntah tak tahu mungkin dan tabiat kot...hehe!

Kembali kepada azam.Cuba untuk tidak lagi berkeluh kesah tentang cerita cinta.Cuba mengalih pandangan kepada realiti hari ini.Iaitu segalanya adalah duit.Jika kita memiliki duit yang agak bertimbun maka secara saikologinya kita mampu menangkap seberapa banyak bidadari-bidadari dunia.Kemungkinan terpilih yang tiada berkualiti itu ada tetapi kita semakin banyak boleh membuat pilihan.

Sunyi memang sunyilah bila tiada berteman.Tiada teman untuk kita berbual tiada teman untuk kita dajalkan dan tiada siapa teman untuk kita pergi menonton wayang.Bosan tahap dewa tengok wayang seorang-seorang!

Apa yang pasti tahun ini mungkin tahun yang agak sibuk buat aku kerana seperti ada rezeki yang besar sedang memerhati.Harap-harap tiada halangan dan juga cubaan di saat-saat akhir.Lama aku menanti dan kini sudah beberapa kali duduk semeja berbincang dan jika berjaya mungkin tahun ini ada ramai bidadari yang bakal akan aku tangkap buat lauk jiwa raga beta! cewahhhh!

Doakan yang terbaik buat semua juga!

chow!






6 Jan 2013

Bahasa Dalam




Aku bagai air mencari jenisnya walaupun usia aku semakin ranum berusia .Semua ini membuatkan aku terus hidup dengan penuh bersemangat sekali .Biarkan apa juga orang hendak katakan tetapi bagi aku ini satu kepuasan yang maksima.

Yang dimakan rasa dan yang dilihat rupa dan didengar bunyi itu yang aku cari.Tidak aku kisah walaupun berapa lama harus aku terus gigih menempuhinya.Hidup di dunia ini harus ada rasa .Harus punya hasrat.Harus terus tekad tanpa jemu.

Mutiara tidak dimuntahkan oleh laut maka dengan itu aku seharusnya aku kebal dari segala halangan juga rintangan.Semolek-moleknya aku tiada rasa ingin berhenti .Semuanya bukan datang secara hembalang.Susah diri namanya kalau berharap begitu.

Aku takut jika satu hari nanti aku berada di bawah kuasa matriarki.Biarkan aku susah hari ini tidak mengapa asalkan aku tidak menyesal di kemudian hari.Pasti malu kalau itu yang berlaku kepada aku.Aku tidak sangup.

Bila aku petiakan dengan betul pada hari ini.Ianya bukan sesuatu yang mudah malahan sukar jika aku terus sahaja leka terlena.Aku tidak mahu hidup aku ditaburi dengan tais yang amat celaka.Lagi aku tidak sanggup.

Namun aku sedar walauapapun yang bakal aku hadapi di masa hadapan aku pasti tidak akan mencari yang bingung makanan yang cerdik yang tidur makanan di jaga itu sudah pasti sekali.

chow!


3 Jan 2013

Wasiat Jumaat # 7


"Lelaki yang muslim dan perempuan yang muslim,
dan lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin,
dan lelaki yang patuh dan perempuan yang patuh,
dan lelaki yang benar dan perempuan yang benar, dan lelaki yang sabar dan perempuan yang sabar, 
 dan lelaki yang rendah hati dan perempuan yang rendah hati,
dan lelaki yang bersedekah dan perempuan yang bersedekah,
dan lelaki yang berpuasa dan perempuan yang berpuasa,
dan lelaki yang menjaga kemaluan mereka dan perempuan yang menjaga,
dan lelaki yang mengingati Allah dengan banyak dan perempuan yang mengingati
- bagi mereka, Allah sediakan ampunan dan upah yang besar." (33:35)

1 Jan 2013

Sang Harimau


".....rupa paras tak menjaminkan kebahagiaan.. tetap yang menjamin kebahagiaan ialah hati, cinta, sayang, keserasian dan juga kasih sayang... sebenarnya, bagi aku sendiri, rupa paras tu hanya bersifat sementara, tetapi yang kekal ialah kasih sayang dan cinta.. mahalnya sesuatu hubungan bukan kerana rupa paras, tetapi mahalnya sesuatu hubungan ialah kerana cinta dan kasih sayang yang terpatri antara pasangan itu. :)...."

Aku ambil komen ini dari entri aku yang lepas...komen dari Bonikacak !

Satu ketika dahulu aku juga mempunyai keyakinan dan pendapat yang sama seperti komen di atas.Tiada apa lagi yang tertinggal aku rasakan.Cukup dan amat sekali terjamin dengan kekuatan cinta yang dimiliki.Setelah sekian lama belayar bersama dengan disaksikan jutaan bintang dan bulan yang tunggal tiba-tiba kapal aku karam dilanda ribut taufan yang selama ini aku tahu tetapi tidak terjangka akan cara ia mendatang dan pergi.

Siapa sangka cinta sekeras batu gunung berapi pun masih mampu juga terbelah dua dengan hanya sedikit cakaran dari sang harimau!

Celaka sekali dengan hanya sekali libas semua yang terpatri selama ini mampu tercalar rabak malahan terus cair.Mahu siapa kita persalahkan waktu itu dan seperti biasa tiada siapa yang dapat membantu kita mencari jawapan yang kita inginkan.

"....tetap yang menjamin kebahagiaan ialah hati, cinta, sayang, keserasian dan juga kasih sayang... sebenarnya...."

Semua ini telah aku serahkan dan miliki bersama-sama.Rasanya tiada yang tertinggal dan tiada apa lagi yang perlu ditokok tambah.Bila bercinta tentu sekali perkara ini adalah keutamaan untuk menjamin kelansungan perhubungan kita.Sempatkah kita terfikir bahawa sang harimau yang selalu dalam genggaman tangan kita sehari-hari mampu menghancurkan segala-galanya?

Aku sedar tentang perkara itu tetapi tidak pula terfikir itu juga adalah salah satu ancaman yang sangat bahaya yang selama ini kita tidak fikirkan secara serius.Kita cuma sibuk dengan kasih sayang dan cinta kita.Kemungkinan besar kita bukan tidak tahu tapi tidak mampu untuk mengetahuinya secara mendalam apakah akibatnya jika sang harimau ini datang menyerang sanubari pasangan kita secara berulang kali dan konsisten.

Bila kita terkena baru kita tersedar rupa-rupanya sang harimau ini umpama bom jangka yang setelah sekian lama bersemadi didalam diri kita dan mungkin pasangan kita.Cuma kita tidak memahami apa yang sebenarnya akan kita hadapi dari ancaman ini.Apakah akibatnya dan berapa lama akan kita hadapi atau mungkin juga mampukah kita tanggani dan selesaikan.

Diluar sana kita seringkali terbaca atau juga terdengar bagaimana hebatnya sang harimau ini mengganas dan apa akibat yang mampu dia berikan.Mahligai indah yang dibina dengan penuh kesabaran dan keserasian akhirnya runtuh musnah dek penangan sang harimau ini.

Cinta dan kasih sayang pada hari ini bukan jaminan yang kekal untuk kita percaya dan pegang sekarang.Kita juga perlu percaya pada hari ini tidak sama seperti zaman yang terdahulu dimana cinta adalah segala-galanya kepada jaminan yang berkekalan.Semua sudah berubah semua boleh tertunggang terbalik dalam sekelip mata dan akhirnya kepada dia juga kita serahkan segalanya.

Namun sang harimau ini memang satu ancaman yang paling utama sekarang kepada semua pengamal cinta.Jujur dan akui sahaja akan kekuatan yang sang harimau ini miliki.Ianya juga bukan jaminan kepada kekebalan cinta dan kasih sayang kita tetapi tidak boleh juga dinafikan akan kepentingannya.

Tidak tahu apa yang perlu diambil untuk dijadikan sebagai satu jaminan kepada kebahagian pada hari ini!


chow!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...