Tahun ini harapan biarlah menjadi kenyataan yang nyata bukan seperti tahun-tahun yang sudah lepas tak sudah-sudah berazam tapi sampai hujung tahun tetap benda yang sama dan rupa yang sama tak ubah-ubah juga.
Setiap kali menjelang tahun baru maka azam dan semangat berkobar-kobar macam tak pernah jumpa tahun baru sebelum ini.Segala macam benda dirancang dan bermain didalam kepala tetapi macam biasalah bila sampai ketika dan penamat tahun itu semua tetap begitu dan serupa sedikit pun tidak berganjak!
Maka tahun ini sekali lagi aku berazam seperti tahun-tahun yang sudah tetapi dengan sedikit kelainan iaitu tidak mahu lagi berazam.Cuma mahu menambah baik azam tahun lepas yang aku rasa tidak perlu lagi dibaiki atau ditokok tambah dengan azam baru yang tidak tahu bila tahun akan tercapai pula.
Bab berazam memang mudah tapi bab mahu merealisasikan azam itu yang agak perit untuk di laksanakan.Kalau difikirkan semula semua kata-kata azam kita ini yang kita lakukan bila tiba setiap tahun baru seperti hangat-hangat taik ayam.
3hb lepas adalah tarikh lahir aku dan aku sedaya upaya cuba menyembunyikan dari rakan-rakan baru aku.Ini kerana cara sambutan mereka agak begitu meyeramkan aku.Tempoh hari habis satu papan telor mereka kerjakan untuk rakan baru aku itu.Mereka ini aku baru kenali dan rasanya sesuai buat aku yang masih lagi solo.Masalahnya majoriti adalah lelaki sahaja mana pergi gadis-gadis?
Entah mengapa perangai lama aku kembali semula kepada aku iaitu rajin bertukar tempalate blog.Baru beberapa hari lepas aku tukar dan hari ini aku tukar lagi.Ntah tak tahu mungkin dan tabiat kot...hehe!
Kembali kepada azam.Cuba untuk tidak lagi berkeluh kesah tentang cerita cinta.Cuba mengalih pandangan kepada realiti hari ini.Iaitu segalanya adalah duit.Jika kita memiliki duit yang agak bertimbun maka secara saikologinya kita mampu menangkap seberapa banyak bidadari-bidadari dunia.Kemungkinan terpilih yang tiada berkualiti itu ada tetapi kita semakin banyak boleh membuat pilihan.
Sunyi memang sunyilah bila tiada berteman.Tiada teman untuk kita berbual tiada teman untuk kita dajalkan dan tiada siapa teman untuk kita pergi menonton wayang.Bosan tahap dewa tengok wayang seorang-seorang!
Apa yang pasti tahun ini mungkin tahun yang agak sibuk buat aku kerana seperti ada rezeki yang besar sedang memerhati.Harap-harap tiada halangan dan juga cubaan di saat-saat akhir.Lama aku menanti dan kini sudah beberapa kali duduk semeja berbincang dan jika berjaya mungkin tahun ini ada ramai bidadari yang bakal akan aku tangkap buat lauk jiwa raga beta! cewahhhh!
Doakan yang terbaik buat semua juga!
chow!
happy belated birthday!
ReplyDeletetenkiu u
DeleteInsyaAllah semoga bertemu dengan yang terbaik buat diri :)
ReplyDeleteinsyaallah
Deletehappy belated birthday ya!!!
ReplyDeleteall de best n gud luck k.. =)
tenkiu
DeleteAku lebih suka template ni :)
ReplyDeleteAnyway, happy belated birthday :)
tenkiu
DeleteMoga yang baik-baik buat kamu. Dan jadikan setiap pagi adalah permulaan azam buat kamu. Selamat ya! :)
ReplyDeleteselamat untuk kamu juga!
Deleteeh? sy suka tgk gambar entry ni.
ReplyDeletekiut kan!
Deletebuat lauk?? . u so scaryyy
ReplyDeleteAzam itu perlu bg memastikan tahun ini ada hala tuju
ReplyDeletebenar!
Deleteselamat tahun baru lelaki semalam. tahun ni ada azam nak cari org rumah tak?
ReplyDeletentah ler...:)
Deletehahahahaha. aku pun pernah tengok wayang sorang2. memang agak pelik.. apalagi pandangan orang lain... dan paling aku tak dapat lupa , aku selalu pergi karaoke atas stage kat downtown cheras sorang2.. hahaha. tu kerja paling gila aku pernah buat..
ReplyDelete