Pages - Menu

6 Jan 2013

Bahasa Dalam




Aku bagai air mencari jenisnya walaupun usia aku semakin ranum berusia .Semua ini membuatkan aku terus hidup dengan penuh bersemangat sekali .Biarkan apa juga orang hendak katakan tetapi bagi aku ini satu kepuasan yang maksima.

Yang dimakan rasa dan yang dilihat rupa dan didengar bunyi itu yang aku cari.Tidak aku kisah walaupun berapa lama harus aku terus gigih menempuhinya.Hidup di dunia ini harus ada rasa .Harus punya hasrat.Harus terus tekad tanpa jemu.

Mutiara tidak dimuntahkan oleh laut maka dengan itu aku seharusnya aku kebal dari segala halangan juga rintangan.Semolek-moleknya aku tiada rasa ingin berhenti .Semuanya bukan datang secara hembalang.Susah diri namanya kalau berharap begitu.

Aku takut jika satu hari nanti aku berada di bawah kuasa matriarki.Biarkan aku susah hari ini tidak mengapa asalkan aku tidak menyesal di kemudian hari.Pasti malu kalau itu yang berlaku kepada aku.Aku tidak sangup.

Bila aku petiakan dengan betul pada hari ini.Ianya bukan sesuatu yang mudah malahan sukar jika aku terus sahaja leka terlena.Aku tidak mahu hidup aku ditaburi dengan tais yang amat celaka.Lagi aku tidak sanggup.

Namun aku sedar walauapapun yang bakal aku hadapi di masa hadapan aku pasti tidak akan mencari yang bingung makanan yang cerdik yang tidur makanan di jaga itu sudah pasti sekali.

chow!


13 comments:

  1. layout baru. segalanya baru. kecuali kamu yang lama.

    nice one! :)

    ReplyDelete
  2. hurm ok.... Tapi "tais" itu apa ye

    ReplyDelete
  3. Dalam bahasanya bro,
    lama tak singgah sini.
    Masa aku busy, kau menari.
    masa aku free, kau diam.
    hehhe.

    cantik wajah blog.
    kemas dan tersusun!

    ReplyDelete
  4. ok..aku cuba untuk menelan akan kesulitan mentafsir ayat kau ini..sehinggakan dalam air pun badan berpeluh...

    wajah baru ya, aku kira pengaruh tahun baru..

    ReplyDelete
  5. iya lah apa tu tais..first time jumpa kata ini.Sorry bertaya pula..

    ReplyDelete
  6. sungguh dalam bahasa lelakisemalam ni, ...)

    ReplyDelete
  7. macam best, ayat mantap. follow.

    ReplyDelete
  8. salam
    mendalam maksud yg tersirat tu...

    salam kenal & follow sini

    ReplyDelete
  9. mendalam sungguh ni...


    template baru!!

    ReplyDelete
  10. pergh..cantik bro bahasa dalam entri ni..aku suka sangat..hehehe

    ReplyDelete
  11. dalam nya bahasa.. pening kejap nak mendalaminya..

    ReplyDelete
  12. Bahasa kamu kali nih berbelit-belit nak faham. Indah lagi menggamit perasaan.

    Kalo dipermudahkan, mungkinkah ianya membawa maksud "berpatah arang berkerat rotan atau alang-alang menyeluk pekasam?"

    - makan dalam -

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...