Pages - Menu

25 Jan 2013

Bodoh Poyo






Mungkin kalau kita bersikap bodoh sahaja tanpa memperdulikan dengan apa yang orang lain katakan kepada kita berkemungkinan besar kita akan dituduh sebagai pengecut.Semakin lagi teruk bila kita tetap membisu diam membatu dan terus memperdulikan apa jua yang dia perkatakan tentang kita.

Tujuan kita mungkin pelbagai.Pertama mungkin kita tidak mahu mencari pasal dan bergaduh dengan orang yang menuduh kita bodoh.Kedua kita mungkin malas mahu melayan perkara yang mungkin bodoh kepada kita tetapi penting kepada dia.Ketiga mungkin kita tidak mahu ikut bodoh dengan sikap atau laku dia.

Bersikap bodoh jika kena pada tempatnya akan banyak membantu kita dari melakukan perkara-perkara yang bodoh.Bodoh sifatnya seperti sabar itu kalau ikut pandangan aku.

Jika kita bersikap bodoh tidak secara lansung kita seolah-olah berdiam dalam sabar.Seandainya kita tiada sifat sabar dan bodoh-bodoh ada kemungkinan besar kita akan berkata sesuatu yang bodoh dan juga bertindak bodoh?

Percaya atau tidak bodoh itu sangat mulia dan murni sifatnya jika niat kita serta tujuannya ialah mengelak dari berkelakuan juga bersikap bodoh.

Namun bukan semua sifat bodoh ini dapat membantu kita dalam semua perkara.

Adakalanya jika kita terlalu bersifat bodoh sangat orang akan melihat kita ini memang orang bodoh.Lebih baik poyo dari di tuduh bodoh.Bila orang menuduh kita bodoh ada ketikanya sifat sabar kita tercabar.Lalu apakah yang harus kita lakukan dari merasa tercabar dan marah?

Kita buat poyo jer boleh tak?

Ialah sifat poyo ini selalu berada di pihak orang yang bijak akal fikirannya.Poyo bukan kerana bodoh atau tidak tahu tetapi sebaliknya cuma lagaknya sahaja tetapi dasarnya dia bijak.Kita mungkin selalu menuduh orang ini poyo tidak tentu hala.Jangan salah sangka adakalanya kepoyoan mereka memang disengajakan dan diada-adakan untuk mencari kelemahan juga kebodohan kita.

Begitu juga sifat poyo ini sama juga dengan sifat bodoh.

Kalau selalu sangat bodoh dan selalu sangat poyo memang sah mereka ini bodoh dan poyo.Bila bercakap semua benda dia tahu.Semua cerita tidak kira cerita apa pun yang kita sembang dia lebih tahu dan terlalu serba serbi tahu.Cakap apa pun dia sahaja yang betul.Kita sahaja yang nampak kurang bijak dan bodoh dari dia.Kalau kita berjumpa orang macam ini apakah yang selalu kita lakukan?

Buat bodoh dan poyo jer la...malas melayannya kerana kita tahu kita lebih bijak dari dia!


chow!




21 comments:

  1. selalu malas layan. lantak dialah. nak poyo kat org baru bolehlah.

    ReplyDelete
  2. Tak pernah lagi melalui situasi yang setepatnya macam ni. Kalau yg lebih kurang, mungkin ada. Selalunya, buat2 macam bodoh je. Buat2 macam taktau. Buat2 macam dea lagi hebat.

    Kadang2 tu sampai terspeechless. Cuma mampu senyum. Kelat. Err biarlah. Memang dea sentiasa nak rasa dea yang paling hebat pun. Takpe lah. Ameklah, amekk :D

    ReplyDelete
  3. dahla bodoh, poyo pulak tu. eh.

    ReplyDelete
  4. sampai hari ni duk terfikir apa maksud sebenar poto tu.. huhu

    ReplyDelete
  5. betul. hana selalu wat bodo. malas nak layan.kalau layan nanti menyakitkan hati plak.poyo tu hana ingat control.huhu

    ReplyDelete
  6. baca sekali..
    *scroll lagi ke atas.

    nah, punya nak memaham kan tang mana bodoh, tang mana poyo.

    ReplyDelete
  7. aku buat dek jer kalo ade orang duk mengata.
    malas nak mnjawab dan cari gaduh..hahah

    ReplyDelete
  8. bodoh dan poyo, manakan sama.

    ReplyDelete
  9. kalau kita buat-buat bodo je, apa yang dia boleh buat pun... hahaha

    ReplyDelete
  10. kencang sembang tapi tak tahu apa-apa tu poyo kot...

    actually aku macam MM. taktau ape makne sebenar poyo... haha.

    ReplyDelete
  11. Aku selalu buat bodoh je dengan orang yang marah marah dekat aku, sebab aku rasa dengan cara macam tu aku dapat annoy diorang. Huahua

    ReplyDelete
  12. poyo haruslah dilayan dgn poyo jugak. tu makan dia..ngeh3

    ReplyDelete
  13. ini semua poyo . haha :p btw suka entry nie :)

    ReplyDelete
  14. selalu aku ignore. tapi kalu cam tak tahan, aku turut menjadi poyo. haha

    ReplyDelete
  15. Istilah baru ye.. Bodoh poyo. Biasanya bodoh sombong. Jenis gini dia mcm over confident kan? Padahal dia tak tau sgt tapi nak jugak mempertahankan yang pendapat dia tu betul.

    ReplyDelete
  16. terimakasih semua kerana sudi hadir dan memberikan komen....i x dpt nak balas komen kalian semua...


    tersangatlah sibuk la ni!


    muah2!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...