Pages - Menu

11 Jan 2013

Air Mata


Serius aku beritahu yang aku ini bukan seorang yang senang mahu keluarkan airmata.Secara jujur ketika orang tua aku pergi aku masih mampu tersenyum bukan menangis.Hingga ada yang memandang aku dengan pandangan yang begitu menjengkelkan.Bukan aku tidak sedih seperti orang lain termasuk adik beradik dan saudara mara aku tetapi memang aku tak mampu nak paksa airmata aku mengalir.

Ketika itu aku punyai perasaan sendiri iaitu gembira kerana arwah orang tua aku pergi.Gembira kerana dia tidak perlu terlalu lama menanggung sakit kanser hatinya.Aku tidak sanggup melihat dia setiap malam menekan dekat dengan hatinya dan menahan sakit.Adalah lebih baik dia pergi daripada terus menanggung derita.Itu akulah orang lain aku tak tahu.

Semasa putus cinta dahulu pun aku tak mampu nak berlakon untuk menumpahkan air mata seperti kawan aku buat.Dia mampu menangis bagai nak rak depan girlfren dia semata-mata minta jangan diputuskan hubungan.Kalaulah aku mampu buat macam dia pasti ex aku tak blah....hehe!

Sebenarnya aku mahu cerita bagaimana mudahnya airmata aku tertumpah.Seingat aku 2 kali lah yang paling real buat aku sendiri rasa tersipu malu.Dua-dua kejadian berlaku didalam panggung wayang!

Pertama filem Ombak Rindu (....boleh!...) dan kedua malam tadi filem Korea The Tower!

Alahai....hilang rasa jantan aku malam tadi lah! Filem ini pada awalnya macam ok jer tiada apa pun yang sedih tetapi bila sampai bab-bab akhirnya mulailah tercetusnya perasaan hiba dan sebak di dada.Tinggal lagi 2 minit terakhir airmata aku menitis setitis dua.Demi mengelak rasa malu aku terpaksa melakukan sesuatu.

Seminit sebelum habis wayang suasana didalam panggung cukup sunyi sepi masing-masing melayang perasaan sedih dan aku dengan lagak selamba mengeluarkan bunyi tangisan yang agak menghada-ghada siap dengan saputangan di mata.Agak-agak apa yang berlaku?

Semua orang didalam panggung berpaling tepat ke arah aku dan aku masih terus steady beraksi tanpa ada rasa malu dan bersalah.Ini menyebabkan semua orang didalam panggung termasuk kawan aku yang duduk disebelah aku tersenyum tersengeh-sengeh dan ada juga yang ketawa terkekeh-kekeh dengan aksi sedih terlampau aku...hehe!

Lepas tu panggung jadi terang ....semua orang masih lagi melihat dan mencari-cari siapalah punya angkara yang menangis sakan tadi.Mungkin aku ini ada gila sikit....aku buat lagi aksi menangis menghada tadi....tiba-tiba ada seorang gadis bersama rakan-rakanya menegur...

"...u ke yang buat tadi..."

....aah kenapa?....

"...kiut lah..."

Dan kami sama-sama ketawa berdekah-dekah dan terbawa-bawa sampai ke cafe dan ...bla bla bla...!


chow!

30 comments:

  1. pergh... untung la ada orang puji. Ehehehe.

    ReplyDelete
  2. pergh.. kiut tu.. bro dapat tak nombor tepon dia bro??ehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat siap ajak pergi clubing la pulak....peh!

      Delete
  3. Putus cinta tak nangis, kau tengok korea dengan ombak rindu boleh pulak. Adehhhhh.

    ReplyDelete
  4. hahaha . sbb ombak rindu je ke . haha

    ReplyDelete
  5. lelaki nak menangis mmg susah. tapi tinggi mane pun ego laki kalau dah x tahan sangat nk nangis jatuh jugak air mata depan perempuan :)

    ReplyDelete
  6. ko ni ada gilanya jgk sikit sikit..haha kalau aku dah lama aku tendang orang yg nanges2 dlm wayang ni.

    eei..memalukan kaum adam lah ko ni..haha

    ReplyDelete
  7. bru dgr kt radio psl The Tower, niat nk g tgk.. tp xde geng pulak.. tp bila awk kata ada part sedih, adalah lbh baik tgk sensorang.. hahahaha..dh la sy ni kaki nanges!!

    ReplyDelete
  8. owah macam tu, lunak kan rasa kehambaan dengan membaca bab agama, nilah antara cara ada perasaan takut padaNya, rasa rindu padaNya..kadangkala kita perlu ada rasa, seperti rasa khyusuk dalam solat. Susah kan nak hadir kan rasa lunak ni. apa lagi jika lelaki.

    ReplyDelete
  9. hahahaha!!giler sedih la cita tu kan..smpai tacing2 nengok ombak rindu neh.aha..xpe2..tu feeling nmnya..

    ReplyDelete
  10. hahaha lawak btol ..papepon, jarang menangis tengok movie ni ...aku tengok ombak rindu pon tak nangis ..tapi semalam aku tengok cite 'setia hujung nyawa' leh jadi nangis lak ..sedih sedih ...

    ReplyDelete
  11. KOrea tower sedih ke???nk tgok...tp kalo ombak rinduu errr

    ReplyDelete
  12. layan cite pnuh perasaan ni mkne yer.. :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...