Pages - Menu

28 Feb 2013

Bosan ....dan akhirnya?






Satu sifat yang aku ada dan aku tak berapa minat ialah cepat bosan dengan sesuatu benda yang aku buat.Bukan bosan sangat tetapi macam jadi malas ada ketikanya.

Contoh terbaik ialah bila aku mulai kenal apa itu blog.

Permulaan dahulu ketika mula-mula terlibat dengan dunia blog bukan main lagi.Hari-hari ada sahaja cerita yang aku mahu kongsikan di blog tetapi bila sudah menjangkau lebih 3 bulan mula lah sifat bosan aku muncul.Aku tak tahu kenapa tetapi aku rasa bukan aku seorang sahaja yang mengalami situasi yang sama seperti mana aku alami.

Dahulu mula-mula aku adakan blog ini tujuannya ialah untuk meluahkan segala isi hati aku tentang kekecewan di dalam dunia percintaan.Setiap kali aku jiwa aku rasa kacau aku mulai menulis tanpa henti dan ada ketikanya aku sendiri kurang faham dengan apa yang aku tulis dan luahkan.Tulis ikut kemahuan hati adakalanya amat melampaui batas minda aku.Entah apa-apa yang aku tulis.Ikut sedap perasaan sahaja lakunya.

Ianya seperti satu kepuasan bila semua kesakitan dan penderitaan hati diluahkan dengan cara penulisan.Sedikit sebanyak jiwa kacau aku dan sakit hati aku reda dan tenang.Ini mungkin cara yang terbaik buat aku untuk melupakan semua azab di dalam menghadapi keperitan akibat putus cinta.Apa lagi yang azab didalam dunia ini kalau bukan kerana bahana kisah cinta.Jarang aku temui orang bunuh diri kerana sebab lain.Semua yang aku baca dan dengar selalunya bila bunuh diri adalah gara-gara cinta.

Bunuh diri bukan kerana cinta di antara uda dan dara tetapi ada juga kerana terlalu cintanya terhadap seseorang yang mereka puja di dunia ini.

Satu lagi masalah aku ialah bila mula sahaja menulis pasti ceritanya akan lari dari apa yang mahu aku tuliskan.Orang seperti aku yang suka menulis ikut sedap hati memang selalu tersasar dari landasan sebenar.Permulaan cerita lain di pertengahan lain cerita dan penutupnya pula entah apa-apa yang lansung tiada kaitan dengan permulaan dan pertengahan cerita.

Terhenti sekejap aku sekarang....

Mulai terfikir hendak tulis apa sebenarnya.Senang cerita aku menulis ini kerana aku rasa aku sudah mulai terasa yang blog aku ini semakin sejuk membeku.Tiada tulisan-tulisan terbaru dan kerap seperti permulaan dahulu.Ialah daripada tiada cerita lebih elok aku merepek dengan tulisan yang tiada arah tujunya.Setidak-tidaknya adalah story baru dari blog ini walaupun tulisan ini seperti tulisan dari tong sampah.

Masalah-masalah seperti ini sebenarnya ramai yang telah dan sedang hadapi apabila idea semakin kurang dan semangat semakin lemah.Otak jadi blur dan tidak tahu apa lagi yang mahu dikisahkan diblog sendiri.Panduan dari senior-senior blogger memberitahu bagaimana cara untuk mencari idea penulisan ialah kita kena lah rajin-rajin membuat lawatan ke blog-blog rakan taulan kita dan dari situ kita mungkin akan temui idea dari penulisan mereka.

Namun macam biasalah pada awalannya kita memang rajin tapi lama-lama tahap kemalasan kita mulai mencapai tahap yang sangat membosankan.Kita mulai menyampah dan meluat dengan apa yang kita buat sekarang tidak seperti mula-mula dahulu.Sindrom ini memang sangat terkenal didalam dunia blog hari ini.Itu aku akui sangat-sangat lah....

Sebab-sebabnya mungkin banyak kalau ada yang bertanya dengan aku.

Pertama sebab aku lelaki yang tiada berani mendedahkan diri dan identiti maka tiada gambar yang dapat aku promosikan untuk menyakinkan gadis-gadis agar terpikat malahan tergoda dan jatuh cinta dengan aku.Itu satu hal.Jika aku kacak dan kiut mungkin bukan satu halangan besar tetapi rupa aku hanya cukup-cukup makan sahaja.Manis memang ada tetapi kurang kacak.Tidaklah sampai tidak boleh disukai bila direnung sigadis tetapi mungkin kurang rasa ada minat untuk membuat dan mempromosi diri didalam dunia blog.

Semalam aku pergi menonton filem Gengster Celop heroinya si blogger Hanis ....apa ntah lupa lak.Orang ada rupa memang mudah pergi jauh rasanya tidak sia-sia dia terlibat dengan dunia blog dan hasilnya dia sedang tuai sekarang.Kalau aku macam dia aku juga pasti akan popular di suatu hari nanti tetapi masalahnya ialah aku tidak mempunyai rupa yang komersil yang boleh dijual dan ditemberang!

Sekarang jelas terbukti tulisan aku kali ini memang carca marba tiada arah dan tujuan.

Entah aku sendiri tersenyum ....malas aku nak baca semula dari awal.Lantaklah apa hendak jadi pun yang penting hari ini aku berjaya buat satu entry yang terbaru....hehe!

so....chow bhai!

 





24 Feb 2013

Renungkanlah!







.

5:4. Mereka tanya kamu mengenai apa-apa yang dihalalkan bagi mereka. Katakanlah, "Benda-benda yang baik adalah dihalalkan bagi kamu; dan daripada binatang berburu yang kamu ajar, dengan melatih anjing untuk memburu, dengan mengajarnya seperti Allah ajar kamu, maka makanlah apa yang ia tangkap untuk kamu, dan ingatlah (sebutlah) nama Allah padanya. Takutilah Allah; sesungguhnya Allah cepat buat perhitungan."
(Apa yang ditangkap oleh anjing yang dilatih untuk berburu adalah halal dimakan. Anjing tidak menangkap dengan kakinya.)

22 Feb 2013

Sunyi


Sejak sekian lama aku mulai terasa akan kerinduaan kepada kasih sayang.Dahulu itu yang selalu berlegar di ruang minda aku kini aku kehilangannya.Bukan kecewa atau merana cuma rindu kepada belaian kasih sayang.Kemarau terasa begitu mengusik jiwa.

Hidup tanpa di sirami kaseh sayang memang agak menyakitkan jiwa dan raga.Cuba melarikan diri dari semua ini tetapi apakan daya mana bisa mampu menipu diri.

Cinta...ya kembali kembali kepada cinta.Tiada kaseh sayang maknanya tiada cinta.Kembali kepada cinta yang asal cinta kepada yang satu semakin begitu asyik sekali.Siapa lagi dan di mana lagi mahu dicari dan dicurahkan kaseh sayang juga rasa rindu kepada cinta jika tidak kepada penciptanya.

Permulaan dahulu begitu sakit sekali tanpa cinta tetapi hari ini begitu indah tanpa cinta.Benar tiada rasa pahit mana mungkin dapat rasa nikmatnya.Ubat rasanya sangat pahit tetapi begitu sangat mujarab natijahnya.Tersadai terbaring kerana sakit akhirnya kerana kepahitan kita bangun dan terus segar.Malahan semakin kuat dan bersemangat untuk terus bangun dan berlari.

Siapa mungkin tahu apa akan diterima dari segala kejadian ini.Segala kepahitan dan kesakitan apakah akan gantinya?

Rencana yang ditunggu dan dinanti begitu membuat hati jadi sangat teruja.Penantian penuh kesabaran melihat kedatangan pengganti yang telah pergi benar-benar membuat hati menjadi tidak keruan dan gusar tertanya-tanya.Apakah gerangan yang bakal muncul dan patut diterima!

Sering hati berkecamuk menanti apa yang bakal muncul.

Semua yang tersirat dan yang tersurat memberikan seribu satu macam persoalan.Benarkah ianya telah dirancang dengan begitu teliti demi sedikit kesedaran atau mungkin juga memberikan sedikit jentikan agar beringat di suatu hari nanti.

Biarlah apa juga yang telah pergi dan berlaku akan terus dikenang sebagai memori yang tidak mudah dilupakan.Cuma terfikir bagaimana rupa yang akan diterjemahkan di realiti kehidupan ini yang kini.Tenang didalam kekacaun jiwa seperti roh hilang dari tubuh.Terbang terapung namun berat melayang tinggi.Jika ditarik kebawah semakin naik ianya menjunam melambung ke awangan.

Semoga semuanya akan berakhir dengan senyuman yang kekal abadi di satu masa nanti.Pahit dan manis yang di rasa juga di telan biar terpendam dalam di sanubari.Jangan terpaling semula ke muka takut nanti tergigit semula lidah yang sedang bersemi sendiri.

Sunyi yang nyaman dan indah ini adakalanya begitu menjerat segala ketenangan di minda.Tersentuh tetapi tidak berkeruh sukar sekali dimengertikan.Biar ianya menjadi kota yang tidak dimakan zaman.Kekal misteri dengan sendiri tanpa siapa dapat menafsirkannya.

Tiada aku tanpa mu....

chow!

21 Feb 2013

Sibuk Sangat la!



Seronok juga rasanya bila kita bersendirian.Tiada siapa yang peduli kita juga tiada memperdulikan sesiapa.Jalan kesana sini tiada siapa yang paksa dan marah.

Cuma terkadang terasa sunyi dan bosan.

Ketika ini aku agak jarang ke dunia maya ini kerana didunia realiti aku semakin sibuk dan tiada cukup masa untuk bersenang lenang.Biasalah ada kala kita terlalu senang dan adakalanya kita terlalu susah mencari masa juga mencuri ruang untuk bersembang dan buang temberang.

Itu jer takat ini...idea semakin pupus mungkin kerana kesibukan dan mungkin juga kepenatan...lain kali jer cerita panjang!

chow!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...