Pages - Menu

22 Feb 2013

Sunyi


Sejak sekian lama aku mulai terasa akan kerinduaan kepada kasih sayang.Dahulu itu yang selalu berlegar di ruang minda aku kini aku kehilangannya.Bukan kecewa atau merana cuma rindu kepada belaian kasih sayang.Kemarau terasa begitu mengusik jiwa.

Hidup tanpa di sirami kaseh sayang memang agak menyakitkan jiwa dan raga.Cuba melarikan diri dari semua ini tetapi apakan daya mana bisa mampu menipu diri.

Cinta...ya kembali kembali kepada cinta.Tiada kaseh sayang maknanya tiada cinta.Kembali kepada cinta yang asal cinta kepada yang satu semakin begitu asyik sekali.Siapa lagi dan di mana lagi mahu dicari dan dicurahkan kaseh sayang juga rasa rindu kepada cinta jika tidak kepada penciptanya.

Permulaan dahulu begitu sakit sekali tanpa cinta tetapi hari ini begitu indah tanpa cinta.Benar tiada rasa pahit mana mungkin dapat rasa nikmatnya.Ubat rasanya sangat pahit tetapi begitu sangat mujarab natijahnya.Tersadai terbaring kerana sakit akhirnya kerana kepahitan kita bangun dan terus segar.Malahan semakin kuat dan bersemangat untuk terus bangun dan berlari.

Siapa mungkin tahu apa akan diterima dari segala kejadian ini.Segala kepahitan dan kesakitan apakah akan gantinya?

Rencana yang ditunggu dan dinanti begitu membuat hati jadi sangat teruja.Penantian penuh kesabaran melihat kedatangan pengganti yang telah pergi benar-benar membuat hati menjadi tidak keruan dan gusar tertanya-tanya.Apakah gerangan yang bakal muncul dan patut diterima!

Sering hati berkecamuk menanti apa yang bakal muncul.

Semua yang tersirat dan yang tersurat memberikan seribu satu macam persoalan.Benarkah ianya telah dirancang dengan begitu teliti demi sedikit kesedaran atau mungkin juga memberikan sedikit jentikan agar beringat di suatu hari nanti.

Biarlah apa juga yang telah pergi dan berlaku akan terus dikenang sebagai memori yang tidak mudah dilupakan.Cuma terfikir bagaimana rupa yang akan diterjemahkan di realiti kehidupan ini yang kini.Tenang didalam kekacaun jiwa seperti roh hilang dari tubuh.Terbang terapung namun berat melayang tinggi.Jika ditarik kebawah semakin naik ianya menjunam melambung ke awangan.

Semoga semuanya akan berakhir dengan senyuman yang kekal abadi di satu masa nanti.Pahit dan manis yang di rasa juga di telan biar terpendam dalam di sanubari.Jangan terpaling semula ke muka takut nanti tergigit semula lidah yang sedang bersemi sendiri.

Sunyi yang nyaman dan indah ini adakalanya begitu menjerat segala ketenangan di minda.Tersentuh tetapi tidak berkeruh sukar sekali dimengertikan.Biar ianya menjadi kota yang tidak dimakan zaman.Kekal misteri dengan sendiri tanpa siapa dapat menafsirkannya.

Tiada aku tanpa mu....

chow!

10 comments:

  1. Mintak dengan Allah semoga nanti dah tak sunyi. InsyaAllah

    ReplyDelete
  2. Emmm kritikal gak ni
    carilah teman penganti

    ReplyDelete
  3. sunyi tu kadang kadang best kan... tapi kadang kadang bosan giler :-)

    ReplyDelete
  4. simptom2 memerlukan cinta kehkeh

    ReplyDelete
  5. Sunyi best apa. Banyak benda boleh dilakukan waktu sunyi.

    ReplyDelete
  6. relax bro. jodoh tu di tangan Allah.

    ReplyDelete
  7. Lelaki Semalam,

    Pendapat peribadi saya, letakkan 'cinta' itu pd kedudukan yg sebenar barulah hidup kamu akan bahagia dan tidak mudah dikecewakan.

    1. Kepada Allah
    2. Kepada Manusia
    3. Dan lain-lain...

    Semoga berjaya dalam pencarian. Jgn sedih-sedih lagi okeh!

    -sepi itu indah-

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...