Pages - Menu

27 May 2013

Long Beach Perhentian.


Selama 5 hari aku kat Pulau Perhentian ,Terengganu.Ini tempat memang aku tak pernah jemu pergi sudah lebih dari 5 kali ke sana tapi aku masih lagi mahu ke sana lagi.Suasana di sana buat aku terlupa segala2nya.Hilang semua galau dalam hati dan jiwa aku.Aman sentosa bahagia selalu begitu.

Bila aku di sana semua yang berbelit di dalam kepala otak harus terus terlerai.

Kali ini kesana aku di sertai lebih dari 25 orang kawan2 baru.Kawan aku yang kelolakan trip ini dan aku di ajak sertai.Mereka yang turut serta agak muda2 kali ini sekitar 18 ke 25 tahun.Cuma aku dan kawan aku jer yang agak senior dari mereka.Ala2 abang besar gitu!

Siang ke malam tiada rehat lansung bila kita di kelilingi oleh orang2 yang lebih muda dari kita.Banyak betul rencananya.Tidak boleh duduk diam habis keliling pulau kami terokai.Dari Perhentian Besar sampai ke Perhentian Kecil memang sangat happening!

Trip kali ini sangat meriah dan berjaya sekali.Penyu dapat dilihat malah dipegang beberapa kali.Lebih dari 5 ekor yang berjaya di jumpai.Begitu juga di shark point kami sangat bernasib baik bertemu mata ke mata dengan ikan2 Yu yang chomel2 besarnya.Seram kepala lutut di buatnya...hehe!

Itu story yang sedikit lebih kurang yang boleh aku ceritakan kat sini kalau mahu tahu lebih lagi you all kena pergi sana la yer!

chow!


22 May 2013

Masa Lalu






Semua orang tidak tahu apa yang bakal berlaku pada esok hari.Begitu juga dengan aku kini.Cuba sedaya upaya untuk lebih beradab dan cuba menjadi diri sendiri.Tidak mahu lagi terikut2 rentak orang lain.Tidak mahu lagi tergoda dengan cerita2 manis mereka lagi.

Mahu aku salahkan mereka ...rasanya tidak adil.

Setiap kali aku menoleh ke belakang setiap kali itu juga aku merasa tersangat geram dan sesal.Kenapakah aku begitu mudah percaya dengan segala apa yang aku dengar dan lihat.Hairan juga aku dibuatnya.Adakah aku lemah atau aku lalai membiarkan semua yang mereka katakan adalah benar dan bukan palsu.Mahu salahkan siapa sekarang...aku atau mereka?

Harus akui itu memang salah aku sendiri.

Benar aku ini cuma seorang manusia yang lemah dan tiada punya kuasa dapat membaca apa yang sedang mereka fikirkan dan akan lakukan terhadap aku iaitu simangsa.Kalau katakan aku lemah aku bukan begitu.Jika aku silap kenapa harus itu berlaku lagi.Sudah suratan mungkin.Itu mungkin juga kerana kedatangan mereka seperti tidak aku rasai akan natijahnya.Tergoda atau lebih tepat lagi terpukau dengan gaya dan cara pendekatan mereka yang begitu nampak iklas dan jujur.

Namun jelas sekali aku cuma manusia.

Hari ini aku cuba bangun dari segala kecelakaan yang telah menimpa dan melanda di seluruh ruang emosi aku yang lalu.Setiap saat yang berlalu benar2 memberikan aku inpirasi yang tidak terhingga hebatnya.Nyata sekali harga yang telah aku bayar amat tinggi sekali mahalnya.Tidak berbaloi tetapi amat berguna untuk aku simpan didalam gengaman tangan kiri aku agar aku tahu apa itu kesakitan tanpa ada kesan terluka.

Hidup ini memang tiada kesempurnaan.Seringkali sahaja perlu memberi dan menerima walaupun kita tidak meminta dan merayu akan kewujudannya.

Jarang sekali aku melihat semua ini sebagai satu penunjuk kepada jalan yang bakal mendatang.Setiap yang berlaku benar2 memberikan aku sesuatu yang aku sendiri tidak mahu miliki.Termenung jauh dan cuba melihat semula kepada apa yang telah aku lalui dahulu.Semua ini pasti ada sebabnya dan bukan sengaja di ada2kan.Cuma mungkin aku kurang menghayati semua perkara sebelum ini dengan sangat teliti atau mungkin juga aku terlalu terpesona dengan angan2 aku sendiri.

Untuk mengakui satu perkara yang kita tidak mahu akui adalah sangat sengsara sekali.

Jika diberikan peluang sekali lagi mungkin bukan aku sahaja tetapi mereka semua pasti akan cuba melakukan yang terbaik sekali.Cuma mungkinkah itu mampu berlaku atau mungkinkah sempat ianya berlaku lagi nanti.Sempatkah lagi merasai dengan masa yang semakin suntuk dan singkat kini.

Moga ada ruang...!

chow!




21 May 2013

Ratuku





Bukan semua mereka itu baik adakalanya mereka juga jahat.Tiada berhati perut malahan lagi sangat kejam.Semua manusia punya perasaan punya hati walaupun kita berhak untuk memperkatakan apa sahaja tetapi itu bukannya sesuatu yang seharusnya dilakukan.

Fahamilah hati mereka bukan mengambil kesempatan dari ketamakkan kita.

Satu dunia tahu malahan mengakuinya akan hebatnya kuasa yang kamu miliki.Tuhan juga akui kehebatan yang kamu miliki terhadap apa yang telah kamu lahirkan.Tiada siapa layak menafikan kamu tetapi kamu juga manusia.Kamu juga punya perasaan punya dosa.Jangan salah gunakan demi nafsu kamu yang seperti tidak mengenal erti kasihan.

Mereka jadi serba salah jika melawan dikatakan derhaka bila dibiarkan terlalu pula sifat benci menjelma.Itu hakikat yang terlalu azab untuk diakui dan diterima.Jangan terlalu mengikut hati kerana kamu yang pasti rugi kehilangan semua.Benar kamu hebat tapi kamu juga mempunyai 9 sifat nafsu.Mohon tidak dianiya darah yang sealiran kamu.

Berikan mereka ruang.Jangan diratukan hati kamu demi kerana wang ringgit.Kenapa hari ini tempat kita bermanja seperti batu kerikil yang tajam menikam.Riba yang lembut itu seperti tiada lagi wujud pada saat ini.Semua berpaksikan lambang yang beraja di atas kertas.

Dunia ini semakin kejam.

chow!





19 May 2013

Rimas dan Lemas





Semalam hari sabtu malam minggu.Orang muda bilang malam yang tiada hadnya malam muda mudi.Lama juga aku tak ke kelab malam atau pun disko.Bukan baik sangat tetapi sudah malas dan letih melayan tempat begitu.Mungkin usia yang semakin meningkat membuatkan aku tidak terlalu mesra lagi dengan tempat dan suasana begitu.

Cuma malam tadi kawan yang seusia aku mengajak aku keluar sekejap dari alam realiti.Katanya fikirannnya agak tidak begitu selesa sekarang.Aku pandang muka dia dengan pandangan yang agak aneh.Kepala berserabut tapi ajak aku ketempat yang berserabut apakah maknannya.

Dia balas....alah kau ikut je la temankan aku ok!

Oleh kerana semuanya akan ditanggung maka aku turutkan sahaja.Sekali sekala apalah salahnya.Sebelum sampai ke sana aku tanya kawan aku dia mahu kemana dan dia cakap bawa je kemana2 asalkan boleh goyang kepala.Maka kelab Zouk KL menjadi pilihan.

Malam minggu orang punya la ramai.Beratur punya la panjang.Cuma yang pelik dan buat aku tak selesa ialah ramai bangsa asing dari bangsa sendiri.Dalam hati aku berkata betul ke tempat yang aku bawa ni.Belasah je la alang2 dah sampai.Macam kera aku dan kawan aku.First time masuk ke situ dan jadi blur semacam ntah tak tahu nak kemana.Kalau tak tahu baik kita bertanya daripada buat2 tahu....aku pun tanya dengan gadis yang aku rasa biasa dengan tempat ini...

"....dik!!.... tempat ni ada berapa disko?..."

"....ooooh sini ada 6 disko di bawah satu bumbung....2 kat bawah 3 kat area lantai ni dan satu kat atas!...."


Tercenggang mulut aku.Mak ai banyaknya disko patutlah ramai orang.Apa yang pasti tempat ini memang sudah tak sesuai dengan aku lagi.Pilihan lagu yang agak luarbiasa dan tiada had hentinya.In house musik.Berdentam dentum dan dengan orang yang terlalu ramai sesak.Asap rokok yang semakin lama semakin seperti asap kabus pagi di genting.Aku yang cuma minum coke pun sudah terasa mabuk terkena asap rokok yang terlalu banyak.

Lain2 hal aku tak mahu komen.Faham2 sudah tempat jin bertendang dan tempat yang digemari sang penghasut dunia.Semua ada cakap jer mahu atau tidak je melayannya.Cuma aku sahaja tak mahu melayan.Sudah tak boleh masuk kepala lagi.Rimas dan lemas!

Kawan aku...best juga sekali sekala buang tebiat! Aku senyum dan tertawa sinis kecil.


chow!

18 May 2013

Tak Penat ke?






Entah kadang2 aku tak faham dengan orang yang suka berborak hal politik.Aku fahamlah itu masing2 punya hak untuk bercakap dan beri pendapat.Cuma yang aku tak faham ialah tak kan lah takder masa untuk berehat dari berborak hal2 politik.

Seingat aku lah dah dekat 4 tahun atau lebih hari2 sembang tentang hal politik.

Tak penat2 ke? Tak bosan ke? Tak reti bahasa ke? Cubalah cerita hal lain pulak.Tukar tajuk cerita lain.Cerita yang tiada kena mengena dengan cerita politik.Ialah kalau dah hari2 dok cerita pasal hal politik lama2 kawan boleh jadi lawan dan semua orang akan membenci sesama sendiri.

Dari celik biji mata sampai tutup biji mata.Dari terbit matahari sampai terbenam matahari.Dari rumah bawa ke ofis sampai ke dalam kereta.Sarapan pagi ,makan tengah hari ,minum petang sampai makan malam...tak habis2 borak pasal cerita politik!

Cuma satu pertayaan aku kenapa terlalu emosi dan yer2 sangat tentang hal politik ni?

Bangsa lain pun berpolitik juga tetapi tak lah macam bangsa kita ni.Entah apa hantu yang merasuk orang2 kita ni.Kalau bercakap dan berbalah memang hebat2 belaka.Lansung sedikit tak mahu mengalah malah boleh diajak berlawan dan bertumbuk.Tidak kira budak atau bapak budak lagak dan peel sama jer!

Rasa nak muntah pun ada juga bila aku terperangkap dengan golongan ini.Baik yang sokong kerajaan atau yang sokong pembangkang.Kedua2nya sama sahaja.Bodoh macam lembu!Tak perlulah sangat berhujah bagai atau kenal segala macam orang konon2 untuk menguatkan hujah dan konon2 cerita dia sahaja yang benar.

Sudah2lah! Tak penat2 ke!

chow!

17 May 2013

Kes Naya!






Tersipu2 tersenyum aku sendiri.Entah salah teliga aku yang pekak kurang perdengaran atau dia yang cakap terlalu lembut dan perlahan maka aku tersalah dengar.

Waktu itu didalam satu majlis hari lahir kenalan kepada kenalan aku.Rasanya 2minggu lepas perkara ini berlaku.Gadis ini tinggi lampai dan putih manis dan berlesung pipit memang cantik dan menarik.Gadis jenis ini memang cepat buat aku tertangkap untuk mendekatinya.Dipermudahkan jalan cerita gadis ini adalah gadis yang mahu diperkenalkan kepada aku oleh kenalan aku ini.

Sudah mengantuk lagi disorongkan bantal....ya hebat sekali!

Maka duduk la berdua kami semeja.Sengaja kenalan aku biarkan aku berdua.Tanya nama tanya usia dan tanya itu ini dan macam2 tanya sampai dua2 jadi rimas.Majlis hari lahir yang ramai tetamu dan diringi sedikit bunyi karoeke yang agak bising dan memeningkan.

Cuma aku terlupa minta no hp dia apabila majlis berakhir.

Semalam aku terima satu panggilan misteri dari gadis yang aku temui di majlis hari lahir tempoh hari.Hampir tengah malam dan katanya dia ada masalah dan sekarang berada di KL sentral.Katanya minta tolong hantarkan dia 4 beradik kerumah makciknya di pinggir ibukota dan aku kata ok.Niat aku baik iaitu takut kalau2 ada perkara buruk terjadi.Singgah sebentar di gerai tepi jalan kerana aku terdengar adik dia yang berumur 11 tahun merungut lapar.

Biasalah untuk mengenali siapa mereka sekali lagi aku bertanya nama siapa dan usia berapa.Gadis ini aku tahu nama dia dan usia dia cuma yang lain2 aku tidak tahu.Tanya dan tanya dan aku keliru.


"....ini kakak u 19 tahun...ini abang u 18 tahun dan ini adik bongsu u 11 tahun....umur u berapa?..."

"....umur i 16 tahun la kan i dah beritahu u tempoh hari!!!..."


Eh! hari tu aku dengar dia cakap umur dia 19tahun dan kakaknya 21 tahun! Berkerut2 dahi aku bila terdengar apa yang gadis ini katakan.Jika dilihat dari ketinggian memang dia nampak seperti gadis yang agak berusia tetapi aku memang tak sangka rupa2nya dia baru sahaja berumur 16 tahun! Hati aku baru sahaja mahu berbunga dan bina taman asmara tetapi siang2 terpaksa pacak papan tanda yang tidak dibenarkan bina taman bunga kerana tanahnya bertoksid!!!


Naya2....boleh kena 20 tahun penjara dan 20 kali sebatan ni!


chow!


16 May 2013

Siapa Sepi







Semalam aku tidak tahu apa yang telah aku lakukan.Cuma yang pasti ianya sesuatu yang aku suka tetapi masih lagi ada keraguan.Cuba iklas dengan diri sendiri dan berkali2 aku tanya.Ok ke atau tidak jika aku teruskan.Hati aku kata terpulang dan akal aku kata hati2.

Benar sekali hidup ini seperti satu perjudian.

Jika salah membuat pilihan kita bakal kalah dan jika betul maka kita akan meraih akan kemenangan.Bagi aku pula kalah menang itu bukan persoalan yang besar sangat kerana aku sudah lali.Orang kata macam sudah tiada rasa sakit atau happy.Sama jer reaksinya bila menerima keputusan.

Katanya.....


"...jauh sudah aku pergi dan cuba melarikan diri dari bayangan masa silam namun ianya bukan mudah.Pelbagai cara cuba aku padamkan dan hitamkan tetapi ianya seperti tidak mahu pergi dan mengerti..."


Aku cuma mampu tersenyum.


chow!

15 May 2013

Buta Mataku?


Setiap orang pasti mengalami seperti mana aku alami sekarang.Permulaan memang macam2 perkataan keluar.Segala macam ayat yang kurang enak dan sedap kita lemparkan untuk membuktikan betapa marah juga sakit hati kita.Kalau boleh dunia ini kita mahu terbalik tertonggeng!

Masa berlalu dan semua sudah kembali seperti sediakala.

Entah macam mana satu perkara pelik berlaku.Hari itu kita bukan main yer2 marah.Kita waktu itu umpama raja kepada segala syaitan.Tiada noktah tiada koma.Buta dan pekak kepada semua perkara yang wujud didalam alam ini.Lansung tiada setitik darah pekat yang masih kekal didalam urat2 badan kita.Seolah2 tidak mungkin ada siang dan muncul malam untuk esok harinya.

Hari ini kita seperti tikus rindukan penyapu.

Persimpangan didalam dilema.Jika diteruskan seperti menjilat ludah sendiri.Jika tidak diteruskan seperti ditelan mati bapak di luah mati emak.Takut kepada bayangan sendiri pun ada juga lagaknya.Jika aku pokok atau batu atau kerbau pasti mudah untuk aku buat keputusan.Namun sayangnya aku seorang manusia yang secara otomatik teranugerah sejenis benda yang dinamakan akal yang terletak didalam otak didalam temgkorak kepala aku.

Untuk menambahkan lagi sesak didada aku dan juga rongga tekak aku.

Dilastik sekeping hati yang mempunyai nyawa jiwa melekat tepat ditengah2 dada aku.Perghhh....memang terhebat sekali ciptaan yang maha kuasa ini.Berdecit2 mulut aku waktu menaip barisan ayat2 ini.Bayangan dan juga imbasan kini mulai menghantui diluar selaput keegoan aku.Dipanah sudah berkali hilang nyawa tidak terkira lagi.Tubuh sudah lunyai dimamah sejuta anai-anai benci tetapi hati masih kekal seperti batu gunung berapi!

Ah...sialan!

chow!

9 May 2013

Keyakinan






Satu ketika dahulu aku terlalu santai dalam kehidupan dan maka pada hari ini aku mulai terasa akan kekesalannya.Curang dengan masa dan waktu.Lalai dengan keseronokkan yang tiada had dan batasannya.Jika mahu disesalkan ianya tiada guna lagi sekarang.

Semua sudah berlaku dan tidak mungkin berputar kembali kepada yang asal.

Keyakinan yang aku ingin miliki sekarang begitu mencabar kewibawaan aku sebagai manusia yang agak begitu terlalu mudah didalam beberapa perkara.Kekuatan itu ada cumanya takut seperti hangat2 tahi ayam.Bila lagi aku perlu mulakan jika tidak sekarang.Biar lambat asal ada sesuatu yang dilakukan daripada tiada lansung.

Pandang keliling aku rasa aku sudah ketinggalan jauh.

Bila ditanya mereka pula kata aku terlalu maju ke hadapan.Hairan juga pelik buat aku.Kurang keyakinan diri pada diri sendiri mungkin salah satu sebab yang buat aku sedih.Mereka yakin aku mampu pergi lebih jauh tetapi diri aku sendiri seperti batu penghalang kepada kemajuan aku.

Semoga aku diberikan sesuatu yang aku sendiri tidak tahu.

chow!

8 May 2013

Godaan






Godaan yang kini aku alami begitu mencabar apa yang selama ini aku pegang.Bukan kerana aku sombong atau cuba menidakkan tetapi perbalahan dalaman begitu membebankan.Jika aku teruskan ada kemungkinan aku terhenti di tengah jalanan.

Siapa yang harus berkorban.

Benar orang berkata kita tidak boleh miliki semua dalam satu2 masa dan juga dalam hidup kita.Mana mungkin adil jika semua kita miliki.Perlu ada keseimbangan tetapi apa yang sedang aku lalui agak begitu mencabar dengan apa yang aku fahami.

Sekarang aku cuba terima sebaik mungkin segala kemungkinan yang hadir.Jika sudah itu yang terencana maka akan aku terima jua.Walaupun pasti ada yang tidak bersetuju dengan apa yang bakal berlaku nanti.Ialah aku juga bukan minta itu yang berlaku namun jika sudah itu suratannya mana mungkin aku tolak.Semua orang ada konflik tersendiri.

Harapan biar semua jadi indah belaka kelak.

Apa lagi yang aku mahu dari dalam dunia ini kalau bukan bahagia.Cuma adakah godaan itu adalah kebahagian aku yang selama ini aku sabar harungi.Berat memang berat tetapi apa daya jika itu yang akan berlaku.Kalau aku nafikan takut aku mengigit jari di kemudian hari.Kalau aku terima takut karam kembali semula.

Godaan ini sungguh menghairahkan.

chow!

Sepatu Tinggi






Kalau ikut mata aku lahkan aku suka yang bersepatu tinggi.Entah kenapa mata aku memang agak begitu gatal kalau melihat baik gadis atau bukan gadis yang berjalan menggunakan sepatu tinggi.Mata aku pasti tidak berkedip sedikit pun ke arahnya.

Dimulai dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Bagi aku jika seseorang wanita yang berkeyakinan dan agak begitu sombong pasti hebat dengan sepatu tinggi mereka.Tidak secara lansung akan terserlah kecantikkan yang menarik walaupun rupa wajah tidak begitu.Daya lenggok dan gaya jalan begitu mempersonakan dan melahirkan sedikit aura keseksian.

Secara telus aku memang teruja jika terjumpa malahan jika bersaing mahupun menongkah arus ketika berjalan bersama mereka.Seperti ada sesuatu tarikan magnet untuk aku mendekati mereka.Suka atau tidak itu bukan persoalan besar apa yang penting aku harus dekati mereka.

Tak cuba tak tahu!

chow!

7 May 2013

Fikiran Sendiri






Seminggu dua ini aku sedang bergelut dengan perasaan sendiri.Lama juga berdiam tanpa ada sesuatu keputusan dibuat.Takut dan benci seperti telah bersatu.Semakin aku berjalan ke hadapan semakin dekat pula bayangan belakang mengekori.

Binggung malahan was2 seiring dan sejalan.

Kalau aku ikutkan hati adakah mungkin itu bakal trajedi.Jika aku sangkal rasa hati apakah mungkin akan kembali semula sejarah silam.Sukar juga yer mahu berdolak dalik dengan hati ini.Mahu aku bohongi tetapi seperti meludah kelangit.Siapa yang harus aku minta nasihat dan pandangan ketika ini.Tiada ketelusan atau tiada kesukaran sebenarnya?

Semakin lama semakin aku lemas.

Dahulu ada orang berkata biarkan dan pedulikan sahaja.Aku ikuti namun seperti menuang air di daun keladi malahan seumpama menepuk air didalam dulang.Rambut dan hati kepada aku sama rumitnya.Warna nampak hitam tetapi terlalu berjuta harus diteliti dan dikira.Jangan aku kehilangan apa yang dikendung dan tak terkejar barang yang dihadapan.

chow!

6 May 2013

Benci Siapa




Semalam semua orang sudah nampak dengan jelas bagaimana kebaikan di balas dengan kebencian.Cuma aku tak faham siapakah sebenarnya yang mereka benci.

Pemerintah atau bangsa yang memerintah?

Terlalu sangat jelas sekali cara mereka meluah dan memperlihatkan kebencian.Jika datangnya dari pihak yang tidak sehaluan itu kita amat memahaminya.Itu hak masing2 malahan akan membawa kepada kebaikan.Tidak semestinya kita tak setuju kita tak suka.Mungkin cara atau gaya yang kita bawa tidak sehaluan atau tidak mengikut kehendak mereka.Itu tidak mengapa.

Melihat kepada senario ini aku percaya mereka mempunyai agenda yang agak kurang kita sukai.Cara mereka agak begitu merunsingkan fikiran aku.Harap maklum aku bukan bercakap tentang manusia yang sama rupa paras dan seagama aku.Tulisan ini lebih kepada mereka yang tiada tahu erti sopan santun dan jarang sangat memberi ucapan terimakaseh secara iklas.

Mereka yang mengusai kuasa ekonomi kita!

Hari ini mereka semakin dekat dengan apa yang mereka mahu itu pun atas bantuan iklas manusia yang tamak dan hilang pertimbangan.Cuma harapan aku kehijauan itu mampu mencerahkan kepekatan darah merah sang durjana!

chow!

4 May 2013

Palsu






Satu perkara yang aku tak pakar sangat ialah menipu.Keduanya pula ialah berpura-pura dan bersikap sangat menyakinkan kepada sesiapa yang sedang kita hadapi.Hairan dan bin ajaib macam mana mereka mampu melakukannya tanpa ada rasa sedikit pun rasa bersalah?

Terkadang terfikir juga aku untuk bertindak sedemikian.

Namun seperti selalulah cakap memang mudah bila sampai masanya kita seperti tersentap terhenti.Pelik dan binggung memikirkannya bagaimana mereka mampu lakukannya dengan begitu hebat dan tanpa ada sedikit pun cacat celanya.Part yang paling bestnya pula ialah kita pula dipersalahkan.

Kita adalah mangsa tetapi kita pula yang kebinggungan akhirnya!

Termenung lama juga aku memikirkannya.Mereka ini manusia atau binatang.Tiada perasaan atau sengaja tidak berperasaan.Kejam dan tiada berperi kemanusiaan.Sewenang2nya mengambil kesempatan terhadap mahluk yang jujur lagi baik sebagai bahan lawak jenaka mereka.Aku harap aku mampu saksikan akan akhir cerita mereka.

chow!


2 May 2013

Hilang Minat


Semua orang alaminya bukan hanya aku seorang.Hilang minat atau hilang terus dari dunia berblog.Permulaan memang ada rasa bersemangat dan berkobar2 untuk bikin blog.Bersemangat dan sangat ghairah.Kalau boleh mahu hari2 update entry dan tak kisahlah apa cerita sekalipun.

Lagi terliur bila melihat blog orang lain yang berbagai2 dan cantik2 dan berinfomasi.

Kita pun mulai beranggapan bahawa dunia blog ini best sangat.Kita cuba yang terbaik dan memuat turun gambar2 yang menarik tentang diri kita atau perkara2 yang berkenaan entry kita.Rajin ke hulu ke hilir melawat blog orang lain dan tinggalkan komen....macam biasa la minta kunjungan balas!

Bulan pertama ok.Bulan ke dua ok lagi.

Bila sudah melebihi ke angka 3 bulan kita mulai sedar ianya bukan sangat mudah untuk memiliki sebuah blog yang hebat.Mula la ada rasa pahit2 masin.Garu sana sini padahal tak gatal pun.Termenung tengok skrin laptop dan bertanya ...apa yang aku buat ni?

Kembali ke pada asasnya.Bikin blog untuk apa?

Kalau aku lah aku bikin blog kerana ianya tempat yang paling selamat untuk aku meludah dan meluah segala macam rasa hati aku.Mana ada tempat yang lebih selamat lagi untuk kita membebel dan merepek tentang rasa hati dan sakit hati kita?

Entry ini aku bikin kerana ada seorang blogger yang aku minati seperti sudah mati dari dunia ini! Dulu rajin dia bikin post.Banyak gambar2 dia ...la ni....5 minggu senyap macam batu! Bosan ke?

chow!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...