Pages - Menu

7 May 2013

Fikiran Sendiri






Seminggu dua ini aku sedang bergelut dengan perasaan sendiri.Lama juga berdiam tanpa ada sesuatu keputusan dibuat.Takut dan benci seperti telah bersatu.Semakin aku berjalan ke hadapan semakin dekat pula bayangan belakang mengekori.

Binggung malahan was2 seiring dan sejalan.

Kalau aku ikutkan hati adakah mungkin itu bakal trajedi.Jika aku sangkal rasa hati apakah mungkin akan kembali semula sejarah silam.Sukar juga yer mahu berdolak dalik dengan hati ini.Mahu aku bohongi tetapi seperti meludah kelangit.Siapa yang harus aku minta nasihat dan pandangan ketika ini.Tiada ketelusan atau tiada kesukaran sebenarnya?

Semakin lama semakin aku lemas.

Dahulu ada orang berkata biarkan dan pedulikan sahaja.Aku ikuti namun seperti menuang air di daun keladi malahan seumpama menepuk air didalam dulang.Rambut dan hati kepada aku sama rumitnya.Warna nampak hitam tetapi terlalu berjuta harus diteliti dan dikira.Jangan aku kehilangan apa yang dikendung dan tak terkejar barang yang dihadapan.

chow!

12 comments:

  1. Aku juga pernah alami situasi macam ni. last2 kawan aku bagitahu.. mintak petunjuk dari DIA. Itu yang terbaik. :)

    ReplyDelete
  2. Serius, ak rsa macam membaca bait2 barisan ayat dalam sebuah novel bertemakan psikologi (-_-)

    hehehe. Ha, cerah dah kat sini.

    ReplyDelete
  3. pergh... apakah yang berlaku sebenarnya bro?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima atau tidak....itu ceritanya.

      Delete
  4. bergelut dengan perasaan sendiri tu yang susah tu. T_T. susah nak buat keputusan. T_T

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...