Pages - Menu

30 Oct 2013

Keperluan atau Pilihan



Hari ini ramai diantara kita semakin keliru diantara keperluan dan pilihan.Semuanya dipukul sama rata walaupun sedar betapa besar akan perbezaannya,Namun seperti biasa sentiasa ada jawapan yang berupa alasan sebagai satu perlindungan.Semua ini berlaku apabila kita sudah melupai akan kenikmatan dari kesejahteraan yang sedang kita miliki dan nikmati pada hari ini.Siapa yang mahu dipersalahkan maka itu juga harus dijawap sendiri oleh tuan punya badan.

Entah tidak tahu mengapa semua ini berlaku.Semakin mahu di perjelaskan dan cuba difahamkan maka dengan segera juga mereka cuba memekakkan teliga dan menafikan.

Semua berhak berkata apa sahaja dan berhak juga mengata dan terus juga tidak berpuashati tetapi harus disedari semua ini ada batas dan sempadannya.Mana mungkin semua ini harus diberikan dan diterima dengan percuma.Mahu buang tahi dan buang segala macam yang kotor2 pun harus ada harganya.Tiada yang percuma pada hari ini.Segala2nya adalah duit dan jika tiada duit mana mungkin akan mendapat segalanya.Mereka yang bekerja di rumah Allah juga tiada yang sudi memberikan khidmat secara percuma!

Kalau itu juga masih tidak faham dan tak mahu faham......baik pergi mati!

Mati pun susah juga pada hari ini.Semua kena bayar bang....mana ada yang percuma lagi sekarang.Kita orang Islam mungkin bernasib baik kerana kos kematian tidaklah terlalu nak mati bila mahu membuat pembayaran.Kalau yang kafir yang percaya siapa yang menpunyai kubur paling tinggi yang konon paling dekat dengan syurga ...cuba tanya berapa kos yang harus mereka bayar?

Kalah harga rumah banglow!

Oleh itu harus difahami apa itu pilihan dan apa itu keperluan.Keperluan ialah sesuatu yang harus kita miliki dan tidak dapat kita elakkan lagi.Jika tiada sesuatu yang berupa keperluan maka kita mungkin tidak dapat menjadi manusia yang sehampir sempurna kehidupannya.Lebih kurang maksud ialah kita tiada pilihan mahu atau tidak kita harus memilikinya.Maka pilihan pula ialah sesuatu yang kita mampu miliki dan kuasai hanya dengan sedikit kebijaksanaan.Jika kita tidak memilih kita yang akan merasai buruk atau baiknya.Itu hak kita memilih atau tidak memilih kerana kita tahu apa akibat dari pilihan yang kita buat.Orang kata sendiri pilih sendiri tanggung lah!

Cuma yang sedihnya pada hari ini ramai yang keliru apabila berdepan dengan keperluan dan pilihan.Bila dengan sengaja menyalahkan orang lain atas segala yang berlaku pada hari ini.Padahal semuanya terletak didalam tangan kita sendiri.Setiap keperluan yang wajip kita miliki pada hari ini sebenarnya telah diberikan banyak kelonggaran di mana kita sebenarnya mampu membuat pilihan.Tiada siapa yang paksa atau mengarahkan kita.Kita suka kita buat dan kalau tidak suka kita boleh biarkan sahaja.

Tepuk dada tanya selera.

Contoh...Harga minyak naik kita mulai marah2.Kita mulai melobi di serata tempat yang kita singgah dan mengata itu ini.Kita hentam mereka kita kutuk mereka hinggakan sampai hilang suara kerana terlalu banyak bercakap.Kenyataan ini bukan ditujukan kepada pemimpin pembangkang.Mereka pro dan itu kerja dan tanggung jawap mereka.Maka mereka dikecualikan.Ini untuk mereka yang bukan ada apa2 pun dengan sesiapa.Tiada ahli tiada parti cuma memang suka cari pasal dengan sesiapa sahaja.

Harga minyak naik marah...tapi mampu beli kereta harga yang berpuluh ribu.Gaji tidak sampai pun 3000 tapi ada hati mahu pakai kereta yang berpuluh ribu.Minyak naik cuma 20sen dah bising.Kereta keperluan ke atau pilihan pada hari ini? Siapa yang paksa beli?

Kalau sudah tahu awak itu kurang mampu jangan lah mengatal beli kereta yang berpuluh ribu.Gunakanlah kuasa pilihan yang kita miliki.Beli kereta yang kecil dan sudah terpakai.Tidak mampu juga beli sahaja motor.Tidak mampu lagi naiklah perkhidmatan awam yang ada.Tidak puas hati lagi cuba tanya dengan pendatang asing yang halal juga yang haram kenapa datang Malaysia sibuk2 kat sini?

Faham atau tidak sekarang?

Kerajaan hari ini atau kerajaan yang lain semuanya sama sahaja nanti.Mana mungkin diberikan percuma.Lagi berjuta rakyat seberang sana turun kemari ialah semuanya percuma kan.

Kita jangan taksub sangat dengan apa yang kita dengar dan baca.Semua itu ada harga yang perlu dibayar nanti kalau tercapai dan termakbul.Jika tanya aku jawapan yang aku berikan adalah semua ini bukan milik kita ini milik dia.So relax jangan nak iya2 sangat.Kita ikuti apa yang disuruh dan jauhi apa yang dilarang.Kita perlu takut ke dengan sesiapa sekarang apabila kita tahu siapa yang perlu kita akur.Semua tempat kalau kita pergi ada undang2nya.Tiada yang bebas melata dan sesuka hati buat apa sahaja.

Kehidupan ini adalah satu keperluan yang telah diberikan pilihan.

Malas mahu menulis lagi tentang manusia yang tidak cukup2 dan habis2 mengutuk itu ini.Semuanya pada dia adalah tidak betul dan salah.Cukup2 dan sudah2lah.Mari kita angkat umat ini lebih tinggi lagi dengan akal yang diberikan dan gunakan secara bijaksana.Bosan bila ada akal tapi berfikiran ala binatang!

chow!

24 Oct 2013

Pandangan Ini Pendapat Itu





Pendapat dan pandangan kita bukan selalunya sama masing2 mempunyai sebab dan alasan tertentu.Bila keadaan ini berlaku adakalanya kita seperti kurang selesa dan tidak berminat untuk lebih lama lagi dengan orang yang kita temui.Kita mungkin rasakan yang dia bukan lawan untuk kita bercakap.Bukan baik untuk kita jadikan kawan untuk satu2 perbualan kerana pendapat dan pandangan yang agak berbeza dengan kita.

Tidak semua orang mampu untuk terima kritikan dan pandangan yang berbeza.

Secara semulajadinya apabila ada bangkangan atau pendapat yang berbeza secara segera kita memang akan terasa kurang selesa.Kita rasakan apa yang dia katakan dan apa yang kita katakan adalah sesuatu yang bukan boleh diterima pakai oleh kita atau juga dia.Ini kadangkala boleh membuatkan hubungan kita akan jadi kurang mesra cuma kerana kita tidak mempunyai pendapat yang serupa.

Bila ini terjadi semua yang sebelum ini nampak mesra akan bertukar jadi seperti agak celaka.Semua perkara yang bukan2 tiba-tiba akan muncul.Dahulu sebelum berlaku situasi ini kita sangat bertimbangrasa dan mempunyai sikap yang sangat tolenrasi tetapi dek kerana satu isu yang kita mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza kita menjadi tidak gembira dan mulai ada rasa sakit hati dengan orang yang sebelum ini kita sangat senangi untuk bergaul bersama.

Perlahan2 kita mulai menjauhkan diri kita dari dia.

Perkara berbeza pendapat dan pandangan ini jika kita tidak bijak tangani ianya bakal memberi kita impak yang sangat maksima yang kita sendiri tidak sangka.Kita fikir ini mungkin sementara tetapi dia tidak begitu malahan beranggapan ini adalah sesuatu yang amat serius dan bukan jenaka.Bila timbul perkara sebegini kita atau dia mulai terasa bersalah dan menyesali dengan apa yang telah berlaku.

Semua ini adakalanya berlaku tanpa dirancang.Ianya berlaku secara spontan dan secara tidak sengaja apabila salah seorang dari kita telah hilang kawalan emosinya.Kita beriya2 memberikan hujah dan alasan2 yang kukuh terhadap apa yang sedang kita bincangkan.Kita mungkin terlepas pandang atau mungkin juga terlepas cakap akan sesuatu yang mungkin mengusik hati kecil orang yang kita hadapi.Ialah adakalanya apabila kita terlalu ghairah bila bercakap kita mungkin terlupa sesuatu.Kita terlupa guna akal dengan cermat bila memberikan sesuatu pendapat dan pandangan.Secara diam2 dia kecil hati dengan kita.

Tahu2 dia angkat kaki lambung dan membiarkan kita tersentap seorang2 disitu.

Ini boleh berlaku dengan sesiapa sahaja.Semua orang boleh terbabit dalam hal2 begini.Kita mungkin berhadapan dengan orang tua kita dengan adik beradik kita dan juga rakan2 kita.Bila kita mulai sedikit dewasa kita merasakan kita berhak untuk memberikan pendapat dan pandangan pada satu2 isu yang sedang diketengahkan.Cuma yang tidak baiknya ialah apabila kita kurang bijak mengawal setiap apa yang kita perkatakan.Kita kurang cermat apabila mengunakan ayat2 atau juga perkataan.Suara kita mungkin sedikit tinggi dan kasar bila bercakap.Mata kita dan bahasa badan kita memberikan rasa kurang selesa kepada sesiapa yang melihatnya.

Kita bukan mahu memberikan pandangan tetapi kita seperti mahu membuat tendangan penalti.

Akhirnya apabila semua sudah selesai dan masing2 membuat haluan sendiri dengan arah yang berlainan maka barulah kita perasan yang kita mungkin sudah keterlaluan dalam memberikan pendapat dan pandagan.Mulai kita sedar bahawa kita secara tidak sengaja telah menyakiti hati seseorang yang selama ini mungkin kita sangat sayangi dan cintai.Cuma kerana satu isu yang mungkin remeh kita telah kehilangan seseorang.Kalau kita bernasib baik mungkin kita atau dia akan bermaafan dan melupakan segalanya.Anggap itu semua satu perkara yang baik untuk difikirkan dan demi kebaikan bersama.

Jika sebaliknya kita telah mencipta satu lagi musuh baru.Jika nasib kita kurang baik mungkin itu musuh kita yang sangat kita takuti selama ini yang kita tunggu2kan.Pernah dengar kawan jadi lawan? Kawan makan kawan?

Perkara ini memang nampak seperti tidak ada apa2 yang buruk.Percayalah kerana perkara berbeza pandangan inilah yang telah membuatkan umat yang paling ramai didunia ini sekarang sedang berperang sesama sendiri.Tiada arahan dari yang terakhir atau juga yang memiliki.Tiada bukti dari bacaan yang satu akan perkara ini.Siapa mereka memberikan arahan tentang kumpulan yang empat itu? Kecelaruan ini telah terlalu lama dan semakin menyesatkan umat yang paling mulia dimuka bumi ini.Tidak difahami kenapa terlalu taksub dengan idea2 manusia selepas perginya yang terakhir?

Lupakah akan janji2 yang memiliki?

chow!

14 Oct 2013

Budaya Bertunang


Budaya ini aku lihat semakin hari semakin di lupakan.Ramai yang memperlekehkannya.Orang muda atau orang yang lebih tua mulai meminggirkan budaya ini.Budaya ini sebenarnya baik kalau kita lihat dan pandang secara teliti.Jika jenis yang malas berfikir mungkin mengatakan budaya ini cuma satu bidaah dan perbaziran sahaja.

Kenapa harus bertunang?

Dahulu budaya bertunang diadakan tujuannya ialah untuk memberikan peluang kepada pasangan masing2 untuk berkenalan dan mengenali hati budi pasangan masing2 secara dekat dan teliti.Tujuan kedua ialah untuk membuat persiapan menjelang hari persandingan.Lagi satu tujuan ialah agar kedua2 belah pihak dapat mengumpul budget yang cukup untuk majlis persandingan mereka.

Kenapa bertunang sekarang menjadi satu sindiran?

Dahulu pasangan masing2 agak susah dan sukar untuk berjumpa.Ini mungkin kurangnya tempat untuk mereka berjumpa dan melepak.Tiada kemudahan dan tiada kesenangan untuk berjumpa seperti sekarang.Ialah zaman dahulu bukan moden macam hari ini.Sekarang segala macam ada dan semuanya berdekatan dengan kita.Mudah dan selesa.

Pusat beli belah,panggung wayang,kopitiam,restoran makanan segera dan macam2 lagi semuanya ada.Oleh itu mudah bagi pasangan untuk berjumpa dan bertemu.Sesuai untuk mereka mengenali satu sama lain dengan lebih dekat lagi.Cuma apabila sudah mulai suka sama suka cara mereka bersama agak begitu mencalarkan hati sesetengah dari kita.Kurang sopan dan agak biadap lakunya.Lagi mencemarkan apabila mereka menamatkan pertemuan mereka di bilik yang dingin yang jumlahnya agak keterlaluan banyak sekarang.

Jahanam! Kahwin sebelum bernikah pada masa pertunangan!

Cerita2 dari mulut orang2 yang berilmu juga buat hati aku sakit.Kenapa mereka tidak pandang benda ini jauh2.Cakap mereka sangat laku di khalayak ramai dan kenapa tidak digunakan secara berilmiah.Jika pendapat ini datangnya dari mulut mereka pasti jumlah yang bercinta lama dapat dipendekkan dan disegerakan majlisnya.Tiada lagi kisah cinta lama2 yang membazirkan masa dan juga menambahkan banyak dosa.Hubungan yang sia2 hubungan yang tiada hala tujunya.Jumlah maksiat dapat dikurangkan dengan banyak.Maksiat tiada tarikh tamat tempoh saudara saudariku sekalian ya!

Bagaimana budaya bertunang ini dapat membantu kita?

Kita mulai begini katakanlah kalau kita cuma bercinta tanpa ada ikatan pertunangan kemanakah pergi hala tuju perhubungan itu?Kita pun tidak tahu dan juga tidak dapat memberikan jawapan dan juga kepastian.Jika kita ditunangkan pasti tujuannya ialah untuk kita dinikahkan.Cuma dengan cara bertunang kita dapat mengelakan hubungan cinta yang lama dan sia2.Bila kita bertunang kedua2 belah pihak akan lebih komited dan serius dalam perhubungan.Cara ini juga akan membuatkan pasangan kita lebih berhati2 dan tidak main2.Budaya bertunang ini sebenarnya akan medewasakan kita dengan tidak secara lansung.Iaitu mengenali apa itu namanya tanggungjawap!

Bertunangkan lesen untuk buat maksiat!

Itu memang tidak dinafikan.Maksiat bukan hanya mereka yang bertunang yang sudah dinikahkan pun masih giat bermaksiat.So maksiat sebenarnya bukan hanya kepada mereka yang bertunang sahaja.Tidak bertunang pun bikin maksiat.Anak berderet2 pun bikin maksiat.Maksiat sebenarnya hak manusia yang tiada cukup2 kehendaknya.

Untuk elakkan pasangan bertunang ini bikin maksiat pilihlah pasangan yang jauh dari kita.Contohnya si lelaki kat utara dan siprempuan kat selatan.Maka tiada maksiat di antara mereka.Itu kata2 dari seorang yang berilmu didalam TV.Itu kata2 beliau tapi persoalan aku ialah....

Pastikah tiada maksiat? Mungkin benar tiada maksiat di antara pasangan yang bertunang itu tetapi pastikah tiada maksiat pula dengan orang yang berdekatan dengan mereka di tempat mereka tinggal?Pernah dengar kes tunang aku di kebas orang.Maksiat memang tidak dapat dielakkan.

Cuma bila pasangan ini bertunang maka dengan rasminya hubungan mereka telah diketahui oleh semua orang.Jika mahu bikin bukan2 pun ianya bukan mudah kerana orang tahu kita sudah bertunang.Orang akan hormati akan title ini.Cuma kalau orang itu jenis tak peduli memang kita tidak boleh nak buat apa2.Itu memang jenis yang akrab dengan Iblis dan syaitan.

Baik dan buruk dalam pertunangan memang tidak dinafikan juga di elakkan.Begitu juga dengan setandan pisang bukan semua ranum dengan molek sudah pasti ada dua atau tiga biji yang busuk.Jika ada yang putus tunang itu perkara biasa dalam perhubungan.Itu mungkin bukan rezeki pasangan tersebut.Tiada takdir tiada jodoh.Jika kita teliti dalam2 budaya pertunangan ini sangat bagus sebenarnya.Cuma kita ini terlalu banyak pendapat dan perbalahan maka yang baik2 itu cuma nampak yang tidak elok saja.Kita suka ambil yang buruk sebagai contoh.Tidak tahu mengapa padahal yang baik2 itu lebih banyak ada.Sukarkah kita ambil yang baik sebagai pedoman hidup kita?

Suka sangat ambil yang buruk sebagai pedoman hidup!

Ini silap orang kita yang suka sangat kepada perkara yang buruk2.Suka cari dan ilhamkan cerita yang tiada asal usulnya.Percaya sangat dengan dongeng orang lama2 yang tiada hujung pangkal.Otak ada tapi tidak digunakan secara baik dan elok.Bahagian yang tidak elok memang mudah meresapi hati orang2 kita bukan sahaja pada hari ini tetapi telah berkurun lama bersemadi di dalam jiwa raga orang2 kita.

Kembali semula kepada isu yang aku ketengahkan disini.Budaya bertunang!

Bagaimana pula pendapat kamu?

chow!



10 Oct 2013

Tolong Salah Tak Tolong Salah





Seorang kawan datang minta tolong dengan aku semalam.Pertolongan yang dia minta dari aku buat aku jadi serba salah.Bukan aku tidak mahu tolong cuma aku takut mahu tolong.Takut nanti dia menjauhkan diri dari aku.Sebelum ini ada beberapa orang kawan datang minta tolong dan dengan iklas aku tolong.Selang beberapa ketika mereka semua hilang lesap entah kemana.

Hilang kerana malu dan hilang kerana tidak tahu malu.

Pertolongan yang berupa wang ringgit memang cukup rumit.Walau kita iklas sekalipun pasti dibelakang hari nanti ada sahaja benda yang tidak akan menyenangkan hati kita.

Bila pertolongan yang bersandarkan kata " pinjam " maka pertolongan ini harus dikotakan.Kita mungkin tidak kisah sangat tetapi mungkin dia tidak.Sipeminjam mungkin ada rasa serba salah.Takut apa yang dikata tidak dapat dikotakan janji.Kita pula mungkin iklas tetapi apabila telah diberikan kata2 janji kita pasti akan menuntut semula kata2 itu nanti.Bila semua itu gagal berlaku pasti kita atau dia mulai ada rasa sangsi diantara satu sama lain.Kita sangka begini dia pula sangka yang lain.

Akhirnya kita kehilangan kawan dengan tidak secara lansung.Begitu juga dengan dia.Mana yang iklas mungkin kita dapat terima dan maafkan.Jika sebaliknya tidak banyak sedikit hati kita pasti berkata2 yang bukan2 dan kita sendiri kurang sukai.Tolong salah tidak ditolong juga salah.Serba salah dibuatnya.

Itu yang aku tidak sukai.Bila sudah ditolong kita pula yang melopong.

Namun aku selalunya buat tidak peduli akhirnya.Tolong tetap tolong dan aku berserah.Jika nanti ada rezeki aku pasti akan ada semula semuanya.Jika tidak maka it's ok with me.Cuma aku rasa ralat jika mereka hilang begitu sahaja tanpa ada sedikit rasa bersalah.Tidak kisah jika tidak mampu kerana aku faham.Bila ada pulangkan jika tiada tidak perlu menyorok bawah katil.Cakap jer aku memahaminya.

Hati manusia siapa boleh baca dan mana ada samanya.

Aku percaya semua ini bukan hak milik kita kalau itu bukan milik kita.Rezeki tidak akan kemana jika sudah tersurat itu hak kita.Bunyi macam pelik tetapi aku suka cara begini.Senang tidak perlu fikir panjang sangat.Tolong ikut kemampuan itu yang selalu aku amalkan.Terpulang jika mereka tidak muncul kembali.Cuma sedihlah kerana wang ringgit silatulrahim terputus.Pasal duit!

Bosan!

chow!



6 Oct 2013

Saat Yang Dinantikan.



emak selalu berpesan
berkawanlah dengan sesiapa.. jgn dengan seorang tu jer..
sebab kita tak tau dengan sapa jodoh kita..

hebat tak mak gue??


Komen dari Ikram  ini akan membuatkan kita terfikir sesuatu.Benar atau tidak ini adalah cara yang paling terbaik dan selamat dalam mencari cinta kita.

Kata2 ini datang dari mulut seorang perempuan yang bergelar ibu.Jika orang tua berpesan dengan kita begini apakah maksudnya? Jika kita masih tidak faham apa masalah kita?Kenapa kata2 ini terkeluar dari mulut seorang perempuan? Boleh sesiapa tolong bantu huraikan!

Dahulu aku pernah terdengar ungkapan yang sebegini dan aku sudah lupa siapa yang berkata begitu.Waktu aku terdengar kata2 ini aku rasa semacam.Betul gak katanya kalau kita main belasah jer dan main cekup mana mungkin kita akan dapat yang terbaik.Istilah berkawan ini kadangkala boleh jadi lain.Kalau kita berkawan dengan ramai gadis dengan jujur dan tanpa ada ayat2 cinta mungkin itu adalah baik.Cuma hari ini istilah berkawan ini sudah jadi agak rumit.Bila kita keluar berdua dengan mana2 gadis orang yang melihat akan mengecap kita sebagai kekasih bukan berkawan.Padahal dia memang cuma seorang kawan.

Bila kita berkawan ada pula yang tersalah anggapan.Diam2 dia menyimpan hati kepada kita.Kita pula bodoh2 dan tidak faham apabila cara layanannya terhadap kita sudah melankaui batas2 seorang kawan.Dia pegang tangan kita dan kita buat tidak tahu.Bila dia pegang lagi kita jadi semacam dan mulai berfikir yang bukan2 terhadap gadis ini.Perkara2 yang sebegini lah akan membuatkan kita jadi serba salah.Kita cuma mahu berkawan tapi dia mahu lebih dari itu.

Secara jujur jika kita keluar berdua dengan seorang gadis apa maksud kita.Masih kita mampu istilahkan ini cuma mahu berkawan.Tiada siapa yang mahu keluar berdua dengan niat cuma mahu berkawan.Sebanyak sedikit pasti salah seorang dari mereka ada niat lebih dari seorang kawan.Tiada siapa mahu jadi baik tanpa bersebab.Semua kebaikan yang diberikan sentiasa sahaja mahu akan ganjarannya.Ini realiti pada hari ini.Sikap baik perlu ada bayaran.Cara bayarannya pula terpulang kepada cara seseorang itu membalasnya.Budi di balas budi jika tidak cinta yang akan dipertaruhkan.

Cerita cinta aku pula masih dalam samar2.Pilihan yang aku ada aku masih abaikan.Belum aku ungkapkan kata2 cinta lagi.Cuma aku ada beritahu yang aku suka dengan mereka.Mereka faham dan aku juga faham apa yang mereka fahami.Bukan mahu berkawan tapi sebaliknya.Berkasih itu yang terpancar dari anak mata mereka.Begitu juga aku cuma ketika ini aku tidak mahu terburu2.

Perlu berkawan lebih lama sedikit perlu masa perlu kenal mengenali.

Biar lambat asal selamat.Bukan mahu bermain cinta tetapi mahu pilih yang terbaik.Saat ini belum ada lagi ayat2 cinta yang keluar dari mulut aku dan juga mereka.Masing2 sedang menunggu masa yang sesuai untuk diluahkan.Tiada rasa tertekan dan terdesak pada ketika ini baik dari side aku atau mereka.Ini kerana aku yang mengawal keadaan agar tidak terlalu laju dan cepat.Semuanya dalam keadaan terkawal dan tenang.

Semua sedang menanti siapa yang mulakan dahulu.

Kalau orang yang pernah bercinta mereka pasti teruja dengan saat2 ini.Saat pertama kali kata2 cinta dilepaskan kepada orang yang kita mahu cintai.Aku pernah 2 kali mengalaminya dan ini mungkin yang ke 3 kalinya.Perasaan itu memang mengujakan aku.Entahlah aku memang suka akan situasi itu.Rindu betul setelah sekian lama bersendirian.Bergetar2 seluruh rasa hati aku di waktu ini menantikan ucapan kata2 cinta itu!

Relax brader ...brader relax!

chow!

2 Oct 2013

Pilihan Atas Pilihan



Ianya bukan perkara mudah buat kita apabila kita perlu membuat pilihan.Anggap dia sebagai kawan atau lebih dari seorang kawan iaitu sebagai seorang kekasih.Jika dia sedari dan memhami apa yang kita inginkan darinya pasti semuanya akan berjalan dengan cepat dan segera.

Tiada perlu banyak bicara dan banyak kerja.

Engkau tahu aku suka engkau dan aku juga begitu.Jika ini yang berlaku pasti pasangan ini dengan mudah akan berjumpa dengan jalan yang mereka harus pilih dan lalui.Jika berpanjangan hubungan mereka dan tiada banyak masalah maka akan kekal mereka bersama sehingga akhir hayat mereka.Happy ending.

Realitinya bukan semua bertuah memiliki kejadian yang sebegitu.Segala macam dugaan dan cubaan sebelum bertemu dengan kebahagian.Bertemu dan berpisah bukan hanya sekali tetapi beberapa kali.Gembira dan derita bersilih ganti.Bahagia dan kecewa seringkali bertukar tempat.Suka ,benci,dendam itu yang bermain didalam jiwa kita.Tiada siapa pun boleh mengelak atau melarikan diri.

Entah bagaimana perkara yang indah ini banyak meranapkan hati manusia.

Segelintir dari mereka seperti tiada rasa apa2 dan tiada rasa takut.Entah pernah atau tidak melalui perkara2 di atas kita juga tidak dapat ketahuinya.Ada yang pandai sembunyi hal sebenar dan ada juga tidak mampu menahan untuk diluahkan semua rahsia hati.Sesetengah dari mereka jadi fobia dengan cinta dan sebaliknya sebahagian dari mereka mulai jatuh cinta dengan cinta.Sebenarnya bukan mudah apabila kita diberikan pilihan untuk memilih.

Kawan atau kekasih.

Seram sebenarnya apabila kita terpaksa membuat pilihan.Jika pilihan kita itu tepat maka kita pasti akan berjaya dan bahagia.Jika tidak bagaimana pula.Mampukah kita tanggani dan hadapinya?

Itu sebabnya aku tidak terburu2 apabila menangani situasi yang sedang aku alami sekarang.Siapa yang bakal aku pilih.Tiada guna gelojoh dan gopoh apabila tiba saat untuk membuat pilihan.Itu hak kita yang punya bukan orang lain.Mereka orang lain boleh beri seribu satu macam nasihat dan andaian.Mereka tidak rasa apa yang bakal kita rasa apabila pilihan sudah dibuat nanti.Siapa yang harus kita salahkan apabila kita tersalah pilih?

Oleh itu jalan yang paling selamat ialah memiliki kedua2nya sekali!

Wow! Kemain lagi kau kan!

Buat masa ini aku rasa itu adalah jalan yang paling terbaik sekali.Pilihan yang terbaik perlu mengambil sedikit masa untuk diangkat sebagai yang terbaik.Jika kita tidak berfikir secara waras mungkin kita akan kehilangan kedua2nya sekali.Perkataan "kita" rasanya tidak sesuai sekarang.Elok aku gunakan " aku "...hehe!

Mohon jangan ada rasa sakit hati dan cemburu sekarang.Juga jangan ada pula yang menuduh aku cuba mengekplotasi kaum hawa.Betul ke perkataan itu ah! lantaklah.Niat aku tidak ke situ niat aku cuma mahu yang terbaik sekali.Ini dinamakan terpaksa dalam rela.Jika tiada aku rela mana mungkin akan aku nikmati apa yang harus aku miliki.Sedap betul ayat kau ni kan!

Ini bukan hal permainan teka kata.Ini bukan satu perjudian ini adalah satu ketentuan.Jika tidak aku sendiri akan lemas dilautan sendiri.Aku adalah kaptennya dan mereka adalah layar2 aku sekarang.Jika antara layar2 itu ada yang terkoyak dan tercalar pasti terpaksa dibuang ketengah launtan.Demi nasib dan nyawa kapten perlu ada seseorang yang menjadi mangsa kepada keadaan.

Kejam sungguh bunyinya kan!

Bagaimana lagi pilihan yang harus aku buat? Jumpa dan beritahu..." aku tak suka kau lah " begitu?

Tidak sampai hati rasanya untuk aku melakukan perkara itu.

chow!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...