6 Oct 2013
Saat Yang Dinantikan.
emak selalu berpesan
berkawanlah dengan sesiapa.. jgn dengan seorang tu jer..
sebab kita tak tau dengan sapa jodoh kita..
hebat tak mak gue??
Komen dari Ikram ini akan membuatkan kita terfikir sesuatu.Benar atau tidak ini adalah cara yang paling terbaik dan selamat dalam mencari cinta kita.
Kata2 ini datang dari mulut seorang perempuan yang bergelar ibu.Jika orang tua berpesan dengan kita begini apakah maksudnya? Jika kita masih tidak faham apa masalah kita?Kenapa kata2 ini terkeluar dari mulut seorang perempuan? Boleh sesiapa tolong bantu huraikan!
Dahulu aku pernah terdengar ungkapan yang sebegini dan aku sudah lupa siapa yang berkata begitu.Waktu aku terdengar kata2 ini aku rasa semacam.Betul gak katanya kalau kita main belasah jer dan main cekup mana mungkin kita akan dapat yang terbaik.Istilah berkawan ini kadangkala boleh jadi lain.Kalau kita berkawan dengan ramai gadis dengan jujur dan tanpa ada ayat2 cinta mungkin itu adalah baik.Cuma hari ini istilah berkawan ini sudah jadi agak rumit.Bila kita keluar berdua dengan mana2 gadis orang yang melihat akan mengecap kita sebagai kekasih bukan berkawan.Padahal dia memang cuma seorang kawan.
Bila kita berkawan ada pula yang tersalah anggapan.Diam2 dia menyimpan hati kepada kita.Kita pula bodoh2 dan tidak faham apabila cara layanannya terhadap kita sudah melankaui batas2 seorang kawan.Dia pegang tangan kita dan kita buat tidak tahu.Bila dia pegang lagi kita jadi semacam dan mulai berfikir yang bukan2 terhadap gadis ini.Perkara2 yang sebegini lah akan membuatkan kita jadi serba salah.Kita cuma mahu berkawan tapi dia mahu lebih dari itu.
Secara jujur jika kita keluar berdua dengan seorang gadis apa maksud kita.Masih kita mampu istilahkan ini cuma mahu berkawan.Tiada siapa yang mahu keluar berdua dengan niat cuma mahu berkawan.Sebanyak sedikit pasti salah seorang dari mereka ada niat lebih dari seorang kawan.Tiada siapa mahu jadi baik tanpa bersebab.Semua kebaikan yang diberikan sentiasa sahaja mahu akan ganjarannya.Ini realiti pada hari ini.Sikap baik perlu ada bayaran.Cara bayarannya pula terpulang kepada cara seseorang itu membalasnya.Budi di balas budi jika tidak cinta yang akan dipertaruhkan.
Cerita cinta aku pula masih dalam samar2.Pilihan yang aku ada aku masih abaikan.Belum aku ungkapkan kata2 cinta lagi.Cuma aku ada beritahu yang aku suka dengan mereka.Mereka faham dan aku juga faham apa yang mereka fahami.Bukan mahu berkawan tapi sebaliknya.Berkasih itu yang terpancar dari anak mata mereka.Begitu juga aku cuma ketika ini aku tidak mahu terburu2.
Perlu berkawan lebih lama sedikit perlu masa perlu kenal mengenali.
Biar lambat asal selamat.Bukan mahu bermain cinta tetapi mahu pilih yang terbaik.Saat ini belum ada lagi ayat2 cinta yang keluar dari mulut aku dan juga mereka.Masing2 sedang menunggu masa yang sesuai untuk diluahkan.Tiada rasa tertekan dan terdesak pada ketika ini baik dari side aku atau mereka.Ini kerana aku yang mengawal keadaan agar tidak terlalu laju dan cepat.Semuanya dalam keadaan terkawal dan tenang.
Semua sedang menanti siapa yang mulakan dahulu.
Kalau orang yang pernah bercinta mereka pasti teruja dengan saat2 ini.Saat pertama kali kata2 cinta dilepaskan kepada orang yang kita mahu cintai.Aku pernah 2 kali mengalaminya dan ini mungkin yang ke 3 kalinya.Perasaan itu memang mengujakan aku.Entahlah aku memang suka akan situasi itu.Rindu betul setelah sekian lama bersendirian.Bergetar2 seluruh rasa hati aku di waktu ini menantikan ucapan kata2 cinta itu!
Relax brader ...brader relax!
chow!
Labels:
Story Jiwa Hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
informasi yang sangat bermanfaat. terimakasih sudah berbagi :)
ReplyDeletesama2...
Deleteentahlah bro...macam lagu ni "Only Fool Rush In But I Cant Help Falling In Love..." dan aku rasa kita tak payah nak jadi sehebat Einstein untuk jatuh cinta...
ReplyDeletebetul.
Deletekena berkawan dgn lebih dari satu zaman skang nih.
ReplyDeletesenang nk buat pilihan. bukan tamak.
betul juga.
Deleteerrr..... bab cinta susah nak komen sbb tak pernah bercinta... heeeee
ReplyDeleteermmm betul juga la.
DeleteHaha. Baca ini buat aku teringat kawan lelaki aku. Dia satu satunya kawan baik lelaki aku. Kitaorang selalu dating, share problem, cerita itu, cerita ini, borak3 kat telefon sampaikan 2 3 jam sampaikan orang salah faham tapi yeelah, kitaorang cuma kawan je. Dan tak ada yang mahu percaya. After all, dia dah ada perempuan yang dia suka dan aku kadang3 jadi doktor cinta dia. kakaka.
ReplyDeleteApapun aku wish kau all the best. :D
hubungan yang hanya kawan pada chemistry kan? I like that...
Deletei juga suka like that...boleh...hehe.
Deletememang hebat mak Ikram itu. mak aku pun sama hebat jugak.
ReplyDeleteMak, kalau saya tak kawen lagi, mak nak carikan calon tak?
Tak kuasa aku. Kau yang nak kawen, kau la cari sendiri.
Huhuhu.. sungguh menyayat hati kata-kata mak aku itu kan?
huhu....nak kata apa lagi kan...pandai2 la kayuh.
Deletedulu dilema ko ialah jiwa kacau sebab sunyi, now dapat 2 sekali. Tak bosan le idop.
ReplyDeletehidup x seharusnya bosan.
Deletedah lupa macam mana semua tu rasa
ReplyDeletecari la agi ...huhu.
Deletecari? hmmm :(
Deletebuat pilihan yang terbaik bro...all the best !
ReplyDelete(susah sebenarnyaa nak pilih,ko amek je lah dua2)
i ingat nak sapu dua2 la juga tapi hati kata NO!
Deletedalam erti kata lain, kena pasang spare part banyak2 la ni.. huhu
ReplyDeleteyesszaaa...you said it bro'..haha
Deleteamboi kemain lagi kan!
Deleteabis kalau dah sangkut dari awal2 lagi mcm mana tu? tu tyang terkulat2 muka tu.. heheh... cinta tu indah kan? cinta sejati tu tak akan memandang apa-apa alasan, rintangan, mahupun halangan... hmmm... lebih kurang mcm tu la...
ReplyDeleteberkawan biar beribu der,.. berkaseh, biar satu... pilih la yg terbaik...
pilihan itu yang rumit...
Deletex perlu tergopoh2.
ReplyDeleteslow n steady ....yer dak.
Deletebg ambe plak..mmglah klau bleh nk berkwan dlu dgn gadis yg kita minat..tp dlam hati ni bmbang kena kebas je..last2 kapel gak ha3..acane tu??? tp bila lama2..rsa cm xsedia je..ape pun ni aturan Allah..bila dah jd cmni kena pgg kesetiaan tu betol2..bukan sng nk cri orang yg hargai kita =)
ReplyDeletetu la pasal mcm2 boleh berlaku.
Deletefriendzone sudah. hahahah jahat gila aku
ReplyDeletehaha kau mmg sempoi kan!
Deleteabah aku pesan "nabi dah bagi 3 cara untuk mencari jodoh.satu kecantikan.dua harta benda.tiga agama.maka pilih yang beragama.tapi kalau dapat yang ketiga-tiga tue lagi best! lebih afdhal bercinta selepas nikah.baru advanture"
ReplyDeletemmg advanture kalau kena pada tempatnya....naya kalau salah tempat bhai.
Deleteade jodoh tak ke mana . .
ReplyDeleteini jawapan selesa.
Deleteorang lelaki mungkin fikirnya begini. Orang perempuan pulak fikirnya lain. mungkin lelaki tak rasa apa2 bila dia nak keluar dengan seorang perempuan. bila-bila, dimana-mana, siapa-siapa.. kalau tak sesuai boleh keluar dengan yang lain. tapi perempuan? betul, setuju dengan kata-kata 'nak pilih biarlah yang betul' okey fine. Memang kena pilih betul... tapi lelaki sahaja kah yg berhak buat pilihan? kalau perempuan keluar dengan seorang lelaki, kemudiannya dengan seorang lelaki, dan lelaki, lelaki semata untuk buat pilihan... apa yang orang akan cop pada si perempuan tu? owh, bersabarlah wahai hati.. really2 complicated soal lelaki perempuan ni
ReplyDeleteeh?dh smpi saat yg dinntkan nmpknya...dulu trasa hidup tgh down...skrg nmpk chaya kegembiraan dh..hihihi..moga berjaya meluah dan terluah nnt :p
ReplyDelete