Pages - Menu

30 Oct 2013

Keperluan atau Pilihan



Hari ini ramai diantara kita semakin keliru diantara keperluan dan pilihan.Semuanya dipukul sama rata walaupun sedar betapa besar akan perbezaannya,Namun seperti biasa sentiasa ada jawapan yang berupa alasan sebagai satu perlindungan.Semua ini berlaku apabila kita sudah melupai akan kenikmatan dari kesejahteraan yang sedang kita miliki dan nikmati pada hari ini.Siapa yang mahu dipersalahkan maka itu juga harus dijawap sendiri oleh tuan punya badan.

Entah tidak tahu mengapa semua ini berlaku.Semakin mahu di perjelaskan dan cuba difahamkan maka dengan segera juga mereka cuba memekakkan teliga dan menafikan.

Semua berhak berkata apa sahaja dan berhak juga mengata dan terus juga tidak berpuashati tetapi harus disedari semua ini ada batas dan sempadannya.Mana mungkin semua ini harus diberikan dan diterima dengan percuma.Mahu buang tahi dan buang segala macam yang kotor2 pun harus ada harganya.Tiada yang percuma pada hari ini.Segala2nya adalah duit dan jika tiada duit mana mungkin akan mendapat segalanya.Mereka yang bekerja di rumah Allah juga tiada yang sudi memberikan khidmat secara percuma!

Kalau itu juga masih tidak faham dan tak mahu faham......baik pergi mati!

Mati pun susah juga pada hari ini.Semua kena bayar bang....mana ada yang percuma lagi sekarang.Kita orang Islam mungkin bernasib baik kerana kos kematian tidaklah terlalu nak mati bila mahu membuat pembayaran.Kalau yang kafir yang percaya siapa yang menpunyai kubur paling tinggi yang konon paling dekat dengan syurga ...cuba tanya berapa kos yang harus mereka bayar?

Kalah harga rumah banglow!

Oleh itu harus difahami apa itu pilihan dan apa itu keperluan.Keperluan ialah sesuatu yang harus kita miliki dan tidak dapat kita elakkan lagi.Jika tiada sesuatu yang berupa keperluan maka kita mungkin tidak dapat menjadi manusia yang sehampir sempurna kehidupannya.Lebih kurang maksud ialah kita tiada pilihan mahu atau tidak kita harus memilikinya.Maka pilihan pula ialah sesuatu yang kita mampu miliki dan kuasai hanya dengan sedikit kebijaksanaan.Jika kita tidak memilih kita yang akan merasai buruk atau baiknya.Itu hak kita memilih atau tidak memilih kerana kita tahu apa akibat dari pilihan yang kita buat.Orang kata sendiri pilih sendiri tanggung lah!

Cuma yang sedihnya pada hari ini ramai yang keliru apabila berdepan dengan keperluan dan pilihan.Bila dengan sengaja menyalahkan orang lain atas segala yang berlaku pada hari ini.Padahal semuanya terletak didalam tangan kita sendiri.Setiap keperluan yang wajip kita miliki pada hari ini sebenarnya telah diberikan banyak kelonggaran di mana kita sebenarnya mampu membuat pilihan.Tiada siapa yang paksa atau mengarahkan kita.Kita suka kita buat dan kalau tidak suka kita boleh biarkan sahaja.

Tepuk dada tanya selera.

Contoh...Harga minyak naik kita mulai marah2.Kita mulai melobi di serata tempat yang kita singgah dan mengata itu ini.Kita hentam mereka kita kutuk mereka hinggakan sampai hilang suara kerana terlalu banyak bercakap.Kenyataan ini bukan ditujukan kepada pemimpin pembangkang.Mereka pro dan itu kerja dan tanggung jawap mereka.Maka mereka dikecualikan.Ini untuk mereka yang bukan ada apa2 pun dengan sesiapa.Tiada ahli tiada parti cuma memang suka cari pasal dengan sesiapa sahaja.

Harga minyak naik marah...tapi mampu beli kereta harga yang berpuluh ribu.Gaji tidak sampai pun 3000 tapi ada hati mahu pakai kereta yang berpuluh ribu.Minyak naik cuma 20sen dah bising.Kereta keperluan ke atau pilihan pada hari ini? Siapa yang paksa beli?

Kalau sudah tahu awak itu kurang mampu jangan lah mengatal beli kereta yang berpuluh ribu.Gunakanlah kuasa pilihan yang kita miliki.Beli kereta yang kecil dan sudah terpakai.Tidak mampu juga beli sahaja motor.Tidak mampu lagi naiklah perkhidmatan awam yang ada.Tidak puas hati lagi cuba tanya dengan pendatang asing yang halal juga yang haram kenapa datang Malaysia sibuk2 kat sini?

Faham atau tidak sekarang?

Kerajaan hari ini atau kerajaan yang lain semuanya sama sahaja nanti.Mana mungkin diberikan percuma.Lagi berjuta rakyat seberang sana turun kemari ialah semuanya percuma kan.

Kita jangan taksub sangat dengan apa yang kita dengar dan baca.Semua itu ada harga yang perlu dibayar nanti kalau tercapai dan termakbul.Jika tanya aku jawapan yang aku berikan adalah semua ini bukan milik kita ini milik dia.So relax jangan nak iya2 sangat.Kita ikuti apa yang disuruh dan jauhi apa yang dilarang.Kita perlu takut ke dengan sesiapa sekarang apabila kita tahu siapa yang perlu kita akur.Semua tempat kalau kita pergi ada undang2nya.Tiada yang bebas melata dan sesuka hati buat apa sahaja.

Kehidupan ini adalah satu keperluan yang telah diberikan pilihan.

Malas mahu menulis lagi tentang manusia yang tidak cukup2 dan habis2 mengutuk itu ini.Semuanya pada dia adalah tidak betul dan salah.Cukup2 dan sudah2lah.Mari kita angkat umat ini lebih tinggi lagi dengan akal yang diberikan dan gunakan secara bijaksana.Bosan bila ada akal tapi berfikiran ala binatang!

chow!

10 comments:

  1. its ok..semua orang punya pendapatkan..kalau tak diluahakan nanti ramai yang stress..

    ReplyDelete
  2. kuasa nak menunjuk-nunjuk tahap kewangan lebih tinggi dari kuasa nak mengukur baju di badan sendiri.

    ReplyDelete
  3. tambah satu lagi.. kita selalu lupa.. kefardhuan... kerana keperluan, kita selalu lupa akan kefardhuan... itu satu lagi pilihan....

    ReplyDelete
  4. aku lebih excited dgn gambar entry ni..haha aptb :-P

    ReplyDelete
  5. keperluan setiap manusia tak sama.

    ReplyDelete
  6. Btol btol btol pyka stuju . Dah tak mampu tayah la nak pakai kereta mahal2 kereta besar2 . Kereta kecik pon dah cukup kan .kdang2 manusia nie suka mnunjuk2 ja !

    ReplyDelete
  7. satu lagi kena faham erti syukur bru kurang keje kutuk mengutuk tu

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.

    You, sorry cari kat sini.. have u check your email? Dapat tak emel lana..

    ReplyDelete
  9. sekarang nak beli apa2 mesti cakap dengan diri sendiri keperluan atau nafsu...

    walaupun ulang2 kali ingtkan diri sniri..nafsu jugak yg diturutkan..

    itulah manusia malaysia..gua pun dah fedup dengar org merungut pasal isu ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...