Pages - Menu

29 Sept 2013

Bila Ujian Hadir



Perkara ini rasanya bukan aku seorang sahaja yang alami.Bila kita seperti sudah pasti dengan pilihan yang kita pilih kita tiba2 diberikan sedikit lagi pilihan.Perkara ini secara tidak sengaja telah membuatkan hati kita berbelah bahagi.Mulai berfikir semula adakah apa yang kita pilih ini sesuai atau tidak dengan kita.Adakah kita ini sengaja diuji untuk membuat pilihan yang terbaik.

Tiba2 hadir pula satu gadis yang lain dalam hidup aku.

Gadis ini agak sedikit matang dan tidak kalah juga manisnya.Orangnya begitu mesra dan tenang.Umur sekitar 25 tahun dan tidak begitu ketara bezanya dengan umur aku.Nakal dan bijak dalam berbicara bila duduk bersama.Dia buat aku jadi senang dan tidak perlu sangat menjaga atau berlagak bagus2.

Ini membuatkan aku jadi serba salah.

Bila aku sendirian aku mula terfikir kenapa perkara2 seperti ini harus berlaku.Apakah muslihat dan petunjuk yang sedang di hantar.Adakah aku terburu2 atau adakah aku tamak.Seperti yang aku tulis tadi perkara2 seperti ini pasti akan datang mengetuk pintu hati kita.Ini bukan sengaja mencari kesempatan tetapi ianya datang tanpa kita sedari.Dalam diam hati kita mulai mencurigai diri sendiri.

Lelaki tetap lelaki cuma aku lelaki yang tidak tahu mencuri depan2.

Kenapakah gadis kedua ini hadir dengan tiba2.Kalau katakan aku sedang binggung hakikatnya memang benar begitu.Aku mulai membuat perbandingan secara diam2.Tidak aku rancang tetapi ianya datang dengan sendiri.Bagaimana kita mampu tipu hati dengan minda kita.Itu sukar sekali untuk dilakukan.Seminggu dua ini aku mulai terasa kurang selesa apabila kedua2 gadis ini hadir dalam hidup aku.

Ah! Untung la kau dapat 2 orang sekaligus!

Ungkapan yang menyakitkan hati dari kawan2.Kalau aku ini jenis yang romeo pasti itu bukan satu masalah yang besar.Malahan itu satu bonus buat seorang lelaki memiliki 2 gadis dalam masa yang serentak.Itu bukan cara aku dan itu juga bukan niat aku.Cuma aku tertanya2 apakah semua ini?

Hampir lebih dari 5 tahun aku solo dan sendirian mengapa tidak dihadirkan seseorang didalam hidup aku.

Secara jujur gadis yang kedua ini lebih memikat hati aku.Mungkin kerana umur dan kematangannya apabila berbicara dan berdua.Segalanya berlaku secara spontan dan tidak seperti dibuat2 atau terpaksa.Baik aku atau dia.Gadis ini nampaknya banyak kelebihannya.Ini membuatkan aku terasa cukup bersalah kepada gadis yang satu lagi.Lebih untuk membuatkan hati ini kalut ialah cara dia yang agak sedikit keanak2an telah membuatkan aku sedikit resah dan gelisah.Aku semakin binggung sekarang!

Sekarang aku sedikit termenung mengenangkan nasib yang semakin bernasib baik.Cuma aku mohon agar ada solusi yang akan hadir dalam masa2 terdekat ini dengan segera.Tidak sampai hati ini melukakan hati sesiapa.Umpama lagu disini menanti disana menunggu!

Beberapa kali aku mengeluh ketika menulis tulisan ini.

chow!

21 Sept 2013

Oleh Kerana Cinta






"....abg lapar la tolong belikan I makanan boleh...belikan McRib 1 set eh...sampai depan rumah nanti call ok..."

"...abg boring la duk kat rumah ni jomm tengok wayang...."

"...abg esok pukul 1pm kita pergi jumpa...lala,lolo,lili....bla bla bla..."

Sejak bercouple dengan gadis muda ini aku semakin sibuk semakin tiada masa untuk diri sendiri.Satu hari dilalui terasa semakin singkat masanya.Setiap masa aku terpaksa berjaga2 kerana takut2 ada panggilan kecemasan dari gadis ini.Orang muda ada sahaja rancangannya.Panas punggung kalau seharian duduk rumah sahaja.Mahu atau tidak terpaksalah aku ikut rentaknya.

Kalau cerita tentang text msg melalui handphone pada saat ini aku rasa aku adalah mangsa kepada keadaan.Beratus msg keluar dan masuk setiap hari.Bukan tidak boleh call terus tetapi melayan tanpa bercakap adalah sesuatu yang sangat unik dan seronok.Cuma bab2 penting sahaja perlu dibuat panggilan.Lain2 hal yang berkait rapat dengan sikap dan tingkah laku keanak2an haruslah melalui msg2 di handphone.

Bermanja2 dan bernakal2.

Oleh kerana sibuk dengan melayan karenah cinta muda ini aku kekurangan masa untuk melepak bersama teman2 lain.Tiada cukup masa melepak depan laptop lama2.Mahu menulis di blog juga aku jadi blur seketika.Hilang idea di curi oleh si mata air.Hilang idea bukan kerana tiada idea tetapi tiada masa dan penat melayan acara si gadis seharian.Aku ni seorang yang suka melepak lama2 depan laptop melayan dan membaca tulisan2 orang lain.Sejak 2 menjak ini aku semakin tiada masa lagi untuk itu.Sedih jugak la kan.

Seronok memanglah seronok mempunyai teman yang masih muda remaja.Kawan2 ada juga yang cemburu dan sakit hati dengan aku.Ialah dulu kita tiada teman merekalah tempat kita bercanda mesra dan apabila kita sudah berteman maka masa untuk bersama dan melepak agak terbatas.Mahu atau tidak terpaksa lah aku buat pekak dan buat bodoh.Kalau diikutkan sangat nanti bergaduh pula nanti.

Biasalah...dulu aku pun macam itu juga suka menyakat kawan yang sedang hangat bercinta.

Bila bercakap bab bercouple ini kita pasti terbayang tentang berpegang tangan dan berpeluk.Tiada dinafikan perkara2 ini walau tidak secara sengaja atau disengajakan ianya pasti akan berlaku.Cuma kalau boleh cuba dihindarkan atau dikurangkan.Bohong jika perkara2 ini tidak dekat dengan pasangan yang masih baru didalam alam percintaan.Kalau ada yang menafikan anda memang hebat.Syaitan tidak hebat.

Ini bukan pengalaman pertama dalam percintaan buat aku.So ianya tidak susah sangat buat aku cuma aku ada sedikit rimas apabila harus mengulangi perkara remeh temeh dalam bercinta.Lagi rimas apabila pasangan kita ini masih muda .masih bergetah,masih lincah...huru hara aku rasakan hidup aku sekarang ini.

Sabar dan syukur sahaja yang bisa aku katakan sekarang.

Sebenarnya banyak cerita yang mahu aku kongsikan disini.Tidak kiralah benda yang baik atau tidak.Bukan niat mahu riak atau meninggi diri cuma mahu membawa pembaca aku merasai apa yang aku rasai.Sama2 dapat memberikan kata2 nasihat dan tunjuk ajar.Bukan hanya untuk aku tetapi untuk mereka2 yang sedang hangat benrcinta juga.Bagaimana melalui batas2 cinta yang boleh dan tidak boleh.

Walaupun usia aku agak matang tetapi itu tidak bermakna aku hebat mengawal aksi2 cinta.Nafsu dan cinta bila bersatu nilai gabungan ini mampu memandu kita kearah yang benar juga salah.Oleh itu kawalan akal terhadap hati perlu kuat dan kukuh di kala ini.Godaan yang bertali arus dan tiada henti mampu merubah kejadian yang normal kepada paranormal.Itu bahaya namanya.

Harap2 tiada yang melebihi batasan.

chow!

P/S....nanti i akan buat kunjungan balas semula.

17 Sept 2013

Demi Cinta Ini



Satu minggu aku tak menjengok blog isi hati aku ini.Selama seminggu aku menghilang kerana sibuk akan satu perkara.Satu perkara yang sudah sekian lama aku tinggalkan.Perkara ini yang agak seronok sebenarnya tetapi amat kekok kepada aku sekarang.Seminggu aku sibuk melayan dia dengan pelbagai perkara yang chomel2.


Jatuh cinta dengan gadis belasan tahun!

Perbezaan umur yang agak ketara jauhnya diantara aku dan dia membuatkan aku jadi serabut.Jadi kelam kabut pun iya juga.Entah tidak tahu kenapa aku sengaja mencampakkan diri aku ini didalam alam yang sebegitu celaru dan asing.Cara dia yang keanak2an dan dengan cara aku yang agak dewasa kool telah menjadikan hubungan ini agak unik sekali.

Seronok dan sungguh lucu.

Lagi sebulan lebih dia akan menyambut ulang tahun yang ke -19.Bila aku tanya hadiah apa yang dia mahu.Jawapnya mahu teddy bear yang lebih besar dari diri dia sendiri.Katanya dia sudah ada lebih 15 ekor teddy bear dirumah.Cuma kali ini dia mahu aku memecahkan rekod teddy bear terbesar yang dia sudah miliki.Lagi untuk menyemarakkan suasana dia memperlihatkan deretan teddy bear dia yang tedapat didalam bilik beradunya.Benar dia memiliki lebih 15 ekor teddy bear dan saiz2nya boleh tahan besar.

Sedikit tercabar keegoaan seorang lelaki.

Demi seorang gadis yang aku sendiri tidak tahu akan kebenaran cinta yang belum ternoktah ini maka aku mulai mencari teddy bear yang maha besar itu.Orang kata kalau mahu awet muda cari teman hati yang muda2 juga .Ce wah ...macam betul sahaja mutiara kata itu kan.

Tidak kisah kalau cinta ini tidak lama atau berkekalan.Jika ianya cuma satu persinggahan sementara aku dengan rela hati terima juga.Bukan mahu sengaja membuang masa atau mencari malapetaka atau hanya mahu bermain sandiwara kecil bersama seorang gadis chomel yang masih muda remaja ini.Tiada niat berlaku curang dengan cinta tetapi mahu cuba memberikan yang terbaik buat sigadis ini.Moga2 di satu hari nanti jika tiada jodoh dia antara kami dia pasti selalu mengingati aku sebagai salah satu memori manis didalam hidup dia.

Semalam teddy bear yang aku lihat harganya cuma rm599!

Mahal bukan main lagi harganya.Cantik putih besar dan besar tinggi 6 kaki.Sesuai buat dia.Namun didalam hati ada sedikit curiga adakah berbaloi nilai yang akan aku laburkan nanti.Akal berbisik ke teliga katanya ...alah bukan selalu tetapi sekali ini sahaja ....mana tahu untung sabut timbul untung batu tenggelam!

Biar aku tenggelam bersama sidia...wow!


chow!


10 Sept 2013

Luahkan Perasaan


"....Nok lu0h prasaan ckit sarm pesbukku-->Sakit aty ak ngn ntEw saem mkEw saEm...dpn bAex...blakEa pow hanjea...bkp0w mg bnaw. Xpuwah aty gp0w..ak bkew p0w mg...mkEw saem...pu0p mg cungoh...ngn gu dri dop mkEw alex blakea...dEkiw ntew ap0w laa ngn pkaian ak...mg str0w mn0w gap bbi....ph d0p punoh nmow ak...mzty sep mu gt0o kea...mkew saemm....ph dop prudoh nmo ak..eikup ak nk naek mtr bpok ak pow...eikup ak mongep ngn mtr sapow pow...pu0p dekiw bkp0w??? Kop bpok ak laa nokk bliw gp0w kpku...dy ad0w ptiz...sep mg deki ap0w...nok uat gn0w mg pbiz ptiz jtew...ph dop dekiw ngn ak...xd0p ms0w ak nokk punoh hbungan gu dri....ak ad0w bp0k dohh laa..tk0wt mg eah glow...ph dop naex nmo ak..ak xajim eah mkew gu...ya my hbiz d0p rasuk saem ak oyp jgew rapat ngn ak...ak bkew pow puop mu...ak xcrow hal mg...jgew cr0w hal ak..bras0w dekiw nok bp0k pkaw rim...mg cri laa...ph mg naex pgiw,, siang,,mlew tnp0 hnti..okey...xdop saem pow puop mg p0w ak byEhh laa....dpn baex...blakea pow hnjea bbi buto lapaw bidahhh...arap mg as0w...."


Di atas adalah salah satu contoh luahan perasaan seseorang yang aku kutip curi dari status FB anak dara chomel.Walaupun aku sedikit keliru dan pening dengan ayat2 yang dia guna pakai namun aku mungkin dapat fahami serba sedikit isi kandungannya.Luahan ini berkemungkinan besar berkenaan harga minyak yang baru naik baru2 ini di negara kita.Siapa yang lagi faham tolong translatekan di ruangan komen ok agar mana2 pembaca kita yang kurang mahir dapat kita bantu untuk memahaminya.

Setiap dari kita berhak meluahkan segala rasa isi hati kita.Perasaan kita adalah hak kita dan tiada sesiapa yang berhak tahan atau halang kita untuk kita luahkan.Jika kita tidak suka dan kurang senang dengan seseuatu perkara maka jalan yang paling mudah adalah dengan meluahkan keluar semua.Cara untuk kita luahkan mungkin ada pelbagai cara dan kaedahnya.

Cara yang bijak atau cara yang bodoh.

Cara yang bijak adalah cara yang kurang popular yang digunakan pada abad ini.Cara ini sudah semakin di pandang kuno oleh genarasi hari ini.Pada mereka cara ini lambat dan kurang efektif dan mengambil masa yang agak lama untuk di selesaikan.Perlu ketelitian yang berhemah dan sedikit tolenrasi hati demi menjaga kesopanan dan kesusilaan cara timur.Cara yang bijak ini semakin kurang diamalkan kini.Cara yang ini adalah cara yang cukup berhemah dan sangat selamat.Sukar sekali untuk dimalukan dan memalukan.Apa caranya?

Cara bijak ini ialah meluahkan rasa hati kita dengan kedua orang tua kita.Adik beradik kita atau mereka2 yang lebih dewasa dari kita yang kita percayai dan hormati.

Cara yang bodoh pula adalah salah satu acara yang sangat digemari dan terlalu popular pada saat ini.Pantas dan tepat dan tidak perlu fikir panjang2 atau rujuk kepada sesiapa.Kita cuma perlu buat seperti contoh yang aku buat diatas tadi.Hari ini jenis luahan murahan seperti ini semakin kerap kita temui di laman2 sosial.Lansung tiada rasa sedikit kesal pun di hati mereka2 ini dengan tanpa segan silu dengan bahasa yang tahap dewa dipamer dan di baca oleh beratus2 orang dalam tempoh cuma beberapa saat sahaja.

Cukup memalukan lebih2 lagi yang empunya status datangnya dari seorang gadis.

Itu kepada aku masih dapat aku terima dengan tenang.Cuma aku memang tidak suka atau benci dengan manusia yang tidak cukup sifat kemanusiannya.Ini kepada mereka2 yang entah tidak tahu apa yang tidak cukup dan tidak puashati.Segala2nya pada mereka adalah salah dan tidak betul.Apa sahajalah tidak kira apa pun semuanya mahu dikaitkan.Manusia yang taksub kepada satu2 parti politik.Faham dan tahu kamu itu penyokong tegar dari satu2 parti politik.Janganlah tamak sangat nak luahkan perasaan lebih2 lagi dilaman sosial.Selang 1/2 jam ada sahaja status baru yang menjengkelkan akan kamu keluarkan.

Untung sangatkah kamu buat begitu?

Jenis2 luahan perasaan seperti ini sebenarnya secara tidak lansung memperlihatkan akan siapa diri kita sebenanrnya di mata umum.Kekeliruan kita dalam memilih cara untuk meluahkan persaan akan membuatkan kita di tuduh sebagai manusia bodoh macam lembu.Bila kita tidak berfikir panjang dan apabila kewarasan dalam bertindak kita ambil mudah maka akhirnya diri kita sendiri yang merasa sesalnya.Elok2 ada yang suka dan minat dengan kita beralih jadi meluat dan menyampah.Siapa yang rugi tentu diri sendiri dan bukan sesiapa pun.

Cuma nasihat aku kepada semua kalau ada yang yang sedang kronik hati dan meragam jiwa elok2 dan bijak2 lah guna akal apabila meluahkan rasa isi hati kita di laman sosial.Kalau masih degil dan masih mahu berkeras juga dan mahu berkasar dilaman sosial ....aku syorkan guna pakai cara ayat2 diatas tadi ok!

Bukan semua orang boleh faham kan...hahaha!

chow!




7 Sept 2013

2 Sept 2013

Gadis Hari Ini Pemalas


Hari ini gadis zaman ini ramai diantara mereka adalah dari golongan yang sangat pemalas.Tidak tahu dimana silapnya dan siapa yang harus kita persalahkan.Tergamak ke kalau kita cuba atau persalahkan ibu bapa kepada gadis2 ini.Tidak adil rasanya kalau kita letakkan kesalahan dan permasalahan ini di bahu ibu bapa mereka.Si pemalas bukan ibu bapanya tetapi anak2 gadisnya.

Budaya gadis pemalas pada hari ini sudah cukup kronik dan sudah sampai ke tahap bencana alam!

Dahulu pada zaman orang tua kita jarang benar kita terdengar atau terjumpa dengan spesis gadis pemalas seperti yang terjadi pada hari ini.Ketika ini rata2 kita akan terdengar rungutan dari ibu bapa sigadis di merata2 tempat.Rumah jiran kita ,di majlis kenduri kendara dan majlis perkahwinan,di pasar pagi,di pasar malam,di pasar raya besar seperti Giant,Tesco,AEON dan tidak terlepas juga dilorong2 belakang rumah kejiranan kita.

Rintihan dan rungutan mereka semakin hari semakin terdengar kuat dan luas hampir di semua daerah dan negeri.Semua siaran TV tempatan juga ada memperkatakan tentang ini.Lagi bertambah sadis bila setiap kali ada rancangan drama Tv dan di filem2 pasti akan terselit cerita dan berita tentang sindrom gadis pemalas.Ini membuatkan aku para lelaki yang bakal bergelar suami menjadi fobia untuk mencari dan memiliki isteri kerana takut tersalah pilih dan terpaksa memelihara spesis gadis pemalas ini seumur hidup si lelaki!

Ini kes berat dan parah!

Mereka sigadis pemalas pada hari ini semakin ramai dan maju.Setiap dari mereka sekarang bukan sahaja semakin malas terapi semakin bijak.Sentiasa tahu dan bersedia setiap kali mereka cuba di persalahkan.Provokasi yang dilakukan oleh sesiapa pun dengan mudah mereka mampu tangkas dan balas semula.Situasi ini benar2 membuatkan ramai hati lelaki dan keluarga mereka jadi sedih dan pilu.Malahan ada diantara kaum keluarga mereka terpaksa mememdam perasaan dan bermurung.Tidak tahu kemana dan bagaimana harus di urus semua spesis gadis pemalas ini.

 Zoo Negara mungkin tempat yang sesuai.

Jika ada yang cuba membantu dan memberikan mereka nasihat agar mereka sedar dan berubah dari sikap bermalas2 ini pasti mereka pula yang akan menerima akibatnya.Jika mereka tinggal serumah mereka para gadis pemalas akan memboikot segala macam aktiviti didalam rumah.Semua akan mereka jadikan musuh.Ini termasuk ibu bapa dan adik beradik mereka yang lain.Perkara ini juga pernah menarik perhatian para jemaah menteri di parlimen Malaysia.

Bunyi macam jenaka bangsawan sahaja yer kan.

Realitinya benar atau tidak BAHAWA gadis2 pada hari ini sangat pemalas dan berjiwa lemah.Lansung tiada rasa ghairah untuk berlagak rajin dan cerdas.Semua ada alasan tersendiri.Penat belajarlah dan penat bekerja.Selesai semua perkara bukan dapur yang menjadi pilihan utama tetapi bilik tidur!

Bila ada masa untuk ke dapur mereka memilih ke kedai makanan.Bila ada masa untuk kepasar besar untuk membeli barang makanan dapur mereka terlencong ke butik pakaian.Mereka mampu bertahan berbulan2 duduk melangok dan menilik semua pakaian dan aksesori wanita didalam butik2 tersebut.Mereka sigadis pemalas jadi rajin macam berok kena belacan apabila di butik2 dan di pusat2 membeli belah.

Ini cerita real bukan rekaan semata-mata ok!

Oleh itu bagaimanakah caranya untuk kita basmi dan atasi spesis gadis pemalas ini? Tidak kita ketahui cara yang mana yang paling sesuai dan efektif untuk kita laksanakan.Jika kita berkeras mereka makin bertambah ganas dan buas.Jika kita berlembut mereka semakin manja dan menghada2.Ianya seperti tiada solusi dan tiada penamatnya.Kalau ada pun mungkin kita terpaksa melakukan sembahyang hajat beramai2 dan berdoa agar semua spesis gadis pemalas ini di sembuhkan dari virus penyakit pemalas ini.Cara lain aku sudah tidak nampak lagi sekarang.

Gadis...tolong jangan malas-malas yer nanti hati abang susah tahu...hehe!

chow!


1 Sept 2013

Gila Smartphone Sangat


.

Perkara ini semakin hari semakin kronik.Semua orang sekarang semakin tidak memperdulikan apa yang terjadi disekeliling mereka.Mereka terlalu leka dengan benda empat segi yang tidak bernyawa itu.Digenggam dan ramas tanpa henti2.Semua perkara terarah kepada satu benda iaitu smartphone yang mereka miliki.Tidak kira lah apa jenis pun asalkan ianya adalah smartphone.

Cuba lihat video diatas dan cuba berikan sepatah dua kata.Benar atau tidak sindrom ini berlaku kepada anda sekarang?

Jika benar dan jujur mengakuinya harap2 anda mulai cuba mengubahkannya.Jangan terlalu taksub sangat dengan benda mati itu.Tiada faedahnya jika kita terlalu akrab dengan benda yang bergelar smartphone ini.Kita sudah seperti hamba kepadanya.Sepatutnya dia hamba kita tetapi sebaliknya kita menjadi hamba kepadanya di setiap masa.

Kita robot atau smartphone ini robot?

Aku sendiri telah membuang jauh smartphone yang telah aku miliki.Tukar kepada yang tiada smart lansung.Benda ini membuatkan kita lupa kepada dunia yang nyata dan realiti.Setiap kali keluar berdua atau berkumpulan kita selalu terganggu dengan aksi2 dari sipemilik smartphone tersebut.Umpama jakun atau batak lagaknya.Segala peristiwa segala kejadian semuanya mahu dirakam dan disiarkan dengan segera.Baru sahaja mahu rasa keseronokannya tiba2 terbantut apabila ada segelintir dari kita mulai bikin onar dengan smartphonenya.

Haram jadah sangat jadinya!

Mahu bercakap,mahu berborak,mahu bergurau senda...semuanya tergendala gara2 smartphone.Kalau sekali sekala dan sekejap tidak mengapa.Ini tidak...berulang2 kali dan tidak habis2 aktivitinya.Peristiwa sebegini aku telah kerap laluinya dan aku jadi bosan.Apa kejadahnya mereka semua ini? 

Manusia ke binatang?

Lagi keparat apabila semua yang memiliki smartphone mulai muat turun segala yang berlaku kelaman sosial masing2.Bukan mahu beriadah dengan kita tetapi sebaliknya mereka buat maksiat pulak dengan laman sosial dan smartphonenya pulak.Habis itu kita yang tercegat didepan mata ini apa? Patung atau pokok krimas kot!

Halooo...sudah2 lah tu!

chow!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...