Pages - Menu

29 Sept 2013

Bila Ujian Hadir



Perkara ini rasanya bukan aku seorang sahaja yang alami.Bila kita seperti sudah pasti dengan pilihan yang kita pilih kita tiba2 diberikan sedikit lagi pilihan.Perkara ini secara tidak sengaja telah membuatkan hati kita berbelah bahagi.Mulai berfikir semula adakah apa yang kita pilih ini sesuai atau tidak dengan kita.Adakah kita ini sengaja diuji untuk membuat pilihan yang terbaik.

Tiba2 hadir pula satu gadis yang lain dalam hidup aku.

Gadis ini agak sedikit matang dan tidak kalah juga manisnya.Orangnya begitu mesra dan tenang.Umur sekitar 25 tahun dan tidak begitu ketara bezanya dengan umur aku.Nakal dan bijak dalam berbicara bila duduk bersama.Dia buat aku jadi senang dan tidak perlu sangat menjaga atau berlagak bagus2.

Ini membuatkan aku jadi serba salah.

Bila aku sendirian aku mula terfikir kenapa perkara2 seperti ini harus berlaku.Apakah muslihat dan petunjuk yang sedang di hantar.Adakah aku terburu2 atau adakah aku tamak.Seperti yang aku tulis tadi perkara2 seperti ini pasti akan datang mengetuk pintu hati kita.Ini bukan sengaja mencari kesempatan tetapi ianya datang tanpa kita sedari.Dalam diam hati kita mulai mencurigai diri sendiri.

Lelaki tetap lelaki cuma aku lelaki yang tidak tahu mencuri depan2.

Kenapakah gadis kedua ini hadir dengan tiba2.Kalau katakan aku sedang binggung hakikatnya memang benar begitu.Aku mulai membuat perbandingan secara diam2.Tidak aku rancang tetapi ianya datang dengan sendiri.Bagaimana kita mampu tipu hati dengan minda kita.Itu sukar sekali untuk dilakukan.Seminggu dua ini aku mulai terasa kurang selesa apabila kedua2 gadis ini hadir dalam hidup aku.

Ah! Untung la kau dapat 2 orang sekaligus!

Ungkapan yang menyakitkan hati dari kawan2.Kalau aku ini jenis yang romeo pasti itu bukan satu masalah yang besar.Malahan itu satu bonus buat seorang lelaki memiliki 2 gadis dalam masa yang serentak.Itu bukan cara aku dan itu juga bukan niat aku.Cuma aku tertanya2 apakah semua ini?

Hampir lebih dari 5 tahun aku solo dan sendirian mengapa tidak dihadirkan seseorang didalam hidup aku.

Secara jujur gadis yang kedua ini lebih memikat hati aku.Mungkin kerana umur dan kematangannya apabila berbicara dan berdua.Segalanya berlaku secara spontan dan tidak seperti dibuat2 atau terpaksa.Baik aku atau dia.Gadis ini nampaknya banyak kelebihannya.Ini membuatkan aku terasa cukup bersalah kepada gadis yang satu lagi.Lebih untuk membuatkan hati ini kalut ialah cara dia yang agak sedikit keanak2an telah membuatkan aku sedikit resah dan gelisah.Aku semakin binggung sekarang!

Sekarang aku sedikit termenung mengenangkan nasib yang semakin bernasib baik.Cuma aku mohon agar ada solusi yang akan hadir dalam masa2 terdekat ini dengan segera.Tidak sampai hati ini melukakan hati sesiapa.Umpama lagu disini menanti disana menunggu!

Beberapa kali aku mengeluh ketika menulis tulisan ini.

chow!

14 comments:

  1. belum cuba belum tau. luahkan.

    ReplyDelete
  2. emm...

    mana yang boleh menjaga awak bile awak tua nanti...

    dan diterima oleh keluarga.

    jangan jadi mcm aku, keluarga tak suka nanti susah

    haha.

    ReplyDelete
  3. ko tamak kan... hehehe... apa kata ko lamar je dua2, tgk mana yg sudi kahwin ngan ko sekarang,

    ReplyDelete
  4. tepuk dada tanya selera....pilih yang buat kau bahagia dan terima kau seadanya..sebab perkahwinan adalah untuk jangkapanjang dan terlalu banyak benda yg harus dikorbankan - angie (silent reader)

    ReplyDelete
  5. If you really love her, you will not fall with someone else ... :')

    ReplyDelete
  6. pilihlah yg mana boleh buatkan awk selesa..jgn la kerana kesiankan si dia, diri sendiri merana..tp sy percaya, awak llaki yg brtanggungjawab,pikir la sehabis2 nye..

    sy rasa awk sesuai dgn gadis yg kedua tu..huhuh..pape pun istikharah la..sy support awk!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau hati awk mmg pd yg pertama, tak mungkin awk boleh berbelah bagi pada yg kedua pula. Apapun, tanya hati awk. Disitu ada jawapannya. Saya setuju dgn Farah Alias.
      4feet8 malas nak log in.. hihi

      Delete
  7. Sebenarnya.. itulah ujian.
    Kadang2 kita selalu mengatakan kita adalah setia.. kerana kita tidak pernah diuji..
    Tidak mengapa. sekurang2nya kita dpt memuhasabah diri..

    pendapat saya
    adakala kita mencari seseorang yang mampu menghiburkan kita, dan menjadikan kita tidak kekok bila bersama. Namun adakala, itu mungkin menjadikan dia adalah rakan yg terbaik dalam hidup kita.

    nasihat saya
    carilah seseorang yang mampu memahami kita sekaligus mereka yang lebih tau menerima baik dan buruk kita..

    jgn stres. ambik masa utk buat pilihan.

    ReplyDelete
  8. walaupun kau kata kau lebih serasi dengan si 25, tak semestinya dia yang terbaik untuk kau berbanding si 19, walaupun aku sebenarnya lebih sokong kau dengan si 25.

    dan mungkin juga si 19 itu adalah yang terbaik untuk kau berbanding si 25, walaupun aku tak sokong kau dengan si 19 yang keanak-anakan itu.

    mohon dari Nya, dan apa pun biar masa yang menentukan.

    ReplyDelete
  9. Hidup dan cinta mmg macam ni la LS. Perlu pengorbanan. Kalo ko nak buat keputusan, ko kena tanya betul2 yg 25 thn tu mmg suka ko ke tak. Ko pilih la seseorang yg buat hati ko senang. Yg 19 tu, dia ada byk masa lagi utk membesar dan matang. Heheh. Jahat plak aku sebab nampak sgt aku menyebelahi yg 25 thn tu. Solat istikharah la.

    ReplyDelete
  10. hmm... istikharah adalah jalan terbaik... allah akan tunjuk pilihan itu tanpa kita sedar... tau-tau dah pilih... hahhhhaaa.. acane tu?

    ReplyDelete
  11. tak nak komen jugak kali ni. cuma mohon istikharah minta petunjuk. Haa, jangan nak cakap belum masanya lagi kerana Ini lah masanya.. mohon ditetapkan hati. okey.. doakan utk saya juga, terima kasih =)

    p/s : kali ni dah xnak emosional dah. sebab bila hati si lelaki dah mula goyah... aku jadi takut pulak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...