Pages - Menu

30 Nov 2012

Redha

Redha...macam mana caranya yer.

Tulisan-tulisan aku yang lepas selalunya aku sudah ketahui apa yang hendak aku tuliskan tetapi kali ini aku memang tak tahu bagaimana mahu mula menulisnya.

Sukar sekali kali ini untuk aku menulisnya.

Perkara redha ini kalau salah kefahaman bisa jadi redah.Itu yang aku agak gabra sedikit apa yang mahu aku cuba kupaskan.Benarkah perkara redha ini adalah sesuatu perkara yang sukar untuk dilakukan?

Kalau ikut apa yang aku tahu dan fahamitentang redha ini ialah sesuatu perkara yang telah berlaku dan tidak mampu lagi kita miliki kembali.Dimana kita mulai akur dengan semua baik dan buruk dengan apa juga perkara yang telah berlaku.Juga menerima dengan hati yang terbuka dengan tiada menyimpan dendam didalam hati kepada apa dan sesiapa mungkin juga dengan tuhan sekali pun!

Setakat ini sahaja tulisan aku mampu pergi...

Mohon kalian yang membacanya tolong rungkaikan dan kupaskan apakah itu REDHA!

Sukar sekali buat aku untuk memahaminya...aku rasa bukan aku seorang sahaja yang binggung dan kurang faham dengan perkara redha ini.

Sila lah....menulis yer!

chow!

22 Nov 2012

Lepaskan Pergi

'

Benar walaupun sudah lebih dari 2 tahun kami berpisah tapi aku masih belum dapat melupakan semuanya.Semakin menyakitkan apabila dia selalu datang ketika aku sudah semakin pergi jauh dari bayangan diri dia.

Entah mungkin silap aku terlalu baik hati dan mudah memaafkan dia.

Namun seperti biasa setelah dia reda dari kesakitan dan keperitan kerana perjalanan cintanya yang agak mengelirukan tetapi  hasil dari buah fikiran aku dia kembali bangun dan kuat kembali.Kini dia pergi semula kepada apa yang dia percayai.Jika perginya dengan berhemah tidak mengapa tetapi sempat pula menyemburkan racun berbisa sekali lagi.

Ini memang sudah aku agak...!

Entah mengapa kali ini racun yang dia berikan umpama madu kepada aku.Tiada lagi bisanya.Mungkin kali ini aku lebih bersedia dengan semua drama yang bakal dia lakukan.Pelik bukan kerana aku masih lagi mampu berjumpa dan mendengar semua masalah dia.

Seminggu sudah hal itu berlaku cuma apa yang menjadi persoalannya ialah kenapa aku ini begitu baik sangat?

Mengeluh panjang taktala aku sedang menulis entry ini.Kesal dengan semua perbuatannya.Mahu marah pun aku sudah malas.Perkara terbaik yang aku pelajari dari hal ini ialah bukan semua yang pahit itu tak sedap dan bukan semua yang manis itu best.

Tindakan yang paling baik sekali dan lama sudah aku fikirkan ialah lepaskan semua pergi.Semua kemarahan dan semua perasaan terhadap apa yang telah aku lalui bersama dengan dia dahulu.Benar memang bukan mudah tetapi selagi aku menyimpan semuanya didalam hati lama-lama aku juga yang makan hati sakit jiwa!

Rasanya lagu diatas amat sesuai sekali buat aku ketika ini....andai ku bercinta lagi ...siapakah gerangan gadis itu?


Hmmm....macam you jer!


Sudi ke...hehe!


chow!

15 Nov 2012

Wasiat Jumaat # 5



"Apabila kemudaratan sentuh manusia, dia seru Pemeliharanya dengan berkesesalan kepada-Nya; kemudian, apabila Dia kurniakan kepadanya satu rahmat daripada-Nya, dia lupakan apa yang dia seru sebelumnya, dan adakan rakan-rakan bagi Allah, untuk menyesatkan daripada jalan-Nya." (39:8)

13 Nov 2012

Kisah Cinta Gila

Tulisan ini aku ambil dari blog lama dan aku rasakan amat seronok untuk disiarkan atau dikongsikan disini.Tulisan ini berdasarkan kisan pergaduhan Rihanna dan Chris Brown sikit masa dulu.Bagaimana mereka bercinta dan berakhir dengan trajedi silelaki membelasah si kekasih didalam kereta hingga lebam-lebam.

Namun mereka dikhabarkan telah bersatu semula dan...blabla...dan di bawah ini tulisan aku pun bermula...

Hebat bukan penangan Cinta! Jangan hairan sangat dengan contoh yang aku berikan.Semua itu silap-silap akan terkena ke batang hidung sendiri.Jangan nak berlagak atau nak tunjuk hero lah ,kalau cinta punya penangan semua yang tidak mungkin akan berlaku pasti tetap akan berlaku.Tak percaya...tak per ...tak kena boleh lah cakap banyak nanti kalau sudah terkena masa tu lah baru nak beringat dan berfikir!

Aku? pernah? itu rahsia tapi kalau hendak cerita hal orang lain aku boleh ceritakan .Bukan sengaja kita nak bodohkan mereka cuma kita ambil sebagai iktibar dan pengetahuan.Mereka yang hendak aku ceritakan dengan sangat ringkas ini adalah kenalan aku juga.Jika mereka terbaca kisah mereka di blog aku ini? Mereka akan tersenyum malu dengan aku kerana aku juga yang selalu mereka hubungi untuk selesaikan masalah mereka.Berani nak marah aku ,silap-silap kata-kata"manis" aku berikan nanti.

Mereka juga sama hebat seperti Rihanna dan Chris Brown.Kes Rihanna ni aku tak nampak tapi kes mereka-mereka tu aku nampak depan mata aku sendiri!

8 Nov 2012

Bebas Lepas


Berat mata kamu yang memandang berat lagi bahu aku yang memikulnya.Setiap yang berlaku memang tidak dapat dielakkan jika tidak hari ini pasti esok hari akan berlaku.Perkara yang lepas sentiasa menghantui dan berlegar-legar didalam fikiran kita.Cuba beberapa kali untuk dipadamkan namun ianya tetap kekal membatu begitu.Tersimpan rapi seperti tidak mungkin akan pergi kemana-mana lagi.

Begitulah sukarnya memadam memori kita yang telah sekian lama bertapak di minda dan hati kita.Lagi mahu dilupakan lagi sukar untuk dilakukan.

Cuba bukan tidak dicuba tetapi setiap kali dicuba ianya seperti tidak mahu berganjak lansung dari situ.Adakala terfikir juga kenapalah susah dan sukar sangat membuang semua memori yang pahit itu dengan mudah.Lagi kita cuba lari jauh lagi dekat dia menghampirinya.Kalau tidak kuat iman mahu dikapak sahaja kepala kita sendiri!

Biar padan muka kita...lansung tak mendengar kata!

Ialah kita bukan sengaja mahu bermurung atau bermuram durja tetapi apa yang melekat di kepala seakan tiada belas kasihan lansung.Kita faham semuanya telah tamat dan perkara pun sudah berlaku apa lagi yang mahu dikesalkan lagi.Ianya sudah takdir kita akan berupa begitu.Mahu atau tidak terpaksa juga redha dan terima dengan hati yang terbuka.

Cuma setiap kali kita mahu bebas dari semua perkara yang lepas kita seperti dikurung didalam sangkar yang kita sendiri bina.Marah memanglah marah tapi mahu marah pada siapa?

Siapa pun bukan aku sahaja kalau boleh mahu semua memori yang lepas yang menyakitkan hati mahu terus segera dipadam daripada ingatan kita.Mulut memang berdentam-dentum bila bercakap tetapi didalam hati bagai mahu meletop menahan sakit dari hentaman peledak yang kita nyalakan!


.

Bila aku mendengar lagu nyayian Yuna ini hati aku terasa sejuk sangat.Bebas seperti burung terlepas bebas dari sangkar dan seperti terjun kedalam laut yang dalam yang dingin airnya memang terasa tersangat bebas sekali.Terawang-awang sahaja sambil melayan lagu si Yuna ini.Best....kool!

Untuk membebaskan hati dari cengkaman jiwa yang bergolak memang bukan mudah.Bukan semua orang mampu melepaskan diri dengan begitu sahaja.Aku sendiri mengambil masa yang agak begitu lama untuk melupuskan semua memori yang aku miliki.Memori manis semasa kami bersama...sukar sekali!

Forget and forgive!

Dua perkataan sahaja tetapi bila mahu dilakukan begitu teramat sukar sekali.Itu sahaja perkara yang harus kita lakukan apabila mahu melupakan segalanya.Benar ianya bukan semudah yang kita fikirkan tetapi mahu atau tidak terpaksa jua dilakukan.

Setelah sekian lama kini aku mulai terasa akan kebebasan yang selama ini aku cari-cari.Tenang dan aman tiada lagi gangguan yang menghantui di minda.Segar seperti baru di lahirkan semula.Bernafas dengan penuh ketelusan di hati lembut dan nyaman sekali.Setiap kali melangkah keluar dari pintu rumah seperti terasa akan  bertemu dengan bidadari  yang turun dari langit.Indah sangat tidak tahu bagaimana aku mahu gambarkan kepada kamu...sungguh magis!

Semoga semua akan terus kekal sehingga akhirnya tidak mahu lagi aku kembali ke zaman gelap yang lepas itu.Sakit dan menyukarkan sekali.

Doakan aku agar sentiasa didalam ketenangan dan kesabaran.Menerima semua hakikat dengan penuh keinsafan dan diberikan petunjuk juga jalan agar tidak aku hilang arah dan sesat haluan.Siapa lagi kalau kamu yang membaca semua tulisan aku di blog ini.

Insyaallah ...jika tertutup satu pintu bukalah lagi 10 pintu untuk aku pilih dan laluinya.


Chow!

7 Nov 2012

Sejarah Semalam


Semua orang ada sejarah sendiri.Sejarah kita pasti sekali berbeza ada yang indah dan ada juga yang sadis.Kita sentiasa sahaja tidak dapat lari daripada sejarah silam kita.Adakalanya ianya menjadi salah memori yang pahit untuk kita simpan dan ianya seperti satu trauma juga fobia.

Tidak semua orang suka dengan sejarah silam masing-masing ada yang cuba sedaya upaya untuk melupakan dan ada juga yang tidak mampu untuk melupakannya.Semua ini ada sebab-sebab yang tersendiri yang kita sendiri kurang fahami mengapa dan kenapa?

Begitu juga dengan aku dan sejarah silam aku.Ada yang aku suka ingati dan ada juga aku amat benci untuk di ingati.Harus aku kongsikan atau tidak disini masih lagi menjadi satu misteri kepada aku.Untuk pengetahuan semua tulisan ini aku pernah siarkan di blog lama aku cuma kali ini aku olah sedikit agar ianya lebih cantik lagi untuk dibaca.Seperti yang semua ketahui aku seringkali menulis sesuatu yang telah berlaku ke atas diri aku agar dapat dikongsikan disini sebagai satu teladan kepada orang lain.

Bukan semua tetapi yang mana aku fikirkan sesuai untuk dikongsikan lagipun bukan semua mengenali aku secara dekat cuma beberapa orang blogger sahaja yang tahu akan identiti aku.Itu pun cuma didunia maya tidak didunia realiti.Misteri sangatkah aku ini?

Mungkin...!

Jika sejarah silam mengenai cinta aku rasa aku tiada keberatan untuk dikongsikan disini.Namun bukan sejarah kehidupan kerana bagi aku itu sesuatu yang harus dirahsiakan dari umum.Tidak manis jika khalayak tahu siapa kita sebenarnya.Mungkin bukan aku sahaja tetapi sesiapa jua pun.Masing-masing pasti takut atau malu untuk membuka pekung didada untuk dibaca dan diketahui ramai.

Sejarah cinta aku ada 2.Yang pertama adalah cinta pandang pertama aku yang berlaku ketika umur aku sekitar 18 tahun dan dia berumur 15 tahun.Ianya terjalin lebih dari 3 tahun.Cinta yang kedua pula adalah cinta yang sebenar cinta sehidup semati bersumpah setia hingga ke jinjang perlamin.Kisah cinta ini mungkin disatu hari nanti akan aku tuliskan disini jika aku sudi.

Cinta pertama ini berlaku ketika aku baru selesai menduduki SPM.Ketika di zaman persekolahan aku tidak tahu apa itu cinta ini mungkin kerana di sekolah aku dahulu semuanya adalah budak lelaki sahaja.Oleh itu mana mungkin aku kenal apa itu cinta jika semuanya lelaki.Lainlah sekarang lelaki pun boleh bercinta dengan lelaki...hehe!

Nasib baik ditaman perumahan yang aku tinggal ada ramai budak perempuan dari sekolah yang lain kalau tidak memang harus aku tidak mengenali apa itu cinta dan bercinta!

Kalau kamu rasa ini cerita benar makanya memang ini cerita benar dari sejarah cinta pertama aku dan namanya pun memang sengaja aku letak nama sebenar dia.Jika bekas kekasih aku ini terbaca bagaimana? Lupakan tidak mungkin dia membacanya kerana ....memang tidak mungkin!

Cinta pertama aku ini rasanya lebih kepada kisah kehidupan pasangan aku.Ini kerana secara tidak sengaja aku juga turut terlibat sama dengan sejarah kehidupan keluarga beliau secara tidak lansung.Keluarga yang pada mulanya aku sangka sangat bahagia dan aman damai rupanya terselit satu kisah yang agak memilukan.Ibu beliau seorang yang agak peramah tetapi bermisteri.Bapanya pula seorang muaalaf berketurunan cina.Mereka berasal dari Pulau Pinang.Dia mempunyai 6 orang adik beradik 5 perempuan dan yang bongsu lelaki.Semuanya cantik dan sangat sempurna sifatnya maklumlah perkahwinan campur diantara sedikit arab dan cina...memang wow!

Secara jujur aku bukanlah tergolong didalam golongan mereka yang cerdik pandai didalam akedemik.Habis sahaja sekolah dan mendapat keputusan spm keluarga aku menghantar aku kesebuah kolej berbayar dan aku akhiri dengan kejayaan yang cemerlang setakat cukup syarat sahaja.Beberapa ketika aku telah hidup sebagai petani menanam anggur didalam rumah orang tua aku dalam jangka yang agak begitu lamalah juga.Sebenarnya minat aku lebih kepada benda lain yang luar dari skop kedua orang tua aku.Bila aku kisahkan kepada mereka...mereka cuma pandang muka aku dengan agak lama sehingga aku terpaksa bangun dan pergi dari situ...maknanya orang tua aku tidak sukalah...hehe!

Aku sebenarnya telah tercampur dengan golongan yang suka kepada benda yang berseni.Lama juga aku aku berkroni dengan mereka-mereka ini.Jika sesiapa yang pernah melihat identiti aku pasti perasan rambut aku ketika agak panjang sehingga keparas pinggang.Mat rock la katanya.Lama juga aku menyimpannya hampir 7 tahun.Cuma sekarang aku sudah memotongnya pendek kerana ianya tidak sesuai dengan kerjaya yang aku miliki sekarang.

Kembali semula kepada kisah cinta pertama aku.

Selama lebih dari 3 tahun kami bersama bercinta.Segalanya amat mencuit hati dan lucu kalau dingatkan semula.Mana tidaknya kalau pakai t-shirt sama warna dan sama gambarnya.Salah satu contoh yang paling senang untuk diberikan dan jangan tanya lagi yang lain-lain ...malu pun ada rasanya.Dia sememangnya gadis yang cantik rupawan.Maklumlah produk dari hasil kacukan makanya memang indah sekali produk yang di hasilkannya!

Setiap hari kami berjumpa dan memadu kasih.Dimana?

Dirumah dia dan dengan semua keluarga dia sekali.Tiada taman bunga atau panggung wayang didalam senarai cerekarama kami harap maklum semua.Cinta yang seiklas cinta cuma dengan pandang memandang dan jeling menjeling.Pegang tangan pun tidak? Sabar ok!

Tidak diketahui kenapa aku sangat senang mereka terima ini mungkin kerana kepetahan aku berkata-kata membuatkan mereka sekeluarga terpukau.Malah lebih tragis lagi apabila aku lebih disanyangi oleh ibunya lebih dari anak-anaknya sendiri.Hebat sungguh kuasa magik yang aku miliki iaitu mulut manis bak semangka merah!

Setelah sekian lama bersama dengan keluarga mereka aku sedikit sebanyak mengetahu secara dekat bahawa keluarga ini secara diam-diam ada masalah dalaman yang agak kronik.Serius aku sebenarnya tidak mahu tahu dam ambil pusing kerana itu bukan masalah aku itu masalah mereka.Haruskah aku mencampurinya sudah pasti tidak sama sekali.Cuma bila satu malam aku tiba-tiba dikejutkan dengan satu panggilan dan panggilan ini benar-benar menyentap seluruh hati aku.Aku terkejut dan lansung tidak mampu mengeluarkan sepatah kata sekalipun!

Malam itu...

"...J... maafkan ibu kerana perkara ini berlaku.Ibu terpaksa dan ibu akui ini kesilapan ibu.Salah ibu kerana tidak mendengarnasihat J tempoh hari.Ibu malu sangat dengan J sekarang! Sekarang semuanya sudah terlambat nasi sudah jadi bubur.Tiada apa lagi yang mahu dikesalkan cuma satu permintaan ibu dari J iaitu tolong jaga Rita dengan baik.Hanya kepada kau ibu harapkan...Rita mungkin akan kecewa dengan tindakan ibu ini tetapi ibu hendak J faham ibu lakukan semua ini kerana anak-anak...percayalah J! Berjanji dengan ibu yang J akan " tengok-tengokkan Rita " !

Aku seolah-olah bagaikan bermimpi dengan apa yang aku dengar.Waktu itu pukul 2 pagi dan kepala aku masih mamai lagi.Dalam sedar dengan tidak dan dalam tidak percaya apa yang aku ingat ialah aku cuma menjawap YA ....itu sahaja!

Ibu Rita di penjarakan selama 2 tahun di penjara Kajang atas kesalahan mengedar Ganja!

Sekarang baru aku tersedar kenapa selama ini ibu Rita sering pulang ke kampung halaman.Setiap 5 ke 6 kali sebulan ke Pulau Pinang.Bila kau bertanya dia akan menjawap ada perkara yang harus dibuat.Aku sebenarnya semacam sudah dapat menangkap akan kegiatannya tetapi aku cuba untuk tidak berburuk sangka.Pernah sekali tanpa disengajakan aku terjumpa segumpal ganja didalam rumah itu tetapi ibu dan keluarganya menafikan itu adalah milik mereka.Aku rasa aku telah di yakinkan dengan baik sekali oleh ibu Rita!

Bagaimakah aku boleh tahu?

Ini kerana setiap hari ada sahaja orang datang kerumah dan bertanya atau mencari ibu Rita.Mereka-mereka yang datang ini pula memang aku kenali sangat dan ketahui akan kegiatan penagihan mereka.Cuma aku waktu itu tidak terfikir lansung tentang  hal ganja ini cuma apa yang aku fikirkan ialah mereka ini semua datang cuba memikat anak -anak ibu dengan cara mendekati ibu Rita.

Tidak sahaja Rita yang mempunyai rupa paras malahan begitu juga dengan kakak-kakaknya.Gadis-gadis berdarah campuran memang menarik-menarik belaka.Itu memang tidak aku boleh nafikan.Apa yang aku kesalkan ialah ketika kejadian itu berlaku cuma tinggal lagi 10 hari ketibaannya Hari Raya Aidilfitri!

Esok pagi bila aku kerumah Rita dan ingin berjumpa dengannya dia memang cukup tertekan dengan kejadian itu.Dia benar-benar hilang pertimbangan apabila dia mulai mengamuk dan bermain-main dengan sebilah pisau ditangannya.Nasib baik aku sampai tepat pada masanya.Sebelum aku sampai awal-awal lagi kakak Rita sudah maklumkan apa yang sedang terjadi.Bagaikan seorang hero aku pujuk dia dan aku tenangkan dan hari itu untuk pertama kalinya dalam hidup ini sebagai seorang lelaki aku di peluk erat oleh kekasih hati yang aku sayangi didalam sedu tangisnya...Sehingga ke hari ini aku masih boleh mengingati saat-saat itu dengan segar sekali umpama ianya baru berlaku semalam!

5 Nov 2012

Perempuan Merokok


Rokok dan merokok ada yang suka ada juga yang tidak suka.Hari ini jika kita berjalan di bandar-bandar besar bukan sesuatu yang menghairankan jika kita terjumpa dengan orang perempuan yang merokok.Dahulu kalau kita terjumpa orang perempuan yang sedang merokok secara automatik muka kita akan berubah dan melihat mereka dengan satu pandangan yang agak kurang menyenangkan.

Kalau bukan pelacur pasti dia ini emak ayam atau perempuan jenis sundal lagi jalang.Semua yang buruk dan busuk pasti akan diterima oleh perempuan yang merokok tidak kira dia tua atau muda.

Itu dahulu tetapi tidak pada hari ini semua itu sudah tidak lagi dilihat sebagai sesuatu perkara yang ganjil dan menjijikkan.Ianya sudah menjadi satu trend yang terkini dan tidak lagi nampak menjengkelkan seperti satu masa dahulu.Diluar bandar juga nampaknya trend ini sudah semakin dapat diterima walaupun masih ada lagi yang kurang senang dengan tabiat baru ini.

Aku...aku memang tidak kisah sangat dan ambil pusing.Haram tidak berdosa juga tidak...So tiada sebab untuk aku marah dan sakit hati!

Jika sebab dia perempuan kita marah?

Lelaki juga merokok malahan ramai kaum lelaki yang mati kerana dapat barah hati kerana merokok.Sekarang bila orang perempuan merokok para lelaki pula mula mahu naik angin dan marah-marah.Kenapa harus marah? Dia adik perempuan engkaukah?Dia guna duit engkaukah? Dia bukan siapa-siapa dengan engkau maka itu hak mereka untuk buat apa sahaja yang mereka fikir mereka berhak boleh buat!

Kadang-kadang aku terfikir kenapa marah sangat? Itukan hak mereka kenapa kita lelaki mesti marah sangat?

Tolonglah rasional sedikit dan adil terhadap mereka.

Aku faham mungkin orang lelaki ini bukan sahaja marah tetapi sangat kurang puashati kenapa tiba-tiba orang perempuan juga merokok seperti mereka seperti seorang lelaki.Orang lelaki didalam kepala otaknya memang selalu akan berfikiran yang bukan-bukan.Kepada mereka jika seorang perempuan yang merokok pasti sekali mereka ini bukan perempuan jenis yang baik-baik.Perempuan jahat yang sudah rosak ahlak dan jenis perempuan yang bekerja di lorong gelap atau perempuan yang bekerja sebagai escort jantan dan bekerja di spa-spa urut tradisional ...kononya...hehe!

Mungkin juga mereka ini bekerja di kelab malam atau di pusat karaoke...ini nampak tidak begitu jalang sangatlah...rasanya lah...aku tak tahu...hehe!

Merokok salah ke? Jika kita merokok kita nampak jahat ke?

Itu yang selalu aku dengar dari mulut orang perempuan yang merokok.Masalahnya yang aku dengar ini bukan dari mulut perempuan yang bekerja di lorong gelap belakang bagunan tetapi dari mereka yang mempunyai kerjaya yang sangat hebat-hebat belaka.Doktor,Peguam,Pensyarah,Engineer....eh! macam-macam lagilah...dan aku kerap sangat terjumpa dengan mereka-mereka ini dan mudah sangat terjumpa jika kita ini yang jenis rajin melepak di cafe-cafe yang ala-ala coffie bean atau starbuck!

Ramai jumlahnya bukan sedikit ...apa yang engkau risaukan sangat wahai kaum sejenis ku...kerana kerjaya mereka lebih hebat dan gah dari kamu?

Terima sahaja hakikatnya dan sepatutnya orang lelaki harus ada rasa malu apabila kuasa ini semakin terhakis dan berkurangan kini.Oleh itu kenapa harus marah-marah jika mereka merokok?

Nasib baik aku ini bukan begitu sikapnya.Aku tidak melihat orang perempuan yang merokok ini sesuatu yang ganjil dan pelik.Tiada apa yang aku perlu risaukan cuma aku lebih risaukan mereka yang tidak merokok tetapi mampu sangat melahirkan anak tanpa perlu ada ikatan pernikahan yang sah!Benar atau tidak mereka yang nampak baik dan tidak merokok adalah mereka yang mudah sekali diperdayakan oleh orang lelaki tetapi tidak sama sekali dengan orang perempuan yang merokok kerana mereka ini sangat berkeyakinan sekali...kalau tidak percaya cuba lah perdayakan mereka-mereka ini!

Pasti komen yang bakal aku terima nanti agak keras tetapi aku tidak kisah kerana itu hak masing-masing dan pendapat juga pandangan peribadi mereka ...itu hak mereka!

Hari ini mungkin engkau seorang pelajar dan masih mentah lagi dengan hal-hal dunia.Didunia luar ini semuanya berkemungkinan dan jangan terlalu yakin bahawa ujian yang bakal diterima adalah yang mudah-mudah belaka.Ujian dan dugaan yang datang tidak memilih siapa kerana itu semua hak siapa kalau bukan hak mutlak yang satu.Oleh itu setiap lontaran kata-kata harus berlapik juga berkias kerana jika datangnya ujian nikmat dunia maka semua yang kamu pegang pasti akan terlepas dari gengaman tangan!

Jika kamu berjaya melepasi semua ujian dan halangan itu maka kamu itu sangat hebat tetapi jika kamu melihat di sekeliling kamu adakah ramai yang hebat seperti kamu?

Disini apa yang cuba aku sampaikan ialah jangan kita melihat diluaran sahaja.Jangan pula mengata dari jauh dengan tanpa menyelidikinya dahulu.Jangan terlalu percaya dan yakin dengan apa yang kita lihat dan pandang.Dekati dan fahami itu lebih bagus daripada kita meneka membuta tuli  sembarangan....ingat kita juga manusia bukan malaikat!

Namun tidak dapat dinafikan bahawa apa yang kita lihat dan dengar itu bohong.Sememang agak kurang manis bila seorang gadis itu merokok.Lebih tidak manis apabila berlagak bodoh seperti tiada siapa yang memandang dan melihat.Aku dengan dunia aku dan engkau dengan dunia engkau dan jangan ganggu aku kerana aku tidak ganggu engkau.Lebih menyakitkan hati bila diatas meja dia ada anak kunci kereta yang berlogo BMW atau Merc...memang makan hati you!

Tiada apa yang perlu dihairankan sangat itu semua sudah menjadi perkara biasa sekarang cuma jangan diambil sebagai teladan dan contoh yang baik!

Jika ada yang bertanya dengan aku suka x dengan perempuan yang merokok?

Ini jawapan iklas dari aku.Entah mengapa aku dari dahulu lagi  memang ada citarasa yang agak luarbiasa sedikit dengan orang perempuan.Perempuan yang lasak dan perempuan yang merokok kepada aku mereka sangat comel dan sexy.Bagi aku mereka ini adalah jenis yang mempunyai tahap keyakinan yang amat tinggi.Ianya sesuatu yang mencabar buat aku dan aku memang suka kepada sesuatu yang mencabar walau ada ketikanya aku sendiri tidak dapat menangani cabaran yang aku tempuhi...hehe!

Cuma satu yang aku paling pantang ialah jika melihat orang perempuan merokok sambil berjalan pada pandangan mata aku perempuan itu nampak murah sangat!

Hari ini tidak sama seperti dahulu dan tidak perlulah kita risaukan sangat dengan fenomena ini kerana ianya pasti akan berlaku juga akhirnya kerana ianya memang tidak dapat dielakkan lagi.Mungkin bukan kita tetapi orang lain yang akan buat.Cuma ianya semakin merimaskan apabila terlalu ramai pula yang merokok sekarang.Dahulu lelaki sahaja tetapi sekarang orang perempuan turut serta.

Pehhh! Boleh mati juga walaupun pada dasarnya kita memang tidak merokok!


chow!

4 Nov 2012

Pilihan Kita



Tiada siapa mampu sembunyikan perasaan bila masa menulis kerana kita tahu kita tidak mampu berlakon ketika menulis sesuatu perkara yang sedang kita alami.Bukan mudah menulis sesuatu yang bertentangan dengan rasa hati dan gelojak perasaan kita.Sukar sekali cuba menipu diri supaya menulis sesuatu yang mengembirakan taktala hati sedang berkelana duka.

Cuma apa yang penting disini ialah bagaimanakah bijaknya kita dapat menangani sesuatu permasalahan atau isu yang sedang kita hadapi ketika itu.Bukan semua orang ada cara dan style yang serupa apabila menyalurkan keluar semua amarah dan rasa gundah di hati.Sesetengah dari kita mungkin akan diam membisu seribu bahasa tanpa mengeluarkan sepatah haram pun kata-kata.Keras membatu dan tidak lansung mempedulikan sesiapa sahaja dan apa juga yang berlaku di sekelilingnya.

Lain orang lain caranya begitu juga emosinya.

Kita mungkin pernah melihat sendiri atau mungkin melihatnya didalam berita juga suratkhabar bagaimana seseorang yang mengalami masalah kemurungan melakukan perkara-perkara yang diluar jangkaan dan diluar tatasusila manusia yang normal.Tindakan mereka mungkin sungguh brutal dan tidak normal tetapi kita seperti sudah biasa dan dapat pula menerimanya kerana mungkin kita faham bahawa mereka itu sudah hilang punca untuk melepaskan diri dari segala permasalahan yang sedang mereka alaminya.

Itu pilihan mereka dan itu yang mereka mahukan!

Kita ini mungkin bukan sebahagian dari mereka-mereka itu yang tenggelam punca.Kita ini mungkin ada sedikit tuah dan sejumlah akal untuk diguna pakai dengan cara yang betul lagi berhemah.Kita telah dianugerahkan dengan sedikit rasa sabar dan tabah.Kita juga bernasib baik kerana tahu bukan semua masalah ini tiada kesudahannya dan tahu masalah ini bukannya tidak boleh untuk diselesaikan.

Percaya atau tidak apabila kita menulis semua yang kita rasa didalam blog ini sedikit sebanyak dapat melegakan rasa hati kita.Aku merasa puas setiap kali apa yang aku rasa aku dapat salurkan ke sini.Jujur aku katakan setiap tulisan aku di blog ini adalah benar dan datang dari sanubari aku.Jika aku suka aku gambarkan kesukaan aku dan begitu juga tika aku berduka tiada sedikit kepalsuan pun yang harus aku tuliskan.Biar yang membacanya dapat merasakan apa yang aku rasakan KERANA aku mahu mereka setelah habis membacanya akan begitu mudah menuliskan komen di akhir nanti dengan begitu iklas sekali.Iklas dari hati masing-masing tanpa ada sekatan dan ragu-ragu.

Bila kita membaca komen-komen yang kita terima di akhir nanti sedikit lebih kurang hati kita semakin reda gusarnya.Perasaan kita kembali kuat dan bersemangat.Kita seoalah-olah telah dicaj dengan satu tenaga yang baru dan hebat.Muka kita terpancar akan keceriaannya.Sebelum itu kita sedikit murung dan lesu tetapi apabila kita membaca semua komen-komen yang kita terima maka kita sedar bahawa perjalanan hidup kita belum tamat lagi malahan ianya amat panjang dan lama lagi!

Kenapa mesti luahkan semuanya disini di blog?

Pilihan masing-masing.Itu pilihan kita.Perlukah kita peduli dengan orang lain jika ini pilihan kita.Pilihan ini adalah hak kita dan tiada sesiapa pun boleh menidakkan dan mempersoalkannya!

Hak masing-masing dan bukan salah besar pun kalau kita mahu kongsikan dengan para pembaca kita.Sedarlah kita tidak sama walaupun rambut kita mungkin sama hitam.Setiap manusia yang hidup di muka bumi ini tidak sama dan serupa rasa dan pilihannya.Masing-masing punya citarasa tersendiri cuma kalau sama sekalipun tidak mungkin ianya serupa seratus peratus pasti ada perbezaannya.

Ialah daripada kita membuat pilihan dengan terjun dari bagunan yang tinggi,menghiris-hiris pergelangan tangan kita,menjerit-jerit tanpa sebab di tengah malam,memandu kereta tahap paling laju tanpa pedulikan keselamatan diri dan orang lain atau pergi kelab malam order berbotol-botol arak dan mabuk sampai pengsan!

Jika kita ini kuat imannya dan redha dengan segalanya mungkin sembahyang lima waktu juga bacaan ayat-ayat dari kitab kita iaitu al-quran itu adalah yang paling terbaik sekali.

Itulah yang aku katakan tadi pilihan,pilihan kita apa?

Semua terletak ditangan kita.Semua tindakan dan keputusan kita berada didalam pilihan kita.Jika pilihan kita buruk maka buruk juga akibatnya begitu juga sebaliknya.Pokok pangkalnya ialah diri kita dan apa pilihan yang kita harus buat dan pilih.

Sekirannya pilihan kita ialah meluahkan segalanya didalam blog itu adalah pilihan kita.Seperti yang aku tulis awal-awal tadi ini adalah pilihan kita.Mungkin ini bukan pilihan yang terbaik tetapi bak kata orang-orang tua tiada rotan akar pun berguna juga.Maka daripada kita sasau tidak tentu arah dan melakukan perkara-perkara yang gila adalah lebih baik kita luahkan disini!


Ini pilihan aku...apa pula pilihan kamu?


chow!



3 Nov 2012

Semangat Ini


Entah aku tak tahu mahu jawap apa bila orang tanya aku kau kenapa ni semakin kurus.Selalu jawapan yang aku berikan ialah mahu kuruskan sikit badan sebab doktor nasihatkan begitu.Kalau tak dikuruskan nanti aku boleh cepat mati sebab kena sakit jantung atau kencing manis lebih kurang sikit macam itulah jawapan bohong yang aku berikan kepada sesiapa yang bertanya.

Mudah dan ringkas!


Selalunya mereka nampak macam berpuashati dengan jawapan yang aku berikan nampak macam real lah.Padahal aku makan hati berulamkan jantung.Lebih setahun setengah melarat kerana putus cinta.Rasanya macam lama sangat aku melayan perasaan aku tetapi bukan aku sengaja buat begitu ianya sudah memang begitu.Apa lagi yang tak aku buat untuk aku melupakan segalanya semua sudah.

Bercinta terlalu lama salah bercinta sekejap juga salah so nak salahkan siapa.Yang sebetulnya memang sudah nasib kita begitu tiada jodoh dengan dia nak buat macam mana terima sahaja la sekarang ni.

Betul memang terasa macam orang bodoh sangat apabila masih lagi teringatkan orang yang kita cintai yang telah pergi jauh meninggalkan kita sendirian.Betul kata orang tua-tua kalau ikutkan hati nanti mati.Aku bukan ikutkan sangat hati tetapi sedang berperang dengan perasaan sendiri cuba membunuh hati agar dapat padamkan semua memori manis aku dengan dia.

Masalahnya ialah susah sangat aku mahu buat begitu.Kau cakaplah apa sahaja semua sudah aku buat cuma mencari kekasih baru sahaja yang aku belum buat ketika ini.Kenapa aku tak buat?

Sebabnya aku rasa belum sampai masanya lagi untuk aku berbuat demikian di waktu ini.Apa yang aku perlukan sekarang ialah memperkuatkan lagi semangat dan ekonomi aku.Ya duit dan pelbagai benda wajip dalam kehidupan.Semua itu sepatutnya setahun lepas bukan masalah yang besar buat aku tetapi aku tersilap langkah bila terlalu percaya kepada kawan dan akhirnya dia lari kan semua hasil perkongsian kami.Nasib aku umpama sudah jatuh di timpa tangga.

Lebih parah lagi 2 bulan sebelum ramadan aku ada membeli sebuah kereta dan aku ada menulisnya di dalam blog ini itu juga di tipu oleh kawan aku yang telah hilang kemana perginya.Hampir 30k hilang begitu sahaja dan ini benar-benar membuatkan aku rasa tertekan sangat akhir-akhir ini.Masalah cinta dicampur pula masalah duit ....oh! memang cukup sempurna sekali natijah ini!


Syukur alhamdulillah kepada semua permasalahan ini di ketika ini.Jika aku lewat terima semua ini mungkin aku tidak sempat untuk bangkit dan bangun melawan semula semua itu.Hebatnya aku ialah aku sudi terima semua mala petaka ini sebagai salah satu ujian hidup yang manis dan bukan semua orang boleh miliki dengan mudah sekali.Biar sekarang aku rela terimanya tetapi tidak esok hari ketika aku sakit atau ketika umur aku sudah melewati 50 tahun.Sekarang aku masih lagi gagah dan sihat masih lagi mampu tersenyum walaupun ada rakan-rakan yang datang menepuk bahu aku sambil mata bergenang mengenang nasib yang menimpa aku sekarang.


"...memang ujian yang kau terima ini sangat hebat tapi alhamdulilah kau tenang sangat menerimanya...aku kagum!..."


Kawan kau tak melihat jauh ke dalam hati aku betapa terseksanya aku hanya tuhan sahaja yang mampu tahu tetapi tidak sesekali aku mengalah dan berdiam diri sebelum aku melawan ....tidak!

Adakalanya aku seperti marah dan adakalanya aku sering mempersoalkan kenapa orang yang baik selalu sahaja harus menerima semua ini.Selalu juga bertanya mengapa dan kenapa.Benar aku bukan seorang yang nakal atau jahat tetapi aku agak sempoi dan terlalu baik hati.Bukan dari hari ini tetapi dari budak lagi sudah memang sifat aku begitu.Suka mengalah dan sering ketepi demi orang lain mungkin kerana aku berstatus abang sulung memungkinkan aku bersikap begitu.Entah sekali lagi aku tak tahu jawapannya.

Kenapa aku mudah terlalu percaya dan mudah termakan pujuk selalu juga cepat simpati dan seringkali juga dibuli dengan kejujuran yang palsu dari mereka yang kita percayai dan sayangi.Kita dikhianti bukan sekali tapi  berkali-kali tanpa kita sedari tetapi aku masih mampu tersenyum dan memaafkannya.

Pelik aku memang pelik.Kawan aku lagilah pelik kenapa aku boleh begitu sekali sikapnya.Entah jangan tanya aku kenapa dan mengapa sekali lagi aku tak tahu jawapannya!


Namun aku percaya semua kejadian ini pasti sekali ada habuannya di suatu hari nanti.Aku percaya semua yang berlaku kepada aku pada hari ini bukan percuma semata-mata tetapi ada harga dan hadiah yang akan diberikan sebagai balasan.Cuma apa yang perlukan aku lakukan sekarang ialah sabar juga tabah dan kuatkan semangat dan jangan mudah mengalah dan putus asa.

Biar aku jadi hero hindustan di ketika ini yang penting akhir cerita aku bahagia.Aku heronya aku juga kekasih awal dan akhirnya!


Siapa yang sudi bersama aku ketika ini?


chow!

2 Nov 2012

Bosan Lelaki


Lelaki seperti aku ini yang umurnya sudah melewati 30 tahun adakalanya terasa begitu tertekan bila bersendirian.Sunyi sepi melayan perasaan di dalam bilik tanpa teman-teman.Hidup bersendirian memang memerlukan ketabahan dan kesabaran tahap yang paling maksima melepasi imiganasi diri sendiri.

Lebih-lebih lagi pula bila musim hujan terkujuh semakin galak berlaku setiap hari.Dalam kedinginan tiupan angin hujan dan sesekali terkena tempias hujan yang jatuh dari hujung atap bumbung rumah ke tangan seperti menyentap perasaan aku untuk mencari teman hidup.

Teman-teman seusia dan seperjuangan boleh dikatakan semuanya sudah berkeluarga dan semakin pula giat melahirkan zuriat setiap tahun dengan tanpa jemu-jemu.Kerajinan mereka membuat pelaburan untuk melahirkan model-model yang baru adakalanya membuatkan hati aku berkata-kata...


"...perlukah begitu cepat atau adakah aku cemburu..."


Sengaja mencari salah orang lain semata-mata untuk menyedapkan hati sendiri.Kalau diikutkan apa yang dirancangkan sekarang ini aku sudah pasti mempunyai 8 orang anak.Itu pun jika aku bertuah memeliki 4 orang isteri sekaligus...hehe!

Tiada salahnya pun kan untuk memiliki 4 isteri jika ada kemampuan.Cuma sangat sukar sekali untuk bertemu dengan orang yang boleh kita jadikan idol dan mencontohi cara beliau yang berlaku adil dan juga sangat hebat dalam mengawal juga membimbing isteri 4 orang sekaligus waktu ini.

Semua lelaki memang ada angan-angan begitu kalau tidak 4 mungkin 2.Aku mungkin salah seorang dari mereka tetapi itu dulu waktu umur aku belum cukup matang tetapi hari ini aku tidak mungkin mencuba atau mencari peluang begitu kerana bila aku sudah fahami ianya amat sukar sekali untuk dijayakan.Jika susah sangat mahu difahamkan cuba andaikan kita memiliki 2 buah biji kereta serentak.Bulan-bulan kena bayar duit ansuran kereta seperti membayar duit belanja seisi rumah.Servis setiap bulan umpama membawa isteri-isteri kita pergi bershopping.Setahun sekali bayar cukai jalan dan insuran umpama membayar yuran kelahiran anak atau juga anak mahu masuk sekolah...pehhhh boleh pengsan!

Itu belum cerita kena bawa kereta ronda-ronda tiap malam umpama tuntutan batin isteri kita sebab kalau tidak nanti enjin kereta kita boleh jadi masalah...hehe!

Teman-teman ada yang bertanya sampai bila aku harus bersendiri.Berat mata kamu memandang berat lagi bahu aku yang memikulnya ini tetapi  apakah mereka tahu apa yang mereka tidak tahu tentang kita.Bukan aku minta begini tetapi sudah tersurat aku harus begini.Tidak sengaja aku mencari helah atau mencari salah kerana adakalanya satu-satu persoalan itu bukan selalu ada jawapannya pada waktu itu.Ianya perlukan satu tempoh masa yang tiada siapa tahu bila akan kesudahannya.

Bila kita pernah melalui lorong gelap didalam alam percintaan kamu pasti dapat rasakan apa yang aku rasakan kini.Bukan mudah tetapi tidaklah sukar cuma kepada sesiapa yang pernah melaluinya sahaja yang tahu akan rasa dan juga jawapannya.Iaitu tiada jawapan!

Entah aku sendiri tidak tahu sampai bila aku harus begini.Bukan kecewa tetapi seperti sudah tawar hati.Bukan marah tidak sekali aku marah tetapi entahlah aku sendiri binggung memikirkannya.Benar ada orang berkata jangan terlalu sayang nanti merana badan.Bagaimana kalau tidak sayang mana mungkin ada cintanya?

Bila pula terlalu sayang kita pula terpaksa terima akibatnya.Hairan bukan?

Kadang kala aku ada terfikir cinta ini nikmat atau laknat? Tuhan sengaja adakan rasa cinta dan sayang ini untuk apa dan kenapa?

Tersenyum...ahhh jawaplah!

Namun aku percaya kebosanan aku ini sedikit hari nanti pasti akan terubat.Mungkin ada sesuatu yang semakin dekat hadir ke dalam hidup aku atau mungkin itu cuma bayangan yang aku cipta sendiri.Kepada siapa yang harus aku persalahkan aku sendiri tidak tahu.Kenapa citarasa aku terhadap kaum hawa ini agak tinggi sekali.Bukan tidak ada yang datang mengetuk pintu hati aku tetapi hati aku ini agak begitu ego dan terlalu memilih sifatnya.Marah pun ada tetapi apa yang boleh yang aku buat memang sudah begitu peel dan perangainya!


"...menghada-ghada betul bentak akal aku kepada hati..."



Serius aku tidak bohong memang membosankan tanpa teman yang boleh kita berkongsi gelak dan ketawa.Boleh sakat menyakat dan bermanja menghada.Rindu sungguh aku dengan situasi yang begitu di sekarang ini.Jangan pula yang ada berkata bernikah dan pasti cinta itu datang.Bernikah dengan siapa jika calonnya pun tiada...hehe!

Cakap mudahlah tetapi bila sudah melalui apa yang aku lalui percayalah pada waktu itu apa yang kau baca tidak sama seperti apa yang terjadi di realitinya oleh itu berhati-hatilah ketika berkata atau memberikan nasihat kepada orang lain.Orang yang merasainya tidak mampu untuk memberikan kata-kata nasihat kerana dia tahu bagaimana akibatnya dan tidak sampai hati untuk memberitahu akan hal yang sebenarnya!

Mudah cakap ...jangan perlekehkan apa yang orang itu sedang alami dan rasakan nanti bila terkena batang hidung sendiri barulah tahu betapa langit itu rendah atau tinggi...!

Bosan....aku ingat jap lagi nak pergi tengok wayang cerita 007 skyfall.Pergi seorang-seorang ala bosannya.Kalau dulu tiada kekasih ada jugalah kawan-kawan yang boleh kita angkut sekali tetapi hari ini kalau aku buat begitu juga alamatnya huru hara cinema tu...mahu tidak kalau anak-anak jer dah berderet-deret nak ikut sekali boleh jadi pening kepala melayannya...hehe!


Jna...jom!


chow!





1 Nov 2012

Wasiat Jumaat # 4



"Wahai orang-orang yang percaya, apabila wanita-wanita mukmin datang kepada kamu sebagai penghijrah, ujilah mereka. Allah sangat-sangat tahu keimanan mereka. Kemudian, jika kamu tahu bahawa mereka adalah wanita-wanita mukmin, janganlah kembalikan mereka kepada orang-orang yang tidak percaya (suami mereka). Mereka adalah tidak halal bagi orang-orang yang tidak percaya, dan tidak juga orang-orang yang tidak percaya halal bagi mereka. Berilah orang-orang yang tidak percaya apa yang mereka telah nafkahkan (membelanjakan); dan tiada kesalahan ke atas kamu untuk mengahwini mereka, apabila kamu beri mereka upah mereka." (60:10)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...