Pages - Menu

22 Nov 2012

Lepaskan Pergi

'

Benar walaupun sudah lebih dari 2 tahun kami berpisah tapi aku masih belum dapat melupakan semuanya.Semakin menyakitkan apabila dia selalu datang ketika aku sudah semakin pergi jauh dari bayangan diri dia.

Entah mungkin silap aku terlalu baik hati dan mudah memaafkan dia.

Namun seperti biasa setelah dia reda dari kesakitan dan keperitan kerana perjalanan cintanya yang agak mengelirukan tetapi  hasil dari buah fikiran aku dia kembali bangun dan kuat kembali.Kini dia pergi semula kepada apa yang dia percayai.Jika perginya dengan berhemah tidak mengapa tetapi sempat pula menyemburkan racun berbisa sekali lagi.

Ini memang sudah aku agak...!

Entah mengapa kali ini racun yang dia berikan umpama madu kepada aku.Tiada lagi bisanya.Mungkin kali ini aku lebih bersedia dengan semua drama yang bakal dia lakukan.Pelik bukan kerana aku masih lagi mampu berjumpa dan mendengar semua masalah dia.

Seminggu sudah hal itu berlaku cuma apa yang menjadi persoalannya ialah kenapa aku ini begitu baik sangat?

Mengeluh panjang taktala aku sedang menulis entry ini.Kesal dengan semua perbuatannya.Mahu marah pun aku sudah malas.Perkara terbaik yang aku pelajari dari hal ini ialah bukan semua yang pahit itu tak sedap dan bukan semua yang manis itu best.

Tindakan yang paling baik sekali dan lama sudah aku fikirkan ialah lepaskan semua pergi.Semua kemarahan dan semua perasaan terhadap apa yang telah aku lalui bersama dengan dia dahulu.Benar memang bukan mudah tetapi selagi aku menyimpan semuanya didalam hati lama-lama aku juga yang makan hati sakit jiwa!

Rasanya lagu diatas amat sesuai sekali buat aku ketika ini....andai ku bercinta lagi ...siapakah gerangan gadis itu?


Hmmm....macam you jer!


Sudi ke...hehe!


chow!

30 comments:

  1. weewit.. "you" si gadis cantik..

    ReplyDelete
  2. Awk.. hidup ini belum ada kepastiannya,tetapi hidup ini kita perlu mencari kepastian,terus berusaha, terus bersyukur,terus bersabar,terus bertanggung jawab,terus berdoa,terus berwawasan,hanya pada mereka yg terus menerus kehadapan bukan ke belakang,berdepan dgn pasti lantas berkata ITU YANG PASTI IN SHAA ALLAH ..
    ;D YOU tuu mcm sayaaaa jeeee =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer makcik!


      rasanya you kot....


      :)

      Delete
    2. saya doakan awak berdua berbahagia. eh eh sorry termasuk campur hal rumah tangga orang. haha :P

      Delete
    3. Auuu~ Agak2 lepas nie boleh makan nasik minyak bloggers tak ? hewhew

      Delete
    4. nak Jna mintak izin I dulu eh . HAHAHAHAHA

      Delete
    5. sama mcm zmel juga.. selamat berbahagia.. cepat sikit lelakisemalam.. ;)

      Delete
    6. goodluck to both of you! hehehe

      Delete
    7. Wah... Jna ke orangnya... Good luck both of you.

      Delete
    8. kemain lagi semuanya yer...hehe!

      Delete
  3. hahaha...sempat lg tu...mana jna :P

    ReplyDelete
  4. dah masing2 tau, apa lagi...
    buang yg keruh, ambil yg jernih...
    'dan pohon inai pun dibelai angin
    meruduk daun-daunnya untuk dipilis..' hahaha

    ReplyDelete
  5. Btl la tu.. Berbahagialah sahabatku...

    ReplyDelete
  6. Eheh, sempat lagi mempromote diri pulak tu. Btw, Insyaallah kalau ada jodoh, tak ke mana.

    ReplyDelete
  7. andai kau bercinta lagi, pastikan dia lah isteri, bukan sekadar kekasih duniawi, istikharah agar temui petunjuk siapa yang akan terus menemani hingga akhir nanti,biar hadirnya mengambil masa, asalkan setibanya takkan sesekali pergi...insyaallahtaala.. akan temui yg kekal abadi..

    ReplyDelete
  8. gua rasa lu pecinta setia, tapi nak buat mcmana dia bukan matching lu... mcm cik noura tu cakap... terbaik untuk jiwa...

    {Pisang Kaki}

    ReplyDelete
  9. alahhh lupekan dia yg xhargai kau. segeralah memikat jna..:)

    ReplyDelete
  10. Tumpang sedih..anyway lagu ni best..

    ReplyDelete
  11. adoi,ini lagu ka???sedih bagi yang diberi,sakit bagi yang ditinggali,suka bg yg memberi..kot???entah...

    ReplyDelete
  12. one from my fav song! btw, semoga bahagia bersama cik 'you' :D

    ReplyDelete
  13. waaaahhh gua tabik spring kat lu lelaki semalam!! congrats!!

    ReplyDelete
  14. Redha itu penawar luka...Akak pandai cakap jer, walhal pernah merasa langit runtuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam mana nak bagi hati redha, kak? ce share sikit. huhu

      Delete
  15. :) entry mcm bercampu2x ckit..hahaha..ni happy ke ni mcm kecewa..kompius jap :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...