Berat mata kamu yang memandang berat lagi bahu aku yang memikulnya.Setiap yang berlaku memang tidak dapat dielakkan jika tidak hari ini pasti esok hari akan berlaku.Perkara yang lepas sentiasa menghantui dan berlegar-legar didalam fikiran kita.Cuba beberapa kali untuk dipadamkan namun ianya tetap kekal membatu begitu.Tersimpan rapi seperti tidak mungkin akan pergi kemana-mana lagi.
Begitulah sukarnya memadam memori kita yang telah sekian lama bertapak di minda dan hati kita.Lagi mahu dilupakan lagi sukar untuk dilakukan.
Cuba bukan tidak dicuba tetapi setiap kali dicuba ianya seperti tidak mahu berganjak lansung dari situ.Adakala terfikir juga kenapalah susah dan sukar sangat membuang semua memori yang pahit itu dengan mudah.Lagi kita cuba lari jauh lagi dekat dia menghampirinya.Kalau tidak kuat iman mahu dikapak sahaja kepala kita sendiri!
Biar padan muka kita...lansung tak mendengar kata!
Ialah kita bukan sengaja mahu bermurung atau bermuram durja tetapi apa yang melekat di kepala seakan tiada belas kasihan lansung.Kita faham semuanya telah tamat dan perkara pun sudah berlaku apa lagi yang mahu dikesalkan lagi.Ianya sudah takdir kita akan berupa begitu.Mahu atau tidak terpaksa juga redha dan terima dengan hati yang terbuka.
Cuma setiap kali kita mahu bebas dari semua perkara yang lepas kita seperti dikurung didalam sangkar yang kita sendiri bina.Marah memanglah marah tapi mahu marah pada siapa?
Siapa pun bukan aku sahaja kalau boleh mahu semua memori yang lepas yang menyakitkan hati mahu terus segera dipadam daripada ingatan kita.Mulut memang berdentam-dentum bila bercakap tetapi didalam hati bagai mahu meletop menahan sakit dari hentaman peledak yang kita nyalakan!
.
Bila aku mendengar lagu nyayian Yuna ini hati aku terasa sejuk sangat.Bebas seperti burung terlepas bebas dari sangkar dan seperti terjun kedalam laut yang dalam yang dingin airnya memang terasa tersangat bebas sekali.Terawang-awang sahaja sambil melayan lagu si Yuna ini.Best....kool!
Untuk membebaskan hati dari cengkaman jiwa yang bergolak memang bukan mudah.Bukan semua orang mampu melepaskan diri dengan begitu sahaja.Aku sendiri mengambil masa yang agak begitu lama untuk melupuskan semua memori yang aku miliki.Memori manis semasa kami bersama...sukar sekali!
Forget and forgive!
Dua perkataan sahaja tetapi bila mahu dilakukan begitu teramat sukar sekali.Itu sahaja perkara yang harus kita lakukan apabila mahu melupakan segalanya.Benar ianya bukan semudah yang kita fikirkan tetapi mahu atau tidak terpaksa jua dilakukan.
Setelah sekian lama kini aku mulai terasa akan kebebasan yang selama ini aku cari-cari.Tenang dan aman tiada lagi gangguan yang menghantui di minda.Segar seperti baru di lahirkan semula.Bernafas dengan penuh ketelusan di hati lembut dan nyaman sekali.Setiap kali melangkah keluar dari pintu rumah seperti terasa akan bertemu dengan bidadari yang turun dari langit.Indah sangat tidak tahu bagaimana aku mahu gambarkan kepada kamu...sungguh magis!
Semoga semua akan terus kekal sehingga akhirnya tidak mahu lagi aku kembali ke zaman gelap yang lepas itu.Sakit dan menyukarkan sekali.
Doakan aku agar sentiasa didalam ketenangan dan kesabaran.Menerima semua hakikat dengan penuh keinsafan dan diberikan petunjuk juga jalan agar tidak aku hilang arah dan sesat haluan.Siapa lagi kalau kamu yang membaca semua tulisan aku di blog ini.
Insyaallah ...jika tertutup satu pintu bukalah lagi 10 pintu untuk aku pilih dan laluinya.
Chow!
Setelah sekian lama kini aku mulai terasa akan kebebasan yang selama ini aku cari-cari.Tenang dan aman tiada lagi gangguan yang menghantui di minda.Segar seperti baru di lahirkan semula.Bernafas dengan penuh ketelusan di hati lembut dan nyaman sekali.Setiap kali melangkah keluar dari pintu rumah seperti terasa akan bertemu dengan bidadari yang turun dari langit.Indah sangat tidak tahu bagaimana aku mahu gambarkan kepada kamu...sungguh magis!
Semoga semua akan terus kekal sehingga akhirnya tidak mahu lagi aku kembali ke zaman gelap yang lepas itu.Sakit dan menyukarkan sekali.
Doakan aku agar sentiasa didalam ketenangan dan kesabaran.Menerima semua hakikat dengan penuh keinsafan dan diberikan petunjuk juga jalan agar tidak aku hilang arah dan sesat haluan.Siapa lagi kalau kamu yang membaca semua tulisan aku di blog ini.
Insyaallah ...jika tertutup satu pintu bukalah lagi 10 pintu untuk aku pilih dan laluinya.
Chow!
Betul tue...banyak2kan bersabar...
ReplyDeletetenkiu...:)
Deleteforget and forgive.. 10 pintu terbuka
ReplyDeleteto forgive is to forget...
ReplyDeleteaku pernah dapat kata-kata begitu dari seseorang dulu...
bkn senang nk melupakan sesuatu yg dh terpahat dlm memori.. sy sendiri mcm tu.. mmg kite mudah memaafkn, tp melupakan tu payah.. moga kamu diberi ketenangan n kesabaran meniti hari mendatang.. perkara yg lepas, biarkan berlalu..
ReplyDelete*cehh, apsal skema sgt ni??*
Sekuat manapun lelaki, ada sebahagian kecil dalam hatinya, jiwanya yang lemah dan sensitif.
ReplyDeleteInsya-Allah kita semua punya kekuatan diri masing-masing termasuklah kau, Lelaki Semalam :)
Lelaki Semalam mahupun lelaki hari ini, kau tetap kau, lelaki yang sama.
Lelaki yang mungkin kau rasa kau makin lemah tapi tanpa sedar kau sebenarnya makin kuat, matang dan makin tabah :)
smoga lelaki smlm dpt lupakan kenangn pahit tu..dan tetap tabah.. :)
ReplyDeleteforgive and forget..... sememangnya nampak mudah....tapi yang merasainya tau betapa beratnya utk melakukan benda ni...
ReplyDeleteInsyaallah.terus kuat menghadapi liku-liku kehidupan ini :D
ReplyDeleteyang semalam lupakan.make something new :D
Alhamdullillah.. usah la kenangkan perkara yang sudah lepas. utamakan masa depan kita yang terbentang luas lagi ni =)
ReplyDeleteForgive boleh tp mana mungkin boleh forget
ReplyDeleteeh sama lak komen kita. hehe
Deleteforgive boleh.
ReplyDeletetapi forget tu macam susah je.
haihhh~
Easy to forgive but hard to forget. Biasalah kita manusia. Keep on trying :)
ReplyDeleteforget? it might take some times. but forgiveness is the best cure of heart :)
ReplyDeleteAku pun sedang cuba untuk melupakan memori yang menyakitkan dan menjengkelkan. =)
ReplyDeletebukan mudah nak melupakan sesuatu..tapi insyaallah..kalau cuba, pasti boleh walau memakan masa...
ReplyDeletejangan sesedih lagi wei !
ReplyDeletekan kan kan..klau bole buang benda yg kita xnk egt kan seronok..
ReplyDeletebole na fikir tentang yg indah2 jee..
npe awk cam down sgt ni?SABAR okay.
:) sape boleh nk forget something dlm masa seminggu...setaun pon blm tentu..hihihi..bile mlibatkan dua pihak terputus mmg takkan pernah ada yg dpt memuaskan hati masing-masing....just like what u type dlm entry ni..another keyword..forgive....lepaskan segalanya agar dpt menerima kenyataannya :)
ReplyDeletekdg2 benda yg kita cuba lupa ssh sgt kita nak lupa,kdg2 benda yg kita nak sgt ingat tapi xboleh ingat..hmmm ?
ReplyDeleteforget about the past and buid a new life..:)
ReplyDeleteyes, bukan smudah yg dilihat.. forget n forgive.
ReplyDelete