Entah aku tak tahu mahu jawap apa bila orang tanya aku kau kenapa ni semakin kurus.Selalu jawapan yang aku berikan ialah mahu kuruskan sikit badan sebab doktor nasihatkan begitu.Kalau tak dikuruskan nanti aku boleh cepat mati sebab kena sakit jantung atau kencing manis lebih kurang sikit macam itulah jawapan bohong yang aku berikan kepada sesiapa yang bertanya.
Mudah dan ringkas!
Selalunya mereka nampak macam berpuashati dengan jawapan yang aku berikan nampak macam real lah.Padahal aku makan hati berulamkan jantung.Lebih setahun setengah melarat kerana putus cinta.Rasanya macam lama sangat aku melayan perasaan aku tetapi bukan aku sengaja buat begitu ianya sudah memang begitu.Apa lagi yang tak aku buat untuk aku melupakan segalanya semua sudah.
Bercinta terlalu lama salah bercinta sekejap juga salah so nak salahkan siapa.Yang sebetulnya memang sudah nasib kita begitu tiada jodoh dengan dia nak buat macam mana terima sahaja la sekarang ni.
Betul memang terasa macam orang bodoh sangat apabila masih lagi teringatkan orang yang kita cintai yang telah pergi jauh meninggalkan kita sendirian.Betul kata orang tua-tua kalau ikutkan hati nanti mati.Aku bukan ikutkan sangat hati tetapi sedang berperang dengan perasaan sendiri cuba membunuh hati agar dapat padamkan semua memori manis aku dengan dia.
Masalahnya ialah susah sangat aku mahu buat begitu.Kau cakaplah apa sahaja semua sudah aku buat cuma mencari kekasih baru sahaja yang aku belum buat ketika ini.Kenapa aku tak buat?
Sebabnya aku rasa belum sampai masanya lagi untuk aku berbuat demikian di waktu ini.Apa yang aku perlukan sekarang ialah memperkuatkan lagi semangat dan ekonomi aku.Ya duit dan pelbagai benda wajip dalam kehidupan.Semua itu sepatutnya setahun lepas bukan masalah yang besar buat aku tetapi aku tersilap langkah bila terlalu percaya kepada kawan dan akhirnya dia lari kan semua hasil perkongsian kami.Nasib aku umpama sudah jatuh di timpa tangga.
Lebih parah lagi 2 bulan sebelum ramadan aku ada membeli sebuah kereta dan aku ada menulisnya di dalam blog ini itu juga di tipu oleh kawan aku yang telah hilang kemana perginya.Hampir 30k hilang begitu sahaja dan ini benar-benar membuatkan aku rasa tertekan sangat akhir-akhir ini.Masalah cinta dicampur pula masalah duit ....oh! memang cukup sempurna sekali natijah ini!
Syukur alhamdulillah kepada semua permasalahan ini di ketika ini.Jika aku lewat terima semua ini mungkin aku tidak sempat untuk bangkit dan bangun melawan semula semua itu.Hebatnya aku ialah aku sudi terima semua mala petaka ini sebagai salah satu ujian hidup yang manis dan bukan semua orang boleh miliki dengan mudah sekali.Biar sekarang aku rela terimanya tetapi tidak esok hari ketika aku sakit atau ketika umur aku sudah melewati 50 tahun.Sekarang aku masih lagi gagah dan sihat masih lagi mampu tersenyum walaupun ada rakan-rakan yang datang menepuk bahu aku sambil mata bergenang mengenang nasib yang menimpa aku sekarang.
"...memang ujian yang kau terima ini sangat hebat tapi alhamdulilah kau tenang sangat menerimanya...aku kagum!..."
Kawan kau tak melihat jauh ke dalam hati aku betapa terseksanya aku hanya tuhan sahaja yang mampu tahu tetapi tidak sesekali aku mengalah dan berdiam diri sebelum aku melawan ....tidak!
Adakalanya aku seperti marah dan adakalanya aku sering mempersoalkan kenapa orang yang baik selalu sahaja harus menerima semua ini.Selalu juga bertanya mengapa dan kenapa.Benar aku bukan seorang yang nakal atau jahat tetapi aku agak sempoi dan terlalu baik hati.Bukan dari hari ini tetapi dari budak lagi sudah memang sifat aku begitu.Suka mengalah dan sering ketepi demi orang lain mungkin kerana aku berstatus abang sulung memungkinkan aku bersikap begitu.Entah sekali lagi aku tak tahu jawapannya.
Kenapa aku mudah terlalu percaya dan mudah termakan pujuk selalu juga cepat simpati dan seringkali juga dibuli dengan kejujuran yang palsu dari mereka yang kita percayai dan sayangi.Kita dikhianti bukan sekali tapi berkali-kali tanpa kita sedari tetapi aku masih mampu tersenyum dan memaafkannya.
Pelik aku memang pelik.Kawan aku lagilah pelik kenapa aku boleh begitu sekali sikapnya.Entah jangan tanya aku kenapa dan mengapa sekali lagi aku tak tahu jawapannya!
Namun aku percaya semua kejadian ini pasti sekali ada habuannya di suatu hari nanti.Aku percaya semua yang berlaku kepada aku pada hari ini bukan percuma semata-mata tetapi ada harga dan hadiah yang akan diberikan sebagai balasan.Cuma apa yang perlukan aku lakukan sekarang ialah sabar juga tabah dan kuatkan semangat dan jangan mudah mengalah dan putus asa.
Biar aku jadi hero hindustan di ketika ini yang penting akhir cerita aku bahagia.Aku heronya aku juga kekasih awal dan akhirnya!
Siapa yang sudi bersama aku ketika ini?
Mula-mula baca, ingatkan awk nak cerita lagi pasal ex. Hikmahkan bila apa yg berlaku sebelum awk kawin? cuba berlaku selepas kawin, hilang 30k dan segala..mesti lebih down, kan..?
ReplyDeletebersyukur sangat bila ianya berlaku sekarang!
Deletesabarlah..memang semua manusia ni ada ujian masing2.. ada yang problem dengan keluarga, problem kt tempat kerja.. mcm2 lagi laaa..
ReplyDeleteorang yang kaya tu pon problem.. ada banyak duit pon hati kosong.. aah apa yg aku rapik kan nie.
sabarler lelaki semalam..
kadang aku pon stress gak.. bila orang ckp sabar..SABAR.. sedap jer ckp kan tak hadap mana nk tau??
tapi iyerlah ada hikmah disebalikyer...
itu la dia...
Deletetypo error di situ. baut-> buat :)
ReplyDeleteujian allah tanda dia peduli.
tenkiu sudah di perbetulkan...
Deletesayangkan kita kannn!
sabar manis buahnya :)
ReplyDeleteharap2 begitulah!
Delete"Siapa yang sudi bersama aku ketika ini?"
ReplyDeleteAlamak! saya dah kawen la..hehe
Takpa, slow2 cari bakal 'orang rumah' tu. Lagipun, muda lagi kot awak ni?
xlah muda sangat sudah hampir ranum jugalah...:)
Deletetabahkan hati... kuatkang semangat... setiap yg berlaku pasti ada hikmat... terus pandang ke hadapan dan lupakan tragedi semalam.
ReplyDeleteok boss!
DeleteRileks bro.... Biasa la putus cinta.... Banyakkan berdoa kepada Allah..... Aku pun pernah putus cinta, tak Keruan juga..... Ditinggalkan kekasih.... Berapa bulan tak lalu makan dan minum..... Sebenarnya kau masih mengharap , dan masih banyak yang kau tak selesaikan dengan kasih lama.... Kena belajar redha dan melepaskan dia.... Insyaallah, bila kau sudah terlepas diri, kau pasti senyum dengan perkara yg terjadi... Banyakkan dengarkan ayat2 Quran especially ayat Manzil... Insyaallah terawal jiwa kau...
ReplyDeleteP/ S. Cara paling mudah untuk lupakan seseorang ialah dengan mempunyai kekasih baru... Bunga bukan sekuntum bro... Sebaiknya lepas kenal hati budi ajak jer kahwin...
Terawal sepatutnya terawat..... Manzil boleh search kat YouTube.....
hmmm satu pujian!
Deletesatu bacaan yang hampir tepat sekali!
Hah, dugaan datang bertubi2. kalau berada di tempat tu.. hana xtau nak buat apa. sanggup kawan buat mcm tu..
ReplyDeletekawan makan kawan...biasa cuma x sangka!
Delete
ReplyDeletekematian bini, bini lari, bini makan luar
keyword ni aku google bila aku terasa aku diuji teruk2
supaya aku tau timbang tara tak berat manapun ujian yg tuhan beri ini
aku sendiri yg mengada
benar x berat mana cuma adakalanya terusik jiwa!
DeleteKamu ini mesti seorg yg tabah sbb diuji sebegini berat. Takpe..duit boleh dicari lagi. Jaga kesihatan, minda dan hati yg penting. Kalo dpt temui calon isteri waktu susah begini lebih elok. Sebabnya dia akan mencintai kamu seadanya, ketika senang dan susah bersama.
ReplyDeletewanita hari ini
tabah atau degil?
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteSabar dear
ReplyDeletesemoga dear tabah mengharungi rencah hidup yg berliku nih
banyakkan berdoa
harus sekali begitu...:)
Deletesabarlah....InsyaAllah...ada hikmahnya
ReplyDeleteinsyaallah!
Deletepeople come and go but life goes on .
ReplyDeletechill bro !
satu hari nanti kau akan jumpa someone yg mmg tercipta utk kau .
siapakah dia yer...hmmmmm!
Deletex sedih cuma mahu berkongsi perasaan cuma...:)
ReplyDeletesaya fikir, putus cinta, putus kasih..adalah satu
ReplyDeleteperkara paling baik dalam kehidupan kerana sakitnya
adalah nikmat..mungkin aneh kan pendapat ini tapi
itulah yang dialami..nikmat yang abadi..
KESIHATAN TU TOLONG LAA JAGA OKAY!!
ReplyDeleteapa pun yg datanga de hikmah dan trima dugaan tu dgn tabah
*memang senang menaip tp susah memikul!
^^bersabar^^
ko kuat...
ReplyDelete