Pages - Menu

4 Nov 2012

Pilihan Kita



Tiada siapa mampu sembunyikan perasaan bila masa menulis kerana kita tahu kita tidak mampu berlakon ketika menulis sesuatu perkara yang sedang kita alami.Bukan mudah menulis sesuatu yang bertentangan dengan rasa hati dan gelojak perasaan kita.Sukar sekali cuba menipu diri supaya menulis sesuatu yang mengembirakan taktala hati sedang berkelana duka.

Cuma apa yang penting disini ialah bagaimanakah bijaknya kita dapat menangani sesuatu permasalahan atau isu yang sedang kita hadapi ketika itu.Bukan semua orang ada cara dan style yang serupa apabila menyalurkan keluar semua amarah dan rasa gundah di hati.Sesetengah dari kita mungkin akan diam membisu seribu bahasa tanpa mengeluarkan sepatah haram pun kata-kata.Keras membatu dan tidak lansung mempedulikan sesiapa sahaja dan apa juga yang berlaku di sekelilingnya.

Lain orang lain caranya begitu juga emosinya.

Kita mungkin pernah melihat sendiri atau mungkin melihatnya didalam berita juga suratkhabar bagaimana seseorang yang mengalami masalah kemurungan melakukan perkara-perkara yang diluar jangkaan dan diluar tatasusila manusia yang normal.Tindakan mereka mungkin sungguh brutal dan tidak normal tetapi kita seperti sudah biasa dan dapat pula menerimanya kerana mungkin kita faham bahawa mereka itu sudah hilang punca untuk melepaskan diri dari segala permasalahan yang sedang mereka alaminya.

Itu pilihan mereka dan itu yang mereka mahukan!

Kita ini mungkin bukan sebahagian dari mereka-mereka itu yang tenggelam punca.Kita ini mungkin ada sedikit tuah dan sejumlah akal untuk diguna pakai dengan cara yang betul lagi berhemah.Kita telah dianugerahkan dengan sedikit rasa sabar dan tabah.Kita juga bernasib baik kerana tahu bukan semua masalah ini tiada kesudahannya dan tahu masalah ini bukannya tidak boleh untuk diselesaikan.

Percaya atau tidak apabila kita menulis semua yang kita rasa didalam blog ini sedikit sebanyak dapat melegakan rasa hati kita.Aku merasa puas setiap kali apa yang aku rasa aku dapat salurkan ke sini.Jujur aku katakan setiap tulisan aku di blog ini adalah benar dan datang dari sanubari aku.Jika aku suka aku gambarkan kesukaan aku dan begitu juga tika aku berduka tiada sedikit kepalsuan pun yang harus aku tuliskan.Biar yang membacanya dapat merasakan apa yang aku rasakan KERANA aku mahu mereka setelah habis membacanya akan begitu mudah menuliskan komen di akhir nanti dengan begitu iklas sekali.Iklas dari hati masing-masing tanpa ada sekatan dan ragu-ragu.

Bila kita membaca komen-komen yang kita terima di akhir nanti sedikit lebih kurang hati kita semakin reda gusarnya.Perasaan kita kembali kuat dan bersemangat.Kita seoalah-olah telah dicaj dengan satu tenaga yang baru dan hebat.Muka kita terpancar akan keceriaannya.Sebelum itu kita sedikit murung dan lesu tetapi apabila kita membaca semua komen-komen yang kita terima maka kita sedar bahawa perjalanan hidup kita belum tamat lagi malahan ianya amat panjang dan lama lagi!

Kenapa mesti luahkan semuanya disini di blog?

Pilihan masing-masing.Itu pilihan kita.Perlukah kita peduli dengan orang lain jika ini pilihan kita.Pilihan ini adalah hak kita dan tiada sesiapa pun boleh menidakkan dan mempersoalkannya!

Hak masing-masing dan bukan salah besar pun kalau kita mahu kongsikan dengan para pembaca kita.Sedarlah kita tidak sama walaupun rambut kita mungkin sama hitam.Setiap manusia yang hidup di muka bumi ini tidak sama dan serupa rasa dan pilihannya.Masing-masing punya citarasa tersendiri cuma kalau sama sekalipun tidak mungkin ianya serupa seratus peratus pasti ada perbezaannya.

Ialah daripada kita membuat pilihan dengan terjun dari bagunan yang tinggi,menghiris-hiris pergelangan tangan kita,menjerit-jerit tanpa sebab di tengah malam,memandu kereta tahap paling laju tanpa pedulikan keselamatan diri dan orang lain atau pergi kelab malam order berbotol-botol arak dan mabuk sampai pengsan!

Jika kita ini kuat imannya dan redha dengan segalanya mungkin sembahyang lima waktu juga bacaan ayat-ayat dari kitab kita iaitu al-quran itu adalah yang paling terbaik sekali.

Itulah yang aku katakan tadi pilihan,pilihan kita apa?

Semua terletak ditangan kita.Semua tindakan dan keputusan kita berada didalam pilihan kita.Jika pilihan kita buruk maka buruk juga akibatnya begitu juga sebaliknya.Pokok pangkalnya ialah diri kita dan apa pilihan yang kita harus buat dan pilih.

Sekirannya pilihan kita ialah meluahkan segalanya didalam blog itu adalah pilihan kita.Seperti yang aku tulis awal-awal tadi ini adalah pilihan kita.Mungkin ini bukan pilihan yang terbaik tetapi bak kata orang-orang tua tiada rotan akar pun berguna juga.Maka daripada kita sasau tidak tentu arah dan melakukan perkara-perkara yang gila adalah lebih baik kita luahkan disini!


Ini pilihan aku...apa pula pilihan kamu?


chow!



32 comments:

  1. Benar.. yang membezakan antara manusia adalah cinta apakah yang berlubuk di hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hati itu tiangseri diri...maka disitu terletak segala permulaannnya.

      Delete
    2. sedap?


      hmmm apa yg sedap ni...hehe!

      Delete
  2. Hati yang bersih,tak akan tenang dengan perkara kemaksiatan bahkan dengan perkara yang dekat kepada maksiat.FIGHTING!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiada penafian lagi itu punca segala malapetaka...tapi apakan daya kita cuma manusia yang sedar tiada apa yang mampu dilakukan jika itu yang berlaku....cuma harus sedar sedari dulu ketika punya waktu...

      :)

      Delete
  3. like i've said; Written words is a talking soul.


    teruskan apa yang kamu ingin teruskan, kerna di sini tetap akan ada yang sentiasa sokong dan bersama kamu :)

    ReplyDelete
  4. sometimes, aku rasa tak dapat luahkan semuanya dalam blog sebab
    orang dah tahu siapa kita, orang dah tahu identiti kita.

    kenapa bro tak dedahkan identiti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. soalan yang sangat bagus sekali!


      bukan x mahu tetapi ada sebab tertentu iaitu bila kita tahu kita blog ini tujuannya cuma satu iaitu meluahkan segala yang terbuku di hati maka terpaksa dirahsiakan identiti jika tidak semua luahan hati tidak jujur datang dari hati....sekian terimakaseh!


      hehehe!

      Delete
    2. yeah lelakisemalam, sy pun dah mula menutup identiti so that boleh cerita semuanya tanpa dikenali..kihkihkih..

      Delete
    3. menulis bukan kerna nama gittew
      ewah
      :p

      Delete
    4. bukan kerana nama...lebih kurang la tu kannn...hehe!

      Delete
    5. Jangan lihat pada siapa yang berkata-kata tetapi lihat pada apa yang ingin diperkatakan..

      Delete
    6. agak agak lelaki semalam ni nama apa, takkan aku nk sapa hi lelaki !

      kahkah

      Delete
  5. Sebab tu aku pernah kata kalau bila tengah marah jangan menulis. Takut effect penulisan kita, nanti mula lah keluar ayat yang tak berapa sedap dibaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuma jgn tulis ayat2 maki hamun ....hehe!


      banyak cara lagi menulis dan yg membacanya pun tahu yang kita sedang marah!

      Delete
  6. menulis di blog kadang-kadang bukan option utama. tp yang pasti menulis itu sentiasa option yg teratas. i prefer writing than talking :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...cakap kalau silap mana boleh di tarik balik walaupun sempat pasti yg mendengarnya sudah termakan hati...


      :)

      Delete
  7. kita yg bertanggungjawab dgn apa yg kta plih ;-)

    ReplyDelete
  8. penulisan mempunyai maksud tersendiri..sometime menulis lebih terluah daripada bercakap mengenai sesuatu ..

    ReplyDelete
  9. Aku suka ini. Terlampau. Kadang3 menulis sesuatu yg lahir dari hati melegakan. Aku akui itu. Huuu. Harap apa jua pilihan aku tidak menyesatkan dan melalaikan. Huhu.

    ReplyDelete
  10. inilah maksud sebenarnya menulis blog dengan ikhlas.. :)

    ReplyDelete
  11. Saya menulis terus dari hati...baru ada soul
    sama juga dengan masak..dengan penuh naluri
    jadi orang yang makan pun rasa laju jer nak telan..
    kan?

    ReplyDelete
  12. SO TRUE...TP UNTUK NA BLOG NI DA MCM SEBAHAGIAN DARI HIDUP NA..UNTUK SHARE APA YG NA..

    PILIHAN NA ADALAH BLOG LAKISEMALAM CEWAHH~!
    ;)

    ReplyDelete
  13. meluahkn mmg dgn cr menulis, tp bukan blog.. sy ada diari sendiri..tu la tmpt sy luahkan semua rs sy..

    ReplyDelete
  14. sebab tu sometimes saya x menulis kalau tgh sedih2 atau emosi x stabil. daann sebab tu saya suka blog, its realiti... penulis yg tulis sendiri setiap cerita.. =) sooo its okay kalau nak luahkan dalam blog. =)

    ReplyDelete
  15. Hmmm asal aku try bnyk kali nk preview lagu tu tapi x boleh.

    ReplyDelete
  16. masing2 punya pilihan . aku tahu :)

    ReplyDelete
  17. kadang2 ada bnd yg kita boleh share dgn org lain..tapi ada yg lebih baik utk dipendam sendiri :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...