Lelaki seperti aku ini yang umurnya sudah melewati 30 tahun adakalanya terasa begitu tertekan bila bersendirian.Sunyi sepi melayan perasaan di dalam bilik tanpa teman-teman.Hidup bersendirian memang memerlukan ketabahan dan kesabaran tahap yang paling maksima melepasi imiganasi diri sendiri.
Lebih-lebih lagi pula bila musim hujan terkujuh semakin galak berlaku setiap hari.Dalam kedinginan tiupan angin hujan dan sesekali terkena tempias hujan yang jatuh dari hujung atap bumbung rumah ke tangan seperti menyentap perasaan aku untuk mencari teman hidup.
Teman-teman seusia dan seperjuangan boleh dikatakan semuanya sudah berkeluarga dan semakin pula giat melahirkan zuriat setiap tahun dengan tanpa jemu-jemu.Kerajinan mereka membuat pelaburan untuk melahirkan model-model yang baru adakalanya membuatkan hati aku berkata-kata...
"...perlukah begitu cepat atau adakah aku cemburu..."
Sengaja mencari salah orang lain semata-mata untuk menyedapkan hati sendiri.Kalau diikutkan apa yang dirancangkan sekarang ini aku sudah pasti mempunyai 8 orang anak.Itu pun jika aku bertuah memeliki 4 orang isteri sekaligus...hehe!
Tiada salahnya pun kan untuk memiliki 4 isteri jika ada kemampuan.Cuma sangat sukar sekali untuk bertemu dengan orang yang boleh kita jadikan idol dan mencontohi cara beliau yang berlaku adil dan juga sangat hebat dalam mengawal juga membimbing isteri 4 orang sekaligus waktu ini.
Semua lelaki memang ada angan-angan begitu kalau tidak 4 mungkin 2.Aku mungkin salah seorang dari mereka tetapi itu dulu waktu umur aku belum cukup matang tetapi hari ini aku tidak mungkin mencuba atau mencari peluang begitu kerana bila aku sudah fahami ianya amat sukar sekali untuk dijayakan.Jika susah sangat mahu difahamkan cuba andaikan kita memiliki 2 buah biji kereta serentak.Bulan-bulan kena bayar duit ansuran kereta seperti membayar duit belanja seisi rumah.Servis setiap bulan umpama membawa isteri-isteri kita pergi bershopping.Setahun sekali bayar cukai jalan dan insuran umpama membayar yuran kelahiran anak atau juga anak mahu masuk sekolah...pehhhh boleh pengsan!
Itu belum cerita kena bawa kereta ronda-ronda tiap malam umpama tuntutan batin isteri kita sebab kalau tidak nanti enjin kereta kita boleh jadi masalah...hehe!
Teman-teman ada yang bertanya sampai bila aku harus bersendiri.Berat mata kamu memandang berat lagi bahu aku yang memikulnya ini tetapi apakah mereka tahu apa yang mereka tidak tahu tentang kita.Bukan aku minta begini tetapi sudah tersurat aku harus begini.Tidak sengaja aku mencari helah atau mencari salah kerana adakalanya satu-satu persoalan itu bukan selalu ada jawapannya pada waktu itu.Ianya perlukan satu tempoh masa yang tiada siapa tahu bila akan kesudahannya.
Bila kita pernah melalui lorong gelap didalam alam percintaan kamu pasti dapat rasakan apa yang aku rasakan kini.Bukan mudah tetapi tidaklah sukar cuma kepada sesiapa yang pernah melaluinya sahaja yang tahu akan rasa dan juga jawapannya.Iaitu tiada jawapan!
Entah aku sendiri tidak tahu sampai bila aku harus begini.Bukan kecewa tetapi seperti sudah tawar hati.Bukan marah tidak sekali aku marah tetapi entahlah aku sendiri binggung memikirkannya.Benar ada orang berkata jangan terlalu sayang nanti merana badan.Bagaimana kalau tidak sayang mana mungkin ada cintanya?
Bila pula terlalu sayang kita pula terpaksa terima akibatnya.Hairan bukan?
Kadang kala aku ada terfikir cinta ini nikmat atau laknat? Tuhan sengaja adakan rasa cinta dan sayang ini untuk apa dan kenapa?
Tersenyum...ahhh jawaplah!
Namun aku percaya kebosanan aku ini sedikit hari nanti pasti akan terubat.Mungkin ada sesuatu yang semakin dekat hadir ke dalam hidup aku atau mungkin itu cuma bayangan yang aku cipta sendiri.Kepada siapa yang harus aku persalahkan aku sendiri tidak tahu.Kenapa citarasa aku terhadap kaum hawa ini agak tinggi sekali.Bukan tidak ada yang datang mengetuk pintu hati aku tetapi hati aku ini agak begitu ego dan terlalu memilih sifatnya.Marah pun ada tetapi apa yang boleh yang aku buat memang sudah begitu peel dan perangainya!
"...menghada-ghada betul bentak akal aku kepada hati..."
Serius aku tidak bohong memang membosankan tanpa teman yang boleh kita berkongsi gelak dan ketawa.Boleh sakat menyakat dan bermanja menghada.Rindu sungguh aku dengan situasi yang begitu di sekarang ini.Jangan pula yang ada berkata bernikah dan pasti cinta itu datang.Bernikah dengan siapa jika calonnya pun tiada...hehe!
Cakap mudahlah tetapi bila sudah melalui apa yang aku lalui percayalah pada waktu itu apa yang kau baca tidak sama seperti apa yang terjadi di realitinya oleh itu berhati-hatilah ketika berkata atau memberikan nasihat kepada orang lain.Orang yang merasainya tidak mampu untuk memberikan kata-kata nasihat kerana dia tahu bagaimana akibatnya dan tidak sampai hati untuk memberitahu akan hal yang sebenarnya!
Mudah cakap ...jangan perlekehkan apa yang orang itu sedang alami dan rasakan nanti bila terkena batang hidung sendiri barulah tahu betapa langit itu rendah atau tinggi...!
Bosan....aku ingat jap lagi nak pergi tengok wayang cerita 007 skyfall.Pergi seorang-seorang ala bosannya.Kalau dulu tiada kekasih ada jugalah kawan-kawan yang boleh kita angkut sekali tetapi hari ini kalau aku buat begitu juga alamatnya huru hara cinema tu...mahu tidak kalau anak-anak jer dah berderet-deret nak ikut sekali boleh jadi pening kepala melayannya...hehe!
Jna...jom!
chow!
dah ada calon mesuklah meminang. cinta selepas kahwin. indah! ok.
ReplyDeletecalon....siapa nak jadi calon....tolong!
Deletehehe!
ramai jer nk jadi calon ...tapi ko tu memilih benau..
Deletetapi klu tak memilih pon payah gak kan..
masalahyer mana ada orang yang perfect...sedangkan aku ni pon...
cuba menerima seadaanya..if ada jodoh syukur..if not moving foward..
nikmati waktu-waktu keseorangan/kesepian ini sebelum nanti tibanya waktu kau akan merinduui waktu ini kembali.. =)
ReplyDeleteaku sangat faham apa yang kau cuba sampaikan ...ya akan aku nikmatinya dengan keiklasan di hati...
Deletekawen ? alaaa . lambat lagi nak pikir kan ? :P
ReplyDeletehehe...ini bukan lambat tetapi udah terlambat!
Deletewowww...jna.
ReplyDeletehehe
amacam ok x bro...hehe!
Deletecalling for jna..
ReplyDeletejna, mana kau sudah..?
ntah mana ntah dia...ishh!
Deleteaip aip..hehedah patut kawin tu
ReplyDeleteye ler but dgn sapa?
Deletecari calon lekaih :p
ReplyDeletecewahhh kat mana nak cari...carikanlah...hehe!
Deletesy memahami perasaan itu.
ReplyDeletedulu pelik gak kenapa ada yang tak berkahwin sampai ke tua
rupanya bila dah lalui sendiri
baru tau soal hati perasaan ni sangatlah kompleks.
skyfall?
ala nak tgk sinister
jom?
:P
kannn.... siapa yg pernah alami pasti mengerti!
Deletei ok jer u....jom!
Jna ????? Ahhha. kau minat dengan dia eh. Huhu
ReplyDeleteJna? oo awk minat saya ehh? hihihi cute je soalan fifie ;D
DeleteJom Jom awk heheh
aahh laaa....jom!
Deleteaku ingat jap lagi nak pergi tengok wayang cerita 007 skyfall <---- mcm da pergi je!!! aduhh na lambat bace entry ni ;|
ReplyDeletetu la pasal....tapi kalau nak pergi lagi sekali apa la salahnya asalkan u sudi...
Deletemahu x?
:)
dulu bukan berani sahaja malahan sangat rajin tetapi sekarang ini mood itu sudah hilang...:(
ReplyDeletepercaya lah yg Allah sudah merancang segalanya.
ReplyDeleteDia pn nak tngk kiter berusaha ke tak, dan juga berdoa padaNya.
Kalo kiter penuhkan masa keseorangn kiter dgn beribadah kepadaNya, mengadu kpdNya, InsyaAllah dia akan beri kesenangan dan kegembiraan dlm hidup, namun mngkin bukan dr segi perkahwinan. mngkin dr segi lain. mngkin kiter sudah tak kisah jika tiada jodoh pn, namun kiter gembira ade bende lain dan buat bnde lain.
Kembali kpd Allah, bnyykan usaha utk mendekatkan Allah, nescaya Allah akan tolong kita. Itu saja pengubatnya. Tiada yg lain.
berdoa, usaha dan tawakal
ReplyDeletemomoy last year zaman yang paing perit
ingat2 balik rasa mcm tak percaya saja terlepas dari ujian itu
Alhamdulillah
dear pun momoy doakan semoga berjaya ok
Semoga Allah pertemukan kamu dengan wanita yang solehah..=)
ReplyDeletebro, 30 is still young..no need to worries..sket lagi ada le yang masuk meminang..eh!
ReplyDeleteas for me, im going to be 42 soon..but never feel like that..preserve the feeling and i face it wisely...buat perkara yang kita suka, jadi hidup berasa amat menyenangkan..
well enjoy life, coz its too short dear!
lelaki...umo 30 tu ok lg...still bole survive lg..lg tggi nilainya nanti..prmpuan yg mslh lau lmbt k huhu....don wory tua2 tu la org prmpuan nk huhu....
ReplyDelete