Pages - Menu

25 Jun 2013

Sama x Serupa






Perbezaan yang selalu ada, bukan bererti melemahkan kita untuk berjaya maju bersaing dengan orang lain. Dalam hal ini kita cuma menguji terhadap diri sendiri, dimana diri sendiri tidak akan lupa diri serta dapat mengukur tahap keupayaan diri sendiri, apakah diri kita ini sebagai kawan, sebagai saudara,kenalan atau sebagainya.

Sudah pasti keadaan yang berbeza-beza ini yang pada akhirnya dapat saling memberikan makna dan hikmah dari apa yang ada dari setiap masing-masing yang berhubungan.

Mengabaikan siapa diri kita yang sebenar dan mencuba menjadi seperti orang lain, maka itu akan menghancurkan keperibadian asli kita sendiri. Kita menjadi tidak kenal siapa diri kita, apa yang seharusnya menjadi pegangan sehingga mudah di perkotak-katikkan.

Setiap manusia mempunyai bakat, potensi dan kelebihan masing-masing. Tidak ada manusia yang sama di dunia ini, bahkan saudara kembar pun ada perbezaannya. Tuhan menciptakan perbezaan sifat, karakter, bahasa dan bangsa tentu saja ada maksudnya. Perbezaan itu untuk membuat manusia saling belajar, saling mengenal dan menerima perbezaan itu agar dapat saling memberi manfaat.

Dalam dunia yang serba moden ini, kadang kala kita cemburu dengan kelebihan orang lain, lalu ingin meniru atau menjadi seperti orang itu. Biasanya kita menginginkan menjadi seseorang yang kita kagumi. Kita akan mencuba meniru cara berpakaiannya, dandanan rambutnya, cara berjalannya bahkan tingkah lakunya secara keseluruhan.

Dalam dunia pergaulan pun menjadi ukuran, siapa diri kita dan di kalangan mana kita berada. Untuk masuk ke golongan popular di kalangan para selebriti, pejabat atau golongan tertentu, penampilannya harus memenuhi tahap tertentu pula.

Janganlah kita menjadi patung berseragam yang tidak ada bezanya dengan orang lain. Maka dengan itu, pertahankanlah keperibadian kita dengan menjadi diri sendiri. Terimalah apa yang telah dianugerahkan oleh Tuhan kepada kita dengan redha. Perbezaan itu adalah suatu kurnia agar kita dapat mengambil contoh dari perbezaan itu.


chow!


23 Jun 2013

Rasa Hati Kita





Jangan bertanya bagaimana rasanya bila sakit hati.Juga jangan tanya siapa yang menyakitkan hati kita kerana itu hanya menambahkan sakit didalam hati kita.Sukar sekali membendung perasaan sakit hati bila kita mulai terasa sakit hati.

Sakit hati adalah raja kepada segala sakit yang pernah kita rasai.Semua orang pasti pernah merasai dan menerima rasa sakit hati.Sakit hati berlaku bukan hanya kerana putus cinta ditinggalkan kekasih atau mungkin juga dianiya oleh orang yang kita percayai dan cintai atau juga dari orang yang kita tidak kenali dan tidak tahu hujung pangkalnya.Mungkin juga rasa sakit hati kita ini timbul apabila kita ini mempunyai sifat keras kepala dan suka cari pasal dan berbalah tak tentu pasal.Tidak kira apa juga halnya kita sahaja yang betul dan mahu menang.

Bolehkah kita andaikan bahawa rasa sakit hati ini rasanya hampir sama dengan rasanya sakit putus cinta boleh ke?

Malahan rasa sakit ini mungkin lagi hebat apabila kita ditipu dan di perbodohkan hanya kerana percaya diatas dasar cinta kita.Tidak kira siapa pun kita rasa ingin dicintai dan mencintai juga dipercayai dan juga mempercayai pasti wujud didalam hati dan perasaan kita.Bila rasa sakit hati telah menguasai kita semua yang datang kepada kita dengan niat yang murni dan betul kita tolak bulat2.Hilang semua rasa rendah diri dan kemaafan malah mungkin kita menjadi lebih teruk dari sebelumnya.

Ini delimanya bila hati kita terasa sakit.

Bila hati telah mengusai kita maka kita pasti terlalu mengikut kata hati.Ianya bukan mudah untuk dibuang dan dilupakan apabila hati kita telah disakiti.Kalau hati kita disakiti oleh perkara2 yang kecil dan mudah mungkin itu bukan perkara remeh yang harus di perbesarkan.

Bagaimana kita hendak belajar cara menyisihkan rasa sakit hati kita.Mudah melafazkan maaf lebih2 lagi berkaitan dengan hal cinta.Terbukakah hati kita untuk jatuh cinta semula dan mempercayai cinta.Relakah kita memberikan maaf kepada orang yang pernah menyakitkan hati kita dengan jujur dan iklas.Adakah kemungkinan kita ini akan jadi sasau dan gila apabila terlalu mengikut kata hati.

Suka atau tidak semua dari kita pasti akan diberikan sedikit rasa sakit hati dan menyakiti hati orang lain.Lagi sakit apabila kita sendiri dengan secara sengaja menyakiti hati sendiri.Tiada siapa pun yang boleh terlepas dari memiliki sedikit rasa sakit hati ini.Tidak mungkin!

Sukar sekali menghindarkan rasa sakit hati ini.Cara untuk mengatasi rasa sakit hati ini sebenarnya banyak caranya.Terpulang kepada kita sendiri tetapi yang paling mudah dan mesra sekali ialah buat bodoh dan pekakkan teliga.Jika tidak tahan juga kenalah angkat kaki dan berlalu pergi dari situ.Kalau tidak dilakukan begitu pasti bukan sahaja rasa sakit hati kita terima silap haribulan mahu kaki dia atau kaki kita yang terbang melayang hinggap kepipi.

Kalau akulah aku blah je...

Namun adalah lebih baik kita berusaha menjadi orang yang sabar dan tabah.Berlagak baik dan berbudi bahasa.Rasa rendah diri dan jauhi segala rasa buruk sangka terhadap orang lain.Biarpun kita ini dihina dan dikeji.Secara tidak lansung hati kita jadi tenang dan aman.Maka mungkin dengan sifat yang begitu mana tahu akan hadir rasa cinta yang baharu pula.

Untuk menghilangkan rasa sakit hati ini ubat yang paling mujarab yang harus kita ketahui dan ada ialah redha.Jika kita redha secara teknikalnya kita telah memberikan kemaafan secara otomatik.Kita tiada rasa memaksa dan kecewa.Malah mungkin kita tersenyum dan ketawa.Hebat kita jika boleh melakukan perkara begitu.Tuhan juga suka dengan kita.


Hanya dengan cara itu hati kita yang sakit mungkin jadi damai.


chow!

 


22 Jun 2013

Ke Mana


jika aku ada…
tapi kau tak melihat
jika aku tersenyum
tapi kau berkata "berhenti cukup!"

bagaimana harus lagi aku?
malah saat aku merasa lebih
ketika saat aku merasa kau indah
saat aku merasa kau tak terganti
kau hanya berkata ‘untuk apa?’

kemana rasa ini
kemana nafas ini
kemana jiwa ini
tersusun demi hatiku
hatiku mengaturnya sedemikian rupa
namun aku kehilangan puncanya

jika aku dapat bertukar hati
aku ingin tahu
apa yang kau mimpikan...
apa yang kau rasakan...
begitu jua dengan hati mu...
semoga aku dapat mendakap erat rasa jiwa raga mu...

21 Jun 2013

Asap Jerebu



Hari ini ramai orang kecoh dan bising2 pasal cuaca kita yang berjerebu .Aku taklah kecoh sangat cuma aku rimas.Jerebu ini bukan selalunya datang dan bukan setiap bulan ada ianya datang bila orang indon yang duduk kat hutan sana mahu buat kerja mudah yang senang dan cepat.Siapalah yang nak tebas atau terangkan semua semak samun dan juga hasil tuaiain pertanian.

Bakarkan mudah...tak payah susah2 sangat.

Aku malas nak layan dan malas nak komen sangat.Cuma aku memang terasa panas hati dengan asap jerebu yang dahulunya merupakan pujaan hati aku.Asap yang selalu aku sedut dan hembus setiap masa dan setiap hari.Sekarang ini aku memang jadi rimas bila berhadapan dengan mereka yang suka sedut asap hembus asap di merata tempat. Ikut suka hati jer nak buat kat mana2.Mereka ini seperti tiada kesedaran lansung!

Dulu aku jugak begitu...hehe!

Sekarang baru aku sedar bagaimana perasaan mereka yang tidak merokok.Begitu juga kepada mereka yang baru hendak memulakan hidup baru yang sihat dan bebas dari asap rokok.Contoh terbaik macam aku lah.Sememangnya aku ini contoh yang terbaik di ketika ini.Kalau bukan aku yang angkat bakul siapa lagi yer tak!

Memang satu penderitaan apabila kita cuba menjauhi dan melupakan perkara yang satu ketika dahulu adalah salah satu rutin kehidupan kita yang kita sangat sukai.Lagi kuat kita cuba pergi jauh lagi dekat godaan mengejar.Kawan2 juga adakalanya boleh membuatkan kita hilang pertimbangan apa bila dengan sengaja mendajal kita.Tahu kita ini sedang berperang dengan perasaan sendiri.Sepatutnya kita ini di sokong tapi sebaliknya pula yang mereka lakukan.

Bak kata arwah P.Ramle....ini semua cooobaan!!

chow!


20 Jun 2013

Kalau



Kalau aku kaya pasti aku tak susah macam sekarang.Setiap hari kena bangun pagi pergi kerja lepas itu kena pulak hadap dengan kesesakkan lalu lintas.Bila sampai tempat kerja tengok benda yang sama hari2 tengok orang yang sama dan melayan semua kerenah dan perkara yang sama juga.

Kalaulah semua ini tiada tentu sekali hidup aku aman dan tenteram.Tidak perlu risau sangat dengan masa dan tidak perlu risau sangat dengan segala2nya.Itu kalau aku kaya.

Kalau aku ini bijaksana dan cerdik pandai pasti hidup aku senang dan mudah.Gaji aku pasti banyak dan kerja aku juga tidak susah sangat.Silap2 aku tak perlu kerja sangat tapi jadi Ceo di sebuah syarikat yang besar dan kerjanya hanya mengarah itu dan ini.Apa yang aku mahu semua mesti siap dan tidak mahu dengar dengan masalah.Itu jika aku bijak pandai.

Kalaulah aku dilahirkan dari kalangan anak2 jutawan pasti hidup aku sangat senang lenang.Otak tidak perlu guna pakai sangat.Segalanya sudah tersedia tiada apa lagi yang perlu dilakukan cuma perlu jaga dan dengar kata orang tua kita.Jika gagal atau derhaka nanti harta tidak jatuh ditangan kita.Silap2 orang lain yang mewarisinya.Itu kalau kita anak orang kaya.

Kalau itu dan kalau ini....

Kerana perkataan KALAU  inilah kita terlupa kepada hakikat dan realiti sebenar hidup kita.Kita terlalu banyak berkalau itu dan ini.Kita asyik berkalau itu dan ini.Segala2nya penuh dengan kalau!

Cuba kita buang perkataan kalau itu jauh2 dari minda dan hati kita.Apa yang kita dapat?

Kita akan miliki kebahagian sebenarnya.Kalau ini adalah satu jenis nafsu yang kita terlepas pandang dengan secara tidak sengaja.Disebabkan kata kalau kita mulai lupa diri dan alpa.Kita terlalu banyak angan2 dan kita seringkali mengeluh dan merintih.Cuba kita berhenti sebentar dan ingat semula kepada setiap kali perkataan kalau yang pernah kita gunakan.Kemana arah kata kalau kita pergi?

Faham? KALAU tak faham macam mana?

Kita suka guna kalau kepada benda yang indah2 dan hebat2 maka dengan tidak secara lansung kita seperti menafikan takdir yang kita terima dan miliki.Kita seperti tidak faham kepada syukur dan mungkin juga kita tidak faham bagaimana untuk berasa syukur.

Cuba guna kalau bila kita tidak mampu dan tidak berdaya.Kalaulah aku tidak cacat begini.Kalaulah aku tidak tamak.Kalaulah aku dengar kata orang tua kita.Kalaulah aku bersyukur....kalau!

Kalau boleh jadi baik dan boleh jadi jahat juga.Kalaulah aku faham...

chow!

18 Jun 2013

Berhenti Merokok


Akhirnya aku terpaksa juga mengalah dan berhenti merokok.Sedih sangat rasanya tapi apakan daya sudah suratan.Jika aku masih lagi degil dan masih lagi terus merokok kawan aku cakap aku juga akan pergi cepat sikit seperti yang lain2 yang degil dan tidak makan nasihat.

Kawan aku seorang doktor yang sangat penyibuk!

Setahun yang lepas aku ada berhenti sekejap dalam 5 bulan tak silap aku.Berhenti kerana tak tahan melayan batuk yang tidak henti2.Stop sekejap dan macam nak stop terus tetapi biasalah kawan2 yang tidak mengenal erti putus asa dan ada sikap dengki teramat.Setiap hari mereka meracun aku dengan pelbagai cara dan kata2 yang indah juga sumpah seranah dan adakalanya membuatkan aku rasa hidup aku ini cukup membosankan tanpa merokok.

Lemah dan gagal aku kembali merokok semula...yi haaaaa!

Namun sudah suratan takdir sejak 2 ke 3 minggu lepas dada aku  mulai terasa sakit2 apabila aku cuba menarik nafas yang panjang.Bila merokok tak terasa tetapi bila tak merokok memang terasa sangat sakitnya.Bukan sangat2 sakit tapi terasa tak berasa nak sedap lagi seperti kebiasaan.

Sejak bertanya dan berjumpa dengan kawan aku itu dan beberapa sebab yang lain yang menguatkan lagi alasan2 untuk aku untuk tidak beralasan lagi untuk berhenti merokok.Arwah bapa aku meninggal kerana kanser hati.Umur arwah tak sampai 60 ketika itu.Ibu aku cakap arwah bapa kuat merokok sejak dari muda lagi.Saat2 akhir beliau aku juga sempat melihat bagaimana sukar dan peritnya arwah bapa aku melayan sakit akibat merokok.

Ini juga sebab yang paling kuat ketika ini untuk aku berhenti merokok.

chow!


15 Jun 2013

Superman Konon!


Hari ini malam nanti kira2 jam 11 malam aku mesti mahu tahu kenapa dia ini tiba2 tak pakai lagi seluar dalam di bahagian luar?

Kenapa sekarang baru dia mahu berubah dan tersedar? Adakah selama ini dia tidak tahu atau buat2 tak tahu tentang kesilapan yang selama ini dia lakukannya? Atau mungkin dia ini mahu menunjuk2 kepada semua kaum hawa bahawa dia itu ada power kat bahagian itu juga? Aku pun ada juga barang yang sama macam itu tapi tak la sampai sanggup dan pamerkan kepada semua orang di luar sana!

 Ini sangat memalukan kepada semua lelaki yang ada didalam dunia ini!

Konon Superman tapi bodoh kalah budak tadika.Ada ke pakai seluar dalam kat luar...apa punya bingai la manusia rupa ini.Lagak jer macam hebat sangat tapi pakai seluar dalam pun tak reti...ish memalukan orang lelaki sesaja.Aku memang tak puas hati selama ini.Aku diamkan sahaja rasa tidak puas hati aku ini sejak kecil lagi.Ketika itu aku tak tahu dengan siapa yang harus aku jumpa dan luahkan perasaan aku ini.

Dahulu aku pernah terfikir tentang membawa perkara ini ke jabatan perdana menteri agar mereka mendesak dan membuat bantahan dan boikot supaya diharamkan sahaja manusia rupa ini di khalayak ramai.Aku juga cadangkan  agar dia ini mengaku dan membuat ucapan maaf secara terbuka ke suluruh dunia dan mengakui akan kesilapan yang dia lakukan dan sangat memalukan kaum lelaki yang sudah dewasa!

Sekarang ni pula tetiba tukar tajuk la pulak ...dulu Superman sekarang Man of steel...apa ni? Meluat aku!

chow!



13 Jun 2013

Tidak Semua


Semua dari kita kalau boleh mahu akan kesempurnaan di dalam kehidupan.Semua yang dimpikan mohon dimakbulkan.Keinginan kita adakalanya melampaui batas yang telah di peruntukkan olehnya.Kalau boleh kita mahu semua dan segalanya.

Sentiasa sahaja berangan mahukan kebahagian.Tidak mahu berkongsi walau secebis kesulitan.Seringkali wujud rasa ketidakpuasan di dalam hati.

Tiada terniat di hati mahu bersikap tamak haloba dan curiga dengan apa yang di beri.Cuma sudah memang dasar seorang manusia yang memiliki keistimewaan iaitu nafsu sentiasa selalu berasa gundah gulana dengan apa sahaja yang telah dikurniakan dan dimiliki.Kalau boleh mahu semua!

Perempuan kalau boleh mahu seorang lelaki yang berwajah tampan dan kacak.Badan sasa dan sedap di peluk macam Remy Ishak atau Adi Putra atau Aaron Aziz..Poket sentiasa tidak nipis dan ringan selalu sahaja mengajak membuang masa bersama di pusat membeli belah macam suami Dato Siti Nurhaliza.Kereta hebat dan mewah lagaknya sentiasa sederhana dan bila berjalan sentiasa tersenyum suka.Mata tidak liar semacam kelakuan bagai imam dalam surau taman perumahan.

Lelaki pula kalau boleh mahu yang sederhana cantik macam Neelofa atau Hanis Zalikha.Sexy yang biasa2 macam Nabila Huda.Kalau boleh tidak mahu anak orang kaya dan berkerjaya hebat seperti Mizz Nina.Lembut tingkah laku dan sentiasa manis bila di pandang mata.Kalau boleh mahu yang tinggi dan pandai pula memasak dan mesra dengan kanak2.Jika boleh walau sudah masuk umur lebih dari 50 tahun masih manis macam seniwati Sarimah!

Manusia memang mahu semua.

Namun harus kita sedar semua itu tidak mungkin dimiliki selamanya.Bohong kalau kita tidak mampu merasainya cuma adakah ianya akan kekal bersama selama kita hidup.Itu mungkin sangat ajaib untuk berlaku.Semua untuk dimiliki jangan mimpi akan terjadi.

Semua bukan milik kita.Milik dia.

Kita mungkin atau bakal diuji apabila kita dengan sengaja dianugerahkan apa sahaja impian yang kita mimpi2kan agar kita dapat merasai dan memiliki semua yang kita inginkan.Sengaja diberikan kepada kita dengan tujuan dan juga melihat adakah kita ini jenis manusia yang tahu berasa puas dan tahu mengucapkkan rasa syukur kepadanya.Mudah lupa atau tidak.

Seperti biasa kita manusia yang bernafsu tidak cukup dengan semua malahan minta ditambah lagi.

Kita tidak akan miliki semua.Mustahil semua akan jadi milik kita.Percaya atau tidak kita memang manusia yang sentiasa mahu semua.Kalau boleh mahu lebih dari semua iaitu hampir atau cukup sempurna.Jujurnya kita ini manusia yang tidak pandai menggunakan akal yang cukup bijak itu.Kita guna hati kita.Kita minta nafsu bantu hati.Lalu gagal akal berfungsi.

Jangan harap semua ....

chow!





11 Jun 2013

Orang Popular


Satu ketika dahulu ketika umur aku tidak cukup masak aku benar2 teruja ingin menjadi popular.Malahan kerana terlalu ingin menjadi popular aku terpaksa berhadapan dengan guru besar di sekolah aku.Bukan sekali tetapi banyak kali dan terus otomatik menjadi popular dikalangan guru2 dan budak2 di sekolah aku.

Cuma yang tak bestnya ialah bila kita tahu kita menjadi orang yang popular segala apa yang kita lakukan akan menarik dan menjadi perhatian orang lain.Lebih2 lagi waktu itu aku masih lagi bersekolah.Setiap hari cikgu dispilin akan datang menjengok aku di dalam kelas.Beliau mahu pastikan yang aku ini masih wujud atau sudah meninggal....meninggalkan kelas...hehe!

Mulai saat itu aku faham ...bosan sebenarnya menjadi orang yang popular.

Bila aku meninggalkan sekolah aku bercampur pula dengan budak2 yang gila bermuzik.Aku turut terbabit maka semua studio di Kuala Lumpur aku sudah redah dan melalak.Konon nak jadi penyanyi.Haram sampai hari ini semuanya cuma angan2 dan impian yang tak tercapai.Kata mereka suara aku tak boleh jual di pasaran Malaysia...aje siak!

Cuma yang bestnya aku telah berkenalan dengan ramai artis yang waktu itu masih lagi poyo dan masih lagi tidak popular tapi sekarang mereka sudah popular dan masih lagi wujud di pentas seni di negara kita ini.Kadangkala kalau ada masa aku turunlah jumpa mereka.Malu juga kalau nak jumpa orang yang sudah popular ni tapi mereka ok jer cuma perasaan aku jer yang kacau...hehe.

Sekarang aku lagi faham dan bersyukur kerana tidak menjadi orang popular.

Rintihan dan keluhan dari mereka2 yang popular ini adakalanya membuatkan aku berasa simpati.Mana2 yang popular dan berhasil membuat duit itu ok lah.Namun bila mendengar cerita dari orang yang popular tetapi perit untuk membuat duit adalah sangat sedih dan menggelirukan sekali.Luarannya mereka nampak happy tapi dalamannya hanya tuhan sahaja yang tahu.

Mereka tidak bebas.Mereka seperti terpenjara didalam dunia mereka sendiri.Apa sahaja yang mereka mahu lakukan terpaksa merujuk kepada seseorang dan bukan boleh main hentam keromo sahaja.Mahu kemana2 dan mahu buat apa sekalipun harus berhati2 dan pandang kanan kiri.Kalau degil dan buat perangai pasti sekejap sahaja orang tahu dan pastinya ianya perlu di bayar dengan harga yang mahal sekali dan kalau silap2 boleh terus tutup kedai kerana kesilapan sendiri!

Popular adakalanya adalah satu kebodohan..

Popular itu ada pro dan kontra.Baik dan buruknya.Cuma adakah kita ini benar2 bersedia dan rela untuk menjadi popular atau orang yang popular.Baik jika kita sedar kita ini popular dan tidak buat hal2 yang memungkinkan kita jadi popular kerana kebodohan kita.Buruk bila kita tahu kita popular tetapi masih lagi mahu terus popular dengan cara yang amat bodoh.

Makin lagi tersangat bodoh apabila kita kongsikan kebodohan kita di laman sosial yang ada pada hari ini.Aku membaca dan mendengarnya pun macam terasa di perbodohkan oleh mereka yang popular ini.Popular kerana kebodohan mereka maka kita yang membaca pun turut bodoh macam mereka...bodoh ke kita ini?

Chow!


10 Jun 2013

Faham Bukan Tak Faham





Orang kalau sudah jatuh cinta segala perkara yang dahulunya dia benci akan bertukar jadi suka.Semua yang dia suka dahulu akan bertukar jadi benci.Boleh dikatakan dia tak perasan apa perubahan yang telah berlaku terhadap diri dia.Apa yang dia nampak dan rasa pada pandangan matanya adalah sama dan serupa tiada apa perubahan pun yang berlaku.


Cuma kita sahaja yang makan hati dan sakit hati di buatnya.

Kalau dahulu bukan main rajin lagi cal kita dan tanya itu dan ini.Malahan adakalanya peel dia sangat membuat kita menjadi marah dan meluat.Sikap prihatinnya yang agak terlampau menambahkan rimas kita lagi.Tak sampai 5 minit pasti berbunyi hp kita dan seterusnya tanpa henti2.Tahulah kita ini baik hati dan kawan tempat merintih bagai.Agak2lah sikit walaupun suka atau sayang kat kita sebagai seorang kawan.

Itu sebelum bertemu dengan seseorang yang dia sukai dan jatuh hati.Masih ok lagi tetapi bila sudah jatuh cinta dan dunia ini ana yang punya maka di saat itulah kita akan ternampak yang kawan kita ini bukan kawan tetapi haiwan.Mulai bertukar jadi pelik dan geli.

Dulu kalau tak jumpa kita sehari boleh jadi sakit jiwa kononnya.Kita inilah kawan sehidup semati kita inilah tempat bermanja dan bersedih.Bila dah bercinta ...haram batang hidung pun tak nampak2!

Bila kita cal jawapannya sibuk dan beribu macam alasan.Kereta meragamlah,hantar mak balik kamponglah,kerja banyak melambak2lah,nenek sampai 4 kali meninggal! Faham bukannya tak faham tapi ingat2 dan agak2lah kalau mahu menipu pun.Orang lain pun bercinta jugak bukan awak seorang jer.Aku bukanlah sakit hati atau apa2 pun cuma ...menyampah!

Bila kau jadi macam sakai atau monyet yang tak pernah jumpa belacan.Harap2 kau tak cari aku bila cinta itu nanti makan kau semula.Aku malas nak khabarkan sekarang tapi tunggu je la masa dan saatnya.Bukan aku doakan atau berniat jahat cuma cara kau itu agak luar biasa kaedahnya.Orang tua bilang jangan laju2 nanti terbabas perahu tu.Kalau melanggar ke tebing tak mengapa takut2 nanti terus ke lubuk air terjun ...naya wooo!

Cemburu juga tidak sekali2 cuma takut....itu je...takut kau terjun dari bagunan tinggi!

chow!

6 Jun 2013

Cinta Kejam



Perlukah kerana cinta kita harus bersikap kejam atau bertindak kejam ke atas diri kita sendiri?


Setiap kali terbaca artikel2 begini yang terdapat di suratkhabar atau di mana2 portal berita terkini aku terasa seperti mahu sangat tahu dan bertanya kerana cinta atau kerana bodoh yang membuatkan mereka tergamak melakukan perkara itu.

Cubaan bunuh diri dan bunuh diri kerana Cinta!

Hari ini sahaja aku telah membaca 3 artikel mengenai bunuh diri dan cubaan bunuh diri kerana cinta.Pertama orang kita yang beragama islam umur baru 25tahun membunuh diri dengan cara mengantungkan diri .Kedua pelakon cantik dari bollywood juga mati gantung diri kerana cinta dan ke-3 cubaan bunuh diri kerana terlalu cinta dengan bapanya...michael jackson!

Kalau ada yang berkata engkau tidak kena dan alami mana mungkin engkau tahu.Jika terkena dengan batang hidung engkau mungkin engkau lagi teruk dari mereka.

Secara jujur aku juga pernah putus cinta bagai nak rak dan tidak juga dinafikan ada bisikan2 halus yang nakal dari sahabat baik kita iaitu syaitan.Segala macam hasutan dan cubaan silih berganti datang kepada kita ketika itu.Kita waktu itu lemah dari segi fizikal dan mental dan sudah pasti peluang seperti ini memang sentiasa dinanti2kan oleh para sahabat kita yang bertanduk itu.

Pasti ada yang memberikan komen agar kembali kepada yang maha satu.Sebenarnya semua orang tahu tentang perkara itu baik yang beragama islam atau bukan kerana setiap agama yang ada didunia ini memang tiada satu pun yang setuju atau menghalalkan perbuatan meragut nyawa sendiri!

Cuma persoalan aku ialah cinta itu kejam sangat kah sampai perlu ditamatkan nyawa sendiri? Mahu dipersalahkan siapa sekarang...cinta atau si pengamal cinta atau yang taksub dengan cinta? Siapa yang lebih hebat bertindak akal atau cinta?



chow!

5 Jun 2013

Kita Cacat



Manusia memang macam ini dan yang paling best sekali ialah agama kita yang kita anuti sangatlah agung dan di segani oleh penganut2 yang lain cuma kita ini seringkali jauh terbabas dan terabai dengan apa yang kita anuti dan ikuti.Kita mudah lupa...atau biasa yang kita dengar ...melayu mudah lupa.

Lupa satu hal dan tidak bersyukur juga satu hal.

Tulisan ini lebih terarah kepada si penulis.Aku harus akui aku agak tergolong didalam kumpulan yang aku tulis di atas.Malu jugalah bila kita terpaksa akur dan mengata diri sendiri.Kalau yang sedang membaca tulisan ini juga ada terasa hati aku ucapkan tahniah lah juga kerana teruja menerima hakikat yang tiada tolok bandingannya.

Kita seringkali terlupa bahawa kita ini cukup sempurna sifatnya.Kita bukan haiwan atau binatang yang tiada akal dan mendewakan nafsu semata.Kita adakalanya seperti binatang jarang menggunakan akal yang maha hebat itu untuk diguna pakai.Kita nampak normal secara luarannya tapi sebenarnya tersangat cacat dari dalamnya.

Malah kita suka sangat berkeluh kesah dengan apa yang kita miliki.

Kita tidak cacat tetapi selalu terasa kekurangan dan selalu terasa lemah dan kurang semangat.Cuba lihat gambar di atas dia nick-vujicic yang dulu aku agak kagumi.Lama2 aku lansung terlupa dan hilang rasa berkobar2 dan bersemangat seperti dia.Hangat2 tahi ayam kata orang kita.Cacat kaki dan tangan sejak lahir mampu memiliki isteri yang cantik dan jelita dan kini dikurniakan seorang anak lelaki yang chomel.Cuma fikiran nakal aku berfikir...bagaimana ianya terjadi?

 Hebat,hairan dan pelik...

Jangan nak tersengih sangat ok ini cerita serius! Moral of the story apa yer?Entah kau yang baca aku yang tulis kalau tak faham2 juga pergi ambil kapak potong kaki dan tangan tu baru boleh faham kot...hehe!

chow!

4 Jun 2013

Perempuan Jelita



"....amboi kemain teruja nak dapat bini cantik ye? susah nak jaga oi.. mungkin maintenance tinggi. nak jaga kulit muka. nak jaga penampilan. tak takut ke? haha...."


Di atas ini adalah komen iklas dari oshinz dari post semalam.Perlukah aku lelaki menafikannya? Oh! tentu sekali tidak kerana aku sudah merasai akan kebenaran kata2 di atas itu.Oleh kerana aku ini "...tidak kacak sepenuhnya..." seperti komen cikyunis maka aku merelakan diri aku dikuasai oleh seorang gadis yang jelita.

Jika sesiapa yang rajin mencari post2 aku yang lepas pasti akan terasa dan terbaca bagaimana terhirisnya hati ini memiliki teman wanita yang jelita.Itu ketentuan yang telah diutuskan kepada aku oleh yang maha rahsia.Tidak aku kesali atas ujian yang diberikan malahan aku gembira kerana aku telah diberikan peluang bagaimana rasanya memiliki kekasih yang jelita.

Rasanya...seperti bagaimana mahu kelihatan cantik jika tidak terasa sakit dahulu.

Itu baru bercinta jika di takdirkan itu adalah teman sebilik yang halal bagaimana pula.Komen di atas datangnya dari seseorang yang sejenis mereka iaitu perempuan.Jika kaum sejenis pun macam seram semacam memperkatakannya bagaimana pula yang tidak sejenis?

Sendiri mahu ingatlah beb!

Mereka ini iaitu perempuan boleh disamakan seperti sebuah kereta.Jika kereta itu mahal maka kita umpamakannya seperti seorang gadis yang jelita.Segala2nya mahal belaka.Duit pendahuluan,duit ansuran bulanan,cukai jalan dan insuran,servis setiap bulan dan juga minyak dan aksesorinya.Jika yang kurang jelita sikit maka segalanya agak tidak membebankan.Mudah bukan untuk kita bandingkan!

Sejak dari dahulu lagi sejak aku mengenali siapa itu perempuan aku memiliki satu ayat yang sering aku berikan kepada setiap perempuan yang aku kenali atau mungkin aku pernah miliki.Ayat ini kadangkala melastik semula kepada muka aku.Tiada apa yang perlu aku kesali kerana ayat ini memang hak mereka...hak orang perempuan!...ala2 mutiara kata gitu!


"...setiap dari kamu berhak memilih dan berhak memiliki yang terbaik...maka selagi kamu belum dinikahkan pilihlah yang terbaik sekali buat kamu sehingga kamu pasti dan selamat untuk selamanya..."


chow!

3 Jun 2013

Nasib Kita


Bukan mahu mengata tetapi itulah realitinya.Sikacak dengan yang tidak berapa jelita.Dia cantik hanya pada pandangan mata suaminya tetapi pada pandangan mata kita dia memang tidak cantik.Ini bukan kejian tetapi kenyataan yang teramat2 jujur dari sanubari kita....kita atau aku?

Aku tiada perasaan untuk berkata dusta.

Ramai juga lah yang cuba memberikan kata2 palsu yang konon bukan untuk mengata2 atau mencerca tapi sebaliknya itu yang sebenarnya.Benar memang tidak sepadan lansung bagai langit dengan bumi sepatutnya bagai pinang di belah dua.Cuma kita sebenarnya tidak memahami sesuatu yang telah sekian lama kita ketahui.

Semua yang telah tercipta adalah berlawanan pasangannya.

Maka jangan kita terlalu berasa hina sangat dengan nasib kita pada hari ini.Seharusnya jujur lalu bersyukur jika kita ini kurang kacak atau tiada jelita lansung.Bukti yang terlalu banyak dari dahulu lagi bahawa setiap yang cantik padanannya ialah yang kurang kacak atau yang tidak hensem lansung.Jika yang kurang kacak macam aku potensi untuk memiliki yang jelita sangat besar sangat peluangnya.


 Kata mereka yang jelita...



"...yang kacak2 ni susah nak di percayai malahan segelintir dari mereka suka teman sejenis mereka pula..."


Pasti pernah dengar kata2 begini dari mulut mereka yang berjantina perempuan.Bukan sahaja yang jelita malahan yang tidak jelita pun ramai yang beranggapan begitu.Maka untung sangat rasanya bila tidak kacak dan cute.Mereka memang digemari tapi paling takut untuk dimiliki.

Chow!



2 Jun 2013

Rimas






Rimas sebenarnya bila orang asyik bertanya dengan soalan yang sama.Kita bukan tak mahu jawap atau layan tapi malas nak berikan jawapan.Bukan masalah dia dan juga bukan hal kita untuk diwartakan.Kalau boleh sudah pasti terus dimaklumkan dan apa perlu disembunyikan daripada semua.

Kalau orang lain pun rimas aku lagi la rimas.

Benda ini bukan kerja kita tetapi kerja dia.Bagaimanalah hendak di perjelaskan lagi.Bahkan sudah acap kali di beritahu ini bukan hal kita tetapi hal dia.Semua orang kalau ada kuasa pasti tidak mahu menungu lama2 begini.Buat apa sakit kepala kalau benda itu kita mampu lakukan dan kuasai.Rimas2!

Setiap dari kita pasti akan rasa rimas teramat bila pertanyaan dan persoalan ini bertubi2 di ajukan kepada kita....


"...kau bila nak kahwin lagi...."


Selalunya jawapan yang aku berikan ialah...


"...bila lagi tahun ini lah...."


Jawapan yang telah berlarutan ke beberapa tahun.Tahu bukan tak tahu yang umur aku mulai meranum dan sudah hampir akhir zaman.Ialah kalau boleh esok juga mahu berbini tetapi nak buat cam ner bukan tak mahu tetapi tak jumpa2 lagi permaisuri yang patut bertakhta di hati beta!

Tolong carikan barang seorang dua boleh!

chow!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...