Pages - Menu

4 Jun 2013

Perempuan Jelita



"....amboi kemain teruja nak dapat bini cantik ye? susah nak jaga oi.. mungkin maintenance tinggi. nak jaga kulit muka. nak jaga penampilan. tak takut ke? haha...."


Di atas ini adalah komen iklas dari oshinz dari post semalam.Perlukah aku lelaki menafikannya? Oh! tentu sekali tidak kerana aku sudah merasai akan kebenaran kata2 di atas itu.Oleh kerana aku ini "...tidak kacak sepenuhnya..." seperti komen cikyunis maka aku merelakan diri aku dikuasai oleh seorang gadis yang jelita.

Jika sesiapa yang rajin mencari post2 aku yang lepas pasti akan terasa dan terbaca bagaimana terhirisnya hati ini memiliki teman wanita yang jelita.Itu ketentuan yang telah diutuskan kepada aku oleh yang maha rahsia.Tidak aku kesali atas ujian yang diberikan malahan aku gembira kerana aku telah diberikan peluang bagaimana rasanya memiliki kekasih yang jelita.

Rasanya...seperti bagaimana mahu kelihatan cantik jika tidak terasa sakit dahulu.

Itu baru bercinta jika di takdirkan itu adalah teman sebilik yang halal bagaimana pula.Komen di atas datangnya dari seseorang yang sejenis mereka iaitu perempuan.Jika kaum sejenis pun macam seram semacam memperkatakannya bagaimana pula yang tidak sejenis?

Sendiri mahu ingatlah beb!

Mereka ini iaitu perempuan boleh disamakan seperti sebuah kereta.Jika kereta itu mahal maka kita umpamakannya seperti seorang gadis yang jelita.Segala2nya mahal belaka.Duit pendahuluan,duit ansuran bulanan,cukai jalan dan insuran,servis setiap bulan dan juga minyak dan aksesorinya.Jika yang kurang jelita sikit maka segalanya agak tidak membebankan.Mudah bukan untuk kita bandingkan!

Sejak dari dahulu lagi sejak aku mengenali siapa itu perempuan aku memiliki satu ayat yang sering aku berikan kepada setiap perempuan yang aku kenali atau mungkin aku pernah miliki.Ayat ini kadangkala melastik semula kepada muka aku.Tiada apa yang perlu aku kesali kerana ayat ini memang hak mereka...hak orang perempuan!...ala2 mutiara kata gitu!


"...setiap dari kamu berhak memilih dan berhak memiliki yang terbaik...maka selagi kamu belum dinikahkan pilihlah yang terbaik sekali buat kamu sehingga kamu pasti dan selamat untuk selamanya..."


chow!

32 comments:

  1. ayat last tu jugak kite penah pakai utk sedapkan hati sendiri bila dikecewakan..

    "selagi boleh memilih.."

    ReplyDelete
  2. tapikan ada perempuan cantik yg takkan susahkan pasangannya..masing-masing bergaji utk 'maintenance' masing-masing. cuma kena pandai-pandailah memilih.. haha.. selamat berjaya! ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. jarang jumpa cam tu....kalau jumpa pun mmg bini orang...hehehe!

      Delete
  3. tafsiran perempuan jelita itu kan subjektif. cinta selalunya buta. kalau benar-benar cinta, jelita atau tidak orang tu pun pasti tetap cinta Pilihan yang terbaik bukan pada paras rupa tetapi pada paras hatinya. :)

    ReplyDelete
  4. tak semua sama. ade sifat manis,ade jugak sifatla pahitnya.

    ReplyDelete
  5. Perempuan yang maintenance nya tinggi selalunya tinggal di bdr yg pesat membangun. Mereka tu terdiri daripada perempuan kurang jelita jugak

    nak senang cerita, carilah perempuan dari luar bdr. yang tak reti ber accessories ni, TAPI jelita.

    jgn lupa akhlaknya juga

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu ke yang di bandar tu datang yer dari mana? bukan luar bandar juga....hari ini sama sahaja.

      Delete
  6. erkkk... patut tersedak tadi. haha.

    rupa tak penting. yang penting hati. kalau hati si dia JELITA, agamanya JELITA, In Sha Allah, selamat dunia akhirat. senang nak dibentuk katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa kata rupa x penting...nak beli baju nak yg cantik,kereta,rumah dan segala macam...semua x mahu yg buruk inikan pula untuk hingga akhir hayat...hehe komon babei.

      Delete
  7. prmpuan Malaysian ni smuanya cntik2..he3..xpe2, hlang 1, in.shaa.Allah diganti yg lain yg lebih baik =)

    ReplyDelete
  8. setuju ngan S.K.A. awek kat malaysia ni ramai je yg cantik2 ngan comel2. x sumer high maintenance pun. jgn pi cari awek keje model sudah la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya yg x keje model la yang banyak sogeh yer...hehe

      Delete
  9. banyak lagi pompuan lain...kalo malaysia takde, g cari pompuan luar plak.hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe ...pompuan jugak yer dak.

      Delete
  10. assalamualaikum,

    salam ukhuwah dari bunda...

    bunyi ayat macam orang putus asa jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini bukan putus asa bunda ini teka teki...:)

      Delete
  11. perempuan yang cantik bagi aku ialah perempuan yang menghormati pasangan dan suaminya...

    pasti akan jadi cantik selama-lamanya walau muka dah berkedut pun...

    hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yg terbaik jika memilikinya.

      Delete
  12. adakala
    ada juga perempuan jelita yang bersederhana
    yg cantik akhlaknya secantik paras rupa..

    cuma
    bilangannya tak banyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yg payah nak cari dan jumpa...

      Delete
  13. Kalau dah jodoh tak boleh nak tolak, tapi bagi aku biarlah natural beauty..
    Susah jugak kan kalau jd perempuan cantik nie, tp bukan suma yg cantik tu boleh dianggap mcm kereta, ada yg x memerlukan ansuran bulanan, maintanance, servis bagai, cukuplah kasih syg..peace :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...