Pages - Menu

30 Apr 2013

X Puashati






Aku sedar untuk menjadi seorang manusia yang sempurna memang susah dan sukar.Cuma kadang2 aku fikir seperti tiada keadilan dalam hidup ini.Semua seperti tidak ada yang tidak kena.Persoalan yang mempersoalkan kenapa mereka mampu berjaya kenapa aku tidak padahal aku juga bekerja keras dan tekun dengan apa yang aku percayai.

Mereka melakukan pelbagai perkara yang tidak sepatutnya di buat oleh seorang manusia yang beragama islam.Mereka buat itu ini dengan selamba sahaja.Tiada sekatan malahan tiada sedikit rasa bersalah dan takut.Aku pula seperti terhalang dan melarang dari melakukannya.

Cuma yang buat aku tak puashati ialah kenapa mereka berjaya?

Siapa yang cuba aku persoalkan sekarang?

Sebagai hambanya aku redha dan terpaksa terima dan akui segala2nya bahawa ini adalah kehendaknya dan ketentuannya.Mungkin ini ujian yang harus aku lalui dahulu sebelum dianugerahkan piala kemenangan.Bunyi macam best je tapi ...memang tiada tapi terpaksa juga redha!

sabar je la...

chow!

27 Apr 2013

Pakatan Nasional VS Barisan Rakyat


Pru 13 semakin hampir apa yang buat aku seronok sekarang ini ialah kesungguhan mereka tak kira dari Pakatan Nasional atau Barisan Rakyat cuba memeriahkan suasana pilihanraya kali ini begitu meriah sesangat!

Pru yang lepas tak begitu menarik dan hebat seperti sekarang.

Semua parti cuba membuat persembahan yang terbaik buat kita iaitu rakyat jelata.Ramai juga diluar sana sangat2 beremosi bila bercerita tentang parti2 yang mereka agung2kan.Tiada salahnya dah memang itu parti yang kau sokong maka bukan satu yang menghairankan bila kita terkebil2 dan terpejam tertutup mata cuba memahami dan menunjukkan sedikit rasa hormat kepadanya...mungkin dia kawan kita...abang kita...pakcik makcik kita ...jiran kita...boyfren dan gilfren kita...hehehe!

Kepada aku ini semua satu perubahan kepada kebaikan bila semua mulai buka mata dan minda untuk ambil tahu dan ambil peduli.Jangan lagi ambil mudah seperti yang dulu2.Tiada siapa nak larang atau marah kalau kita nak sokong sesiapa pun kerana yang paling penting kita bukan buta dan tonggong lagi.

Sokong la ikut suka kamu dan harap2 jangan sampai hilang kewarasan bila berfikir juga bertindak.Kalau ditakdirkan parti yang kamu sokong itu menang maka itu sudah rezeki kamu dan begitu juga sebaliknya.Jangan jadi macam monyet melompat tak tentu arah bila di beritahu bahawa parti yang kamu sokong telah kalah nanti!

Tolong jadi manusia yang mempunyai akal yang bisa digunakan dengan cukup berhemah.

Semua ini untuk kita belaka bukan untuk sesiapa.Jika kita buat tidak peduli dan paling tak ada otak ialah bila kita tidak pergi mengundi...adoi itu amat celaka sangat.Undi itu ada lah kuasa kita.Hak kita so jangan kita abaikan itu sangat merugikan.Mungkin kerana satu undi parti yang kita sanjung2 akan terima padahnya.Kalau kita tiada hak atau belum cukup umur itu lain storyla...

Kali ini mana parti pun yang menang atau kalah pasti akan memperlihatkan satu tranformasi yang di luar jangkaan kotak pemikiran kita.Kita mungkin sangka penyamun lama ini akan kekal lagi dan mungkin juga penyamun baru ini yang menguasai.Segalanya berkemungkinan.Sama2 kita tunggu dan lihat!

Kalau tanya aku parti mana yang aku sokong...aku sokong parti yang boleh tepati janji dan mesra rakyat.Dahulukan agama dan juga rakyat.Muliakan sesama kita.Orang kata Pakatan Nasional akan menang dan ada juga kata Barisan Rakyat akan menang...tak kisahlah yang mana pun asalkan rakyat terbela bukan tercela sudah!

 Jom undi ok!

chow!


26 Apr 2013

Gadis Cantik Jelita







Aku ni bukan lah rajin sangat buka laman sosial yang bernama FB ni tetapi sekali sekala tu adalah kerana nak tahu cerita terbaru dari kawan-kawan kita.Kalau nak harap jumpa mungkin susah sikit ialah masing2 pun bukannya duduk setempat pun.

Bila bercerita bab layan FB ni aku mulai terperasan ramai la pulak anak gadis yang chomel2 dan jelita yang terpampang di sebelah laman FB kita tu.Hairanya kenapa ramai sangat yang kiut miut gitu?

Kalau sudah namanya orang lelaki memang pantang nampak yang cantik mula lah semuanya nak di add nya.Aku? Bukan aku ok tapi orang lain! Aku tengok jer ...tak main la layan gadis! Hahahaha!

Cuma aku musykil sedikit mereka ni cantik pasal memang dah semulajadi cantik atau di kasi cantik.Tidak salah cantik tapi aku hairan lah kenapa ramai sangat yang cantik2 la ni.Kalau aku keluar ke mana2 bukan main susah nak jumpa.Kalau ada pun jenis international punya....dari Indon la...China la...dan blabla!

Bunyi lain macam jer yer dak...hehehe!

Tak di nafikan lah hari ini memang ramai gadis2 yang semakin cantik dan menawan.Itu satu petanda yang sangat baik untuk orang lelaki di zaman ini.Kalau yang tak cantik harap maaf jangan ambil hati kerana ada orang lelaki yang jenis tak suka yang cantik2.Mereka memilih jalan selamat iaitu biar sakit dimata tapi tak di hati....yi haaa!

Kalau tanya aku pulak...aku belasah jer! nasib la kannnn!

Cuma kat alam maya ini yang bernama blog ...payah nak jumpa yang cantik...kenapa erk?

chow!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...