Pages - Menu

27 Apr 2013

Pakatan Nasional VS Barisan Rakyat


Pru 13 semakin hampir apa yang buat aku seronok sekarang ini ialah kesungguhan mereka tak kira dari Pakatan Nasional atau Barisan Rakyat cuba memeriahkan suasana pilihanraya kali ini begitu meriah sesangat!

Pru yang lepas tak begitu menarik dan hebat seperti sekarang.

Semua parti cuba membuat persembahan yang terbaik buat kita iaitu rakyat jelata.Ramai juga diluar sana sangat2 beremosi bila bercerita tentang parti2 yang mereka agung2kan.Tiada salahnya dah memang itu parti yang kau sokong maka bukan satu yang menghairankan bila kita terkebil2 dan terpejam tertutup mata cuba memahami dan menunjukkan sedikit rasa hormat kepadanya...mungkin dia kawan kita...abang kita...pakcik makcik kita ...jiran kita...boyfren dan gilfren kita...hehehe!

Kepada aku ini semua satu perubahan kepada kebaikan bila semua mulai buka mata dan minda untuk ambil tahu dan ambil peduli.Jangan lagi ambil mudah seperti yang dulu2.Tiada siapa nak larang atau marah kalau kita nak sokong sesiapa pun kerana yang paling penting kita bukan buta dan tonggong lagi.

Sokong la ikut suka kamu dan harap2 jangan sampai hilang kewarasan bila berfikir juga bertindak.Kalau ditakdirkan parti yang kamu sokong itu menang maka itu sudah rezeki kamu dan begitu juga sebaliknya.Jangan jadi macam monyet melompat tak tentu arah bila di beritahu bahawa parti yang kamu sokong telah kalah nanti!

Tolong jadi manusia yang mempunyai akal yang bisa digunakan dengan cukup berhemah.

Semua ini untuk kita belaka bukan untuk sesiapa.Jika kita buat tidak peduli dan paling tak ada otak ialah bila kita tidak pergi mengundi...adoi itu amat celaka sangat.Undi itu ada lah kuasa kita.Hak kita so jangan kita abaikan itu sangat merugikan.Mungkin kerana satu undi parti yang kita sanjung2 akan terima padahnya.Kalau kita tiada hak atau belum cukup umur itu lain storyla...

Kali ini mana parti pun yang menang atau kalah pasti akan memperlihatkan satu tranformasi yang di luar jangkaan kotak pemikiran kita.Kita mungkin sangka penyamun lama ini akan kekal lagi dan mungkin juga penyamun baru ini yang menguasai.Segalanya berkemungkinan.Sama2 kita tunggu dan lihat!

Kalau tanya aku parti mana yang aku sokong...aku sokong parti yang boleh tepati janji dan mesra rakyat.Dahulukan agama dan juga rakyat.Muliakan sesama kita.Orang kata Pakatan Nasional akan menang dan ada juga kata Barisan Rakyat akan menang...tak kisahlah yang mana pun asalkan rakyat terbela bukan tercela sudah!

 Jom undi ok!

chow!


7 comments:

  1. Sapa punya kuasa, dia lah jaga negara. Hancur negara, kita tak ada apa-apa.

    ReplyDelete
  2. selamat mengundi!

    dah lama tak blog walking sini. huk3

    ReplyDelete
  3. jangan sampai tersalah pilih :-)

    ReplyDelete
  4. Salam.

    Satu malam baru ni, ak ngan adik aku pusing satu putrajaya, best jugak tgk gelagat kumpulan2 mnusia pasang sepanduk, bendera.

    Semangat semuanya.

    ReplyDelete
  5. baca pesanan Umat Terakhir

    Nota Panel: Untuk kali ini, buatlah kerana Allah

    http://umat-akhir.blogspot.com/2013/04/nota-panel-untuk-kali-ini-buatlah.html

    -posman-

    ReplyDelete
  6. Lelaki Semalam,

    Jangan lupa mengundi tau. Undi dgn bijak. Negara ini milik kamu anak muda sekalian. Pilih pemimpin yg beriman dan amanah.

    -Parti Tupperware-

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...