Pages - Menu

31 Jul 2013

Hilang Idea Menulis

Hilang idea untuk menulis ialah satu penyakit yang sangat di takuti oleh semua pemilik blog di alam maya ini.Penyakit ini menyerang tidak kira jantina dan juga umur.Penyakit ini kalau sudah terkena memang susah untuk di ubati silap2 hari bulan boleh meninggal terus dari dunia blog untuk selamanya.Ini virus memang bukan mudah untuk dinyahkan dari minda semua pemilik blog.

Penyakit hilang idea bagaimana untuk di ubati?

Kalau ikut cara aku mudah sahaja.Perlu sensitif dengan segala yang kita lihat dan pandang.Perlu pasang teliga dengan setiap apa yang kita dengar dan bualkan.Jangan terlalu sombong dengan berita2 terkini.Jangan jadikan malas sebagai rakan sepermainan.Jujur dengan diri sendiri / jangan bikin cerita yang kita sendiri tidak fahami.Jangan terlalu anti sosial cuma melepak di blog sendiri tanpa mahu bikin blogwalking.Jangan berangan banyak depan pc atau laptop kita kerana idea tak akan muncul dengan begitu sahaja.Namun jangan tak tahu kalau banyak berangan kita akan dapat banyak idea.So curi sedikit idea berangan sebagai batu asas kepada satu2 idea penulisan.

Satu lagi masalah ialah apabila kita mahu menulis tiba2 kita hilang idea.Tak sampai seminit kita jadi blur hilang terus idea untuk menulis.

Ini ramai yang terkena dan terlibat.Aku biasa terkena dengan sindrom sebegini.Sindrom hilang idea secara tiba2 kadang kala boleh buat kita jadi bosan.Marah pun iya juga.Sedang kita bersemangat untuk menulis tetiba hilang terus idea.Aje jahanam!

Amalan yang selalu aku lakukan untuk menarik balik idea yang hilang ialah buat blogwalking.Ini cara yang paling mudah untuk dapatkan semula idea yang telah berambus hilang.Kalau gagal juga maka kita harus berhenti berehat sebentar.Keluar dati bilik pergi makan atau sembahyang atau pekena sebatang rokok dahulu.Ialah kita ini adakalanya kejam juga dengan minda.Tiada rehat lansung dari celik biji mata sampai tutup biji mata asyik berfikir sahaja...memang jemm otak kita bhai!

Insyaallah pasti akan terubat sedikit penyakit hilang idea kita.

Kalau masih lagi tak tahu nak menulis apa2 masih lagi muflis idea apa kata curi2 sedikit dari entry2 yang lepas yang sudah lapuk dan kita upgradekan sedikit.Bukan semua orang baca pun entry2 kita yang lepas.Cuma kena bijak sikitla sewaktu menaik tarafkan tulisan yang kita cuba recycle tu.Jangan jadi bodoh sangat bulat2 buat kopi paste.Lagi mahu hebat buat kopi paste je entry orang lain...aah..elok la tu! amalkan selalu!

Hilang idea buat idea baru iaitu kopi paste tulisan orang lain...jahanam! hehehe!

Namun sebenarnya kalau mahu menulis tak perlu pun panjang2.Tulis pendek2 pun ok asalkan tak berlapuk blog kita.Salah satu sebab kita tiada idea ialah kerana kita cuba menulis satu entry yang cantik dan berisi.Kita fikir kita harus tulis panjang2.Baru nampak macam ada blog.Sebenarnya tak perlu pun tulis semacam itu tulis pendek2 pun ok walaupun merepek.Janji ada daripada tiada.

Cantik bicara tulis ikut kemampuan kita.Jika tak boleh jangan di paksa sangat.Nanti bidaah jadinya.

Idea banyak sebenarnya cuma kita tidak tahu bagaimana untuk dilahirkan dengan cara penulisan.Fantasi dan imajinasi kuat cuma mahu direalitikan agak kabur dan tergaru2 kepala.Bila baru mula menulis sebaris dua tetiba hilang fokus.Kalau aku, aku berhenti dan simpan dahulu.Esok2 boleh sambung bila datang idea semula.

Kalau tak boleh juga...kita kahwin je la!


chow!

29 Jul 2013

Hilang Minat Kepada Blog



Orang berblog kita juga mahu buat blog tapi selepas itu hilang entah kemana.Senyap berbulan tidak di update lansung.Katanya sibuk mahu study ,katanya sibuk banyak kerja,katanya itu dan ini ...dan bla bla bla.

Itu alasan2 yang biasa kita baca apabila blog yang sering kita kunjungi mulai kurang aktif mengupdate cerita2 baru.Mulai berkurangan cerita yang mahu mereka kongsikan dengan kita.Semakin hambar dan kurang ghairah tidak seperti mula2 mereka buat blog dahulu.Tidak kita nafikan ada beberapa alasan yang kita boleh terima dan fahami.Ialah apahal nak sibuk2 dengan blog ini kalau sememangnya kita sedang sibuk study untk menghadapi final exam kita.

Betul mana yang penting kita dahulukan...dah habis nanti kita sambung semula berblog.Tak lari kemana2 blog ni kan...

Cuma bila terlalu lama sangat hingga sebulan dua tiada di update maka secara otomatik kita dapat meneka yang tuan punya blog ini mungkin sudah malas melayan blog lagi.Mereka mulai rasa bosan dan merasakan berblog ini tiada banyak faedahnya.Entah tak tahu kemana mahu dibawa pergi.Mahu menulis cerita yang biasa2 dan mudah pun ambil masa berbulan2.

Secara diam2 kita mulai tawar hati dan malas berblog.Kita mulai berfikir apa sangatlah faedahnya berblog ini.Buat sakit kepala je mahu memikirkan apa cerita yang mahu ditulis dan di ceritakan.

Semua ada tujuan masing2 apabila bina blog.Ada yang suka2 kerana terikut kawan2.Kawan kita ada blog kita pun ikut sama.Kawan kita tutup blog kita pun turut serta tutup blog.Kita blog kerana hasutan dan ajakan kawan2.Bukan semua berblog kerana kawan semata.Seperti yang aku tulis tadi masing2 ada tujuan sendiri.Berblog kerana mahu luahkan perasaan,berblog kerana mahu popular,berblog kerana mahu cari sedikit duit poket dan ramai juga berblog kerana tak tahu nak buat apa lagi.

Tepuk dada tanya selera itu sahaja ayat yang paling mudah kita andaikan.

Cuma kadang kala bila blog yang kita suka dan ternanti2 cerita terbaru dari mereka...mereka telah terus hilang tanpa ada khabar berita.Rasa sedikit kecewa jugalah kerana gaya dan cara mereka menulis begitu menarik dan berbaloi untuk kita baca tetapi kini tiada lagi.

Lagi kecewa kalau yang menulis itu gadis2 yang manis dan masih single....frust je kann..baru nak try udah hilang pulak!

hehehe!

chow!

26 Jul 2013

Gadis Russia


Semalam malam selepas terawih entah macam mana aku boleh tersesat ke Ru Tv.Ini youtube untuk lagu2 dari negara Russia.Gadis 2 di atas itu dari kumpulan pop Duo Russia yang bernama Nikita dan ini salah satu video dia yang agak hot dari mereka klik.

Tidak dinafikan mereka gadis2 dari Russia ini cantik2 belaka.Tinggi dan sexy.

Lebih dari 5 jam aku melayari laman2 yang berkisah tentang gadis Russia dan negara sekitarnya.Bila kita ambil kisah maka banyak cerita yang kita temui.Baik buruk negara yang bernama Russia ini.Bagaimana mereka menangani keganasan yang mereka terima dari puak2 pemisah dari pihak Chencya.Ia mereka adalah orang muslim yang telah lama dizalami oleh pihak tentera Russia.

Aku faham akan beberapa perkara yang tidak sesuai diceritakan disini.Bagaimana kejamnya Mafia mereka.Bagaimana watak dan perilaku mereka yang ganas.Bagaimana mereka melayan kaum wanita dengan teruk dan sadis.Mereka juga secara umumnya agak kasar orangnya.

Negara2 besar seperti Russia,China,India,Indonesia dan Amerika sifat2 kemanusian mereka agak begitu kuno sekali.Tiada rasa belas kasihan dan lebih kebinatangan sifat dan sikap manusia mereka.

Tolak ketepi semua itu.Aku cuma minat dengan gadis2 mereka sahaja.Aku juga minat dengan bahasa mereka iaitu bahasa Russia.Ialah mana tahu kalau aku rajin sedikit dan ambil tahu sikit2 tentang bahasa Russia ini boleh la aku kesana nanti kalau ada rezeki.@ berangan kuat aku ni kannnn!


chow!

24 Jul 2013

Tenang Yang Indah


Sikap tenang dan kool sebenarnya bukan mudah untuk kita amalkan sebagai salah satu rutin kehidupan kita sebagai seorang manusia.Ianya tidak mudah kerana ianya harus di lakukan selalu dan sekerap yang mungkin.Bukan mudah untuk menjadi seorang yang tenang dan tidak terburu2.Lebih sukar lagi kalau kita ini masih muda dan masih lagi mentah dengan semua onak dan duri didalam kehidupan.

Bersabar tetapi jika tiada bersikap tenang juga susah.Kita bersabar tetapi didalam masa yang sama kita binggung dan fikiran kita kusut.Orang lain tak nampak yang kita ini diam bukan kerana bersabar tetapi sebenarnya hilang punca.Kita diam macam orang bodoh dan kita seperti tersesat tiada bertemu jawapan.Ini juga masalah besar.

Tahu2 kita dah terjun dari bagunan tinggi.

Kalau yang bijak dan beriman pasti tahu bagaimana cara dan kemana arah harus di tuju.Jika di rumah kita ramai orang dan ramai kawan2 atau adik beradik mungkin kita tak mampu nak bersendiri dan mengadu kepada yang satu.Kita terpaksa keluar dan mencari alternatif. Surau dan masjid ada banyak didalam negara kita.Itu tempat yang sesuai untuk kita berdiam dan beristirehat.

Rehatkan minda dan juga jiwa.

Itu kalau yang berakal kalau yang kurang berakal atau dalam bahasa yang lebih mudah kurang matang.Muda dan masih kurang pengalaman bagaimana?

Semua orang pernah jadi muda remaja begitu juga dengan aku.Sikap kita pada awalannya pasti kurang kawalan dan kurang berfikir.Kita akan lakukan apa yang kita mahu bukan apa yang kita fikir.Kita berfikir setelah apa yang kita mahu dan kita telah lakukan.Kalau elok maka eloklah tetapi kalau tidak maka buruk akibatnya.

Begitu juga didalam meluahkan sesuatu pendapat atau buah fikiran.Jika ada pengalaman kita akan berhati2 dan berfikir panjang bila cuba memberikan jawapan.Namun jika kita masih mentah kita pasti ghairah untuk menunjuk2 dan cuba menjadi yang terbaik.Kita konon2nya tahu dan serba tahu walaupun hakikatnya kita kurang tahu.Kita cuba menjadi hero.

Semua orang pasti melalui konflik yang sebegini.

Pasti ada baik dan buruknya jika kita bertindak sedemikian.Proses menjadi matang dan tenang memang harus di lalui dengan cara yang agak kurang bijak.Jika tidak kita tidak tahu apa dan bagaimana cara untuk memperbetulkan keadaan dengan baik dan waras.Kemudian baru kita faham tanpa ketenangan kita tidak akan dapat memperbaikinya.

Proses ini bukan mudah dan sekejap.Namun yang pasti bila kita sudah laluinya secara otomatik kita akan memahaminya.Kita akan sedar bagaimana ketenangan memainkan peranan yang besar dalam mengharungi kehidupan kita yang seterusnya.Senang cerita bila sudah menguasai sikap yang bertenang secara pakej kita dapat bersabar juga.

Ramadan memang bulan yang penuh dengan cubaan.Bila memiliki sifat yang tenang segalanya dapat diatasi dengan mudah sekali.Ketenangan memberikan kita nikmat kepada kesederhanaan.Bila sifat2 ini ada maka insyaallah kita tidak akan mudah lupa diri.

chow!



23 Jul 2013

Benci Orang Arab


Ini aku yang memang anti dengan orang arab.Semua orang arab yang pernah aku temui dan jumpa mereka semua bukan baik sangat.Permulaan macam baik bila sudah lama2 perangai dah macam keldai.Segala macam peel yang kita tidak sangka2 mereka buat di depan mata kita.

Sombong dan berlagak pandai memang nombor satu.

Perangai macam keling pun yer juga.Sopan santun memang haus.Bab riak dan bongkak jangan ceritalah memang mereka sangat hebat.Itu yang pernah aku temui dan bekerjasama.Kadang2 aku rasa aku nak bedal jer kepala orang2 arab ni.Macam good2 jer!

Sesiapa yang tak pernah bergaul dengan bangsa arab pasti menyangka mereka2 ini baik budi pekerti tapi percayalah perangai mereka kalahkan setan.Kalau ada yang baik pun memang susah nak jumpa kalau terjumpa memang dikira nasib baiklah.Kalau tak percaya tanya dengan bangsa arab itu sendiri adakah mereka suka dengan bangsa mereka?

Kita ambil contoh simple2 je.

Palestin ada dimana? Mesir ada dimana? Iraq dan Iran dimana? Afganistan dimana?

Kenapa aku tanya dimana kerana aku mahu kamu melihat semua negara itu terletak di satu kawasan yang sama dan jenis bangsa yang sama dengan perangai yang sama iaitu...tiada satu hati!

Semua dengan lagak yang sama.Semua ada ego yang hebat2.Semua rasa semua adalah betul.Itu pasal ada orang berkata kepada aku " kenapa ramai nabi di turunkan di tanah arab kerana orang arab ramai yang bijak2 dan sesat " !

Kalau sesiapa yang rajin membaca dan menjelajah di laman maya ini pasti terjumpa dengan video atau cerita tentang kejahilan dan kedangkalan orang arab dalam satu2 hal.Ini bukan cerita orang Islam tetapi cerita orang arab tak kira lah yang beragama Islam atau Kristian.Kalau yang beragama Islam lagi parah kerana ada 2 mahzab yang tak habis nak berbunuhan iaitu sunnah dan syiah.Ini memang aku menyampah ...berbunuhan kerana berbeza mahzab tetapi satu tuhan!

Apa punya bingai orang arab ini!

Bab aniya terhadap kaum hawa jangan cakaplah.Pantang silap sikit pasti kena hukum bunuh.Kalau yang jatuhkan hukuman adalah pihak berkuasa ok lagi ini tidak main hukum ikut akal kepala sendiri.Konon2 mahu jaga maruah keluarga.Apa setan macam itu.

Lagi satu peel orang arab yang suka sangat kebas anak dara sunti untuk dijadikan isteri.Umur bakal suami 60tahun dan bakal isteri 12tahun...apa jadah ni? Mahu lagi sadis rupa2nya pihak keluarga perempuan dapat habuan duit.Konon sebagai pampasan kepada keluarga si perempuan.Naya2!


chow!

22 Jul 2013

Exploitasi Agama Pada Hari Ini

.

Entah aku sendiri tak tahu nak komen apa lagi.Kreatif sangat sampai semua boleh di jual dan di pasarkan kepada masyarakat malaysia sekarang.Lagi pelik dan ajaib ada pula yang percaya bulat2 benda2 ini benar belaka.

Benda2 begini tak pulak majlis fatwa ambil kisah dan peduli.Ia sudah terang lagi tersuluh apa lagi yang nak di tunggu ...benteras sahaja la.

Nanti bila sudah terlampau melampau baru la nak di ambil tindakan.Gajah depan mata tak nampak kuman seberang laut nampak.Hairan dan kagum dengan kaedah mereka2 ini.Ialah bukan mahu marah atau tunjuk bagus tapi patut2 la kalau mahu cari untung pun.Berniaga memang di galakkan cuma cara perniagaan itu haruslah beretika bukan main hentam keromo sembaragan sahaja.

Orang Malaysia yang beragama islam pula jangan lah mudah tergoda dan termakan pujuk dengan ayat2 yang mereka lemparkan.Berfikir sedikit dan selidik benar atau tidak perkara ini boleh di buat begitu dan dipasarkan.Jangan membuta tuli percaya sangat dengan ustaz2 yang muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Bijak sedikit dengan bahasa arab lebih sedikit imej macam orang arab maka orang kita angkat dan cop beliau sebagai ustaz ke ustad...aku un tak tahu mana yang mana betul!

Sudah2 la tu kan.Buka mata buka minda.Kalau bodoh dan kurang bijak pergi bertanya dengan mereka yang lebih arif!

chow!


21 Jul 2013

Sendat Ketat Sakit Mata Sakit Jiwa


Bulan ramadan bulan yang mulia namun adakalanya tidak mulia sangat jika mulut kita asyik mengata segala bagai.Bulan ramadan kekal mulia cuma kita sudah hilang mulia di bulan ramadan.

Biasala mulut kita ini bukan mudah untuk ditutup atau didiamkan.Pantangla kalau terlihat benda2 yang bergerak pasti ada sahaja yang mahu dikomen atau di gossipkan.Mulut aku memang agak kurang makan saman.Sukar aku mengawalnya dan lebih sukar lagi apabila dia ini bergeng pulak dengan mata aku.

Lebih memeritkan lagi apabila di bulan yang mulia ini pun mereka masih tak mahu bekerjasama dengan aku untuk tidak mengurangkan pahala berpuasa aku.Benci aku.

Sebelum ini jika aku terpandang gadis yang bertudung tapi tidak sempurna caranya pasti mudah sangatla mulut ini menceceh tak tentu pasal.Ialah benda tak betul makanya harus kita mengata dan mengutuk.Boleh macam tu ke...hehe.Bertudung memang sudah cantik tapi cara berpakaian itu yang membuatkan biji mata aku boleh tersembul bila memandangnya.

Tudung dah ok tapi bila bab baju dan seluar ...amboi kemain ketat lagi sendat.

Dahulu aku kerap mengata main sedap ikut mulut aku sahaja tetapi sekarang aku sudah bagi kurang sedikit apabila aku tahu akan kebenarannya.Ingatkan gadis tempatan rupa2nya gadis seberang.Mereka2 ini yang bikin kalut di tanah air kita sekarang.Pakai tudung hanya kerana terpaksa lebih kepada tuntutan kerja yang memaksa mereka harus bertudung.Oleh itu tudung dipakai tapi dengan cara yang mereka sukai.

Bukan sekali dua aku jumpa tetapi semakin kerap sekarang.

Kalau kita ke shopping2 kompleks lagila ramai mereka ini.Lagi nak ramai tunggu mereka turun dari bas2 kilang berterabur turun dengan pelbagai gaya yang menyakitkan mata dan hati.Geram kerana nampak bentuk tubuh badan satu hal geram sebab tak dapat buat apa2 pun satu hal...biasalah jantan!

Tipula kalau aku sebagai seorang lelaki tak suka melihat dan memerhati dengan penuh teliti dan dengan sedikit nafsu.Kalau ada lelaki yang berkata dia tak mampu melihat atau tak terdaya memahami ...kompom kau memang lelaki yang kurang upaya nafsunya!!

Sebab mereka2 ini lah maka ada segelintir dari orang kita memandang rendah dan serong kepada gadis2 kita yang jujur bila bertudung.Tidak dinafikan ada juga gadis2 kita yang terikut2 dengan cara dan gaya mereka tetapi aku percaya ianya boleh sangat di kira dengan jari sepuluh kita.Kalau ada pun yang buat begitu  mereka ini cuma berpura2 kerana terpaksa dan di paksa bertudung.Maka pasti sekali tiada keiklasan di hati apabila mengena tudung di kepala.Cuma di kepala bukan di sanubari.

Siapa mahu kita persalahkan dalam hal ini?

chow!


Tak Malu Lansung!


Cuba KLIK dan cuba fahami apa motifnya?

Apa punya bangganglah dan tergamak membiarkan diri di ekplotasikan sampai begitu sekali.Tiada lansung rasa malu kah?

Faham ini cuma iklan tetapi kalau iklan yang macam ini pun tergamak disertai memang sangat haram jadahlah kamu itu.Lagi memalukan ianya adalah orang perempuan dari bangsa kita.Aku ada terlihat iklan ini ketika membaca akbar yang terlaris di malaysia.Sempat jugalah aku meracau tak tentu pasal dengan kawan aku di bulan ramadan yang mulia ini.

Tiada rasa malu dan kesal di hatikah mereka2 ini bila melakukan perkara yang memalukan ini?

Aku cadangkan kerajaan Malaysia menghukum mereka dengan tembakan tepat di batang hidung mereka dan jangan bagi mereka hidung lagi.Bila tiada hidung berkemungkinan besar mereka malu untuk beraksi begitu lagi.

chow!

20 Jul 2013

Shisa Haram Dunhill Marlboro X Haram?



" “Shisha jelas memudaratkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta dikategorikan sebagai perkara buruk atau keji yang perlu dihindari oleh semua umat Islam,”

Shisa je haram? Lain2 rokok tak haram??
Apa cerita ni.Aku tak faham dan pening nak memahaminya.Shisa dengan rokok apa bezanya? Kedua2nya mengeluarkan asap dan juga ada perasa dan ada faedahnya.Apa faedahnya? Kita rasa best dan syok la.Sesiapa yang merokok dan yang pernah merokok macam aku akan faham bagaimana kelazatannya apabila merokok!

Aku baru 2 bulan berhenti membeli rokok namun masih lagi merokok secara sosial bila terjumpa kawan2.Tidak dapat menegelak lebih2 lagi kawan2 kita semuanya merokok.Ajaib la kalau boleh berhenti merokok secara drastik.Kalau ada pun mungkin boleh dikira dengan jari.

Berbalik semula kepada perkara yang ingin aku luahkan disini.Bukan aku kisah haram atau tidak shisa ni.Cuma agak menjenkelkan apabila jawantan kuasa fatwa ini mengeluarkan fatwa yang sebegini dan bagi aku fatwa ini macam haram! Betul la apa yang aku cakap ...macam haram!

Shisa haram tapi lain2 rokok tidak haram...apa ni??

Kononnya shisa ini diharamkan kerana ianya akan memudaratkan kesihatan,membazir dan mensia2kan! Habis itu merokok dengan rokok yang berjenama itu tidaklah? Dunhill,Marlboro dan bla bla....baik untuk kesihatan dan tidak membazirkan? Haloooo....apa ni? Ini fatwa gila namanya!

Semua orang nampak atau tidak apa yang aku nampak.Ini tidak adil dan juga pilih kaseh.Aku tidaklah sangat menyokong atau membantah jika shisa ini diharamkan tetapi biarlah betul bila mengeluarkan satu2 fatwa tu.Bukan main belasah macam ini.Hari ini umat islam di Malaysia tidak bodoh dan buta ilmu lagi.Persoalannya kenapa cuma shisa sahaja di haramkan?

Kerana tiada cukai dikenakan seperti rokok2 berjenama yang lain2?

Tolong la jangan bagi masyrakat dan rakyat Malaysia naik hangin dengan benda2 macam ini.Buat satu2 keputusan juga fatwa biarlah berakal sedikit dan memberi faedah kepada semua.Bukan hanya menurut dan mengikut apa sahaja kerana ada kepentingan tertentu!

Meluat aku!

chow!


18 Jul 2013

Buka Minda # 1


A good guideline for discussion would be resisting the temptation to reject a presentation by others as propaganda.

As far as your statement,  “A statement of a Ph D thesis cannot change the ruling of the scholars of all times”, kindly note, that only God’s word remains unchangeable, and Prophet’s words remain unchangeable, provided, they are his words. Everyone else’s word should be questionable. Muslims are to read (Iqra), question and believe.

A few Muslims have been threatened, frightened and reduced to meek people with no guts to question the veracity of the scholars. With the unprecedented availability of knowledge, two generations down the road, you will see that new breed of Muslims will have stronger faith in God to question everything. They will be Allah fearing and not Mullah fearing, and they will question the authenticity of Imam Bukhari, Hanbali, Shafii, Jaffari and others without batting an eye. That is when Islam will be re-realized to its fullest extent. Right now our fear to question has put layers of dust over Islam…

I hope Gehan can provide further research on this, however the responsibility falls on all of us, we are responsible to find the truth on our own.
  
Some 15 years ago, we had a Muslim woman scholar giving a talk about the same subject; the Muslims “In charge” were scrambling to shut the woman down, because they did not have the stomach to hear that Hijab is cultural and not Islamic.

There is nothing wrong in wearing the Hijab, if one is used to, and no one should compel the woman not to wear or to wear. It should be her choice. However, to force on as religious duty is wrong, because it is not religious. Who am I to say this? An ordinary Muslim, whom Prophet told to read and understand the book , as I am responsible for my acts on the day of judgment .  
Mike Ghouse

13 Jul 2013

Percuma Terindah



Percuma ...itu free.Buat blog pun percuma.Tukar template berpuluh kali dengan bermacam-macam warna dan patern pun free.Kita boleh berblog 24 jam sehari secara percuma.Tiada siapa pun hendak marah kita tiada siapa yang di kenakan bayaran.Paling kuat pun kita kurang ada kawan.

Kawan-kawan kita semua ada di sini.Kita bergurau senda dan beramah mesra selalu di sini.Kau dan aku bercinta tapi tidak berkaseh kerana aku tidak tahu kamu siapa.Cuma dari tulisan kita semakin dekat dan gembira bersama.Sekurang-kurangnya aku tidak terlibat dengan orang jahat dan ketagih dengan dadah.Ketagih berblog itu sangat benar.

Aku sendiri tidak tahu kenapa aku semakin melekat di rumah.Bukan tidak mahu keluar tetapi aku rasakan berblog ini banyak membantu aku.Dari segi matawang aku banyak berjimat.Kalau tidak pasti rm20 ke rm30 terbang melayang sekali keluar.Lepak-lepak dan borak-borak ...balik-balik benda yang sama tidak sudah-sudah.

Sejak aku mempunyai blog sendiri aku semakin terbuka .Banyak bahan bacaan.Ada bermacam-macam tulisan dan juga ragam.Berita terkini dan info terkini aku perolehi dengan kadar segera.Mudah dan cepat.Ada pro dan kontra dan kita tidak di sogok dengan satu sumber sahaja.Kita bebas percuma membaca apa sahaja tanpa ada sebarang larangan dari sesiapa pun.

Jika kita rasa kita betul kita kita tulis dan komen.Kita lontarkan apa yang kita rasa dan fikir betul.Kita beri pandangan dari sudut fikiran kita.Begitu juga kalau kita dibantah dan di tegur kerana tidak bersetuju dengan apa yang kita tuliskan.Malah kita masih lagi boleh berkeras dan berbalah.Tiada siapa yang peduli.Cuma kita kena tahan di serang juga di maki ...itu sahaja!

Kita masih boleh ketawa dan bergembira kerana semuanya masih lagi percuma tiada bayaran.
Apa sahaja yang free atau percuma memang best.Blog free dan aku rasa kool dan best.

Apa benda yang percuma tapi tidak best?

Penyakit dan kemalangan itu pun di kira free tapi lansung tidak berbaloi sebaliknya membuatkan kita merana dan sakit-sakit secara free.Percuma yang harus di bayar.Kita kena bayar secara rela.Kita kena bayar secara terpaksa kerana bil hospital dan bil ubat-ubatan bukannya percuma ...bukan free tetapi harus di bayar!

Kita hidup di dunia ini juga free dan percuma.Tetapi bukan percuma-percuma sahaja jangan salah sangka.Jika kita buat baik dan mengikut segala perintah yang di suruh kita bakal menerima hadiah yang bukan percuma nilainya.Sebaliknya kita di berikan secara percuma dengan hanya mendengar dan menurut perintah.Secara percuma kita kekal didalam alam yang segala-segalanya percuma tiada bayaran...Free selama-lamanya.

Siapa yang tidak mahu percuma.Aku mahu sangat...tahu!

Sebaliknya kalau kita melakukan  sesuatu yang tidak elok kita pasti dengan percuma menerima akibat yang tidak terhingga dan tidak terkata-kata.Itu pun percuma hebatnya.Jangan ada sesiapa pula yang teringin sangat percuma yang ini.Kalau ada hati juga buatlah.Pasti percuma yang tiada bandingannya di dunia ini.Percuma yang kekal.

Malam ini kalau kita pergi masjid dan melakukan terawih adakah kita akan dikenakan bayaran atau percuma?

Percuma... betulkan...

Kita buat secara percuma tetapi kita akan di berikan bayaran! Pelik bukan! Jangan pelik sangat... kita bina blog ini pun percuma tetapi kita pasti akan diberikan bayaran jika kita kuat beruasaha dan rajin post entry tidak sudah-sudah.Pengunjung yang datang dengan begitu ramai dan rajin akan melonjakkan trafik maka tidak secara lansung ...iklan yang kita tampal di semua sudut itu akan melahirkan sedikit upah iaitu bayaran yang ada tertulis RM!

Begitu juga kalau malam ini kita hadirkan diri ke masjid kita mengerjakan terawih dan kita bakal menerima upah yang tinggi juga nilainya.Silap-silap kita boleh terkena "jackpot"..peh! lumayan sangat!
Ada tidak kita di kenakan bayaran.Semuanya percuma bukan...tentu rugi kalau yang percuma ini kita abaikan.Ini percuma untuk akan datang tahu.


JOM kita berebut beramai-ramai percuma ini!


Rugi rasanya kalau yang percuma atau free ini kita abaikan.Setahun cuma sebulan sahaja datangnya.Lain-lain bulan free juga tapi tiada istemewanya.Cuma bulan ini bulan yang percuma sangat tinggi nilainya ...percuma yang tidak ternilai!

Umpama terjumpa berlian didalam tanah tetapi nilainya...ya allah!

....dan terdengar azan...kita berbuka dahulu.Lain kali kita bertemu lagi jika ada umur panjang...selamat berbuka saudara-saudaraku...!


chow!



p/s tulisan di blog lama aku.

Manusia apa kau ini?


Kisah ini baru lagi terjadi iaitu semalam.Tersebutlah sebuah cerita di sebuah negeri yang maju dan di miliki untuk penggal kedua.Cerita benar ini amat sangat memalukan dan seharusnya di buat iktibar kepada mereka yang lain.

Pesta ramadan ini dianjur bersama dengan kerajaan negeri dan sebuah syarikat yang berkiblat kepada kerajaan tersebut.Tujuan pesta tersebut di adakan adalah untuk sama2 memeriahkan bulan ramadan yang mulia ini.Aku secara tidak sengaja terlibat juga.Tidak kisahlah walaupun kefahaman politik kami berbeza.Kawan punya pasal aku tak ambil kisah.Ok jer.

Jika benda itu baik tiada salahnya kita duduk bersama2 menjayakannya.

Benda baru sehari dua bermula sudah pasti pengunjung yer agak kurang lagi.Pesta ini bagi aku umpama projek bidan terjun yang tetiba sahaja mahu di lakukan dengan tanpa persediaan awal yang cantik.Tapak perniagaan ada lebih dari 50 tapak disediakan dan amat mustahil untuk dijual dan dipenuhi dalam tempoh yang sangat suntuk ini.Maka yang ada cuma beberapa tapak yg berjaya dijual...rasanya kurang dari 10 tapak.

Adoi ...disaat aku sedang menulis artikel ini...khemah2 telah diterbangkan oleh angin hujan yang kuat! Naya2!

Sabar je la.

Kembali kepada perkara yang ingin aku kongsikan disini.Aku ringkaskan...


"....ana minta maaf ,ana tak boleh turun dari kereta ini..."

kenapa ustaz?

"...ana kena jaga airmuka ana...ana publicfigure!..."


Beliau sepatutnya memberikan ceramah tentang bulan ramadan dan oleh kerana waktu itu pengunjung tidak ramai maka beliau sangat berat hati untuk turun dari kereta dan ke pentas utama untuk menberikan ucapan juga ceramah.Itulah alasan yang beliau berikan.

Aku dan beberapa orang ajk yang lain cuma mampu geleng kepala sahaja.Untuk lebih menyakitkan hati beliau tetap mengambil duit ceramah tanpa segan silu.Aku tak tahu apa jenis manusia yang tergamak membuat perkara begitu.Luaran nampak islamik tapi hakikatnya macam syaitan!

chow!

11 Jul 2013

Hebat Kamu Yer!



Sejak akhir2 ini jalan raya kita mulai dikuasai oleh para gadis dan wanita.Mereka semakin hebat dan semakin berani.Perbezaan yang amat ketara sekarang cara mereka menguasai kereta yang mereka miliki.Aku seakan terpegun juga tergamam dengan cara pemanduan mereka pada hari ini.

Dahulu ...10tahun yang lepas mereka sangat takut dan berhati2 bila memandu kereta.Kita lelaki selalu memperlekehkan cara mereka memandu.Cara mereka memakirkan kereta.Cara mereka ketika memasuki lorong.Dari lorong yang perlahan ke lorong yang laju.

Mereka terlalu berhati2 atau lebih tepat sekali mereka takut2!

Hari ini...teristimewa sekali gadis atau wanita dari bangsa aku sendiri.Mereka sekarang cukup berani dan adakalanya menakutkan aku sebagai seorang lelaki.Cara pemanduan mereka agak sukar difahami juga agak mengelirukan di satu2 masa.Garang dan tidak memperdulikan sangat siapa yang mereka ekori atau di ekori.Tidak kira dimana dan mereka memang hebat sekali dan tidak boleh lagi ditertawakan.

Aku semakin menghormati mereka.

Cuma aku masih tidak berpuas hati dengan cara pemanduan dari bangsa putih dan hitam ini.Entah apa ntah dan kadang2 boleh buat aku mengamuk tak tentu pasal seorang2 di dalam kereta.Mulut penuh dengan ayat2 bombastik dan yang kurang ajar.Kalau sesiapa yang melihat aku dari luar kereta pasti mereka akan  berburuk sangka.

Nyonya dan amoi tolong bawa kereta dengan bagus bukan macam bagus2.Satu lagi bangsa aku mohon jangan bawa kereta.Tolong duduk rumah diam2 dan jangan nak menghada2 mahu memandu kereta.Bukannya apa cara pemanduan kamu macam haram.Sesuka hati berhenti dan sesuka hati buat jalanraya macam keterunan nenek moyang engkau punya!

Tolong yer...!

chow.

9 Jul 2013

Selamat Berpuasa Semua.



“Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah tahu bahawa kamu khianati diri-diri kamu sendiri, dan terima taubat kamu, dan maafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka ….. dan jangan campuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid” (2:187).

dan awasi juga dengan hadis palsu INI.

Janji Setia Selama2nya...Apa jadah ni?



1 Jul 2013

Nasib Badan






"....aku tak faham la dengan orang ni ....aku dah cakap aku ni bukan boleh jalan sangat,kaki aku ni dah tak berapa nak daya lagi...lagi pun bukan dia tak tahu yang aku ni ada kencing manis...!"


Keluhan dan rintihan dari mulut orang tua yang aku panggil pak lang.Baru balik dari umrah tapi marah2.Bukan marah pasal pergi umrah tapi marah dengn orang tua yang bergelar haji yang menggayat dia tentang pakej umrah yang dia ikuti selalu.Pak aji ni cakap lah pakej ni bagus,hotel penginapan bagus,dekat dengan masjid besar dan bla bla bla....


 "...ko bayangkan lah aku  berjalan kaki bagai nak mati lebih kurang 20 minit jauhnya cuma dapat sembahyang kat surau kecil jer ...bukan masjid besar!...punya lah jauh kalau berjalan nak sampai ke masjid besar ...boleh meninggal aku kat situ gak!..."


Kesian jugalah bila aku mendengarnya.Dia pergi dengan bini dan anak2nya.Anak dia ada cakap dengan aku tentang hal ini dan aku cakap kau layan je la dan jangan banyak soal.Itu sebelum pergi anak dia dah tak berapa nak sedap hati.Katanya pak aji yang uruskan pakej umrah ni bukan main ye2 lagi mengajak pak lang aku pergi dengan ajensi yang mengguruskan umrah tersebut.Aku faham kenapa anak pak lang aku tak sedap hati.

Dengan sedikit kejam dan tergamak aku berkata2 kepada pak lang aku ni...

"...pak lang lain kali kalau nak pergi umrah jangan cari yang murah biar mahal sedikit tapi puas hati.Lagi satu jangan cepat percaya dengan orang walaupun dia dah pergi haji 18 kali sekali pun.Manusia tetap manusia mahu untung dan kurang rasa simpati.Aku juga berpesan lain kali kalau mahu pergi mengerjakan umrah cari ajen yang mempunyai saiz badan yang besar....atau lebih tepat gemuk!..."

"...eh! apasal la pulak..."

"...sebab kalau gemuk dah tentu dia tak larat nak jalan jauh2...dah tentu dia cari lokasi hotel yang dekat dengan masjid besar...hehehe!..."

"...aah betul gak cakap ko tu...mana larat dia nak bawa kita duk jauh2 dan jalan jauh2..."


chow!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...