Pages - Menu

13 Jul 2013

Percuma Terindah



Percuma ...itu free.Buat blog pun percuma.Tukar template berpuluh kali dengan bermacam-macam warna dan patern pun free.Kita boleh berblog 24 jam sehari secara percuma.Tiada siapa pun hendak marah kita tiada siapa yang di kenakan bayaran.Paling kuat pun kita kurang ada kawan.

Kawan-kawan kita semua ada di sini.Kita bergurau senda dan beramah mesra selalu di sini.Kau dan aku bercinta tapi tidak berkaseh kerana aku tidak tahu kamu siapa.Cuma dari tulisan kita semakin dekat dan gembira bersama.Sekurang-kurangnya aku tidak terlibat dengan orang jahat dan ketagih dengan dadah.Ketagih berblog itu sangat benar.

Aku sendiri tidak tahu kenapa aku semakin melekat di rumah.Bukan tidak mahu keluar tetapi aku rasakan berblog ini banyak membantu aku.Dari segi matawang aku banyak berjimat.Kalau tidak pasti rm20 ke rm30 terbang melayang sekali keluar.Lepak-lepak dan borak-borak ...balik-balik benda yang sama tidak sudah-sudah.

Sejak aku mempunyai blog sendiri aku semakin terbuka .Banyak bahan bacaan.Ada bermacam-macam tulisan dan juga ragam.Berita terkini dan info terkini aku perolehi dengan kadar segera.Mudah dan cepat.Ada pro dan kontra dan kita tidak di sogok dengan satu sumber sahaja.Kita bebas percuma membaca apa sahaja tanpa ada sebarang larangan dari sesiapa pun.

Jika kita rasa kita betul kita kita tulis dan komen.Kita lontarkan apa yang kita rasa dan fikir betul.Kita beri pandangan dari sudut fikiran kita.Begitu juga kalau kita dibantah dan di tegur kerana tidak bersetuju dengan apa yang kita tuliskan.Malah kita masih lagi boleh berkeras dan berbalah.Tiada siapa yang peduli.Cuma kita kena tahan di serang juga di maki ...itu sahaja!

Kita masih boleh ketawa dan bergembira kerana semuanya masih lagi percuma tiada bayaran.
Apa sahaja yang free atau percuma memang best.Blog free dan aku rasa kool dan best.

Apa benda yang percuma tapi tidak best?

Penyakit dan kemalangan itu pun di kira free tapi lansung tidak berbaloi sebaliknya membuatkan kita merana dan sakit-sakit secara free.Percuma yang harus di bayar.Kita kena bayar secara rela.Kita kena bayar secara terpaksa kerana bil hospital dan bil ubat-ubatan bukannya percuma ...bukan free tetapi harus di bayar!

Kita hidup di dunia ini juga free dan percuma.Tetapi bukan percuma-percuma sahaja jangan salah sangka.Jika kita buat baik dan mengikut segala perintah yang di suruh kita bakal menerima hadiah yang bukan percuma nilainya.Sebaliknya kita di berikan secara percuma dengan hanya mendengar dan menurut perintah.Secara percuma kita kekal didalam alam yang segala-segalanya percuma tiada bayaran...Free selama-lamanya.

Siapa yang tidak mahu percuma.Aku mahu sangat...tahu!

Sebaliknya kalau kita melakukan  sesuatu yang tidak elok kita pasti dengan percuma menerima akibat yang tidak terhingga dan tidak terkata-kata.Itu pun percuma hebatnya.Jangan ada sesiapa pula yang teringin sangat percuma yang ini.Kalau ada hati juga buatlah.Pasti percuma yang tiada bandingannya di dunia ini.Percuma yang kekal.

Malam ini kalau kita pergi masjid dan melakukan terawih adakah kita akan dikenakan bayaran atau percuma?

Percuma... betulkan...

Kita buat secara percuma tetapi kita akan di berikan bayaran! Pelik bukan! Jangan pelik sangat... kita bina blog ini pun percuma tetapi kita pasti akan diberikan bayaran jika kita kuat beruasaha dan rajin post entry tidak sudah-sudah.Pengunjung yang datang dengan begitu ramai dan rajin akan melonjakkan trafik maka tidak secara lansung ...iklan yang kita tampal di semua sudut itu akan melahirkan sedikit upah iaitu bayaran yang ada tertulis RM!

Begitu juga kalau malam ini kita hadirkan diri ke masjid kita mengerjakan terawih dan kita bakal menerima upah yang tinggi juga nilainya.Silap-silap kita boleh terkena "jackpot"..peh! lumayan sangat!
Ada tidak kita di kenakan bayaran.Semuanya percuma bukan...tentu rugi kalau yang percuma ini kita abaikan.Ini percuma untuk akan datang tahu.


JOM kita berebut beramai-ramai percuma ini!


Rugi rasanya kalau yang percuma atau free ini kita abaikan.Setahun cuma sebulan sahaja datangnya.Lain-lain bulan free juga tapi tiada istemewanya.Cuma bulan ini bulan yang percuma sangat tinggi nilainya ...percuma yang tidak ternilai!

Umpama terjumpa berlian didalam tanah tetapi nilainya...ya allah!

....dan terdengar azan...kita berbuka dahulu.Lain kali kita bertemu lagi jika ada umur panjang...selamat berbuka saudara-saudaraku...!


chow!



p/s tulisan di blog lama aku.

33 comments:

  1. BULAN POSA NI PUN ADA MAKANANAN PERCUMA DI MASJID / SURAU.. JEMPUT DATANG.. :)

    ReplyDelete
  2. boleh dapat bubur lambuk percuma kat kg baru

    ReplyDelete
  3. ayat terakhir awak sebelum 'chow!' itu memang tidak ternilai harganya. mahal!!!

    ReplyDelete
  4. Selamat berpuasa dengan percuma dan ikhlas. :D

    ReplyDelete
  5. yg percuma ni selalunya sedap. tapi bila percuma ni jarang org akan menghargainya.. kan. Selamat berpuasa,

    ReplyDelete
  6. dalam dunia ni ada percuma yg baik dan percuma tidak baik... memilih sama ada yg baik atau tidak baik itu pun percuma... pilih lah sendiri...

    bulan ramadhan... bulan penuh kepercumaan... mari percuma mengambil peluang tu secara percuma...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada pulak yg x berminat benda percuma pada bulan ramadan.

      Delete
  7. betul tu bro.. hehehe. kita boleh berjimat bila ada blog ni..hehehe

    ReplyDelete
  8. btl tu..blog ni mcm2 kita dpt ;-)

    ReplyDelete
  9. masuk club berbayar,ramai sanggup..
    masuk masjid percuma,sapa pn xmahu..
    lumrah lah tu :)

    jom kumpul pahala ramadhan!!selamat beramal!!

    chow!

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk club ada banyak setan kat masjid tarak...hehe.

      Delete
  10. tetiba teringat kat lagu Yang Terindah-Dakmie.
    errr takde kaitan. kbai.

    ReplyDelete
  11. btol tuh. percuma skang dan dpt bayaran di akhirat nnt...

    ReplyDelete
  12. ade sesuatu yg bermakna yg nak di sampaikan.. free bukan sekadar free.. free bg nikmat kemudian hari.. aka akhirat kelak

    ReplyDelete
  13. Salam.

    LS.. bagi aku..percuma, maksudnya tak payah bayar sesuatu dgn duit.

    Jadi..tiada benda percuma sbrnya..semua benda/perkara ada bayarannya. Cara bayar je berbeza..

    Oh ya, selamat berpuasa ya! :)

    ReplyDelete
  14. bulan yg penuh keberkatan..percuma pahala..tp xramai yg sedar..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...