Pages - Menu

21 Jul 2013

Sendat Ketat Sakit Mata Sakit Jiwa


Bulan ramadan bulan yang mulia namun adakalanya tidak mulia sangat jika mulut kita asyik mengata segala bagai.Bulan ramadan kekal mulia cuma kita sudah hilang mulia di bulan ramadan.

Biasala mulut kita ini bukan mudah untuk ditutup atau didiamkan.Pantangla kalau terlihat benda2 yang bergerak pasti ada sahaja yang mahu dikomen atau di gossipkan.Mulut aku memang agak kurang makan saman.Sukar aku mengawalnya dan lebih sukar lagi apabila dia ini bergeng pulak dengan mata aku.

Lebih memeritkan lagi apabila di bulan yang mulia ini pun mereka masih tak mahu bekerjasama dengan aku untuk tidak mengurangkan pahala berpuasa aku.Benci aku.

Sebelum ini jika aku terpandang gadis yang bertudung tapi tidak sempurna caranya pasti mudah sangatla mulut ini menceceh tak tentu pasal.Ialah benda tak betul makanya harus kita mengata dan mengutuk.Boleh macam tu ke...hehe.Bertudung memang sudah cantik tapi cara berpakaian itu yang membuatkan biji mata aku boleh tersembul bila memandangnya.

Tudung dah ok tapi bila bab baju dan seluar ...amboi kemain ketat lagi sendat.

Dahulu aku kerap mengata main sedap ikut mulut aku sahaja tetapi sekarang aku sudah bagi kurang sedikit apabila aku tahu akan kebenarannya.Ingatkan gadis tempatan rupa2nya gadis seberang.Mereka2 ini yang bikin kalut di tanah air kita sekarang.Pakai tudung hanya kerana terpaksa lebih kepada tuntutan kerja yang memaksa mereka harus bertudung.Oleh itu tudung dipakai tapi dengan cara yang mereka sukai.

Bukan sekali dua aku jumpa tetapi semakin kerap sekarang.

Kalau kita ke shopping2 kompleks lagila ramai mereka ini.Lagi nak ramai tunggu mereka turun dari bas2 kilang berterabur turun dengan pelbagai gaya yang menyakitkan mata dan hati.Geram kerana nampak bentuk tubuh badan satu hal geram sebab tak dapat buat apa2 pun satu hal...biasalah jantan!

Tipula kalau aku sebagai seorang lelaki tak suka melihat dan memerhati dengan penuh teliti dan dengan sedikit nafsu.Kalau ada lelaki yang berkata dia tak mampu melihat atau tak terdaya memahami ...kompom kau memang lelaki yang kurang upaya nafsunya!!

Sebab mereka2 ini lah maka ada segelintir dari orang kita memandang rendah dan serong kepada gadis2 kita yang jujur bila bertudung.Tidak dinafikan ada juga gadis2 kita yang terikut2 dengan cara dan gaya mereka tetapi aku percaya ianya boleh sangat di kira dengan jari sepuluh kita.Kalau ada pun yang buat begitu  mereka ini cuma berpura2 kerana terpaksa dan di paksa bertudung.Maka pasti sekali tiada keiklasan di hati apabila mengena tudung di kepala.Cuma di kepala bukan di sanubari.

Siapa mahu kita persalahkan dalam hal ini?

chow!


17 comments:

  1. tahu takpe.. skrg byk pakai baju sendat2

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah geram mata i u...:)

      Delete
    2. Geram sebab sakit hati atau geram yang, alahai geramnyer...

      haha

      Delete
    3. hehe....geram yang last tu kot.

      Delete
  2. Kelantangan anda teserlah. kata-kata dari hati kan. haha

    ReplyDelete
  3. haha . betul tuh . tak tahu na bezakan mana satu perempuan melayu ori . haha . btw , nakeii mata yuu . ahaks

    ReplyDelete
  4. salahnya pompuan
    wpun saya pompuan tp sy x salahkan lelaki
    sbb benda free. sapa pun akan tengok
    takkan nak jalan tutup mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kalau nampak aweks pakai macam tu, selamber je phewwiittt kat dia.

      Delete
    2. gateii mata kamu yer...kata mizz flovewish.

      Delete
  5. perempuan seberang harus disalahkan hehe.

    ReplyDelete
  6. nak kta dkt org pun gua sniri blum betol2 elok berpakaian,sama2 la berubah ^_^

    doa je lah diorg dpt hidayah..ye dak?

    ^_^V

    ReplyDelete
  7. mmg seksa. nak menahan mata dr memandang pun seksa gak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...