Pages - Menu

30 Sept 2012

Nasib


Setiap manusia yang hidup didalam dunia ini telah tersurat akan nasib masing-masing.Tidak semua menerima nasib yang serupa dan sama.Mungkin kamu yang mempunyai nasib yang sangat baik sentiasa sahaja menerimanya tidak putus-putus.Susah dan sukar macam mana sekalipun kamu tetap bernasib baik dan selalu sahaja di sudahi dengan kegembiraan dan kepuasan juga kejayaan.

Nasib yang baik ini kepada sesiapa yang seringkali menerima seharusnya kamu bersyukurlah dari sekarang kerana nasib baik ini tidak mungkin akan muncul lagi jika kamu sengaja menafikan akan pemberiannya!Disini kemungkinan besar kamu tiada banyak persoalan dan mempersoalkan kenapa dan mengapa nasib baik kamu sentiasa sahaja berpihak kepada kamu.

Itu mungkin sudah nasib kamu yang sentiasa bernasib baik...beruntunglah kamu!

Begitu juga yang sebaliknya dimana kamu tidak sudah-sudah ditimpa musibah dan kesukaran.Sentiasa sahaja menerima nasib buruk yang menghantui kamu berkali-kali.Nasib ini yang kamu sendiri tidak faham dan dapat menerimanya dengan hati dan akal yang rasional.

Selalunya kita tidak akan merungut banyak atau marah-marah jika nasib yang kurang baik itu menimpa kita sekali atau dua malahan kita rela dan redha sekali akan ketentuan yang diberikan olehnya.Namun bila ianya terlalu kerap dan berkali-kali apakah kita masih boleh menerimanya?

Adakah kita benar-benar jujur untuk rela dan redha menerima...?

Jelas sekali bila kita sudah sampai ketahap ini kita mulai hilang pertimbangan dan kewarasan.Ketika ini kita mulai berkira-kira dan mulai pula menimbang tara dan di susuli pula dengan sedikit kekacauan didalam jiwa.Kita mungkin ada sedikit keberanian untuk mempersoalkan kenapa dan mengapa kita dihujani dengan bertubi-tubi musibah dan nasib tidak baik ini!

Kenapa dan apakah salah aku?

Ramai diantara kita disini pasti ada dan pernah mempersoalkan kenapa dan mengapa nasib kita selalu sahaja di timpa malang dan tidak bernasib baik.Tidak kira lah sama ada didalam kehidupan atau pun didalam alam percintaan.

Cuma dua perkara ini sahaja yang kerap menggangu kita...kehidupan dan percintaan!

Kehidupan adalah sesuatu yang amat luas untuk diperkatakan dan dibincangkan.Agak sukar untuk dihurai dan dirungkaikan.Ianya terlalu komplikated dan berselirat.Umpama urat yang ujud didalam tubuh badan kita.

Kalau bab percintaan mungkin agak mudah untuk kita cerita dan kisahkan.Lebih mudah dan senang untuk difahami oleh kita-kita disini.

Percintaan sebenarnya juga adalah salah satu dari cabang kehidupan kita.Tiada cinta bagaimana bisa meneruskan kehidupan.Semua yang bermula didalam dunia ini adalah kerana cinta.Jika tiada cinta mungkin kita tidak ujud di atas muka bumi ini.Apa-apa pun cinta memang tidak dapat lari dari kehidupan kita ianya sama seperti darah yang mengalir didalam urat-urat kita yang berjuta banyaknya yang penuh berselirat didalam tubuh badan kita!

Bila nasib kita didalam percintaan sering sahaja gagal malahan membawa kepada penderitaan pasti sekali kita akan mulai mempersoalkan.

Percaya atau tidak kita sebenarnya kurang faham kenapa dan mengapa kita sahaja yang harus menerima semua nasib yang tidak baik ini selalu dan berkali-kali.Kenapa kita yang tulus iklas dan jujur seringkali diperdaya dan dipermainkan?


Kalau sekali dua tidak mengapa tetapi berkali-kali!


Kita juga akan termenung dan binggung memikirkan hal ini.Kenapa kita sukar sekali mempunyai nasib yang baik.Kita selalu sahaja kecundang dan putus di pertengahan jalan.Kita mungkin juga tetap lagi setia menanti dan menunggu bekas kekasih kita walaupun kita tahu hati kita telah dia lukai dan khianti!


Kalau sekali dua tidak mengapa tetapi berkali-kali!


Mungkin sudah nasib kita untuk terus kekal di uji dan menerima semua nasib tidak baik ini untuk selamanya.Kita tidak tahu apakah hikmah kepada semua ini.Kita pasrah dan kita tawakkal sahaja untuk terus kekal di atas muka bumi ini dengan tenang dan cekal.Kita juga tahu ianya bukan mudah untuk kita hadapi bila kita sering sahaja dihujani dengan semua masalah ini.

Bolehkah kita menipu diri kita sendiri untuk menerima nasib tidak baik ini sebagai salah satu dari memori kehidupan kita selama kita hidup?


Ialah kalau tidak menipu apa lagi yang mampu kita lakukan.Mulut memang mudah untuk berkata...



"...engkau redha dan terima semua ini dengan iklas..."



Tetapi mudahkah?


chow!



28 Sept 2012

Orang Tua





Benci bila terpaksa melayan cerita orang kita yang suka berborak tentang hal-hal politik.Aku yang secara tidak sengaja terlepak salah meja.Kononnya ingin beramah mesra dengan orang-orang tua tetapi sebaliknya yang pula terjadi.Duduklah aku di tengah-tengah kerancakkan orang berpolitik.Aku juga suka bercakap tentang hal-hal politik tetapi jika politik di kedai kopi aku terus terang angkat tangan.Tidak faham dan tidak habis-habis tersenyum.

Kenapa pula aku tersenyum?

Aku tersenyum sebab bila orang tua berbalah dan berdebat mereka berhujah bagaikan mereka benar-benar berada didalam parlimen.Kadang-kadang aku pula yang dijadikan mangsa.Aku pula yang di persalahkan walaupun aku cuma tersenyum tersengeh.Aku juga boleh tiba-tiba ketawa walaupun mereka sedang benar-benar bertegang urat.Ketawa dengan peel orang-orang tua....hehe!

Benci bila aku juga yang akhirnya menjadi mangsa terpaksa membayar semua minuman mereka.Orang-orang tua kalau bergurau memang di luar jangkaan kita.Ada sahaja modal mereka untuk perkenakan kita.Aku sebagai orang muda selalunya akan mengalah,aku faham memang mereka suka bergurau dan aku juga suka.

Orang tua bukan semuanya susah untuk dilayan jika kita pandai dan tahu melayannya maka semua perkara akan menjadi mudah dan senang.Orang tua jangan kita marah-marahkan atau dipersendakan walaupun kita tahu apa yang dia cakap dan buat bukan betul sangat pun.Bukan semua orang tua kepala otaknya betul.Mereka juga pernah muda dan biul macam kita.Jangan hairan sangat pun dengan mereka-mereka ini.

Adakalanya kita mungkin mudah naik angin bila melayan kerenah orang-orang tua ni ada macam-macam hal yang cuba mereka buat dan lakukan.Lagi kita larang lagi mereka buat.Seolah-olah kita ini pula yang tua dari mereka.Aku kadang-kadang ada juga rasa marah tapi apakan daya memang sudah sifat mereka begitu.Sabar sahaja seperti biasa.

Hidup didunia ini harus banyak menggunakan akal fikiran bukan hanya ikut rentak hati nanti mati kata orang-orang tua.Harus banyak berdiam dan berfikir.Harus selalu bertenang dan bersabar bila berhadapan dengan orang yang lebih berusia dari kita.Harus mengalah dan beralah bukan terus sahaja membentak apa yang mereka katakan.Tiada ruginya kita berbuat baik dengan orang-orang tua kerana ada ketikanya mereka juga yang kita cari sebagai sumber terakhir bila kita dalam tertekan dan kehilangan punca.

Hari ini aku melihat ramai orang-orang muda sudah hilang rasa hormatnya terhadap orang-orang tua.Mereka memperlecehkan orang tua.Dilayan seperti rakan sebaya malah seperti budak-budak juga adakalanya.Kerap sangat aku melihatnya dan paling buat aku tersiat hati bila yang berkasar itu adalah anak-anak mereka sendiri.Seperti tiada apa-apa kesalahan yang di lakukan.

Aku memang pantang sekali melihat akan perkara-perkara sebegini dan paling kuat pun aku akan beredar segera dari tempat itu.Aku tahu sikap aku yang cepat panas bila melihatnya.Aku rasa macam hendak datang dekat-dekat dan sepak sahaja anaknya.Kurang ajar sungguh mereka-mereka ini.

Sesungguhnya aku memang kurang faham dengan sikap sesetengah dari kita yang tiada sedikit pun rasa bersalah dan takut.Bila bercakap suara di tinggikan.Dilayan seperti orang lain sahaja orang tua itu.Kenapakah perkara-perkara sebegini terjadi.

Pernah aku terfikir adakah semua perkara ini terjadi kerana ini adalah pusingan yang telah di perkatakan.Jika hari ini kita bersikap kurang ajar dan kurang sopan dengan orang-orang tua atau orang tua kita maka bila kita berusia nanti kita juga akan dilayan seperti itu seperti mana kita melayan mereka orang-orang tua ketika kita muda!

Ada kemungkinan yang sangat besar di sini.Mungkin benar dan mungkin juga tidak benar.

Orang lelaki ketika remaja mereka adalah manusia yang paling banyak bersikap kurang ajarnya terhadap orang tua sendiri dan orang-orang tua.Jika orang perempuan pula sikap kurang ajar mereka cukup terserlah bila umur mereka semakin meningkat naik.Mereka semakin matang dan dewasa dan berani memperkatakan juga mempertahankan hak dan pendapat mereka.

Kamu percaya atau tidak? Percayalah semua wahai kaum Adam mereka semakin lama semakin ranum dan berbisa.Hari ini mereka terangguk-anguk dan mendengar semua apa yang kita kata dan suruh tetapi bila sampai masanya kita pasti akan di tempelak semula!

Bagaimana kau begitu yakin....?

Jawapan yang aku berikan adalah berbentuk soalan juga.Kenapakah ramai pasangan-pasangan hari ini baik yang belum bernikah dan yang sudah bernikah bila bergaduh bukan sahaja mulut dan lidah digunakan tetapi tangan yang bertinju dan kaki yang berkung-fu pun turut serta juga.Kenapa?

Adakah kerana ada tindak balas dari si perempuan terhadap lelaki makanya perlakuan ini berlaku.Mungkin juga kelemahan lelaki bila berdebat dapat dipatahkan dan dipertahankan oleh si perempuan.Mungkin juga ada adengan cabar mencabar di antara mereka.Jika benar jelas sekali orang perempuan semakin dia berusia semakin dia yakin dengan apa yang dia lakukan dan pertahankan.Adakah dia bersikap kurang ajar?

Mungkin bukan hari ini jawapan itu dapat di dengar tetapi tunggu sahaja pada harinya yang akan bakal datang dan tiba nanti...insyaallah!

Kenapa orang-orang tua juga ada yang terlibat menguna pakai kaedah-kaedah ini sebagai satu jalan penyelesaian.Aku juga adakalanya binggung memikirkannya.Ilmu agama cukup dan dari segi pengalaman hidup juga sudah cukup lama tetapi bila sampai bab-bab begini mereka boleh terlupa bahawa mereka sudah cukup berusia untuk berkelakuan begitu.

Mereka-mereka yang berpisah ketika di hujung-hujung nyawa waktu ini juga ramai jumlahnya.Berpisah kerana kehilangan nyawa itu sudah takdir tetapi berpisah ketika nyawa dikandung badan itu agak luarbiasa.Hendak pula kepada mereka yang berusia.

Oleh itu ada banyak sebab kenapa aku kurang suka bertelagah dan buat "kacau" dengan orang tua atau pun dengan wanita-wanita yang sedikit berusia dari aku.Mereka ini kalau sudah mula terbuka mulutnya hampir-hampir tiada penamatnya....hehe!

Namun jauh di sudut hati aku ...semua orang tua yang berusia dari kita seharusnya kita hargai dan hormati.Cuma jika mereka bersikap kurang ajar mereka seharusnya kita "ajar" sedikit dan bukannya kita marah dan maki hamun mereka.Itu bukan sahaja jahat tetapi bodoh juga.

Bercakap dengan lembut tetapi penuh dengan "isi" yang akan membuatkan mereka tersedar dari lamunan.Biarkan mereka terdiam sejenak dan berfikir.Jika sebaliknya kita harus diam dan berlalu pergi.Biar perbuatan yang kurang ajar tetapi tidak mulut yang lakukan.


Sama-sama kita hormati orang-orang tua.Mereka mungkin tiada lagi esok harinya.


chow!


27 Sept 2012

Rahsia


Sengaja aku rahsiakan siapa aku tujuannya cuma satu iaitu mahu melihat adakah dunia maya ini luas.Aku mahu tahu adakah aku atau tulisan aku dapat dikenali lagi.Belum masuk 3 bulan aku berkelana di blog baru ini sudah ada blogger yang sudah dapat mengecam aku siapa.

Hebat bukan!

Bukan aku yang hebat tetapi kamu yang hebat kerana begitu cepat dapat menggagak dan meneka siapa aku dan dari blog mana aku bermula.

Pada permulaannya dahulu aku cuba untuk tidak dikenali dan cuba bertukar konsep dari penulisan yang tajam dan dalam kepada yang mudah dan santai tetapi nampaknya aku gagal untuk berubah.Aku tetap aku.Kegagalan ini adalah kerana aku telah mencedok beberapa entry lama aku dan aku keluarkan disini.Aku cuba untuk tidak berbuat demikian tetapi bila aku kembali semula ke blog lama aku terasa sayang pula dengan beberapa entry lama yang terbiar begitu sahaja disana.

Ingin sekali aku kongsikan disini dengan kawan-kawan baru aku tapi apakan daya dunia maya ini sebenarnya kecil!

Engkau bertopeng atau engkau cuba merubahkan rupa kepada yang lain tetapi jika orang pernah membaca dan datang ke blog engkau orang itu pasti akan terperasan sesuatu....


"...eh! ini macam sipolan tu punya tulisan lah..." 


Kenapa aku cuba berselindung dan berahsia?
Di blog lama itu di akhir-akhir riwayatnya terlalu banyak tulisan yang aku sendiri tulis aku tidak begitu suka.Tulisan aku mulai terlalu jiwa sangat dan hampir-hampir membogelkan siapa aku.Nasib baik aku cepat-cepat sedar dari kealpaan.Kalau tidak aku rasa aku sendiri akan berasa malu!

Kerana...

Itu bukan blog tunggal aku...aku sebenarnya ada satu lagi blog yang juga telah aku kuburkan.Blog yang ini aku sangat terbuka sekali.Ramai juga pembaca aku.Aku seronok sekali dengan blog yang satu ini kerana blog ini adalah blog siapa aku sebenarnya.Tiada selindung tiada topeng malah kamu semua boleh melihat siapa aku sebenarnya!

Tetapi...

Suratan takdir telah datang berjumpa dengan aku makanya terpaksa aku terus menutup pintu untuk semua pembaca aku yang aku kagumi dan sayangi.Secara jujur aku sangat sayang dengan blog yang satu lagi.Blog itu sangat jujur dan luhur.Jika ada jodoh mungkin disuatu hari nanti aku akan memberanikan diri untuk memperkenalkan siapa diri aku sebenarnya.

Blog yang pertama ramai di antara pembaca aku disini dapat meneka dengan tepat tetapi blog yang satu lagi itu belum ada satu orang pun dapat hidu.Aku rasa mungkin di antara kamu pernah kesana tetapi tidak sedar siapa aku sebenarnya.Masa itu aku cukup enjoy melayan 2 akaun blog sekaligus.Satu blog yang tertutup dan satu lagi terbuka.Maksud aku ialah blog yang pertama tiada gambar tentang aku tetapi blog yang satu lagi penuh gambar tentang kegiatan aku dan siapa aku!

Bab yang paling best ialah bila ada blogger yang sama datang serentak dikedua2 blog dan beri komen dan begitu juga dengan aku yang berlakon seolah-olah bukan orang yang sama tetapi adakalanya aku terlepas komen dengan identiti yang salah.Kelam-kabut juga lah mendelete...hehe!


Ini merupakan blog aku yang ke-3.

Blog yang pertama adalah tempat aku mencurahkan segala macam rasa hati aku.Rasa marah dan kecewa dengan segala macam perkara.Tulisannya agak keras dan tiada berkompromi.

Blog yang ke-2 pula adalah satu blog yang agak kontra sekali konsepnya dengan blog yang pertama dan yang terkini ini.Blog ini adalah blog kesayangan aku.Disana kadang kala aku tiada masa untuk membalas komen dan juga membalas lawatan semula.Sedih sangat taktala aku terpaksa membuat keputusan untuk menutup terus blog itu.Bukan hanya aku sahaja tetapi begitu juga dengan si dia!

Blog itu kalau aku beritahu disini pasti ada yang akan terperanjat gila kerana tidak menyangka sama sekali itu adalah aku.Ianya umpama langit dengan bumi perbezaannya!


Namun bak kata Datuk Siti Nurhaliza....biarlah rahsia!


chow!






26 Sept 2012

Free Hair


Semakin hari semakin ketara pula pura-pura ini.Mereka ingin berlaku jujur tetapi terpaksa berpura-pura jujur.Bila cuba berlaku jujur tiba-tiba terus sahaja di hina bagai tidak mahu.Hilang sudah kejujuran yang iklas.Kejujuran yang palsu terpaksa di guna pakai waktu ini.Jujur yang terpaksa akan membawa kepada mala petaka akhirnya.

Di sini di dunia blog pada hari ini terlalu ramai yang berpura-pura dan tidak jujur bila mereka membina blog .Pada permulaannya jujur mahu menjadi diri sendiri tanpa perlu meniru blog-blog yang lain .Mahu jadi yang tersendiri dan beridentiti.Tidak mahu terikut-ikut dengan cara dan rentak orang lain.Cuba berdiri sendiri menjadi siapa yang kita mahu.

Kebanyakkannya blog kaum hawa.Mereka ini pada permulaannya mahu jujur menulis dan berkarya tetapi bila sahaja mahu jujur tiba-tiba di minta pula berubah menjadi orang lain.Hati orang perempuan bukan kuat sangat pun hati mereka mudah terusik dan merajuk. Cuma yang handal-handal sahaja mampu kekal lama di sini di dunia blog.Mana-mana yang tiada pilihan terpaksalah mengikut sahaja telunjuk-telunjuk mereka.

Blog seharusnya tempat kita meluahkan apa sahaja yang tersimpan di dalam hati.Kalau ada yang bercita-cita ingin menjadi popular pun terpaksa berfikir banyak kali.Bukan mudah mahu popular di dunia blog.Jika kamu tidak bertudung kamu memang dengan mudah akan jadi bahan lawak jenaka dari mereka-mereka yang perasan alim dan ulama.Mereka akan mudah-mudah melabelkan kamu dengan macam -macam label.Seperti mereka pula pemegang amanah dunia.

Lain kalau kamu itu lelaki tulislah apa sahaja dari yang paling sopan sampai yang paling celaka sekali gaya tulisan dan penyampainnya.Tiada siapa yang ambil peduli paling kuat pun cuma kena serangan maki hamun sahaja tetapi kita lelaki sudah terbiasa dengan "keganasan-keganasan" yang begitu.Bukan hal besar sangat pun.

"....susahnya untuk kita berjumpa dengan penulis-penulis wanita yang sangat kreatif dan bagus.Kalau ada pun boleh di kira dengan jari  itu pun mereka yang jenis agak kebal dari segala caci makian.Apa yang aku perasan sangat mereka -mereka yang berani menulis tidak kira apa topik pun selalunya mereka ini tidak bertudung mereka ialah golongan yang Free Hair..."

Kalau ada yang berani pun mereka tidak menonjolkan diri mereka.Mereka sangat berselindung dan susah untuk kita dapat kenali wajah si penulis blog .Mereka bertopengkan dengan bermacam jenis rupa bentuk.Ada yang berupa bunga atau benda-benda yang nampak kiut bagi mereka.Mereka tidak sesekali akan mendedahkan siapa mereka.Mereka sangat berahsia.Mereka terpaksa berlaku jujur hanya di penulisan.


Aku rasa aku dapat meneka siapa mereka .Mereka ialah golongan yang tidak bertudung!Mereka-mereka yang Free Hair! Aku amat-amat bersimpati dengan mereka.Mereka terpaksa menjadi orang lain.Mereka terpaksa pendamkan semua keinginan mereka untuk beramah mesra dengan pelawat-pelawat blog mereka dengan jujur tetapi apakan daya nanti mereka akan  di hina di keji pula.

"...pandai-pandai kau mahu nasihatkan orang lain ...diri kau sendiri pun belum cukup betul! Free hair dan tidak bertudung ...tak takut ke kena campak dalam api neraka nanti..."


Pasti akan terdiam seribu bahasa jika di serang begitu.Pasti akan rasa amat kesal teramat-amat sangat kerana mempunyai blog!Sumpah esok juga dia delete akaunnya.Semangat jujur dan prihatin yang sebenar terpadam dan terkubur sekali.Kita pula kehilangan seorang blogger wanita yang bagus dan bijak cuma gara-gara dia tidak bertudung...dia Free Hair!

Aku ada satu entry yang paling "panas" sekali mengenai tudung.Lihat berapa ramai orang yang alim-alim beri ceramah kepada aku.Aku cuma senyum sinis sahaja.Mahu sahaja aku ketuk kepala seorang-seorang supaya sedikit terbuka biji mata mereka.Lihat betul-betul daripada sumber mana aku ambil.Itu pun mereka berani pertikaikan!

Cuma satu sahaja yang aku tunggu sehingga hari ini tetapi "beliau" seperti cuba melarikan diri.Aku tahu kau hebat tetapi kau belum cukup hebat jika kau berani patahkan ayat dari kitab yang satu itu! Biarkan dia dengan dunia dia.Berani buat berani tanggung.Aku tidak rugi apa-apa pun sehingga hari ini.

Al-Quran ini di turunkan untuk siapa sebenarnya? Jika susah sangat untuk di fahami dan di mengerti buat apa diadakan khas kepada manusia di dunia? Itu yang sangat aku tidak faham dengan mereka-mereka ini yang cuba menakut-nakutkan orang islam untuk tidak berkasih mesra dan sayang dengan Al-Quran.

Bila kau beri kata-kata beramaran begitu agak-agaknya orang islam berani atau takut mendekati Al-Quran?Padahal Al-Quran di turunkan di dunia ini sebagai bahan rujukan sehingga akhir hayat dunia ini.Namun malang sekali terdapat banyak sangat "suara-suara" jahanam agar tidak berkaseh bercinta dengan Al-Quran!

Mereka bukan orang kafir  tetapi mereka orang islam itu sendiri.Mereka yang  punya angkara.

Aku tidak tahu sampai bila kepura-puraan ini akan terus di lakonkan.Aku juga tidak tahu bila dan ketikanya kejujuran akan menjadi nombor satu di dalam hati kita.Selagi mereka terus "ketepikan" Al-Quran selagi itulah mereka tidak akan sedar dari kealpaan.

Agak lama juga aku tidak menulis hal-hal agama kerana kefahaman aku dengan mereka-mereka agak bertentangan.Aku ambil sumber dari Al-Quran mereka ambil dari sumber-sumber kitab ciptaan manusia.Aku kata begini mereka kata aku ikut saluran yang salah.Kalau aku tanya sumber yang kau miliki itu adakah benar-benar tulin dan jelas?

 Adakah tiada terjadi kesilapan dengan sumber-sumber tulisan manusia yang beratusa-ratus tahun itu? Tiada kemungkinan berlaku kekurangan dan pertambahan dalam setiap sumber penulisan itu? Adakah terjamin kesahihannya?


Siapa yang berani beri jaminan?


Siapa?


chow!


p/s...ini salah satu tulisan lama aku di blog yang telah terkubur...


24 Sept 2012

Sempurna


Setiap manusia yang hidup di dalam dunia ini sudah pasti mahukan kesempurnaan.Kesempurnaan yang sempurna.Aku juga mahukan kesempurnaan.Engkau juga sama mahukan.Semua orang mahu juga.

Untuk menjadi manusia yang sempurna bukan mudah.Cakap memang mudah tetapi bila mahu dilaksanakan terlalu amat sukar dan susah.Aku juga cuba tetapi ianya seperti sesuatu yang mustahil yang akan dapat aku capai dan mungkin bukan aku sahaja tetapi semua manusia di dunia ini.

Tetapi kita pasti pernah berhadapan dengan mereka yang mahukan kesempurnaan.Dari mana...mungkin dari rumah iaitu ibu bapa kita.Tempat kita sedang belajar sekarang guru atau pensyarah kita.Kekasih kita yang sangat kita cintai.Kawan-kawan kita yang paling kita gemari dan kasehi.Kalau boleh semua dari mereka mahu yang terbaik dari kita .Mereka mahukan kesempurnaan dari kita sebagai anak,pelajar,kekasih dan rakan ...tetapi mampukah kita tunaikan semua impian dan harapan mereka...?


Aku tidak fikir taraf kita sebanding dengan mereka-mereka yang terlindung dari dosa.


Kita cuma manusia biasa-biasa dan tiada kesempurnaan yang sepenuhnya.Tidak mungkin kita akan miliki ...mustahil sekali!


Namun kita tentu sekali pernah berhadapan dengan manusia yang pada fikirannya dia sudah cukup sempurna.Jika di rumah kita kan berhadapan dengan Ibu bapa kita.Mampu atau tidak kita membantah cakap-cakap mereka terhadap kita walaupun kita sedar itu salah? Kepada mereka itu sudah cukup betul dan hampir sempurna .Kita tahu itu tidak betul dan kita ambil jalan yang juga hampir sempurna iaitu diam dan tidak membantah kerana kita sedar kalau di bantah semakin tidak sempurna jadinya.


Kepada aku itu satu kesempurnaan bila kita mampu berdiam dan beredar pergi tanpa banyak bunyi dan bantahan.Kerana siapa mereka kepada kita yang telah membesarkan dan melahirkan kita.Sendiri mahu ingat kalau fikir Ibubapa kita kurang sempurna ...ok! Mereka juga manusia biasa tiada terlepas dari kurang kesempurnaan.Itu sudah pasti sekali.


Di tempat kita mencari ilmu.Di sini mudah sikit ...agak-agak macam tak betul sahaja bunyinya kita mampu buat bantahan.Jikalau dia bantah semula kita baru tutup mulut diam...hehe! Itu sahaja sakit hati kita tiada yang parah sangat-sangat!

Kekasih kita ...ini lagi berat dari Ibu bapa kita sendiri dan kalau boleh semua apa yang dia kata dan minta kita harus ikuti tanpa bantah kalau membantah ugut minta putus.Kalau tidak minta putus pun muka bertukar warna.Silap -silap bukan muka sahaja bertukar warna orang yang kita cinta pula bertukar jadi manusia yang kurang sempurna akalnya.Tahap-tahap binatang pula dia...hehe!


Nasib kau lah kan...Cinta punya pasal apa yang terjadi tetap di hati ...i luv u forever!


Kawan pula paling ringkas dan mudah kalau kau fikir kau cukup sempurna kau boleh blah! Dan sama juga kalau kau fikir kau juga sudah cukup sempurna di tegur pun buat tak endah ...kita pula pun boleh blah! ...mudah bukan!


Jika di blog pula bagaimana peelnya...hehe!


Tulisan sudah cukup sempurna kepada perkiraan si penulisnya tetapi bila di baca komen ...ya allah ...ANON jer ada 30 komen..tak campur lagi yang lain-lain ...pitam kepala! Tulis bagai nak rak ...konon-konon ini demi kesedaran dan ke arah kebaikan tetapi orang lain baca mereka fikir kau ni tulis macam bagus-bagus pulak ...kau ingat kau cukup sempurna ...pi raahhh!!!


Part yang paling best ialah mereka-mereka yang beri komen...hehe...memang tahap-tahap dewata di langit lagaknya ..."akulah yang paling sempuna komen"..! Kau baca betul-betul komen aku ni...aku Otai kat sini tahu!


Padahal kita semua sama saja kurang kesempurnaan...


Bagi aku memang sukar untuk sempurnakan semua benda dan kehendak-kehendak semua ...mana ada sempurna daaa...kita cuma manusia biasa ,kita tidak cukup sempurna luar dan dalam.Bersyukur sahaja kita dilahirkan cukup sempurna dengan tiada kecacatan dan celanya.Cuma celakanya kita tidak cukup sempurna bersyukur kepadanya.Kita buat macam kita ini sudah sempurna sahaja.


Siapa sebenarnya yang kurang berterimakaseh bila tidak cukup sempurna....kau atau aku ?


Atau kita semua!


chow!


21 Sept 2012

Cuma Cinta



Perempuan adakalanya kita faham dan adakalanya kita tidak faham lansung apa yang mereka mahukan.Sering aku menerima bahan-bahan yang begini dan aku selalunya bertanya semula kepada tuan punya badan...



"...oleh itu apa yang kau tunggu lagi? engkau sudah tahu akan sifat-sifat dia tetapi kenapa engkau masih lagi setia dan berharap yang dia akan berubah?..."


Habis aku bertanya dan selalunya jawapan yang diberikan pasti akan dimulai dengan air mata.Aku akan tunggu dan melihatnya sahaja walau ketika itu ramai mata yang memandang kepada aku dan dia.Permulaannya didalam HP katanya boring dan perlukan seseorang untuk di ajak berbual dan minum.Waktu itu jam di tangan sudah lebih pukul 9 malam.Aku tiada masalah untuk keluar dan berjumpa dengan dia kawan perempuan aku yang agak lama telah aku kenali.


Old Town Whitecoffe jadi pilihan aku untuk melepak dengan dia.

Aku tahu apa yang mahu dia kongsikan bersama aku cuma untuk tidak mengecilkan hati dia aku turutinya sahaja.Tidak kisahlah apa pun alasan dan juga sebabnya yang penting ketika aku juga lapar dan perlukan seseorang sebagai teman berborak aku.Semuanya ok sehingga aku mulai memetik api untuk menyalakan sebatang rokok.


Ceritanya pun bermula...

"... adakah semua lelaki bersifat begitu? Adakah mereka tidak kasihan atau punya sifat ego yang tinggi dan rumit?..."


Permulaan yang baik dan buat aku sedikit tersedak terbatuk kerana dari banyak-banyak persoalan kenapa persoalan yang begitu harus dia tanya kepada aku.Sebatang rokok sudah semakin hampir habis aku sedut dan dia semakin rancak berbicara.Itu dan ini dia perkatakan sehinggakan aku tidak punya ruang untuk berfikir dan yang mana satu persoalan yang harus aku berikan jawapannya dahulu.



"...dia tidak sayang dan cinta dengan aku ke? kenapa aku di maki di hamun di depan orang ramai seperti aku ini binatang dan seperti aku telah melakukan dosa yang besar terhadap dia?..."



Sebatang lagi rokok aku nyalakan dan dia masih tidak berhenti bercakap dan diselang seli dengan jatuhan air mata dia.Mamat meja sebelah aku terpandang-pandang dan tersengeh kepada aku.Mahu aku buat apa dengan mamat sebelah meja aku ini? Ingin sangat aku datang dekat pada dia dan bagi salam sayang biar dia faham apa itu sakit kalau menyibuk.Kaki aku disepak dari bawah meja oleh dia dan aku boleh fahami apa maksudnya.Pedulikan jangan ambil kisah!


Persoalan bertubi-tubi dan aku masih belum memberikan apa-apa jawapan lagi...

"...kenapa kau diam sahaja? Kau dengar ke atau tidak apa yang aku cakap tadi...?"


Tertawa kecil aku di buatnya.Bagaimana hendak aku berikan jawapan jika engkau tidak berhenti-henti bercakap dengan nada marah dan melepaskan semua yang terbuku di hati engkau.Dia tersentap dan seperti baru tersedar dari lamunan.Aku biarkan dia tenang sebentar dan biarkan dia sambung semula makan makanan dia.Aku pula sambung lagi sebatang rokok dan entah masuk ke berapa batang aku pun tidak tahu untuk mengiranya!


Aku mulai dengan...

"...ini semua cinta bhai!!!
Engkau tidak perlu tanya aku dengan bermacam persoalan dan pertayaan kerana aku tiada jawapan kepada setiap persoalan yang engkau ajukan.Engkau sudah sedia maklum dengan siapa engkau bercinta dan engkau lebih kenal dia lebih dari aku kenali dia.Engkau sudah berapa kali putus dan sambung semula dengan dia tetapi akhirnya masih berbaik dan bersama 
semulakan!..."



Akhirnya malam itu dia balik dengan muka yang sedikit berseri bila aku memberikan dia sedikit nasihat dan peransang.Semua terletak didalam tangan dia mahu atau tidak, suka atau sakit haruslah sendiri tanggung kerana mungkin sudah itu coretan perjalanan cinta dia.

Tidak semua love story adalah best dan gembira semata-mata seperti di dalam drama tv atau di dalam filem.

 Aku sudah laluinya dan mungkin kamu sama juga seperti aku.Semuanya bukan rancangan dan rencana kita.Kita ini cuma pelakon yang diberikan watak untuk di lakonkan sahaja dan penamatnya bukan kita yang dapat tentukan.Baik atau buruk sekalipun drama percintaan kita di dunia ini kita harus terima dengan tangan terbuka.

Kita cuma hambanya.

chow!

20 Sept 2012

Nama Lelaki


.

Nama pun sudah lelaki ini kan pula ' budak lelaki '!

Nasihat aku ialah jangan di halang kalau budak-budak lelaki atau adik lelaki kita terkinja-kinja atau hilang akal kalau terjumpa atau melihat gadis-gadis cantik dan sexy.

Mungkin ada di antara kita pernah terdengar bila ada orang-orang tua kita dahulu berkata begini...

"...eh! dol ko jangan nak menggatal sangat tengok budak-budak perempuan tu..."

Niat orang tua itu baik tetapi entah macam mana penerimaan budak lelaki tadi telah menjadi terbalik.Dia mengambil teguran orang tua itu sebagai sesuatu yang serius.Mulai dari saat dia ditegur agar jangan melihat atau menggatal dengan budak perempuan maka dari saat itu beliau pun tidak lagi melihat budak perempuan sebagai sesuatu yang menarik untuk dimiliki.

Selang beberapa tahun kemudian ada 2 kemungkinan yang bakal terjadi...

Kalau tidak Gay mungkin dia Nyah...hehehehe!

chow!

Dunia Duit


Bermula dengan suka sama suka dan bila terasa ada kerasian maka berputik pula bunga-bunga cinta.Seperti yang semua orang ketahui cinta memang sangat indah rasanya.Sesiapa yang pernah bercinta pasti dapat merasai betapa indahnya cinta.Semua yang dibuat dan lakukan terasa sungguh mudah dan selesa.Tiada rasa bosan dan marah-marah cuma yang ada adalah senyuman melirik tidak sudah-sudah dari raut wajah seseorang yang sedang asyik di lamun cinta.

Sehari ke sehari berlanjutan ke tahun cinta yang di semai semakin kembang mekar seindah-indahnya.Kita sudah mula berkira-kira dan mula membuat perancangan untuk membuka langkah baru ke alam yang lebih matang dan serius.Kita sudah dapat merasakan bahawa dia ialah apa yang kita impi-impikan selama ini.Dia yang akan sama-sama mengharungi susah dan senang dalam melayari kehidupan seterusnya.Dia yang kita yakin untuk bersama-sama membina mahligai cinta sejati dan mungkin juga akan sehidup semati akhirnya.

Alhamdullilah apa yang dihajati telah terpatri dengan penuh meriahnnya.Semua orang bergembira termasuk kedua orang tua kita ,saudara mara kita dan tidak ketinggalan juga rakan dan taulan.

Indah semakin indah bila cinta yang di semai selama ini sudah di miliki di hati kita.Kau dan aku bersatu sebagai suami isteri.Ketika ini dunia ada;lah milik aku dan apa sahaja yang dilakukan semuanya serba -serbi indah.Tiada apa lagi yang dapat memisahkan cinta sejati dua sejoli ini lebih-lebih lagi setelah ikatan terjalin dengan secara sahnya.

Lagi bertambah-tambah indah bila kita di anugerahkan cahaya mata dan bukti cinta kita semakin mendalam dan tebal,Waktu ini tiada apa lagi yang dapat memisahkan mereka kecuali maut sahaja.Itu pun kadang-kadang ada manusia yang tidak redha akan permergian dia yang tercinta.Tuhan pula yang akan di tunding sebagai pesalahnya.Tiada yang tiada mustahil bila bersangkut paut dengan cinta!

Semua orang kalau boleh mahu semuanya yang di rancang akan berjalan dengan penuh harmoni dan aman damai.Tidak semua bakal berakhir dengan senyuman.Ada bermacam siri kisah akhir cinta ini.Ada suka dan duka.Kecewa hampa dan mungkin jadi gila.

Hari ini kita pasti banyak terdengar atau terbaca atau mungkin juga kita melihat dengan biji mata kita sendiri.Bercinta ,berkahwin tetapi akhirnya berpisah.Mungkin tiada jodoh adalah salah satu sebabnya tetapi apa yang jelas pada hari ini bukan kerana jodoh tetapi lebih kepada pasangan-pasangan tersebut.

Masa bercinta semuannya indah bila susah sama-sama merasakannya bila datang dugaan dan cubaan sama-sama tabah mempertahankannya.Sanggup nyawa di pertaruhkan asalkan dapat bersama.Bila masuk ke alam berumahtangga semua telah di rancang dan di perkenankan...susah senang bersama!


"...I jump U jump....mungkinlah ...kalau aku no! no!....hehehe!

 Semua itu boleh di uruskan tiada masalah besar sangat pun untuk di selesaikan TETAPI bila sampai bab ini ianya akan menukarkan segala-galanya 100%!!!

Cinta umpama neraka tiada lagi indahnya.Semua sudah jadi tidak keruan semuanya seakan musnah berkecai-kecai bak kaca.Semua yang di rancang sepantas kilat musnah sekelip mata.Senang cerita malapetaka bak di serang garuda gamaknya.

Bila...DUIT menjadi punca kepada segala-galanya.Duit menjadi hakim kepada keindahan cinta yang kita miliki.Duit yang menjadi musuh cinta kita.Duit yang menjadi batu api kepada semua pertilangkahan ini.Duit yang menjadi perancang utama kepada kemusnahan dan kematian cinta kita.

Sudah terlalu ramai yang telah kecundang akibat dari permasalahan ini.Tiada yang lebih hebat cubaan dan dugaan datangnya dari duit.Dugaan dari orang ketiga bukan selalu akan di terima kerana ianya perlu datang dari persetujuan dua belah pihak.Dugaan dari orang tua kita dan saudara mara itu bukan sesuatu yang tidak boleh di selesaikan.Dugaan dari yang maha berkuasa itu adalah soal lain.Semua umatnya akan di duga dan di cuba  setahun sekali atau dua kali itu sudah di janjikan olehnya dan tertulis dalam Al-Quran!

Jika dugaannya ialah DUIT...hari-hari cerita pasal duit,,,itu duit dan ini duit! Esok pagi celik biji mata sahaja teringatkan duit berpaling pandang dinding pun ternampak duit.Apalagi kalau sudah berumah tangga rasanya bangun sahaja dari tidur terus berlari keluar dari rumah dengan teliga di tutup rapat dengan tangan kerana tahu sebelah kita adalah "raja atau hantu" duit!

Dalam hal ini bukan salah sesiapa tetapi salah masa dan keadaannya.Kita tidak melihat jauh-jauh akan permasalahannya.Kita terlalu teruja bercinta.Kita di sampuk dengan hantu resah gelisah bila tidak bersama.Hati dan akal kita beku dan buta untuk bertanya kepada diri sendiri sejauh mana kemampuan kita sebenarnnya.Kita sibuk dengan DUNIA CINTA kita!

Kita cuma berfikir semua di dalam dunia ini adalah semata-mata bersandarkan kepada kekuatan cinta.Cinta kita kuat dan kebal maka tiada siapa yang dapat merobohkannya.Kita terlupa memang tiada sesiapa pun dapat merobohkan tugu cinta kita kalau bukan kita sendiri!

Cinta kita kuat kerana kita .Cinta kita lemah juga kerana kita.Ianya memang nampak mudah tetapi bukan terlalu sangat mudah.Semuanya ada harga yang perlu di bayar dan tidak sepercuma yang di sangkakan.Tiada ada salahnya kalau mahu bercinta hari ini atau akan datang kerana semuanya telah tertulis dan terencana.Lari kemana jua kerana takut kepada cinta tetapi akhirnya kita pula dahagakan cinta.

Kalau ada sesiapa yang ragu-ragu untuk jatuh cinta itu adalah hak kamu cuma takut cinta yang kita tolak itu adalah cinta yang kita cari-cari selama ini.Jika terlajak perahu masih boleh kita berundur tetapi jika kita dengan sengaja melajakkan perahu kita jauh ke tengah ada kemungkinan besar kita kan terus hanyut bersama-sama arus deras air...dan kita sendiri tidak tahu ke mana arah dan tujuannya dan juga tidak tahu yang mana satu tebing harus kita rapati...

Atau mungkin sudah nasib anda harus terus bersendiri di dalam dunia ini selamanya...Cinta cuma dengan diri sendiri sahaja!


chow!

19 Sept 2012

Impian



Setiap dari kita ada impian.Impian ini bermaksud lebih kurang yang aku fahami ialah cita-cita yang sangat  kita inginkan dan boleh dikecapi.Kalau salah tolong ajar aku semula ok!


"....impian aku kalau boleh mahu berkahwin dengan gadis yang cantik jelita badan sexy muka macam adriana lima...bla bla bla..."


Bukan mahu riak atau bongkak gadis impian seperti diatas lebih 8 tahun telah aku miliki tetapi impian untuk kekal bersama dan sehidup semati tergendala di pertengahan jalan.Tiada jodoh atau mungkin belum sampai masanya.

Impian aku yang terlalu tinggi mungkin kini memakan diri.Silap aku yang terlalu jauh memandang ke depan.Lelaki seperti aku ini yang terlalu sangat mahu kesempurnaan dan ketepatan adakalanya agak sukar kepada sidia untuk menerimanya.Sesiapa pun akan rimas kalau terlalu teliti dan kemas!

Hari ini aku tidak fikir cinta sahaja sudah cukup memadai.

Kehidupan hari ini yang begitu tinggi kosnya akan membuat kita berfikir panjang untuk menbina satu kehidupan yang baru.Alam yang memerlukan dua jiwa bersatu menjadi satu.Satu alam yang amat indah dan nikmat yang digilai oleh semua manusia dibumi ini.Haiwan juga suka apa lagi kita manusia yang punya akal fikiran dan perasaan.

Impian aku kalau boleh mahu sediakan segalanya dan biarkan tuan puteri melangkah masuk ke istana dengan hanya berkaki ayam dan bogel.Biar semua aku sediakan dan hanya tubuh dan roh kau bekalkan kepada aku!

Kalau sekadar berharap kepada cinta dan kaseh sayang sahaja aku tidak nampak ianya akan mampu berkekalan selamanya.Hanya kekuatan cinta yang kita sandarkan agar kita dapat sehidup semati.Jangan lupa ujian dan dugaan sentiasa datang kepada kita untuk melihat sejauh mana kekuatan kita bila bersama.

Cinta kita walau sekuat mana sekali pun jika kekurangan bekalan untuk meneruskan kehidupan seharian aku percaya kekuatan itu akan terlerai dengan sendirinya mungkin tidak dengan cepat tetapi perlahan-lahan.Tidak sebulan tetapi bertahun sedikit demi sedikit rasa cinta dan kekuatan itu terhakis dan roboh.

Itu aku amat yakin kerana aku telah melaluinya.

Jika sempat kita kesan akan keretakan ini mungkin kita berusaha untuk melakukan sesuatu bagaimana untuk diperbaikinya.Jika sudah runtuh bagaimana kita mahu bina semula dari mula ianya bukan mudah kerana masa yang diambil bukan sekejap tetapi bertahun!

Takdir....mungkin juga.

Kalau bukan takdir apa pula.Pasti ada sebab-sebab lain yang membuatkan takdir ini datang kepada kita.Jika sudah tawakal dan berusaha dan dengan segala macam iktiar dan kesabaran tetapi tidak juga berjaya maka itu aku percaya takdir!

Dalam hal aku ini aku fikir ianya karma kerana seperti yang kamu sedia maklum kalau sesiapa yang mengikuti tulisan diblog ini akan berjumpa dengan tulisan-tulisan aku yang memperkatakan tentang kurangnya aku menghargai pasangan aku dengan secara betul dan jujur.

Aku yakin ini karma aku sekarang.

Ini bukan takdir kerana kami masih saling lagi berhubungan tetapi tidak berjumpa lagi.Kalau takdir pasti dia sudah lenyap dari pandangan mata aku.Maksudnya dia sudah dimiliki oleh orang lain tetapi ini tidak lagi jauh kami berlari lagi dekat bayangan kami merapat!

Adakah aku sedang mempersoalkan takdir atau aku mempersoalkan diri aku sendiri?

chow!


17 Sept 2012

Santai sahaja


Satu pagi yang begitu tenang saya terbangun dari keenakan beradu.Terjaga dari peraduan kerana terusik dengan kokokan kucing di sebelah rumah saya.Kucing dirumah jiran saya itu pandai berkokok panjang seperti anjing cuma saya kurang tahu apakah binatang itu sebenarnya.

Jiran saya ini kegemaran beliau membela seekor binatang yang suka berkokok selepas waktu dinihari.Kadangkala saya cuba untuk bangun dari katil lalu menjerit dan memaki hamun binatang kesayangan jiran saya itu tetapi hati saya ragu-ragu teramat.Takut jika saya akan melukakan hati tuan punya binatang!

Saya pernah mengadukan perkara ini dipejabat daerah dan juga di majlis perbandaran tetapi hampa mereka tidak mampu melakukan apa-apa.Mereka beritahu saya bahawa aduan saya tidak diterima disana kata mereka.Tempat yang tepat ialah ditempat pelupusan sampah atau zoo negara sahaja!

Saya masih berdiri sambil mata terkebil-kebil dengan jawapan yang diberikan.

Saya berlalu setelah semua orang disitu ketawa beramai-ramai dengan aduan yang saya bawakan.Saya berasa hairan kenapa dan mengapa mereka tertawa? Adakah saya ada membuat kesilapan ketika membuat aduan.Saya menyeluk kedalam poket seluar saya dan mengambil borang aduan yang sya tulis tadi....


"....Tuan saya sipolan bin sipolan ingin membuat aduan.Setiap malam ketika saya sedang tidur saya terjaga kerana adanya bunyi bising yang aneh berlaku.Dalam seminggu ada 2 atau 3 kali bunyi kokokan seperti anjing berlaku tiba-tiba.Saya cuba menekup teliga saya dengan bantal namun tidak berkesan.Perkara ini berlaku sejak beberapa bulan yang lepas.Dahulu penyewa yang lama tidaklah bising begini tetapi mereka ini sangat kuat bisingnya.Untuk pengetahuan tuan jiran saya ini cuma dua orang sahaja dan mereka baru berkahwin...dan bla bla bla...."


Berulang kali saya baca tetapi saya tidak nampak akan kecacatannya.Semua tulisan yang saya tulis cukup rapi dan tersusun kemas tetapi kenapa mereka mentertawakan saya.Pelik dan juga hairan saya dibuatnya.

Satu hari hari selang beberapa bulan kemudian saya baru terperasan yang saya dapat melelapkan mata saya dengan aman sekali .Tiada lagi bunyi kokokan seperti anjing berlaku.Hairan kemana perginya binatang peliharaan jiran saya pergi.

Pagi itu selepas mandi dan sarapan dengan segelas nescafe dan juga telor setengah masak ayam kampung 5 biji saya melangkah keluar rumah untuk bertanya khabar jiran sebelah rumah.Pelik kerana dipintu pagar rumah beliau tergantung satu papan tanda yang tertulis....


"...Rumah untuk disewa..."


Sambil sebatang rokok menyala terselit di celah bibir saya terfikir patutlah tiada lagi bunyi kokokan binatang sejak dua menjak ini rupa-rupanya mereka sudah berpindah.Cuma saya masih lagi terganggu dengan bunyi-bunyian tersebut dan tertanya-tanya binatang apa yang mereka bela kerana saya tidak nampak satu kesan tapak pagar atau kurungan pun diluar rumah mereka.


Hairan saya!


Tulisan merujuk kepada blogger INI!

chow!

Gila!





Entahlah semakin hari semakin banyak video-video begini dimuat naik ke youtube.Muat naik ke muat turun ni?

Motif?

Aku hendak jawap persoalan ini pun aku rasa semakin bodoh untuk kita jawap dan rungkaikan.Kenapalah budak-budak ini sanggup rakam dan paparkan dikhalayak umum.Mereka tahu tak apa akibatnya kepada si pelaku dan yang diperlakukan?

Maruah?

Semakin hari budak-budak ini semakin terdedah kepada gejala-gejala yang semakin kurang sihat!Siapa yang malu nanti?

Nasihat?

Tiada nasihat cuma ....pertayaan....

"...adik-adik tiada rasa malukah?..."

chow!

16 Sept 2012

Berita Semasa # 1


Berita-berita hari ini adakalanya boleh membuat kita loya dan muntah darah.Jangan cerita dan hal politiklah lagi boleh buat kepala kita pening.

Berita semasa yang kita baca pada hari ini sangat memerlukan kita membaca dengan penuh rasional kerana berita yang mereka paparkan adakalanya begitu mengusik jiwa dan raga kita.Kalau kurang tahan dan sabar kita boleh mengucap panjang dan ketawa berdekah tidak berhenti.

Contoh-contoh berita terbaik yang aku baca hari ini diSINI ialah tentang kisah bagaimana cara dia menguruskan berat badannya yang seberat 229kg dan berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 44.5kg dengan hanya mengamalkan senaman ini...iaitu marathon bersetubuh 7 kali sehari!

"...saya berhasil membakar lemak sebanyak 500 kalori walaupun saya tidak banyak bergerak ketika melakukan hubungan seks akuinya."...Kami menyukai foreplay dan melakukannya pelan-pelan.Saya bisa memuaskannya walaupun tidak memakai lingerie yang sexy!..."

Senyum melirek aku membacanya.Dalam kepala otak aku hanya terbayang bagaimanakah berlakunya hubungan yang aneh itu...hehe!

Satu lagi ialah berita diSINI dan aku rasa mereka ini memang sudah terkenal dengan sifat makan yang diluar jangkaan kita.Kalau sekadar tikus dijadikan menu makanan ianya bukan perkara pelik bagi mereka.

Aku sudah lupa bila tetapi aku masih ingat lagi bagaimana aku sendiri nampak dengan mata kepala aku sendiri bagaimana mereka memburu anjing-anjing liar yang berkeliaran tanpa tuan dijadikan juadah kenduri mereka di sekitar taman perumahan aku.

Hari itu hari minggu dan aku bersiap-siap untuk keluar berjongging.Jangan tak tahu aku ini seorang yang sangat mementingkan kesihatan.Cuma bab makan sahaja aku selalu terlanggar pantang...payah nak buat godaan kuat sangat!

Baru beberapa minit berjongging mata aku tertumpu kearah beberapa orang vietnam yang bekerja di kilang disebelah jalan sana sedang berlari macam kena dikejar anjing.Mereka bukan kena dikejar anjing tetapi anjing dikejar oleh mereka...hehe!

Dipendekkan cerita maka dapatlah mereka 2 ekor anjing liar.Ditangkap dan diikat keempat-empat kaki anjing tersebut lalu disumbatkan ke dalam guni beras.Perkara ini berlaku berulang kali sehingga mereka berjaya menangkap 7 ekor anjing semuanya.Part yang paling best ialah bila aku turut serta dalam pemburuan mereka.

Orang cakap sambil menyelam minum air.Berlari itu jogging jugakan!

Akhir sekali ialah bagaimana mereka melakukan proses untuk mematikan anjing-anjing yang telah ditangkap.Caranya agak mudah iaitu disumbat masuk dalam guni lalu diikat dan dicampak masuk ke dalam longkong kering yang kosong serta tiada berair.Senajata yang digunakan untuk menamatkan ajal anjing-anjing tersebut ialah dengan hanya menggunakan tukul besi yang di balun berkali-kali keatas anjing yang berada didalam guni tersebut!

Engkau rasa-rasalah agaknya aku boleh tahan tunggu dan lihat apa yang mereka buat?

Sumpah aku rasa macam hendak ambik balik tukul itu dan hentak kepala mereka! Kejam gila! Bayangkanlah...dengan bunyi salakan anjing yang kesakitan dan dengan bunyi ketawa mereka aku yang berada disitu jadi blur dan konfius.

Siapa yang binatang sekarang?

chow!


15 Sept 2012

Anak Amanah


Anak adalah satu anugerah yang sangat -sangat mulia dari yang maha berkuasa untuk hamba-hambanya.Anak juga adalah peyambung generasi ke generasi.Anak juga menjadi satu jaminan untuk kita terus kekal bahagia sehingga akhir hayat.Anak juga membuatkan kita menyesal seumur hidup.Setiap orang yang bergelar anak tidak semua kekal menjadi anak yang selalu di impi-impikan.

Anak yang tidak mahu di terima sebagai anak sekarang semakin banyak terjadi.Tidak adil kalau kita katakan hari ini sahaja tetapi dari dahulu juga.Cuma dahulu cerita dan berita begini tidak mudah tersebar seperti hari ini.Dulu suratkhabar ada tetapi siapa yg mampu sahaja akan memilikinya.Sekarang semua orang mampu dan mencari-cari suratkhabar.Pemberita yang memburu berita berterabur di merata-rata.Suratkhabar yang harus di baca hari ini juga tidak mampu di baca kesemuanya...terlalu banyak ada.

Anak sebenarnnya bukan sahaja anugerah sebaliknya juga seperti menerima satu rezeki.Namun ramai sekali manusia hari ini yang terlupa ...anak juga satu amanah!

Bila di katakan amanah maka kita harus jaga amanah ini dengan penuh bertanggung jawap.Sekiranya kita tidak mampu menjaga amanah ini bagaimana mereka-mereka berani melahirkan anak dengan jumlah yang agak banyak dan sentiasa berkata begini....

"...anak-anak ini ada rezeki mereka masing-masing...kita jangan risau sangat...insyallah..."

Mereka sebenarnya terlupa atau buat-buat lupa tentang perkara "amanah".Mereka sengaja "membuat" anak-anak walaupun tidak mampu menjaga,membela apa lagi memegang amanah!

Aku secara jujur memang tidak bersetuju bila ada manusia-manusia yang rajin menghasilkan anak tetapi tiada kemampuan membesarkan anak-anak mereka.Seringkali alasan dan jawapan yang mereka berikan begitu menjengkelkan aku...

"...bila mereka besar nanti pandai-pandailah mereka hendak hidup...yang penting makan minum aku sudah berikan ..."

Sedapnya mulut dan lidah berkata-kata seperti tiada ada kesalahan yang telah di lakukan.Lupakah mereka selagi anak itu bernyawa selagi itu kita sebagai ibu bapa masih kekal bertanggung jawap terhadap anak-anak kita!

Aku memang belum punya anak tetapi aku adalah anak kepada ibu bapa aku.Aku tahu sejauh mana tanggungjawap yang di pegang oleh ibu bapa aku.Aku cuma tiga beradik dan ianya bukan sesuatu yang mudah kepada ibu bapa aku untuk membesarkan kami dengan sepenuh kasih sayang dan semua keperluan di penuhi dan juga kos-kos yang harus di bayar untuk menjadi anak yang berjaya dengan bekalan pelajaran.

Cuba bayangkan jika mereka sebagai ibu bapa gagal melaksanakan tanggung jawap sebagai ibu bapa bila mana mereka sendiri terkapai-kapai bagaikan lemas dalam lautan.Anak ramai sehingga berbelas dan pendapatan hanya cukup-cukup untuk makan dan minum sahaja .Pakaian seperti baju dan seluar setahun sekali di tukar itu pun nasib-nasib sahaja.Serba serbi kekurangan.

Bagaimana mereka boleh melakukan semua ini dengan tanpa ada perasaan merasa bersalah?

Aku memang cukup-cukup tidak faham.Kenapa tiada perancangan dalam membina keluarga? Kenapa tidak melihat kemampuan yang ada untuk memeliki berapa ramai anak? Kenapa mereka sengaja mempermainkan amanah yang telah di berikan oleh yang maha kuasa kepada mereka? Kenapa mereka begitu berani melakukannya?

Persoalan demi persoalan bermain di dalam kepala otak aku.Mereka tiada berakal fikiran ke atau mereka  terlupa yang otak yang terletak di dalam kepala mereka itu harus di gunakan dan bukan dengan secara sengaja di tempatkan di situ!

Kita mungkin boleh berkata apa sahaja tetapi yang jelasnya manusia itu sendiri mencari penyakit dan masalah.Sengaja cari susah.Sengaja buat tidak tahu kenapa dan mengapa perlu buat begitu dan begini.Lebih-lebih lagi dengan anak-anak mereka.Tiada keadilan dalam kasih sayang dan tiada bertanggung jawap.Semua cuba di serahkan kepada takdir.Cukup mudah sekali cara mereka berfikir.

Bila anak itu sudah besar dewasa tetapi sayangnya dia bukan seperti anak-anak yang menjadi impian setiap ibu bapa .Dia menjadi manusia hanya pada namanya sahaja.Ketika itu kepada siapa yang harus kita letakkan kesalahan anak-anak ini?

Kepada Ibu bapanya atau anak-anaknya?

Amanah yang tidak di jaga dengan sewajarnya akan mengakibatkan mala petaka yang tiada terduga kesudahannya.Tiada apa lagi yang dapat diperbetulkan lagi sekiranya punca yang telah sedia di ketahui di abaikan.Itu tanggungjawap mereka yang menerima amanah.Ibu bapa kita.

Kita sebagai anak pula di amanahkan untuk menjaga ibu bapa kita sebagai satu kitaran kehidupan.Tiada dolak dalik lagi.Tiada berkecuali dan tapi-tapi...!

Walaupun ibu bapa kita gagal menjaga amanahnya dengan betul dan baik,Kita sebagai anak tidak dapat mengelak lagi .Suka atau tidak mereka kita harus jaga dan pelihara.Itu sudah menjadi tanggungjawap kita ...kita yang bernama ANAK!



chow!

13 Sept 2012

Wasiat Jumaat # 2


"Lelaki yang muslim dan perempuan yang muslim, dan lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, dan lelaki yang patuh dan perempuan yang patuh, dan lelaki yang benar dan perempuan yang benar, dan lelaki yang sabar dan perempuan yang sabar, dan lelaki yang merendah hati dan perempuan yang merendah hati, dan lelaki yang bersedekah dan perempuan yang bersedekah, dan lelaki yang berpuasa dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki yang menjaga kemaluan mereka dan perempuan yang menjaga, dan lelaki yang mengingati Allah dengan banyak dan perempuan yang mengingati - bagi mereka, Allah menyediakan keampunan dan upah yang besar." (33:35)

Lelaki Bertuah


Lelaki hari ini ikut pandangan aku sangat bertuah.Ini kerana mereka tidak perlu sangat beriya-iya berusaha atau bekerja.Saingan dari orang perempuan yang diterima pada hari ini lelaki sudah mulai mengalah.Tiada tekanan dan tertekan sangat seperti zaman orang tua kita dahulu.

Apa yang perlu dibuat oleh lelaki hari ini ialah jaga kesihatan dan jaga perangai.Jangan malas dan jangan banyak bercakap.

Muka tidak perlu kacak sangat cukup sekadar sedap mata orang perempuan memandang.Kalau kacak dan hensem orang perempuan cuma suka tengok dan tergila-gilakan sahaja tetapi kalau bab mahu dibuat laki dan sehidup semati itu bukan pilihan utama.

Hairan?

Tidak apa yang perlu dihairankan sangat kerana orang perempuan zaman sekarang majoritinya bijak-bijak dan pandai-pandai belaka.Paras rupa bukan tarikan utama mereka sekarang apa yang penting ialah sihat dan tidak bengkok seleranya.Jangan ada penyakit kelamin dan lemah tenaga batin.Teruna atau tidak itu tidak penting kerana memang tidak boleh dipercayai dan diyakini ketulenannya.Aku sendiri tidak tahu bagaimana cara untuk membuktikan bahawa seseorang lelaki itu teruna atau tidak.Kalau orang perempuan senanglah lelaki boleh kesan.Jika senang sahaja sorong tariknya maka dia akan claim perempuan ini sudah kena tembak dahulu sebelum dia yang tembak!

Kenapa aku katakan orang perempuan bijak dan pandai.Buktinya ada banyak ketika ini.Jika dipusat-pusat pengajian tinggi siapa yang lebih ramai lelaki atau perempuan?Lihat sahaja diatas jalanraya siapa yang lebih ramai duduk didalam kereta.Pemandunya hanya seorang lelaki tetapi perempuan ada 3 ke 4 orang duduk disebelahnya. Begitu juga di shopping kompleks dan juga di pusat-pusat hiburan yang halal atau juga yang haram semuanya adalah orang perempuan!

Persoalan aku disini adakah benar lelaki hari ini sangat bertuah?

Ya...itu jawapan dari aku kerana lelaki hari ini ramai diantara mereka sangat santai kehidupan mereka.Jarang sangat aku dengar mereka kepupusan calon untuk digoda atau diracun.Hari ini putus selang 3 hari sudah ada penggantinya.Jika suka dia layan kalau tidak dia buang begitu sahaja.

Perasan atau tidak orang perempuan ramai yang bela dan jaga orang lelaki.Ramai lelaki hari ini bekerja ditempat yang agak simple dan mudah.Bahagian-bahagian yang susah dan remeh semuanya diserahkan kepada orang perempuan yang buat.Cuba lihat semua jenis kaunter dimana-mana dan tempat didalam negara kita semuanya adalah orang perempuan!

Jika lelaki ini pelajarannya kurang dan pendapatannya juga kurang adakah orang perempuan ambil kisah?

Tidak ...itu jawapan dari aku kerana yang paling penting bagi orang perempuan ialah lelaki ini mesti jujur dan kuat. Jujur agar mudah dijaga dan dibela.Jika tidak jujur maka banyak akan datangnya masalah.Lelaki ini perlu kuat sekiranya tidak kuat tiada perempuan yang akan tunggu lagi.

Walaupun nampak remeh tentang hal kuat ini bagi orang perempuan ianya adalah sangat penting untuk terapi minda dan jiwa.Jika tidak kita akan melihat muka belacan dan tempe di esok paginya selepas terjaga dari tidur.Mungkin akan terbawa-bawa sampai ke tempat kerja dan itu yang selalu terjadi di bahagian hadapan setiap pejabat atau bahagian urusan perhubungan kemanusian!

"...hai tanya sikit pun nak marah-marah...tak dapat ke malam tadi?..."

Gurauan yang agak sarkastik dari orang lelaki yang kurang terma-terma baik budi bahasanya.Biasalah orang lelaki bab mengusik tahap gaban begini memang sudah jadi trend di sebilangan besar orang lelaki.Baik yang berhingus atau juga yang dah nak mampos!

Pernah dengar....

"...rumah I bayar...kereta I bayar ...bil handphone,air,api,astro....bla bla I juga yang bayar tetapi nasib baik dia baik dan power U...kalau tidak lama dah I tinggalkan dia...hehehe!..."


Orang perempuan yang sedang membaca tulisan in jangan nak mencebek bibir.Kalau yang dah kahwin dia faham tetapi yang masih belajar kompom tak faham lansung!

Jangan nak eksen sangat tunggu jer ko berlaki nanti tahulah apa yang aku maksudkan ini.Orang perempuan kalau sudah kemaruk bercinta bulan dan bintang pun sanggup di cari untuk buah hatinya.Itu belum lagi bab-bab berkorban dan sehati sejiwa.

Siapa yang paling ramai lari dari rumah dari keluarga dan dari suami sendiri?

Itu pasal aku cakap orang lelaki hari ini sangat bertuah.Belajar ala kadar sahaja.Keputusan bila keluar cukup-cukup makan dan ok sahaja.Cari kerja ditempat yang ramai orang perempuan kerana mudah buat pilihan dan cari yang terbaik dan tercantik dan terbanyak gajinya.

Lagi nak yang terjamin masa hadapan cari yang bekerja dengan kerajaan.Semua cukup dan mudah.Buat pinjaman dan ntah apa ke benda lagi semua tersedia.Cepat selamat dan senang hati aku!

Siapa?

Lelaki itu lah siapa lagi.

Orang perempuan yang mana perasan cantik dan sexy memang kejar yang hensem.Cuba perhatikan betul-betul yang hensem dan kacak selalunya bekerjaya atau tidak?

Kalau yang senget-senget badan ,benjol kedepan dahi atau perutnya.Muka asal boleh jer ala-ala hensem sikit dari mr.bean tu memang sangat lumayan poketnya.Namun berapa kerat sahaja yang dapat kita jumpa begini.Kalau ada pun dia sudah berfamili dan sering kesurau atau masjid.

Jika kita terjumpa dikelab-kelab atau spa atau lain-lain tempat yang sewaktunya dengannya itu bermakna lelaki itu adalah lelaki yang dah putus harapan atau mungkin juga lelaki yang sudah hilang nilai kemanusiannya.

Itu pun masih jadi rebutan juga dari orang perempuan!

Bertuah atau tidak lelaki hari ini?

Bertuah sangat....hehe!

chow!


12 Sept 2012

Tergamak

.

Lagu diatas ini sedap sebenarnya kalau dinyayikan oleh penyanyi asalnya.Versi saduran yang ini bukan tak best ...best juga cuma kelakar sangatlah.

Sampai hati kau berdua buat video begini dan tergamak pula kau beraksi berdansa begitu.Dialek kelantan yang digunakan bukan masalahnya tetapi kau dua orang itu yang masalahnya.Kalau mahu berseronok pun agak-agaklah dan kalau betul mahu popular buatlah bersungguh-sungguh bukan begini caranya.

Mana boleh ikut shortcut!

Orang kampung mungkin tak malu sangatlah cuma terasa hati sahaja.Mahu marah pun hendak dibuat macam mana sudah minat mereka begitu kita sabar je laaaaah!

chow!

Gelak


Jika apa yang aku tulis ini akan membuatkan hati engkau terluka dan terguris maafkan aku.Tiada sikit pun aku terniat untuk memburukan atau menghina engkau.

Namun dengan jujur dan tulus iklas engkau benar-benar buat aku tersenyum lalu tergelak besar.Sungguh aku tidak tipu kerana aku sungguh tergugup dan tergagap sekejap.Kaku seribu bahasa begitulah kaedahnya.

Komen INI dilink yang sama diatas nama aqhu gaddhezs malay buat mata aku terkebil-kebil untuk membaca dan mengeja...komennya tertulis begini...


"...aku un ta ska lha dgn suma ny!!maruah pempuan da ilg pztue lki tue leh truskn idop dy ngn aman...ap yg mreka sdang lkukan utk kbaikan pempuan hah!!pntingkan lki ja kha!!!???..."


Kalau datangnya dari pesanan ringkas mungkin juga aku reda menerimanya dengan hati yang terbuka tetapi ini datang dari ruangan komen dengan gaya bahasa yang begitu....ampunnnnn makkkkkk!


"....aku tak fahammmm...kah!kah!kah!...."


Walaupun amat ringkas sekali entry aku kali ini cuma aku berharap agar teguran ini diambil kira sebagai sesuatu yang amat serius kerana aku tidak mahu diri aku terjebak kedalam kedosaan yang terlampau ok!

Namun sesunguhnya ini adalah sesuatu yang sangat serius...


...serius aku tergelak besar!!!

chow!





Dara


Teruna:Setelah bertahun kita bersama menjalin cinta ,aku rasakan sudah sampai masanya kita tamatkan alam percintaan kita dengan satu tali ikatan yang lebih kuat dan kekal.

Dara:aku juga rasa begitu ,tiada apa lagi yang harus kita tunggu .Aku sudah bersedia untuk bersama kau seumur hidup aku.

Maka semua yang dirancang telah sampai pada harinya.Hari ini kami telah selamat dinikahkan ,majlis perkahwinan kami sungguh meriah.Semua sanak saudara ,sahabat,rakan-rakan dan para jemputan turut sama bergembira.Ucapan tahniah dan doa agar kami berkekalan tidak putus-putus diterima.Aku dan dia sama-sama tersenyum puas ketika melihatkan telatah-telatah mereka.

Siang bertukar malam.Malam yang sangat-sangat dinantikan oleh pasangan pegantin.Usik mengusik dan senda gurau orang didalam rumah membuatkan pasangan pegantin menjadi tidak keruan ,tersipu-sipu malu dan muka merah padam.

TETAPI ...tanpa diduga malam itu tepat jam 3pagi,terdengar satu laungan tangisan yang kuat ,membuatkan satu rumah bergegar!!! dan di ikuti dengan satu barisan ayat yang terdengar dengan jelasnya oleh semua penghuni rumah yang masih penuh sesak dengan sanak saudara.

Teruna:...AKU CERAIKAN KAU DENGAN TALAK 3!!!!

Satu rumah gempar,dan dikuti dengan tindakan si teruna yang berlari keluar dari bilik dan terus hilang entah kemana,semua orang berpandangan sesama sendiri dan disusuli dengan pelbagai persoalan.

KENAPA dan MENGAPA?


Dara:Kenapa kau begitu ZALIM terhadap aku.Aku mengakuinya memang salah aku tidak berterus terang dengan kau.Aku takut untuk berterus terang kerana takut kau akan terkecewa dengan aku,tapi sekurang-kurangnya berikan aku peluang untuk memperjelaskannya.Tiada aku berniat untuk mempermainkan perasaan kau apa lagi menyakiti hati orang yang aku cinta dan sayang.Adakah DARA itu benar-benar akan memberikan kau kepuasan dan kebahagian?

Kenapa DARA?..Adakah DARA akan menjamin kebahagian berumahtangga? Aku benar-benar tidak faham! Penting sangatkah DARA kepada semua LELAKI!!


Teruna:Kau memang KEJAM!Kenapa baru sekarang kau hendak berterus terang dengan aku,kenapa tidak sebelum ini,kenapa?Kau tahu betapa aku sangat sayang dan cinta akan kau ,tapi kenapa menipu aku!Aku tiada masa untuk mendengar lagi semua pembohongan kau ,kau boleh pergi MATI!!!


Walaupun kau tiada DARA sekalipun ,bagi aku DARA tidak penting ,yang penting disini ialah JUJUR!!Aku marah dan sakit hati dengan kau bukan kerana kau tiada DARA tapi kau tidak JUJUR!!!


Disini ingin aku bertanya yang mana satu lebih penting?

chow!

10 Sept 2012

Hiba


Satu sikap yang cukup susah untuk di ikuti bila kita terasa kita yang terbaik dan terhebat.Aku juga terkadang tidak terlepas dari sikap ini namun aku punya rasa yang agak cepat bertindak sebelum aku terus berjalan mendabik dada dan di sertai oleh rakan-rakan bertanduk kita.

Rakan-rakan bertanduk kita cukup mahir untuk mempergunakan kita demi apa yang telah dijanjikan terhadap si Pemilihara.Rakan-rakan kita itu memang sangat berdedikasi dan berdisplin tinggi.Mereka bukan sebarang kejadian ,mereka yang terhebat sebelum kita .

Aku juga dapat melihat dengan terang dan jelas bagaimana kita yang sangat tinggi ilmunya ,begitu alpa dan bermimpi seakan "Dunia Ini Ana Yang Punya".Kau jangan usik apa yang aku pegang dan juga jangan cuba ubah-ubah apa yang aku pandang...

"Nahas kau aku kerjakan!"

Itu sebenarnya yang aku cuba terokai dan selami tapi memang benar kata-kata itu...

"kau fikir mudahkah memecahkan peti hati mereka"!


Pedang yang terhunus sahaja harus di rejamkan ketengah lautan kekerasan yang penuh dengan butir-butir pasir yang sekian lama telah terbenam dalam di dasarnya itu.Tidak mungkin semudah itu.Dulu dia yang terakhir,lebih besar dan terbentang luas lagi merempuh segala kepayahan sebelum sampai yang terhujung sekali.

Siapa aku manusia yang tiada terlindung dari panahan sang durjana.Setiap dari kita harus mampu menahan gelora jiwa yang tersalut dengan seribu macam kepingan kerlipan cahaya bintang.Semoga aku terpelihara hendaknya dari segala pancaran sinaran keegoan dan kemusnahan.Harus aku jatuh melutut menunduk muka demi mu dan seandainya aku terlupa arah ,berikan aku sentapan dari cahaya kegelapan.

Aku adalah aku.

Jika aku hiba kerana minta direndahkan kata-kata ,aku akur .Namun aku tidak akan semudah itu untuk tunduk.Aku punya hati aku sendiri,kerana siapa mereka harus aku akur...keras hati keras lagi aku.

Cuma yang terpelihara sahaja yang akan aku akur dan taati dan ikuti.Mereka juga aku, tiada sebab untuk di turuti dan di takuti,tak perlu sungguh.Malah juga boleh di bantah dan di persoalkan.Itu aku amat yakin dan percaya,kerana itu aku sudi berdepan walaupun harus berdepan dengan aku yang menongkah arus.Ada aku peduli,tidak sama sekali kerana jalan yang aku lalui ,aku amat yakini.

Begitu juga kamu-kamu,harus percaya diri dan yakin juga fahami setiap apa yang dipijak, kita sudah tahu keras,lembut dan sakitnya.Begitu juga aku yang tiada setitik takut dengan apa yang akan timbul dari amarah hati mereka.

Kerana aku tahu jalan yang aku tujui dan aku idamkan.Namun tidak sesekali aku meludah tinggi ke langit dan menadah dada untuk dimiliki semula .

TIDAK!!!

Tapi yang pasti aku akan tetap menolak diri aku serendah separas bumi.Biar aku rugi disini ,biar aku luka berdiri tapi jangan aku terlepas lepas melalui pintu yang lagi satu itu.JIKA tidak aku pasti terpaku melekat hingga ke hujung tradisi yang terdahulu.Dulu yang kekal sebelum ada kita.Sebelum ada semua.


Aku hiba diketika ini...




chow!

9 Sept 2012

Taik!



Ini kali kita bicara santai ok...kalau semuanya berat-berat pun otak kita boleh jadi kematu...hehe!

Al-kisah cerita rumah terbuka...

Aku sebenarnya bukan lah jenis suka pergi rumah orang terbuka hendak-hendak pulak last-last call raya ni.Bukannya apa aku malas nak pergi kerana aku tahu apa akibatnya nanti.

Bila balik sahaja kerumah mulalah perut buat hal dan didalam hati kompom dah tersedia beberapa kerat ayat maki hamun yang tersangat jelas tiada budi pekertinya.Kita iklas bila mengata hendak buat lagu mana yer tak!

Aku kadang-kadang tak faham adakah perut aku memang jenis manja atau orang yang buat rumah terbuka masak cincai boncai?

Tak baik kannn...sangka buruk dengan orang.Rumah yang kita kunjungi itu pula bukanlah rumah orang lain rumah kawan-kawan kita juga.Kalau orang itu jenis kita tidak kenal patutlah kita sedekahkan dia sedikit maki hamun tetapi ini rumah kawan yang biasa kita jumpa.

Cuma aku rasa mungkin keluarga mereka yang tidak suka buat rumah terbuka atau mungkin juga aku yang berfikiran begitu.Tak elok aku ni kan!

Dimana lagi tempat yang sesuai untuk diluahkan rasa hati ini kalau bukan disini...hehe!

Jika didalam muka buku kompom aku kena maki balik.Lebih baik aku membebel disini dan mengata bagai.Niat aku baik sebenarnya tidak mahu mereka terasa hati dan serik ajak aku kerumah mereka dilain tahun.Bukan senang nak dapat makan free kalau bukan dirumah kawan-kawan kita kannnn!

Lemang,ketupat,rendang ayam,kambing,lembu ...rusa pun ada!

Lepas itu pulak pekena lauk asam pedas...segala bagai ikan ada.Lagi untuk menambahkan perasa kita balun pulak satay dan kambing panggang! Disulami pula dengan pelbagai jenis air ...nak-nak pulak kalau kena air berkobonat....peh! Berkocak perut!

Hehehehe!

Aku ni pulak jenis lepas mulut bila bercakap.....

"...INI NAK BAGI MAKAN KE ATAU NAK BAGI PERUT AKU PECAH!..."

Hendak salahkan siapa?

Last-last tandas rumah kita jadi port paling baik dan itu pun kalau lah sempat balik sampai rumah kalau tidak rumah orang itu juga kita taikkan!

Lagi tak best kalau rumah terbuka yang kita pergi itu jauh dari rumah kita mulalah kita melilau cari petrol stesen untuk buang taik.Kalau macam aku mudahlah tetapi kalau bawak orang perempuan lagi naya!


"...You...toilet ni kotor ....You toilet ni busuk....You toilet ni bla bla bla...."


Part ini memang mana-mana lelaki pun boleh naik angin.Hendak buang taik bukannya nak disimpan.Kalau taik awak itu wangi ok lah ini busuk jugak macam semua orang buang je la kat situ...apa daaa!

Eeeeee...meluat aku dengan orang pompuan yang begini ....nak buang taik pun boleh jadi isu boleh bikin gaduh!

Gaduh pasal taik? Patut ke?


chow!

8 Sept 2012

Beza



Semua orang gembira dan ada sebilangan kecil dari kita tidak merasakan akan kegembiraan kita.Kepada mereka semua ini tiada apa pun yang ternampak perbezaannya.Semuanya sama sahaja.Berikan dan buatlah apa sahaja tetapi kepada mereka-mereka ini mereka tetap mengatakan ini bukan perbezaan yang berbeza.

Kepada aku mereka ini tidak tahu atau hanya buat-buat tidak tahu dan memekakkan teliga dengan begitu bersahaja.Mereka gusar untuk bergembira dan mengucapkan kata-kata bersyukur.Takut-takut nanti di tuduh berpaling tadah dari aliran kepercayaan mereka.Takut di tuduh bermuka-muka dan demikian mereka terpaksa berlagak seperti ini bukan sesuatu yang harus disambut dengan rasa kesyukuran dan satu perbezaan.Bagi mereka ini semua sama dan tiada beza lansung!

Ini cuma gula-gula pemerintah untuk memenangi hati-hati rakyat jelata.Tidak diberi salah bila diberi mereka mentertawakan dengan tangan kanan yang masih kekal menadah walaupun mereka tahu apa yang sedang mereka lakukan adalah salah.Mereka berpura-pura dan disamping itu terus juga mengaut segala yang di berikan oleh pemerintah.Katanya ini rezeki yang tidak seharusnya di tolak begitu sahaja.Ini sememangnya sikap yang selalu mereka amalkan dari dahulu lagi dan memang tiada banyak bezanya sehingga hari ini.

Biarkan mereka aku faham apa yang kamu mahukan.Tiada halangan sama-sama merasakan kenikmatan yang ditaburkan.Aku gembira kau turut bergembira.Aku gembira suka dan kau pula bergembira berpura-pura.Dasar orang tiada malu itulah kamu.

Hari ini jika kita duduk melepak dengan orang-orang tua zaman-zaman penjajah pasti kita akan terdengar cakap-cakap sebegini...


"....Dulu nasilemak satu bungkus cuma 5 sen je...gula satu kati baru 15 sen! Dulu gaji kami rm100 sebulan pun cukup untuk makan pakai sebulan tiadalah berhutang sana sini...Hari ini gaji kau kalau rm 1000 sebulan pun belum tentu cukup untuk kau sekeluarga! Hari ini jika kau tidak betul-betul akan datang pasti kau akan susah.Bila gaji naik harga barang-barang pun ikut naik juga.Bila harga barang-barang naik gaji tidak naik-naik juga....dan bla bla..."

Aku selalunya bagi laluan kepada orang-orang tua ini untuk bercerita kisah-kisah zaman mereka.Zaman susah senang mereka.Zaman muda remaja mereka...zaman gila-gila mereka.Bila mereka sudah penat dan kehabisan idea barulah aku buka aku punya bahagian pulak.Langkah kata di buka dengan berhati-hati dan perlahan-lahan agar tiada hati yang tertusuk duri...hehehe!

"....Benar dahulu nasi lemak sebungkus cuma 5 sen dan benar juga gula sekati 15 sen sahaja. Gaji atau hasil pendapatan sebulan sekitar bawah rm100 pun sudah sangat-sangat mengcukupi! Sebenarnya tiada perbezaan pun jika gaji kita rm 1000 dengan gaji mereka rm 100 sebulan.Cuma yang berbeza ialah masanya.Jika dulu gaji rm 100 patutlah kalau nasilemak sebungkus 5 sen dan gula sekati 15 sen.Bolehke jual kalau nas lemak sebungkus rm 2 masa itu? Kompom tidak bukan dan sama juga lah kalau hari ini gaji kita rm1000 sebulan patutlah kalau harga sebungkus nasilemak rm 2 dan gula sekilo rm1.80 !..."

Ada perbezaan ke?

Aku tidak nampak perbezaannya.Kepada aku sama sahaja.Gaji naik di ikuti harga barang-barang naik dan ianya bersilih ganti sejak dari zaman penjajah lagi.Kalau dulu 5 sen boleh beli nasilemak sebungkus dan nilainya sama dengan nasilemak rm 2 sebungkus pada hari ini.Dulu gaji rm 100 sebulan dan hari ini rm 1000 sebulan sebenarnya nilainya sama sahaja.

Apa yang berbezanya ialah hari ini kita punya banyak pilihan dan kita pula ada banyak nafsu.Kita tidak melihat kepada keupayaan kita dalam perbelanjaan.Kita pakai otak yang berakalkan nafsu semata.Kita tidak mampu tetapi kita ikutkan rentak nafsu kita.Kita cuma mampu beli baju sehelai rm25 ringgit tapi kita belasah beli yang berharga rm150 sehelai.Kita cuma mampu naik motor sahaja untuk pergi balik kerja tetapi kita beli kereta!

 Salah siapa? dan apa perbezaanya dengan orang-orang dahulu?

Salah kita sendiri kerana tidak tahu membezakan.Orang tua kita boleh bercakap begitu kerana dahulu mana ada jalanraya yang cantik dan mana ada motor dan kereta yang murah-murah macam hari ini .Itu pasal kalau gaji  mereka sebulan cuma rm 100 pun cukup!

Gaji naik pun tidak suka dapat bonus pun tidak bersyukur alih-alih pemerintah juga yang mereka ganyang tidak sudah-sudah.Ada sahaja yang tidak cukup dan tidak adil.Kalau boleh gaji pemerintah dengan gaji orang kebiasaan di sama ratakan.Kerja mereka dengan kerja yang kamu buat agak-agaknya sama berat dan sama banyak tak?

Kalau rasa serupa dan sama dan juga tiada perbezaannya baguslah kalau beriya-iya benar untuk di selaraskan tarafnya.

Sememangnya manusia hari ini pelik-pelik.Susah tidaklah susah sangat.Melarat pun tidak tetapi ada sahaja yang mahu di komplainkan.Sibuk dengan pelbagai isu yang tidak putus-putus dan tidak pernah ada kesudahannya.Semua orang di persalahkan walaupun sendiri yang cari susah.Bagi mereka perbezaan tidak akan berbeza selagi bukan mereka yang memegang tampuk kekuasaan dan disitu baru ada perbezaannya kepada mereka.Sesungguhnya memang sangat sukar untuk di mengertikan apa yang sebenarnya yang mereka mahukan dan inginkan!

Begitu juga dengan mereka yang takut dan seram dengan pendatang-pendatang asing yang datang kesini untuk mencari rezeki.Tidak dinafikan ada segelintir mereka bersifat jahat.Orang tempatan juga ada yang jahat.Berbeza sangatkah mereka dengan kita? Tiada bukan tiada perbezaannya.

Apa yang berbezanya mereka dengan kita?

Dari segi rupa bentuk dan rupa paras terlihat sama sahaja.Mungkin kita nampak lebih kemas dan bersih sedikit dari mereka yang alakadar penampilannya.Namun yang paling ketara perbezaannya ialah mereka sangat rajin dan tidak banyak cakap.Rajin kerana sememangnya mereka datang ke sini untuk mencari rezeki.Tidak banyak bercakap kerana tiada apa yang mereka mahu cakapkan.Kurang fasih dan dan terasa asing di negara orang.

Cuba bayangkan kalau mereka-mereka ini tiada di negara kita.Siapa yang harus angkat sampah di belakang rumah kita setiap 2 hari sekali?Siapa yang harus memotong rumput di depan rumah kita dan bersihkan longkangnya sekali? Siapa yang mahu bangun pagi-pagi buta di pasar untuk membantu para peniaga membuat persedian dan membantu menguruskan perniagaan?Siapa yang rajin untuk pergi membuat pesanan makanan di restoran-restoran mamak?

Aku tak rela kamu relakah?

Orang tempatan memang rajin...rajin bercakap dan rajin berborak.Bercakap bagaikan aku ini perdana menteri.Bercakap bagaikan aku ini imam besar masjid negeri.Semua aku tahu dan semua ada dalam gengaman tangan.Kau ceritalah apa tajuk sekalipun pasti mereka akan bercerita yang kawan aku kenal si polan dan si polan...'kawan dia' tak habis-habis!

Betul atau tidak semua orang tiada jawapan untuk itu.Semua orang hanya mendengar dan menganguk kepala.Malas mahu di lawan agaknya atau malas mahu di layan...lantaklah kau di situ!

Benarkah kita ini tiada perbezaan dari dahulu hingga ke hari ini?

Adakah kita masih dengan sikap malas kita? Adakah kita suka menanti peluang dan bukannya mengejar dan merebut peluang?Adakah benar kita sukar untuk mengucap syukur seperti mana orang-orang asing yang datang ke negara kita ini?

Orang kita hari ini sudah tidak tahu untuk membezakan yang mana satu kaca dan yang mana satu intan.Kepada mereka kaca dan intan sama sahaja nilai dan mutunya.Tiada perbezaannya.Semakin lama semakin parah cara pemikiran.Semua gara-gara orang yang gila untuk berkuasa.Semuanya hendak di halalkan cara.Semuanya mahu di setarafkan dan tiada perbezaannya.Kau dan aku kita serupa dan sama.Namun hakikatnya tidak sama sekali.

Mereka berkata ini adalah perbezaan yang amat-amat ketara.Tapi dari sudut pandangan mata aku sama sahaja.Mereka mahukan kuasa dan harta.Jika benar-benar kerana yang satu tidak mungkin mereka menafikan yang satu lagi.Zaman berzaman tidak habis-habis cuba menafikan antara satu sama lain.Padahal yang di percayai dan ikuti adalah perkara yang sama juga.Itu yang seringkali aku terfikir sejenak.Sampai bila pertelingkahan begini akan sampai penghujungnya?

Sebenarnya apa yang berbezanya.Tiada yang berbeza diantara kita semua.Kita semuanya sama di hidupkan dengan roh yang satu.Roh yang juga bukan hak milik kekal kita selamanya.Cuma pinjaman semata.Rupa bentuk dan paras kita mungkin berbeza tetapi darah dan daging yang melekat di badan kita tetap sama dan serupa.Cuba jangan kita cuba membeza-bezakan sesama kita.Kita sesungguhnya adalah sama belaka.

Perbezaan sebenar kita ialah amalan dan kesalahan yang kita lakukan .Banyak atau sedikit dan lama atau sebentar.Itu sahaja yang mungkin jelas berbeza.Hakikatnya di akhir hari nanti kita tetap sama-sama akan di bogelkan dan di hindarkan dari perbezaan yang mungkin selama ini kita pegang dan percaya.Kau dan aku akan di setarafkan sebagai hamba yang hina dan kerdil.


Semolek-moleknya kita akur sahaja dengan apa sahaja kemungkinan yang datang.Jangan kita mengada-gadakan sifat perbezaan.Kita tetap sama dan tetap serupa.


Itu sahaja rasanya buat setakat ini.




chow!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...