Pages - Menu

27 Sept 2012

Rahsia


Sengaja aku rahsiakan siapa aku tujuannya cuma satu iaitu mahu melihat adakah dunia maya ini luas.Aku mahu tahu adakah aku atau tulisan aku dapat dikenali lagi.Belum masuk 3 bulan aku berkelana di blog baru ini sudah ada blogger yang sudah dapat mengecam aku siapa.

Hebat bukan!

Bukan aku yang hebat tetapi kamu yang hebat kerana begitu cepat dapat menggagak dan meneka siapa aku dan dari blog mana aku bermula.

Pada permulaannya dahulu aku cuba untuk tidak dikenali dan cuba bertukar konsep dari penulisan yang tajam dan dalam kepada yang mudah dan santai tetapi nampaknya aku gagal untuk berubah.Aku tetap aku.Kegagalan ini adalah kerana aku telah mencedok beberapa entry lama aku dan aku keluarkan disini.Aku cuba untuk tidak berbuat demikian tetapi bila aku kembali semula ke blog lama aku terasa sayang pula dengan beberapa entry lama yang terbiar begitu sahaja disana.

Ingin sekali aku kongsikan disini dengan kawan-kawan baru aku tapi apakan daya dunia maya ini sebenarnya kecil!

Engkau bertopeng atau engkau cuba merubahkan rupa kepada yang lain tetapi jika orang pernah membaca dan datang ke blog engkau orang itu pasti akan terperasan sesuatu....


"...eh! ini macam sipolan tu punya tulisan lah..." 


Kenapa aku cuba berselindung dan berahsia?
Di blog lama itu di akhir-akhir riwayatnya terlalu banyak tulisan yang aku sendiri tulis aku tidak begitu suka.Tulisan aku mulai terlalu jiwa sangat dan hampir-hampir membogelkan siapa aku.Nasib baik aku cepat-cepat sedar dari kealpaan.Kalau tidak aku rasa aku sendiri akan berasa malu!

Kerana...

Itu bukan blog tunggal aku...aku sebenarnya ada satu lagi blog yang juga telah aku kuburkan.Blog yang ini aku sangat terbuka sekali.Ramai juga pembaca aku.Aku seronok sekali dengan blog yang satu ini kerana blog ini adalah blog siapa aku sebenarnya.Tiada selindung tiada topeng malah kamu semua boleh melihat siapa aku sebenarnya!

Tetapi...

Suratan takdir telah datang berjumpa dengan aku makanya terpaksa aku terus menutup pintu untuk semua pembaca aku yang aku kagumi dan sayangi.Secara jujur aku sangat sayang dengan blog yang satu lagi.Blog itu sangat jujur dan luhur.Jika ada jodoh mungkin disuatu hari nanti aku akan memberanikan diri untuk memperkenalkan siapa diri aku sebenarnya.

Blog yang pertama ramai di antara pembaca aku disini dapat meneka dengan tepat tetapi blog yang satu lagi itu belum ada satu orang pun dapat hidu.Aku rasa mungkin di antara kamu pernah kesana tetapi tidak sedar siapa aku sebenarnya.Masa itu aku cukup enjoy melayan 2 akaun blog sekaligus.Satu blog yang tertutup dan satu lagi terbuka.Maksud aku ialah blog yang pertama tiada gambar tentang aku tetapi blog yang satu lagi penuh gambar tentang kegiatan aku dan siapa aku!

Bab yang paling best ialah bila ada blogger yang sama datang serentak dikedua2 blog dan beri komen dan begitu juga dengan aku yang berlakon seolah-olah bukan orang yang sama tetapi adakalanya aku terlepas komen dengan identiti yang salah.Kelam-kabut juga lah mendelete...hehe!


Ini merupakan blog aku yang ke-3.

Blog yang pertama adalah tempat aku mencurahkan segala macam rasa hati aku.Rasa marah dan kecewa dengan segala macam perkara.Tulisannya agak keras dan tiada berkompromi.

Blog yang ke-2 pula adalah satu blog yang agak kontra sekali konsepnya dengan blog yang pertama dan yang terkini ini.Blog ini adalah blog kesayangan aku.Disana kadang kala aku tiada masa untuk membalas komen dan juga membalas lawatan semula.Sedih sangat taktala aku terpaksa membuat keputusan untuk menutup terus blog itu.Bukan hanya aku sahaja tetapi begitu juga dengan si dia!

Blog itu kalau aku beritahu disini pasti ada yang akan terperanjat gila kerana tidak menyangka sama sekali itu adalah aku.Ianya umpama langit dengan bumi perbezaannya!


Namun bak kata Datuk Siti Nurhaliza....biarlah rahsia!


chow!






38 comments:

  1. mentang2 ler yana blogger baru ... mmg xdpt teka. lol heheh

    ReplyDelete
  2. normal kalau blogger brtopeng lebih dri 1 blog kn? tp cner ko bahagikn masa eh, ni yg ke 3 kn? emm letihh wehh.. nyway, ak ni penah pijak laman ko yg lain tak aa? #smbil angkat kening.

    harap semuanya disni ikhlas tulus dri hati, jgn menulis hipo sudh ! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2blog yang lama itu aku telah delete...cuma yang ini sahaja sekarang aku layan...

      entah...aku rasa ada kot...hehe!

      Delete
  3. utgla byk masa bt byk blogg:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. x juga...bila ada masa lapang baru bikin blog...

      Delete
  4. bnyk nye blog awk kan? dari ctu bole taw awk ni mcne kot!
    ape pun awk siapa pun awk bagaimana kenapa apakah?
    sy nk awk taw..
    penulisan n penceritaan cara gaya mutu keunggulan awk mmg AWESOME!
    nakk sign >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. auw!

      malu i u...

      cuma ini saja yang tinggal yang lagi 2 tu dah tinggal sejarah!

      Delete
  5. smpi skang xtau..ermmm.. btw, klu rs ni yg terbaik, teruskan la.. xde sapa halang.. tu semua kehendak awk sendiri.. mungkin ada sebab awk berahsia skang ni.. =)

    ReplyDelete
  6. Please link blog blog dlu. Hiks. nak baca

    ReplyDelete
  7. Kau Kak Senduk (meriahuoll) kan? hahahaha okay sorry, lawak kasar :P

    ReplyDelete
  8. tak tau la pernah melawat blog awak yang 1st tu. kalau yang sebelum blog lelaki semalam ni, dah jenuh bace dah. hehe. jadi bile munculnye blog yang ni, terus terfikir..aku macam kenal je cara penulisan die ni. dan tekaan aku betul. yezza!

    dill.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dill...

      u la blogger pertama sekali tahu siapa i!

      tapi blog yang satu lagi tu mmg u ada singgah sekali ...hehe!

      Delete
    2. ni bila masa gune i-u ni. geli nyah..haha!

      dill.

      Delete
    3. hehe ala nak manja2 pun tak leh!

      benci i!

      hehe!

      Delete
  9. Berapa byk blog ko Ada daaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. halooo...


      lu adalah pengunjung tetap di blog lama tu tahu!

      tenkiu bro!

      jeles dengan majlis kawen kau yang meriah tu...hehe!

      Delete
  10. siapakah dikau ini yang sebenarnya?? adakah aku mengenali? cuba bagi hint kat aku. aku kenal atau tak.

    ReplyDelete
  11. amboi . rasa curious pulak :O

    ReplyDelete
  12. yes aku dah tahu.....tapi biarlah ko sendiri yg dedahkanya bro...




    patut la blog lama ko tiada ruang komen der.... patut lah juga tajuknya mcm penamat penulisan.


    takpe lu mmg steady lah bro. apa2 pun lu mmg hebat.

    ReplyDelete
  13. biarlah rahsia. like tis quote!

    ReplyDelete
  14. Berahsia sangat pemilik blog ni. Kemain!

    ReplyDelete
  15. aku tak suka rahsia, tp kadang2 kita perlu ada rahsia juga ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpaksa berahsia...kalau tak huru hara ni...hehe!

      Delete
  16. amboi.. feeling dato CT la pulok.. hehe.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...