Pages - Menu

20 Sept 2012

Dunia Duit


Bermula dengan suka sama suka dan bila terasa ada kerasian maka berputik pula bunga-bunga cinta.Seperti yang semua orang ketahui cinta memang sangat indah rasanya.Sesiapa yang pernah bercinta pasti dapat merasai betapa indahnya cinta.Semua yang dibuat dan lakukan terasa sungguh mudah dan selesa.Tiada rasa bosan dan marah-marah cuma yang ada adalah senyuman melirik tidak sudah-sudah dari raut wajah seseorang yang sedang asyik di lamun cinta.

Sehari ke sehari berlanjutan ke tahun cinta yang di semai semakin kembang mekar seindah-indahnya.Kita sudah mula berkira-kira dan mula membuat perancangan untuk membuka langkah baru ke alam yang lebih matang dan serius.Kita sudah dapat merasakan bahawa dia ialah apa yang kita impi-impikan selama ini.Dia yang akan sama-sama mengharungi susah dan senang dalam melayari kehidupan seterusnya.Dia yang kita yakin untuk bersama-sama membina mahligai cinta sejati dan mungkin juga akan sehidup semati akhirnya.

Alhamdullilah apa yang dihajati telah terpatri dengan penuh meriahnnya.Semua orang bergembira termasuk kedua orang tua kita ,saudara mara kita dan tidak ketinggalan juga rakan dan taulan.

Indah semakin indah bila cinta yang di semai selama ini sudah di miliki di hati kita.Kau dan aku bersatu sebagai suami isteri.Ketika ini dunia ada;lah milik aku dan apa sahaja yang dilakukan semuanya serba -serbi indah.Tiada apa lagi yang dapat memisahkan cinta sejati dua sejoli ini lebih-lebih lagi setelah ikatan terjalin dengan secara sahnya.

Lagi bertambah-tambah indah bila kita di anugerahkan cahaya mata dan bukti cinta kita semakin mendalam dan tebal,Waktu ini tiada apa lagi yang dapat memisahkan mereka kecuali maut sahaja.Itu pun kadang-kadang ada manusia yang tidak redha akan permergian dia yang tercinta.Tuhan pula yang akan di tunding sebagai pesalahnya.Tiada yang tiada mustahil bila bersangkut paut dengan cinta!

Semua orang kalau boleh mahu semuanya yang di rancang akan berjalan dengan penuh harmoni dan aman damai.Tidak semua bakal berakhir dengan senyuman.Ada bermacam siri kisah akhir cinta ini.Ada suka dan duka.Kecewa hampa dan mungkin jadi gila.

Hari ini kita pasti banyak terdengar atau terbaca atau mungkin juga kita melihat dengan biji mata kita sendiri.Bercinta ,berkahwin tetapi akhirnya berpisah.Mungkin tiada jodoh adalah salah satu sebabnya tetapi apa yang jelas pada hari ini bukan kerana jodoh tetapi lebih kepada pasangan-pasangan tersebut.

Masa bercinta semuannya indah bila susah sama-sama merasakannya bila datang dugaan dan cubaan sama-sama tabah mempertahankannya.Sanggup nyawa di pertaruhkan asalkan dapat bersama.Bila masuk ke alam berumahtangga semua telah di rancang dan di perkenankan...susah senang bersama!


"...I jump U jump....mungkinlah ...kalau aku no! no!....hehehe!

 Semua itu boleh di uruskan tiada masalah besar sangat pun untuk di selesaikan TETAPI bila sampai bab ini ianya akan menukarkan segala-galanya 100%!!!

Cinta umpama neraka tiada lagi indahnya.Semua sudah jadi tidak keruan semuanya seakan musnah berkecai-kecai bak kaca.Semua yang di rancang sepantas kilat musnah sekelip mata.Senang cerita malapetaka bak di serang garuda gamaknya.

Bila...DUIT menjadi punca kepada segala-galanya.Duit menjadi hakim kepada keindahan cinta yang kita miliki.Duit yang menjadi musuh cinta kita.Duit yang menjadi batu api kepada semua pertilangkahan ini.Duit yang menjadi perancang utama kepada kemusnahan dan kematian cinta kita.

Sudah terlalu ramai yang telah kecundang akibat dari permasalahan ini.Tiada yang lebih hebat cubaan dan dugaan datangnya dari duit.Dugaan dari orang ketiga bukan selalu akan di terima kerana ianya perlu datang dari persetujuan dua belah pihak.Dugaan dari orang tua kita dan saudara mara itu bukan sesuatu yang tidak boleh di selesaikan.Dugaan dari yang maha berkuasa itu adalah soal lain.Semua umatnya akan di duga dan di cuba  setahun sekali atau dua kali itu sudah di janjikan olehnya dan tertulis dalam Al-Quran!

Jika dugaannya ialah DUIT...hari-hari cerita pasal duit,,,itu duit dan ini duit! Esok pagi celik biji mata sahaja teringatkan duit berpaling pandang dinding pun ternampak duit.Apalagi kalau sudah berumah tangga rasanya bangun sahaja dari tidur terus berlari keluar dari rumah dengan teliga di tutup rapat dengan tangan kerana tahu sebelah kita adalah "raja atau hantu" duit!

Dalam hal ini bukan salah sesiapa tetapi salah masa dan keadaannya.Kita tidak melihat jauh-jauh akan permasalahannya.Kita terlalu teruja bercinta.Kita di sampuk dengan hantu resah gelisah bila tidak bersama.Hati dan akal kita beku dan buta untuk bertanya kepada diri sendiri sejauh mana kemampuan kita sebenarnnya.Kita sibuk dengan DUNIA CINTA kita!

Kita cuma berfikir semua di dalam dunia ini adalah semata-mata bersandarkan kepada kekuatan cinta.Cinta kita kuat dan kebal maka tiada siapa yang dapat merobohkannya.Kita terlupa memang tiada sesiapa pun dapat merobohkan tugu cinta kita kalau bukan kita sendiri!

Cinta kita kuat kerana kita .Cinta kita lemah juga kerana kita.Ianya memang nampak mudah tetapi bukan terlalu sangat mudah.Semuanya ada harga yang perlu di bayar dan tidak sepercuma yang di sangkakan.Tiada ada salahnya kalau mahu bercinta hari ini atau akan datang kerana semuanya telah tertulis dan terencana.Lari kemana jua kerana takut kepada cinta tetapi akhirnya kita pula dahagakan cinta.

Kalau ada sesiapa yang ragu-ragu untuk jatuh cinta itu adalah hak kamu cuma takut cinta yang kita tolak itu adalah cinta yang kita cari-cari selama ini.Jika terlajak perahu masih boleh kita berundur tetapi jika kita dengan sengaja melajakkan perahu kita jauh ke tengah ada kemungkinan besar kita kan terus hanyut bersama-sama arus deras air...dan kita sendiri tidak tahu ke mana arah dan tujuannya dan juga tidak tahu yang mana satu tebing harus kita rapati...

Atau mungkin sudah nasib anda harus terus bersendiri di dalam dunia ini selamanya...Cinta cuma dengan diri sendiri sahaja!


chow!

33 comments:

  1. Selalu dengar perempuan cakap boleh hidup tanpa lelaki.... Entah ya entah tidak :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun selalu dengar macam tu...yeye jer kannn!


      hehee!

      Delete
  2. yerr...itu betul. perempuan boleh hidup kalau tak de laki..tapi laki boleh tak kalau tak de perempuan? kehkehkeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke perempuan takleh hidup tanpa laki.
      nafsu pompuan macam mana?.

      Delete
    2. Boleh je perempuan survive tanpa lelaki..
      Cuma lelaki jer suffer kalo takde perempuan...

      Delete
    3. ini sampai akhir tahun pun x boleh habis borak ni...hehee!

      Delete
  3. Pernah tak dengar quotes 'when poverty knocks the door, love flies through the windows'. Itu boleh diguna pakai. Cinta sekarang harus ada duit. Beli pampers anak, rawatan kesihatan, makanan, rumah semua pakai duit. Tak ada pun yang bayar guna rupa hensem

    ReplyDelete
  4. totally agree bro... duit adalah segala2nya sekarang. dengan duit, maka akan bertahanlah cinta. dengan duit juga, kita mampu kekalkan cinta dan tambah lagi senarai cinta dengan persetujuan cinta yang pertama. inilah kuasa duit. jika bersandarkan cinta semata2, iyalah. setahun dua mungkin boleh bertahan, tapi jika lebih daripada 4 tahun??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di awal percintaan semuanya ok begitu juga dialam perkahwinan...segalanya sehati sejiwa tapi selang beberapa tahun kemudian...jeng2!

      lu sapa gua sapa!

      Delete
  5. ya. pepatah 'duit bukanlah segala-galanya' adalah tidak releven dgn keadaan sekarang..

    ReplyDelete
  6. Hamba kapitalis, kiblat duit, memang macam tu pun sekarang, rase palat jugak, tapi nak wat camane, survival itu perlu. Hehe.

    ReplyDelete
  7. duit sekadar cukup.
    kalo nak lebih.
    tinggalkan lah.

    ReplyDelete
  8. ptut xde sapa nk bcinta dgn aku..

    takde duit..!

    eh..

    ReplyDelete
  9. whoaaaaa ~
    aku teruja giler baca ayat2 kau .
    kau nih sasterawan ke ?????
    _________

    ReplyDelete
  10. I love this entry so much! -duit bukan segalanya ,tapi segalanya memerlukan duit!

    ReplyDelete
  11. cinta tanpa tanggungjawab memang indah!
    bila tanggungjawab datang..cinta pun bole luntur..sbb tiada kemampuan utk bertanggungjawab. tugas seorg suami bukan sahaja memberi cinta tapi menyediakan keperluan utk isteri, rumah, makan dan pakai. semua tu duit kan?
    setuju dgn Jna marcello ~ duit bukan segalanya, tapi segalanya memerlukan duit!

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang lelaki tolong ambil serius yer...hehe!

      Delete
  12. penjelasan yang panjang lebar + amat padat! betul tu..skrg ni, duit xde, susah nk hidup + duit duit duit adalah cinta terbaru zmn ni

    ReplyDelete
  13. Duit memang penting dalam kehidupan berumahtangga. Kalau tidak, mau nya huru-hara dunia.

    ReplyDelete
  14. klu xde duit,camna nak kawen?.hehehe....klu betul cinta,kena menabung sedari mula bercinta..betul x?

    ReplyDelete
  15. perempuan tak boleh hidup tanpa lelaki. dan lelaki tak boleh hidup tanpa perempuan. dua-dua sama je.


    kalau takde duit nanti tak boleh byr broadband. kalau tak byr nanti tak boleh on9. kalau tak boleh on9 nanti tak boleh komen kat blog2. kesimpulannya semua kena ada duit. haha XD

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...