Pages - Menu

12 Sept 2012

Dara


Teruna:Setelah bertahun kita bersama menjalin cinta ,aku rasakan sudah sampai masanya kita tamatkan alam percintaan kita dengan satu tali ikatan yang lebih kuat dan kekal.

Dara:aku juga rasa begitu ,tiada apa lagi yang harus kita tunggu .Aku sudah bersedia untuk bersama kau seumur hidup aku.

Maka semua yang dirancang telah sampai pada harinya.Hari ini kami telah selamat dinikahkan ,majlis perkahwinan kami sungguh meriah.Semua sanak saudara ,sahabat,rakan-rakan dan para jemputan turut sama bergembira.Ucapan tahniah dan doa agar kami berkekalan tidak putus-putus diterima.Aku dan dia sama-sama tersenyum puas ketika melihatkan telatah-telatah mereka.

Siang bertukar malam.Malam yang sangat-sangat dinantikan oleh pasangan pegantin.Usik mengusik dan senda gurau orang didalam rumah membuatkan pasangan pegantin menjadi tidak keruan ,tersipu-sipu malu dan muka merah padam.

TETAPI ...tanpa diduga malam itu tepat jam 3pagi,terdengar satu laungan tangisan yang kuat ,membuatkan satu rumah bergegar!!! dan di ikuti dengan satu barisan ayat yang terdengar dengan jelasnya oleh semua penghuni rumah yang masih penuh sesak dengan sanak saudara.

Teruna:...AKU CERAIKAN KAU DENGAN TALAK 3!!!!

Satu rumah gempar,dan dikuti dengan tindakan si teruna yang berlari keluar dari bilik dan terus hilang entah kemana,semua orang berpandangan sesama sendiri dan disusuli dengan pelbagai persoalan.

KENAPA dan MENGAPA?


Dara:Kenapa kau begitu ZALIM terhadap aku.Aku mengakuinya memang salah aku tidak berterus terang dengan kau.Aku takut untuk berterus terang kerana takut kau akan terkecewa dengan aku,tapi sekurang-kurangnya berikan aku peluang untuk memperjelaskannya.Tiada aku berniat untuk mempermainkan perasaan kau apa lagi menyakiti hati orang yang aku cinta dan sayang.Adakah DARA itu benar-benar akan memberikan kau kepuasan dan kebahagian?

Kenapa DARA?..Adakah DARA akan menjamin kebahagian berumahtangga? Aku benar-benar tidak faham! Penting sangatkah DARA kepada semua LELAKI!!


Teruna:Kau memang KEJAM!Kenapa baru sekarang kau hendak berterus terang dengan aku,kenapa tidak sebelum ini,kenapa?Kau tahu betapa aku sangat sayang dan cinta akan kau ,tapi kenapa menipu aku!Aku tiada masa untuk mendengar lagi semua pembohongan kau ,kau boleh pergi MATI!!!


Walaupun kau tiada DARA sekalipun ,bagi aku DARA tidak penting ,yang penting disini ialah JUJUR!!Aku marah dan sakit hati dengan kau bukan kerana kau tiada DARA tapi kau tidak JUJUR!!!


Disini ingin aku bertanya yang mana satu lebih penting?

chow!

29 comments:

  1. Dara dan jujur sama penting (bagi aku le)

    Dialog pertama Teruna buat aku balik semula ke zaman Zack dan Azura. hiks.

    ReplyDelete
  2. Jujur...
    dari kedua-dua belah pihak
    kerana dara hanya dapat bertahan satu malam
    sedangkan kejujuran ada selama-lamanya....

    ReplyDelete
  3. Sama penting. Ketakutan melebihi kejujuran barangkali.

    ReplyDelete
  4. entahla..

    ex aku dulu.
    liar orangnya.
    tapi dah insaf.
    ada dengar2 dia mgkin dah takda dara.

    Aku macam tak kisah.cintaku tebal.
    Dia ada bagitahu

    " lepas dua tahun nanti, saya akan bagitahu benda kat awak "

    Aku assume, mungkin dia akan bagitahu pasal dara tu.

    after few months, dia tinggalkan aku.

    katanya.

    " awak boleh dapat orang yang lebih baik dari saya. Baik awak tak sepadan dengan saya ".

    ye, aku memang kecewa.
    kecewa kerna putuskan hubungan sebab dia rasakan dirinya tak padan dengan aku.
    Tapi aku boleh terima dia seadanya.

    tak lame lepas tuh.

    Dia couple dengan sorang nih.
    after few months, dorang break up.
    Si perempuan yang mintak putus.
    aku tak tanya sebab apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. mungkin ex wan tu ada kisah silam yang sentiasa menghantui hidup dia.. sebab tu relationship dia selalu fail..
      so dia perlukan kekuatan dan kepercayaan yang tinggi untuk bina hidup baru semula.. selagi dia tidak yakin selagi tu susah untuk hubungan dia dengan bf dia bertahan.
      just pray for her. semua orang layak memiliki peluang kedua, ketiga, keempat, kelima dan bla bla bla :P



      p/s: sometimes the best thing for someone that we love the most is to let them go.. :)

      Delete
    2. "...Aku macam tak kisah.cintaku tebal..."


      aku faham sangat...kerana aku juga lelaki yg tidak pandang sangat dengan gadis yang ada dara atau tidak...tidak penting lagi pada zaman ini!

      Kejujuran yang sangat penting sekarang!

      Delete
  5. jujur is more important....yg da tak dak dara...but then dia insaf...is better than ada dara tapi tak pernah tau yang dia ada dosa then dia tak pernah insaf....

    dunia ni hanya sementara....sedangkan Allah pun memaafkan hambaNya yang bertaubat....apatah lagi kita ni manusia biasa....

    ReplyDelete
  6. kejujuran lebih penting....nice story...

    ReplyDelete
  7. dua2 penting. tapi jujur itu lagi penting.

    rumahtangga mungkin dapat bertahan walaupun si perempuan sudah tiada dara sebelum bernikah. tapi kalau si perempuan tidak jujur sebelum dan selepas bernikah, susah untuk rumahtangga itu bertahan lama.

    p/s: we're all sinners (except the prophet p.b.u.h). but it doesn't mean that we can't change to be a good one. let the past go, say hi to the future :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yang cuba aku sampaikan di entry ini...

      dara bukan jaminan kepada kebahagian dan tetapi jangan fikir dara tidak berharga!

      Delete
  8. hohohoh :)
    kau if tak jiwang ,
    memang tak sah !

    ReplyDelete
  9. jujur lagi penting





    dan sebab itulah tidak wajib perempuan memberitahu tentang DARA itu samada kepada bf,tunang atau suami. kerana itu adalah penyebab kepada runtuhnya masjid yang dibina seperti TERUNA.

    ReplyDelete
  10. Bagi aku lah Dara itu penting, tapi jujur lagi penting. Ramai perempuan tersilap langkah tetapi patutkah kita hukum mereka setealh mereka insaf ?

    ReplyDelete
  11. kejujuran lebih penting.. klu dri awl xjujur, xmustahil bila dh berumahtangga, makin byk penipuan berlaku.. tp mungkin si DARA takut nk berterus terang.. hurmmm

    ReplyDelete
  12. kejujuran lbh penting bg aku.

    ReplyDelete
  13. jujur x jujur..yg penting dara..bayar mahal2 tp tipu suami..kalau suami xredha n xmaafkan penipuan kamu sampai mati..kamu nk ckp ape?? sejujur mne pn ppuan tu..xkan dpt tawan hati laki sbb pikiran lelaki ianya mahu berbaloi dgn hasil duit yg dicari untuk hantaran ppuan..aku bg soalan..korg pilih la sendiri ye..ppuan A(terlanjur)..ppuan B(masih dara)..korg tnye ppuan A..aku boleh trime kamu tp aku nk kwen 2..ppuan A xnk dimadu n sgup putus..korg tnye ppuan B lak..aku nk kwen 2..ppuan B pn sme xnk dimadukan n sgup putus..jd ape pilihan anda??ppuan A ataw ppuan B??

    ReplyDelete
  14. jujur mmg penting..tp bergantung kpd laki tu sme ade boleh trime or x..sebenarnya lg bgus berterus terang time laki tu serius nk jdkan kamu istri sbb takut bercerai malam pertama..da la bazir duit byk tuk majlis..pas tu roboh lak masjid yg bru dibina..bzir da dibenci ALLAH..ditambah dgn penceraian..bertambah2 murka...wat ape rahsiakan benda yg penting wat laki..takut putus or takut cerai?? bg aku lbeh baik putus dr cerai sbb sekurg2nye xla malu fmly kelak..laki ni ckp je trime ble tiba mse wat hal sbbnye ble kwan kwen n menceritakan keindahan malam pertama da gerenti laki tu trase..dinasihatkan bgtaw je secara rahsia ber 2..kalau xske jgn ceritakan kt org..kalau terlanjur mmg harus bgtaw tp kalau dirogol bukan keatas kerelaan diri bru jgn bgtaw sbb benda ni penah berlaku pd zaman rasullullah..

    ReplyDelete
  15. dalam cerita tu mengisahkan dara lbeh penting dr kejujuran..kalau laki tu ckp jujur penting..nape ceraikan isterinya?? da Nmpk sgtkan dara amat penting buat lelaki..sejujur mne pn ppuan tu, kalau melibatkan dara mmg laki sakit hati..laki xboleh terima ppuan yg da disentuh laki lain..ppuan jgn jd bodoh senang2 bg dara kt pasangan bukan suami korg..umpama laki nk kwen dua ppuan xbg..sme jgak dgn laki..laki xsuke ppuan da disentuh laki lain..laki xsuke jgn nk pakse2..

    ReplyDelete
  16. pelik la..kalau betul jujur penting..npe ble ckp pasal dara laki mesti naik angin..kan3..Nmpk sgt jujur x sepenting dara..bg laki dara adalah maruah kpd lelaki tu..kalau xde dara umpama ppuan tu cuba menjatuhkan maruah lelaki tu..patut ke nk rahsiakan dr pasangan?? rsenye xpatut..segala penipuan didalam umah tga lg2 melibatkan maruah mmg laki cukup2 marah..kalau mmg sah dirogol bukan atas kerelaan dibenarkan..tp jgn lak tipu ckp kne rogol..menipu suami umpama anda menempah neraka sendiri..hati2 la ye..da byk kes cerai disebabkan xdara..sampai ble la ppuan nk lelong dara kt pasangan..bawak2 la bertaubat..kalau pasangan xterima jgn menangis lak..bukan salah pasangan anda..tp salah anda sendiri yg xpandai jge maruah diri n family..

    ReplyDelete
  17. pelik la..kalau betul jujur penting..npe ble ckp pasal dara laki mesti naik angin..kan3..Nmpk sgt jujur x sepenting dara..bg laki dara adalah maruah kpd lelaki tu..kalau xde dara umpama ppuan tu cuba menjatuhkan maruah lelaki tu..patut ke nk rahsiakan dr pasangan?? rsenye xpatut..segala penipuan didalam umah tga lg2 melibatkan maruah mmg laki cukup2 marah..kalau mmg sah dirogol bukan atas kerelaan dibenarkan..tp jgn lak tipu ckp kne rogol..menipu suami umpama anda menempah neraka sendiri..hati2 la ye..da byk kes cerai disebabkan xdara..sampai ble la ppuan nk lelong dara kt pasangan..bawak2 la bertaubat..kalau pasangan xterima jgn menangis lak..bukan salah pasangan anda..tp salah anda sendiri yg xpandai jge maruah diri n family..

    ReplyDelete
  18. hati2 ye ppuan..kebanyakan lelaki yg cakap jujur lbeh penting lebih bahaya dr laki yg bercakap dara penting..org yg bermulut manis ni selalunya ske ambik kesempatan kt ppuan2 yg terlanjur..jgn terpedaya ok..kalau betul nk tahu jujur ke x senang je..bg syarat xboleh buat seks xkire ringan2 atau berat sebelum nikah..cakap anda da taubat xnk ulangi maksiat..kalau laki tu setuju mknenye laki tu jujur..kalau xtrime atau ckp bg mse tuk berpikir..lebih baik laki mcm ni ditinggalkan je..nk cari biar yg xambik kesempatan sampai nikah..tu la laki yg jujur..

    ReplyDelete
  19. kalau aku dpt tahu isteri aku da penah terlanjur ngan laki lain mmg aku ceraikan jugak malam pertama tu..da la byk kuar duit tp xdpt nikmatnye..kecuali kalau ppuan tu keluarkan duit tuk wat majlis umah die, umah aku n termasuk duit hantaran..pendek kat semua kos ditanggung ppuan tu..bru aku trime seadanya..bru adil

    ReplyDelete
  20. Ermmm... lelaki memang tak suka perempuan yang tak ada dara ke? Saya dulu jahat. Tapi tak pernah lah tido dengan lelaki. Cuma pernah buat sendiri. Aku baru tau itu dosa. Aku dah insaf. Macam mana pulak?

    ReplyDelete
  21. tak perlu hukum sebab diorang akan dibayangi sesalan.. just jd suami yg terbaik. terima kekurangan diri dia.. selebihnya buat solat istikarah dan redhalah dgn ketentuan Allah swt.. Ingat,diorang tu cuma pinjaman terhadap awak klu awak tak menghargainya org lain akan menghargainya setulus ikhlas hati..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...