Pages - Menu

17 Sept 2012

Santai sahaja


Satu pagi yang begitu tenang saya terbangun dari keenakan beradu.Terjaga dari peraduan kerana terusik dengan kokokan kucing di sebelah rumah saya.Kucing dirumah jiran saya itu pandai berkokok panjang seperti anjing cuma saya kurang tahu apakah binatang itu sebenarnya.

Jiran saya ini kegemaran beliau membela seekor binatang yang suka berkokok selepas waktu dinihari.Kadangkala saya cuba untuk bangun dari katil lalu menjerit dan memaki hamun binatang kesayangan jiran saya itu tetapi hati saya ragu-ragu teramat.Takut jika saya akan melukakan hati tuan punya binatang!

Saya pernah mengadukan perkara ini dipejabat daerah dan juga di majlis perbandaran tetapi hampa mereka tidak mampu melakukan apa-apa.Mereka beritahu saya bahawa aduan saya tidak diterima disana kata mereka.Tempat yang tepat ialah ditempat pelupusan sampah atau zoo negara sahaja!

Saya masih berdiri sambil mata terkebil-kebil dengan jawapan yang diberikan.

Saya berlalu setelah semua orang disitu ketawa beramai-ramai dengan aduan yang saya bawakan.Saya berasa hairan kenapa dan mengapa mereka tertawa? Adakah saya ada membuat kesilapan ketika membuat aduan.Saya menyeluk kedalam poket seluar saya dan mengambil borang aduan yang sya tulis tadi....


"....Tuan saya sipolan bin sipolan ingin membuat aduan.Setiap malam ketika saya sedang tidur saya terjaga kerana adanya bunyi bising yang aneh berlaku.Dalam seminggu ada 2 atau 3 kali bunyi kokokan seperti anjing berlaku tiba-tiba.Saya cuba menekup teliga saya dengan bantal namun tidak berkesan.Perkara ini berlaku sejak beberapa bulan yang lepas.Dahulu penyewa yang lama tidaklah bising begini tetapi mereka ini sangat kuat bisingnya.Untuk pengetahuan tuan jiran saya ini cuma dua orang sahaja dan mereka baru berkahwin...dan bla bla bla...."


Berulang kali saya baca tetapi saya tidak nampak akan kecacatannya.Semua tulisan yang saya tulis cukup rapi dan tersusun kemas tetapi kenapa mereka mentertawakan saya.Pelik dan juga hairan saya dibuatnya.

Satu hari hari selang beberapa bulan kemudian saya baru terperasan yang saya dapat melelapkan mata saya dengan aman sekali .Tiada lagi bunyi kokokan seperti anjing berlaku.Hairan kemana perginya binatang peliharaan jiran saya pergi.

Pagi itu selepas mandi dan sarapan dengan segelas nescafe dan juga telor setengah masak ayam kampung 5 biji saya melangkah keluar rumah untuk bertanya khabar jiran sebelah rumah.Pelik kerana dipintu pagar rumah beliau tergantung satu papan tanda yang tertulis....


"...Rumah untuk disewa..."


Sambil sebatang rokok menyala terselit di celah bibir saya terfikir patutlah tiada lagi bunyi kokokan binatang sejak dua menjak ini rupa-rupanya mereka sudah berpindah.Cuma saya masih lagi terganggu dengan bunyi-bunyian tersebut dan tertanya-tanya binatang apa yang mereka bela kerana saya tidak nampak satu kesan tapak pagar atau kurungan pun diluar rumah mereka.


Hairan saya!


Tulisan merujuk kepada blogger INI!

chow!

27 comments:

  1. hahahahahahaha.. bunyi kokokan seperti anjing ye??hahahahahaa..siot je.. rupanya bunyi seuara mengerang.hahahaha

    ReplyDelete
  2. k k gua faham ! HAHAHAHAHAHA

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. aman sangat...kalau tidak jiwa raga bagi nak pecah!

      Delete
  4. kesian pulak ko ni..jngn ko rindu sudh dngn kokokan tuh lg..kahkah
    patut mcm tulisn kias2 si adam,,haha bijak ko.

    ReplyDelete
  5. Memang tak faham sampai sudah tapi baca je komen orang first terus faham. Haha

    ReplyDelete
  6. Kahkah. Gua bace surat tu dah agak dah, tapi bila bace ayat last kat bawah tuh. Kahkahkah. Terer2.

    ReplyDelete
  7. Kah kah kah! Ini memang masterpiece.

    ReplyDelete
  8. aku hanya terpandang weed itu sahaja. boleh?

    ReplyDelete
  9. bukan anjing bukan kucing?jiran tu bela saka mungkin..kihkih gerun takk :D

    ReplyDelete
  10. disebabkan masih underage.jadi aku tak paam :P

    hahahaha......silaka bunyi supe anjing...

    ReplyDelete
  11. bacaan bukan untuk budak-budak nampaknya . belajar dari Adam kah ? ekeke

    ReplyDelete
  12. kat belakang rumah aku pun ada byk anjing "berkokok" mlm2...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...