Pages - Menu

8 Sept 2012

Beza



Semua orang gembira dan ada sebilangan kecil dari kita tidak merasakan akan kegembiraan kita.Kepada mereka semua ini tiada apa pun yang ternampak perbezaannya.Semuanya sama sahaja.Berikan dan buatlah apa sahaja tetapi kepada mereka-mereka ini mereka tetap mengatakan ini bukan perbezaan yang berbeza.

Kepada aku mereka ini tidak tahu atau hanya buat-buat tidak tahu dan memekakkan teliga dengan begitu bersahaja.Mereka gusar untuk bergembira dan mengucapkan kata-kata bersyukur.Takut-takut nanti di tuduh berpaling tadah dari aliran kepercayaan mereka.Takut di tuduh bermuka-muka dan demikian mereka terpaksa berlagak seperti ini bukan sesuatu yang harus disambut dengan rasa kesyukuran dan satu perbezaan.Bagi mereka ini semua sama dan tiada beza lansung!

Ini cuma gula-gula pemerintah untuk memenangi hati-hati rakyat jelata.Tidak diberi salah bila diberi mereka mentertawakan dengan tangan kanan yang masih kekal menadah walaupun mereka tahu apa yang sedang mereka lakukan adalah salah.Mereka berpura-pura dan disamping itu terus juga mengaut segala yang di berikan oleh pemerintah.Katanya ini rezeki yang tidak seharusnya di tolak begitu sahaja.Ini sememangnya sikap yang selalu mereka amalkan dari dahulu lagi dan memang tiada banyak bezanya sehingga hari ini.

Biarkan mereka aku faham apa yang kamu mahukan.Tiada halangan sama-sama merasakan kenikmatan yang ditaburkan.Aku gembira kau turut bergembira.Aku gembira suka dan kau pula bergembira berpura-pura.Dasar orang tiada malu itulah kamu.

Hari ini jika kita duduk melepak dengan orang-orang tua zaman-zaman penjajah pasti kita akan terdengar cakap-cakap sebegini...


"....Dulu nasilemak satu bungkus cuma 5 sen je...gula satu kati baru 15 sen! Dulu gaji kami rm100 sebulan pun cukup untuk makan pakai sebulan tiadalah berhutang sana sini...Hari ini gaji kau kalau rm 1000 sebulan pun belum tentu cukup untuk kau sekeluarga! Hari ini jika kau tidak betul-betul akan datang pasti kau akan susah.Bila gaji naik harga barang-barang pun ikut naik juga.Bila harga barang-barang naik gaji tidak naik-naik juga....dan bla bla..."

Aku selalunya bagi laluan kepada orang-orang tua ini untuk bercerita kisah-kisah zaman mereka.Zaman susah senang mereka.Zaman muda remaja mereka...zaman gila-gila mereka.Bila mereka sudah penat dan kehabisan idea barulah aku buka aku punya bahagian pulak.Langkah kata di buka dengan berhati-hati dan perlahan-lahan agar tiada hati yang tertusuk duri...hehehe!

"....Benar dahulu nasi lemak sebungkus cuma 5 sen dan benar juga gula sekati 15 sen sahaja. Gaji atau hasil pendapatan sebulan sekitar bawah rm100 pun sudah sangat-sangat mengcukupi! Sebenarnya tiada perbezaan pun jika gaji kita rm 1000 dengan gaji mereka rm 100 sebulan.Cuma yang berbeza ialah masanya.Jika dulu gaji rm 100 patutlah kalau nasilemak sebungkus 5 sen dan gula sekati 15 sen.Bolehke jual kalau nas lemak sebungkus rm 2 masa itu? Kompom tidak bukan dan sama juga lah kalau hari ini gaji kita rm1000 sebulan patutlah kalau harga sebungkus nasilemak rm 2 dan gula sekilo rm1.80 !..."

Ada perbezaan ke?

Aku tidak nampak perbezaannya.Kepada aku sama sahaja.Gaji naik di ikuti harga barang-barang naik dan ianya bersilih ganti sejak dari zaman penjajah lagi.Kalau dulu 5 sen boleh beli nasilemak sebungkus dan nilainya sama dengan nasilemak rm 2 sebungkus pada hari ini.Dulu gaji rm 100 sebulan dan hari ini rm 1000 sebulan sebenarnya nilainya sama sahaja.

Apa yang berbezanya ialah hari ini kita punya banyak pilihan dan kita pula ada banyak nafsu.Kita tidak melihat kepada keupayaan kita dalam perbelanjaan.Kita pakai otak yang berakalkan nafsu semata.Kita tidak mampu tetapi kita ikutkan rentak nafsu kita.Kita cuma mampu beli baju sehelai rm25 ringgit tapi kita belasah beli yang berharga rm150 sehelai.Kita cuma mampu naik motor sahaja untuk pergi balik kerja tetapi kita beli kereta!

 Salah siapa? dan apa perbezaanya dengan orang-orang dahulu?

Salah kita sendiri kerana tidak tahu membezakan.Orang tua kita boleh bercakap begitu kerana dahulu mana ada jalanraya yang cantik dan mana ada motor dan kereta yang murah-murah macam hari ini .Itu pasal kalau gaji  mereka sebulan cuma rm 100 pun cukup!

Gaji naik pun tidak suka dapat bonus pun tidak bersyukur alih-alih pemerintah juga yang mereka ganyang tidak sudah-sudah.Ada sahaja yang tidak cukup dan tidak adil.Kalau boleh gaji pemerintah dengan gaji orang kebiasaan di sama ratakan.Kerja mereka dengan kerja yang kamu buat agak-agaknya sama berat dan sama banyak tak?

Kalau rasa serupa dan sama dan juga tiada perbezaannya baguslah kalau beriya-iya benar untuk di selaraskan tarafnya.

Sememangnya manusia hari ini pelik-pelik.Susah tidaklah susah sangat.Melarat pun tidak tetapi ada sahaja yang mahu di komplainkan.Sibuk dengan pelbagai isu yang tidak putus-putus dan tidak pernah ada kesudahannya.Semua orang di persalahkan walaupun sendiri yang cari susah.Bagi mereka perbezaan tidak akan berbeza selagi bukan mereka yang memegang tampuk kekuasaan dan disitu baru ada perbezaannya kepada mereka.Sesungguhnya memang sangat sukar untuk di mengertikan apa yang sebenarnya yang mereka mahukan dan inginkan!

Begitu juga dengan mereka yang takut dan seram dengan pendatang-pendatang asing yang datang kesini untuk mencari rezeki.Tidak dinafikan ada segelintir mereka bersifat jahat.Orang tempatan juga ada yang jahat.Berbeza sangatkah mereka dengan kita? Tiada bukan tiada perbezaannya.

Apa yang berbezanya mereka dengan kita?

Dari segi rupa bentuk dan rupa paras terlihat sama sahaja.Mungkin kita nampak lebih kemas dan bersih sedikit dari mereka yang alakadar penampilannya.Namun yang paling ketara perbezaannya ialah mereka sangat rajin dan tidak banyak cakap.Rajin kerana sememangnya mereka datang ke sini untuk mencari rezeki.Tidak banyak bercakap kerana tiada apa yang mereka mahu cakapkan.Kurang fasih dan dan terasa asing di negara orang.

Cuba bayangkan kalau mereka-mereka ini tiada di negara kita.Siapa yang harus angkat sampah di belakang rumah kita setiap 2 hari sekali?Siapa yang harus memotong rumput di depan rumah kita dan bersihkan longkangnya sekali? Siapa yang mahu bangun pagi-pagi buta di pasar untuk membantu para peniaga membuat persedian dan membantu menguruskan perniagaan?Siapa yang rajin untuk pergi membuat pesanan makanan di restoran-restoran mamak?

Aku tak rela kamu relakah?

Orang tempatan memang rajin...rajin bercakap dan rajin berborak.Bercakap bagaikan aku ini perdana menteri.Bercakap bagaikan aku ini imam besar masjid negeri.Semua aku tahu dan semua ada dalam gengaman tangan.Kau ceritalah apa tajuk sekalipun pasti mereka akan bercerita yang kawan aku kenal si polan dan si polan...'kawan dia' tak habis-habis!

Betul atau tidak semua orang tiada jawapan untuk itu.Semua orang hanya mendengar dan menganguk kepala.Malas mahu di lawan agaknya atau malas mahu di layan...lantaklah kau di situ!

Benarkah kita ini tiada perbezaan dari dahulu hingga ke hari ini?

Adakah kita masih dengan sikap malas kita? Adakah kita suka menanti peluang dan bukannya mengejar dan merebut peluang?Adakah benar kita sukar untuk mengucap syukur seperti mana orang-orang asing yang datang ke negara kita ini?

Orang kita hari ini sudah tidak tahu untuk membezakan yang mana satu kaca dan yang mana satu intan.Kepada mereka kaca dan intan sama sahaja nilai dan mutunya.Tiada perbezaannya.Semakin lama semakin parah cara pemikiran.Semua gara-gara orang yang gila untuk berkuasa.Semuanya hendak di halalkan cara.Semuanya mahu di setarafkan dan tiada perbezaannya.Kau dan aku kita serupa dan sama.Namun hakikatnya tidak sama sekali.

Mereka berkata ini adalah perbezaan yang amat-amat ketara.Tapi dari sudut pandangan mata aku sama sahaja.Mereka mahukan kuasa dan harta.Jika benar-benar kerana yang satu tidak mungkin mereka menafikan yang satu lagi.Zaman berzaman tidak habis-habis cuba menafikan antara satu sama lain.Padahal yang di percayai dan ikuti adalah perkara yang sama juga.Itu yang seringkali aku terfikir sejenak.Sampai bila pertelingkahan begini akan sampai penghujungnya?

Sebenarnya apa yang berbezanya.Tiada yang berbeza diantara kita semua.Kita semuanya sama di hidupkan dengan roh yang satu.Roh yang juga bukan hak milik kekal kita selamanya.Cuma pinjaman semata.Rupa bentuk dan paras kita mungkin berbeza tetapi darah dan daging yang melekat di badan kita tetap sama dan serupa.Cuba jangan kita cuba membeza-bezakan sesama kita.Kita sesungguhnya adalah sama belaka.

Perbezaan sebenar kita ialah amalan dan kesalahan yang kita lakukan .Banyak atau sedikit dan lama atau sebentar.Itu sahaja yang mungkin jelas berbeza.Hakikatnya di akhir hari nanti kita tetap sama-sama akan di bogelkan dan di hindarkan dari perbezaan yang mungkin selama ini kita pegang dan percaya.Kau dan aku akan di setarafkan sebagai hamba yang hina dan kerdil.


Semolek-moleknya kita akur sahaja dengan apa sahaja kemungkinan yang datang.Jangan kita mengada-gadakan sifat perbezaan.Kita tetap sama dan tetap serupa.


Itu sahaja rasanya buat setakat ini.




chow!

29 comments:

  1. dan disebabkan perbezaaan itu lah yang menyebabkan bangsa yang sepatutnya bersatu menjadi berpecah belah... lantas menyebabkan bangsa lain menyapu bersih segala kekayaan dan hasil negara ini dek kerapuhan dan kelemahan bangsa kita sendiri.. bangsa kita tak bersatu untuk menyokong dan membantu antara satu sama lain, tapi sibuk bergaduh menaikkan idealogi masing2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yang sedihnya kita bercakaran tak sudah2 dan orang lain sedang galak merobek dan membela harta!

      Delete
  2. Sokong apa yg di tulis...Sepatutnya kita bersatu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. biar berbeza demi kebaikan tak mengapa...

      Delete
  3. ini di panggil idealisme dan realisme.
    di mana zaman dulu mampu bjaya dan hidup walau di bawah cahaya purnama/pelita.
    dan kini nya semua mahukan kesempurnaan utk kejaayan. eceh.
    dan masuk falsafah,


    dulu. gula gula seposen dua.
    skng dua posen 3. mihmih

    ReplyDelete
    Replies
    1. gula2 pun makin lama makin sikit bila beli 20sen...

      Delete
  4. sokong apa yg dikatakan oleh Boni Kacak

    gilamodified.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. sudah gaharu betanya pula....tak habeh2 nasi lemak 50sen pakcik2....lg 50 thn akan dtg bnda tu pulak kita akan ckp dkt org muda....hidup didalam bulatan

    ReplyDelete
  6. orang tua.
    selalu buat perbandingan macam tu.
    dan mak ayah plak, buat perbandingan makanan kat kantin.

    orang melayu kita ni malas.
    nak jaga standard, mana boleh kerja macam tu.
    atleast kena berkemeja dan bertali leher.
    baru ada gah!


    kuasa dan harta adalah punca.
    punca kepada kepada kebaikan yang menjurus kepada kejahatan.
    " macam susah plak nak explains ".
    orang gunakan kuasa dan harta untuk membuat baik pada orang.
    tapi at the same time, dia gunakan kuasa dan harta itu untuk menindas manusia di bawah..kita je tak nampak.

    kita semua sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahagian masing2 mmg bukan mudah untuk diperjelaskan...

      Delete
  7. sekarang dengan memegang status bujang, dunia aku rasa seakan menjerut leher.bagaimana nasib anak cucu aku nanti? selalu aku fikir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harus kuat dan berani bukan sahaja meminta2...

      Delete
  8. masyarakat kita hilang sesuatu yang mungkin mereka tak sedar2.

    hilangnya rasa syukur.

    kalau masih ada rasa tersebut, sukar manapun hidup, sebanyak mana pun kena usaha, hidup lebih gembira dan bahagia.

    moga kita semua masih dapat merasa apa yang sepatutnya kita rasa itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa syukur....itu yang semakin kurang...

      Delete
  9. aku suka pemikiran lelaki.sgt rasional.mmg nak atau taknak kalau kita nak bersatu,kena buang sikap prasangka dan hasad dengki sesama manusia.kita semua sama.beza pada amalan.kan best kalau orang kita bantu membantu sesama.hmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila sudah terhantuk barula la bersatu...biasa la org kita lambat pickup..

      Delete
  10. Bagi aku nilai wang sama je dari dahulu sehingga kini. Betul benar perbandingan yang dibuat. Ayah umi pun pernah bercerita macam tu, zaman diorang macam nie macam nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perbezaannya mungkin cara pemikiran org sekarang dgn org dahulu!

      Delete
  11. ada orang cakap makin hari, kita ni makin malas.
    ada orang cakap, makin hari kita ni makin manja.

    macam - macam. tapi pada aku yang pentingnya usaha tu kena ada untuk berjaya dan elakkan setiap masa mengeluh je. mengeluh boleh, tapi perlu disusul tindakan.

    matlamat takkan tercapai dengan berborak. hanya wujud jika kita bergerak.

    *tapi orang dulu memang gagah. walau serba kekurangan, tetap rileks je boleh survive sampai berjaya ke hari ni besarkan anak - anak.

    ReplyDelete
  12. setuju ngan apa yg hang ckp nih. gaji berbeza sbb work load berbeza. gaji tggi, of coz la sbb keje dia lg byk. yg keje x berapa nak byk tu toksah sibuk2 nak gaji sama byk. tp bg yg pangkat bos2 tuh, jgn sampai corrupt sudah la.

    btw, bangsa kita pemalas dan bongkak sbb kita duduk kat negara sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada benarnya....org luar bukan main cari peluang yang tersedia ada...

      Delete
  13. takde beza zaman dulu dengan sekarang . betul cakap kau . kalau dulu ada kereta macam sekarang tkde maknanya dorang nk cakap rm100 tu cukup sebulan .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...